Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum dan hai .

Para pembaca yang saya hormati


sekalian. Skema giler ayat . Ok dalam mini ebook ni saya just nak
share teknik yang saya guna untuk tarik otai-otai affiliate join
cabaran affiliate saya walaupun saya ni biasa-biasa je dan bukan level
sifu-sifu. Tak caya? Berapa orang yang kenal saya sebelum baca
ebook ni? Tak ada siapa kenal saya kan.

Oklah simple je cara saya ni. Saya invite authority person dalam
niche saya untuk join program affiliate saya ni. Apa yang saya buat
ialah saya buat satu surat jemputan VIP khas dan saya contact
authority person ni melalui emel atau PM mereka di Facebook.

Saya beri mereka akses penuh produk digital saya. Ini penting tau.
Jangan kedekut. Authority person ni perlukan jaminan yang produk
kita hasilkan ni adalah betul-betul mencapai standard diorang. So itu
sebabnya perlu untuk kita bagi akses produk pada diorang ni.
Janganlah paksa dia beli pula produk anda dulu. Walaupun ada
banyak Authority person ni yang nak beli dulu tau (diorang tak nak
free access ni) respect ~~~.

Macam mana nak carai authority person dalam niche anda tu?
Tengoklah siapa yang ramai followers dan dah pernah hasilkan
produk sendiri atau yang selalu promo dan hasilkan sales affiliate
yang tinggi dalam niche anda tu. Kalau FB ads, Tuan Firdaus Azizi,
Tuan Jamal Sifu FB ads, Tuan Faizal Abdullah, Tuan Khairi dan ramai
lagi. Cubalah approach. Approach secara berhemahlah. Kalau mereka
reject is okay. Takpe cuba lagi next time, next product pula okay.
Saya pun bukannya 1st time invite terus diorang nak join..hehe.
Sebab tu penting untuk buat pre launch dulu dan bila dah ada result
senang sikit untuk ajak diorang join affiliates masa launch.

Dont worry pasal bagi produk akses secara percuma pada diorang.
Otai-otai ni setakat 10-20 sales taka da masalah dekat diorang. Yang
penting komisen pun janganlah kedekut sangat. Bagilah sekurang-
kurangnya 40% atau 50% dari harga produk. Win-win kan .

So dont worry tak tahu nak tulis surat jemputan ke tak ada idea ker.
Saya bagi je terus surat jemputan yang saya gunakan untuk invite
authority person join affiliate income 4 angka ni. Salinlah dan adjust
semahunya. Jangan copy paste sebijik-bijik siap nama dan gambar
saya sekali pun guna balik. Yang tu parah! Yang tu saya marah!.

So good luck for penghasilan dan pelancaran produk anda. Now


almost everything kalau tak semua yang anda perlu tahu untuk
penghasilan produk digital anda dan juga pemasaran produk digital
anda telah pun saya kongsikan.

Now terpulang pada diri anda sendiri untuk buat dan dapatkan
result. Saya doakan anda berjaya dalam bisnes produk digital anda
dan seterusnya mencapai minimum target untuk buat 4 angka
pertama anda di online.
Jemputan VIP ke cabaran Affiliate Ebook income 4 angka pertama di
online melalui bisnes produk digital.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Nama saya Ahmad Shahrin, seorang


pendatang baru dalam dunia online. Saya sudah menghasilkan 2 produk digital
sebelum ini iaitu Panduan minisite jualan & juga Resale Right fire sale. Kedua-
dua produk ini mempunyai conversion rate di antara 9-11%.

Saya memandang tinggi pada pencapaian tuan di online dan memang amat
menghormati tuan. Saya juga biasa follow post-post tuan di FB selama ni. Saya
amat berharap jika tuan sudi meluangkan masa untuk sama-sama
mempromosikan produk digital terbaru saya yang bakal dilancarkan pada 14
April 2017 ini. Berikut merupakan maklumat mengenai tarikh dan cabaran
affiliate untuk ebook ini.

1. Cabaran mini affiliate sempena pra pelancaran pada 7 hingga 13 April


2017 (Harga produk RM 30, komisen RM 15)
2. Cabaran affiliate sempena pelancaran pada 14 April hingga 13 May 2017

Harga Produk RM 50 (tiada upsell)

Komisen RM 25

Sebelum itu saya berharap agar tuan dapat melihat terlebih dahulu produk
sayai ni bagi memastikan ebook ini benar-benar layak dipromosikan oleh tuan:

Tuan boleh akses ebook ini DI SINI (masukkan link akses produk digital anda)

Pendaftaran affiliate boleh dilakukan DI SINI (masukkan link akses produk


digital anda). Kali ini saya menggunakan sistem affiliate projualan(mimevo)
Jadi dashboard dan aturannya sedikit sebanyak memeang berbeza dengan
sistem onpay yang saya gunakan sebelum ni. Just kalau ada kesukaran nak
dapatkan link affiliate, tuan boleh rujuk guide ringkas INI (contoh guide
ringkas)
Beberapa bahan promosi juga sudah disediakan, tuan boleh lihatnya DI SINI

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana dapat meluangkan
masa untuk membaca surat jemputan ini. Besarlah harapan saya jika tuan
dapat turut serta bersama-sama dalam cabaran affiliate ebook income 4 angka
ini.

Terima kasih,

Ahmad

Anda mungkin juga menyukai