Anda di halaman 1dari 22

Kaedah dan teknik

pengajaran Ibadah
NUR ALIAA BINTI MOHD
AHWAN
Murid dari kecil
lagi perlu ?

Dididik menghayati
hukum dan peraturan
Islam

Dilatih melakukan ibadah-


ibadah khusus seperti solat,
puasa, zakat, haji,
sembelihan dan sebagainya
Objektif utama pengajaran ibadah:

Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam


syariat Islam
Pelajar memahami rahsia, keistimewaan,
hikmah dan tujuan sesuatu hukum
Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang
diperintahkan Allah SWT
Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan
perundangan Islam
Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan
syariat
Kaedah dan teknik pengajaran
ibadah

amali teori

Dipelbagaikan supaya
pembelajaran menjadi menarik
dan berkesan
Antara kaedah yang digunakan:

Tunjuk ajar atau demonstrasi


Simulasi
Amali
Soal jawab
Latih tubi
Kuliah atau penerangan
Bercerita
Projek
Pengurusan grafik
Video
Kaedah tunjuk cara atau demonstrasi

Menunjukkan cara bagaimana


sesuatu perlakuan itu seharusnya
dilakukan.
Kaedah ini merujuk kepada seorang
guru melakukan sesuatu perbuatan di
hadapan murid utk menunjukkan
bagaimana sesuatu perbuatan/
perlakuan itu seharusnya dilakukan.
Amali solat
Amali tayamum
Kaedah ini sgt praktikal dilakukan
kerana ia melibatkan ibadah amali.
Pelajar mampu mempraktikkannya di
luar waktu pembelajaran.

Contoh tajuk yg boleh digunakan


dengan menggunakan kaedah tunjuk
cara ini ialah:
Cara menyucikan najis
Jenis-jenis solat
Tayamum
Haji
Wudhu
Tujuan kaedah ini ialah:

Pelajar dapat melihat dengan


jelas perkara yg berlaku
Pelajar dapat melakonkan
semula dengan cara yg betul dan
sah.
Memotivasikan pelajar
melakukan ibadah di luar waktu
sekolah.
Langkah-langkah pengajaran ibadah dengan
kaedah tunjuk cara:
sebelum sesi pengajaran
Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
Berikan penerangan tentang tunjuk cara
Sediakan peralatan dan bahan bantu
mengajar
Pastikan susun atur kedudukan pelajar
adalah sesuai bagi kaedah tersebut
Pastikan keadaan pelajar selesa dan
keselamatannya terjamin
Semasa sesi pengajaran
Jalankan kaedah tunjuk cara pabila
murid telah bersedia
Perhatikan tindak balas pelajar
Galakkan penyertaan murid
Tarikkan perhatian murid mengenai
aspek penting dalam ibadah
Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh
pelajar
Libatkan pelajar secara bersama
dalam demonstrasi tersebut
Selepas sesi tunjuk cara
Lakukan soal jawab bersama
pelajar mengenai tajuk dipelajari
Adakan sesi perbincangan untuk
mengesan tahap kefahaman
Berikan mereka aktiviti susulan
Kaedah simulasi
Kaedah simulasi ialah melakukan
satu situasi pembelajaran dalam
keadaan terkawal dan sengaja
diwujudkan sama dengan situasi
sebenar
Tujuan kaedah simulasi
Meningkat kebolehan pelajar
mengaplikasikan konsep tertentu
dalam menjalankan latihan
menyelesaikan masalah
Menilai pendapat atau pandangan
orang lain
Membolehkan mereka
berinteraksi sesama sendiri utk
menyelesaikan masalah
Antara pengajaran ibadah
yang sesuai ialah :
Ibadah haji
Sembelihan dan aqiqah
Jenis-jenis solat
Kaedah ini melatih murid-murid :
Kemahiran komunikasi dan bersosial
Mengubah sikap negatif dan
membina sikap positif
Kemahiran berfikiran secara kritis
dan kreatif
Perkaitan isi pelajaran dengan aspek
afektif (emosi)
Langkah pengajaran
menggunakan kaedah
simulasi

Sebelum sesi pengajaran


Tentukan objektif dan kandungan
tunjuk cara
Berikan penerangan tentang tunjuk
cara
Sediakan peralatan dan bahan bantu
mengajar
Pastikan susun atur kedudukan pelajar
adalah sesuai bagi kaedah tersebut
Pastikan keadaan pelajar selesa dan
keselamatannya terjamin
Semasa sesi pengajaran
Mulakan dengan set induksi yang
menarik utk merangsang mereka
Pilih pelajar secara sukarela dan
menunjukkan komitmen yang baik
Edarkan kad arahan kepada murid yang
mengambil bahagian dan peranan mereka
dalam simulasi tersebut
Murid diminta memahami tugas yg
diberikan kepada mereka
Berikan tugasan kepada murid lain yg
tidak mengambil behagian
Selepas sesi pengajaran
Lakukan soal jawab bersama
pelajar mengenai tajuk dipelajari
Adakan sesi perbincangan utk
mengesan tahap kefahaman
Berikan mereka aktiviti susulan
Guru membuat penilaian sama ada
objektifnya tercapai atau tidak

Anda mungkin juga menyukai