Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU - ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahniah kepada anak-anak pelajar generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi sebagai satu pasukan

dalam menghasilkan majalah yang mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan

semua.

Hari ini, .Dunia pendidikan kita semakin kompleks dan bersifat global. Ilmu merupakan

prasyarat dalam membentuk ketamadunan manusia. Menyedari hakikat tersebut, maka kerajaan telah

menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) bertujuan

untuk memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Tumpuan kini juga berfokus kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik atau

lebih dikenali sebagai STEM. Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap

bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain.. Maka

untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan lebih

banyak sumber kerja kepada negara.

Bagi membangun usaha ini maka kerajaan telah mengisytiharkan 2017 sebagai Tahun

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam usaha mencapai status negara

berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita sebagai warganegara Malaysia perlu berusaha

ke arah itu. Saya yakin komuniti sekolah sedar akan peranan masing-masing dan sanggup

menerima perubahan dalam sistem pendidikan negara dan sekaligus menyahut seruan

kerajaan bagi melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.

.Akhir kata, semoga usaha murni semua pihak dapat merealisasikan hasrat meningkatkan

mutu pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai