Anda di halaman 1dari 3

Nama: Nur Asyikin binti Norizan

No kad pengenalan : 930405055394


Tajuk esei: refleksi BIG

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Raudatul Maryam, Johor.


Pada 11 September 2013, saya dan rakan sekelas dari 2PISMP TESL 1 telah
bersetuju untuk mengadakan lawatan ke rumah anak yatim. Lawatan ini bukan sahaja
melawat anak anak yatim yang kurang bernasib baik tetapi kami melakukan pelbagai
aktiviti seperti memasak, mengadakan permainan bersama anak yatim dan acara utama
iaitu membersihkan rumah anak yatim.
Kami bersama sama menjayakan aktiviti BIG ini semenjak dari menyiapkan kertas
kerja sehingga hari kami ke sana. Kelebihan yang saya perolehi dari aktiviti ini ialah
saya dapat mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin bersama rakan sekelas. Walaupun
kami telah bersama hampir 2 tahun, tetapi ada diantara kami yang masih tidak
mengenali perangai sebenar rakan rakan mereka. Melalui aktiviti begini kami berbincang
bersama sama setiap masalah yang timbul agar tiada berlaku sebarang kecil hati atau
pergaduhan sesama ahli kelas. Selain itu, saya juga dapat mengambil iktibar sewaktu
saya di rumah anak yatim. Bagi saya, tidak semua orang beruntung mempunyai ibu dan
bapa serta keluarga yang bahagia. Anak anak di rumah Raudatul Maryam ini bukan
sahaja memberi perlindungan kepada anak anak yang kehillangan ibu bapa tetapi
mereka juga memberikan bantuan kepada anak anak yang terbiar atau anak anak
jalanan. Saya berasa sangat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh mereka
yang menguruskan rumah tersebut kerana mereka telah melakukan usaha yang murni
bagi menyelamatkan kanak kanak tersebut dari terus terbiar. Di rumah itu juga, anak
anak yatim diberikan pelbagai bantuan seperti mereka dihantar ke kelas fardhu ain dan
diberi didikan agama yang secukupnya.
Tetapi, terdapat sedikit kekurangan tentang aktiviti BIG ini. Bagi saya, kami
menghadapi kekangan dari segi masa. Kami merangka aktiviti yang ingin dilakukan di
rumah anak yatim ini dalam masa yang singkat kerana kami terikat dengan komitmen
lain seperti kelas dan juga tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, aktiviti ini

melibatkan jumlah wang yang banyak. Kami terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi
menjayakan aktiviti ini. Disebabkan kami melakukan aktiviti seperti memasak serta
membersihkan kawasan rumah tersebut, barangan basah serta sabuh dan alatan
mencuci mesti dibawa oleh kami untuk mengelakkan sebarang masalah yang berlaku di
rumah tersebut.
Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur kerana walaupun kami telah enghadapi
pelbagai dugaan serta rintangan sewaktu menyediakan aktiviti ini kami dapat
mengatasinya bersama dengan bantuan mentor kami iaitu Tn Hj Abd Razak Bin
Kaprawi.

Nama : Nur Asyikin Binti Norizan


No kad pengenalan : 930405055394
Tajuk esei : refleksi BIG
Refleksi forum GURU DAN AKAUNTABILITI PROESIONALISMA.
Pada tarikh 29 Ogos 2013, kami telah menganjurkan forum yang melibatkan kelas
dari opsyen pj, sains serta empat kelas dari opsyen tesl. Setiap kelas dikehendaki
menghantar waki seramai 2 orang, seorang bagi satu sesi. sesi dibahagikan kepada dua
kerana setiap sesi mempunyai 6 orang panel dan sorang moderator.
Kelebihan yang saya perolehi dari aktiviti ini ialah saya dapat mendengar tentang
masalah masalah serta jalan penyelesaiannya dari ahli panel kedua dua sesi. Setiap ahli
panel telah melakukan pembacaan secara terperinci tentang apa yang ingin
diperkatakan. Selain itu, saya juga mempelajari teknik yang sebenar bagaimana untuk
mengendalikan aktiviti forum. Setiap forum mestilah merangkumi seorang pengerusi,
seorang moderator serta beberapa ahli panel. Sebagai penonton forum, saya berasa
teruja kerana ini kali pertama saya menghadiri forum yang dianjurkan oleh rakan saya
sendiri.
Kekurangan dari aktiviti ini ialah kekangan masa bagi setiap panel. Bagi saya setiap
ahli panel mempunyai pelbagai input serta maklumat yang ingin disampaikan kepada
pendengar tetapi disebabkan kekangan masa serta mempunyai dua sesi, masa untuk
seorang ahli panel mengulas tentang inti pati apa yang ingin diperkatakan terpaksa
dipendekkan.
Konklusinya, aktiviti forum ini teah memberi saya pelbagai input baru tentang
profession perguruan zaman kini.

Anda mungkin juga menyukai