Anda di halaman 1dari 6

Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap kegiatan manusia

90 U Zon Sejuk
Jenis Artik / Tundra
65 U
Jenis British Jenis Siberia 45 U
Jenis Laurentia Zon Sederhana
30 U
Jenis Mediterranean Jenis Steppe Jenis China 10 U
Gurun Panas Jenis Sudan Monsun Tropika
0
Zon Panas

Jenis Khatulistiwa

1.Malaysia(iklim khatulistiwa)

-panas dan lembab sepanjang tahun.

-kegiatan utama: pertanian, perikanan, pembalakan, pelancongan, dan perlombongan.

-suhu yang rendah(18ºC) di Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang menggalakkan


penanaman tanaman hawa sederhana.

2. Gurun Thar (iklim gurun panas)

-panas dan kering sepanjang tahun.

-penternakan nomad dijalankan.

-kegiatan pertanian terhad

-Hujan kurang 250mm setahun

-julat suhu harian sangat tinggi( 22ºC hingga 32ºC).

-hidup berpindah randah untuk mencari air.


3. Kawasan Siberia ( iklim jenis Siberia)

-sejuk dan hampir kering sepanjang tahun.

-kegiatan utama penduduk ialah pembalakan, menjerat binatang, dan perlombongan.

-tanaman utama ialah gandum, oat, ubi kentang, dan fleks.

4.Greenland (Iklim Artik)

-iklim sejuk dan kering sepanjang tahun.

-terdapat dua musim yang nyata iaitu musim panas dan sejuk.

-musim sejuk sangat panjang dan musim panas sangat pendek.

-kegiatan utama penduduk ialah menangkap ikan dan memburu binatang.

KEHIDUPAN DI KAWASAN TUNDRA


TABURAN KAWASAN

1. Sekitar Garisan Artik & Garisan Antartika (66½oU & S).


2. Hemisfera utara

 Pulau Greenland
 Utara benua Amerika Utara (Utara Kanada)
 Alaska
 Utara benua Rusia
 Eropah

3. Hemisfera selatan – Kawasan Tundra.

SIFAT IKLIM

1. Mengalami dua musim yang nyata (musim dingin dan musim panas).
2. Musim dinginnya panjang (Nov-Mac).
3. Musim dinginnya terlampau sejuk dengan suhu antara 18oC-37oC.
4. Musim dingin - siangnya pendek & malam panjang.
5. Bila matahari berada di Garisan Jadi, kawasan Artik mengalami malam 24 jam.
6. Musim panas pendek antara Mei-Julai dengan suhu yang sederhana (bawah 10oC).
7. Bila matahari berada di Garisan Saratan, kawasan Artik mengalami siang 24 jam
& kawasan utara siang 6 jam.
8. Bezantara suhu tinggi (28oC).
9. Hujan terlalu sedikit – kurang daripada 250mm.
10. Paling lebat dalam musim panas.
11. Musim dingin hujan turun dalam bentuk salji.

TUMBUHAN SEMULAJADI

1. Tumbuhan tundra seperti lumut & kulampair.


2. Pokok-pokok renek dan bunga artik pada musim panas.
3. Rumput keras dan lumut disepanjang tanah pamah pantai.
4. Pokok-pokok bantut seperti willow & hirch yang tumbuh di tepi-tepi sungai.
5. Rumput paya di kawasan berpaya.

CARA HIDUP PENDUDUK

1. Penduduk utama di kawasan Tundra

 Orang Eskimo - perisai Kanada, Alaska dan pantai Greenland.


 Orang Lapp - sepanjang pantai Norway, Sweden dan Findland - Eropah utara.
 Orang Samoyed, Tungu, Yakut & Koryak disepanjang pantai Cis yang menghadap
lautan Artik.

2. Memperoleh makanan dengan cara menangkap ikan, mengumpul tumbuhan dan


berburu binatang seperti walrus, singa laut dan karibu.
3. Gunakan kulit, bulu untuk buat pakaian, khemah, selimut dan hasil dagangan lain.
4. Kaya dengan hasil galian seperti :

 Arang batu, petroleum dan emas di Alaska.


 Bijih besi di Sweden Utara.
 Nikel dan fosfat di Rusia.
 Kuprum di Kanada.

5. Kenderaan utama - kayak dan umiak. Musim dingin gunakan kenderaan yang
dipanggil andursalji.

IKLIM GURUN

1. Iklim panas dan kering sepanjang.


2. Suhu siang sangat tinggi (35oC-40oC) kerana langit tak berawan.
3. Suhu malam sangat sejuk (10 oC-16 oC).
4. Julat suhu harian sangat besari kira-kira 23 oC.
5. Jumlah hujan terlalu kurang (kurang drp 250 mm) turun sekali-sekala dalam
beberapa bulan kerana angin yang lalu kering.
6. Selalu berlaku ribut pasir.

TUMBUHAN SEMULAJADI

1. Tumbuhan jarang kerana iklim panas dan kering.


2. Tumbuhan semula jadi – kaktus, rumput dawai, semak samun berduri dan rumput
kasar.

 Kebanyakan kawasan ditumbuhi oleh pokok kaktus yang berbatang lendair (dapat
simpan air dan kulit tebal untuk halang air daripada tersejat.
 Rumput kasar yang berakar panjang untuk serap air jauh di bawah.
 Pokok akasia bantut dan palma yang batangnya berkulit tebal.
 Tumbuhan yang berkulit benih yang tebal, tahan kemarau dan tumbuh bila ada
hujan.

3. Cara penyesuaian dengan iklim :

a. Akar panjang mencari air dalam tanah.


b. Tumbuhan tidak berdaun tapi berduri.
c. Berdaun kecil, berlilin atau berbulu kurangkan perpeluhan.
d. Batang berbendalir besar dan besar untuk menyimpan air.

OASIS

1. Oasis – kawasan sumber air di gurun.


2. Aras air bawah tanah hampir sama permukaan bumi.
3. Penduduk sekitar oasis dapat menjalankan pertanian – tanaman kurma (paling
utama), sayur-sayuran, buah-buahan, barli dan jagung.
4. Di oasis rumah dibuat daripada batu dan tanah liat.
5. Bumbung rata untuk menakung air hujan dan mengeringkan barang.
6. Ribut pasir atau simoon berlaku di kawasan gurun.
7. Tembok dibina di keliling oasis untuk melindungi kawasan pertanian dari
ditimbus pasir.

CARA HIDUP PENDUDUK

1. Didiami oleh puak-puak yang tertentu yang hidup dengan pindah ternak dan
mengumpul makanan.
2. Pertanian hanya bertumpu di kawasan oasis - dengan tanaman utamanya kurma.
3. Pertanian tetap dijalankan dengan bantuan pengairan, terusan atau telaga seperti
yang dijalankan di
 Lembah Nil (Mesir)
 Lembah Tigris-Eupharates (Iraq)
 Lembah Indus (Pakistan)

4. Perlombongan yang dijalankan :

 Petroleum - Gurun Sahara dan Gurun Arab


 Tembaga dan Nitrat - Gurun Atacama
 Emas, perak dan plumbum - Gurun Besar Australia

5. Ada 2 jenis petempatan :

a. petempatan sementara - bina khemah dan mengembara bersama binatang ternakan


untuk cari air dan padang rumput.
b. Petempatan kekal - bina rumah drp tanah liat, berdinding tebal dan berbumbung
rata yang boleh menakung air hujan.

Kehidupan orang Badwi

1. Orang Badwi gemala nomad di Gurun Arab dan bahagian timur gurun Sahara.
2. Badwi bererti pengembara.
3. Mereka menternak unta, kambing biri-biri dan kuda.
4. Binatang membekalkan minuman dan makanan seperti susu dan daging.
5. Kulit binatang dibuat pakaian, kasut dan bekas menyimpan air.
6. Unta binatang sangat penting digelar ‘kapal gurun’, yang dapat membawa beban
dan berjalan beberapa hari tanpa makanan dan minuman.
7. Orang badwi berpin dalam kumpulan dari satu kawasan ke kawasan lain untuk
mencari rumput bagi ternakan mereka.
8. Mereka tinggal dalam khemah yang diperbuat daripada kulit binatang.
9. Mereka menjalankan perniagaan dengan saudagar yang dipanggil kafilah.
10. Kafilah mengembara dalam kumpulan untuk berniaga.
11. Kini ramai orang badwi menetap di oasis.

Kehidupan kaum lain di gurun

1. Orang Bushmen tinggal di gurun Kalahari memburu binatang.


2. Orang Hottentot mengembara sambil menternak binatang di gurun kalahari.
3. Orang Bindibu di gurun besar Australia memburu binatang.

Puak/kaum Kawasan Kegiatan

Badwi Gurun Sahara Gembala nomad yang


Gurun Arab menternak binatang

Kafilah Gurun Sahara Saudagar yang


mengembara dan menjual
barangan kepada
penduduk di gurun

Bushmen Gurun Kalahari Memburu binatang dan


mengumpul makanan

Bindibu Gurun Besar Australia Memburu binatang

Anda mungkin juga menyukai