Anda di halaman 1dari 1

SYARAT INDUCTION STAGE

1. Minum 8 – 10 gelas sehari, jika anda masih dahaga, anda perlu minum dengan
lebih banyak. Keperluan air bergantung kepada berat badan, cuaca & aktiviti
anda. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda
terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan
yang anda perlu lebih air (Penting)
2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi
portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat
lapar dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam sebelum jam
8.00 malam atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan (menyebabkan
badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
3. Jangan makan lebih dari 20gram karbohidrat sehari. Jangan menganggap apa-
apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label, periksa kiraan
karbohitrat pada setiap paket.
4. Makanan diproses di kilang selalunya ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi.
Baca label tin, botol, kotak atau paket yang hendak dibeli untuk mengetahui
kandungan karbohidrat.
5. Jangan makan makanan yang telah disenaraikan dalam senarai makanan yang
tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa
dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah, kuah sering diletak
tepung atau gula.
7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat
bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi
atau pasaraya besar.
8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah
gula atau madu. Berhati hati ketika makan di kedai, tomyam atau sup
berkemungkinan ada gula dalam masakan.
9. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti burger & hotdog (boleh
makan, tidak digalakkan)
10. Pastikan 12 hingga 15 gram karbohidrat adalah dari sumber sayur sayuran.

Anda mungkin juga menyukai