Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGU KETIGA

Syelvester Joe

Pendidikan Pemulihan Khas Pendidikan Rendah

Tarikh: 17 Julai 2017 – 21 Julai 2017

Tempat: SK Riam Batu 2

Isu/ Perkara: Mudah Lupa

Huraian Isu/ Perkara

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa menjalankan proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan, saya mendapati seorang
murid tahun 3 mengalami masalah mudah lupa atau ingatan jangka pendek. Hanya
beberapa orang murid pemulihan mempunyai daya ingatan yang baik. Apabila guru
mengajar murid untuk membacakan suku kata KV. Contohnya, suku kata ‘ca’, ‘ci’, ‘ce’,
dan ‘co’. Awalnya guru memperkenalkannya suku kata ‘ca’ kemudian barulah guru
memperkenalkan suku kata ‘ci’ kepada murid pemulihan tersebut. Namun, apabila
guru meminta murid tersebut membaca suku kata ‘ca’ kembali, murid tersebut gagal
untuk berbuat demikian.

Analisis Masalah

William James menyatakan bahawa terdapat 2 jenis ingatan yang dialami oleh
manusia iaitu ingatan jangkamasa pendek dan ingatan jangka masa panjang. Kedua-
dua ingatan jenis ini mempunyai proses yang sama dan tiga telah dikenal pasti iaitu:

a) Proses menerima dan pengkodan informasi-informasi yang diterima oleh otak


supaya data-data tersebut boleh diterima akal sebagai ingatan sesuatu
parkara. Jika proses pengkodan ini tidak berlaku, ingatan itu tetap didaftarkan
oleh organ otak, tetapi tidak secara sistematik.
b) Proses kedua ialah berkaitan dengan simpanan data-data yang telah dikodkan
sebentar tadi. Kita telah ada satu idea tentang kebolehan otak menyimpan data
dan kemungkinan besar, ia boleh menyimpan lebih daripada angka yang
digambarkan oleh Asimov. Kesemua data ingatan disimpan dibeberapa ruang
di bahagian serebrum organ otak manusia.
c) Proses ketiga melibatkan aktiviti mendapatkan semua bahan-bahan yang
disimpan tadi apabila ia diperlukan. Proses ini dinamakan sebagai dapat
kembali. Sebagai contoh, setelah menelaah nota-nota kursus untuk
menghadapi ujian akhir semester, anda kodkan informasi-informasi berikut dan
menyimpannya dalam ingatan secara sistematik.

Ketiga-tiga proses pengkodan, simpanan dan dapat kembali berinteraksi sesama


sendiri untuk menghasilkan ingatan tentang sesuatu informasi dengan baik. Bagi
mereka yang baik ingatannya, bermakna mereka berjaya mengorganisasikan data-
data dengan teratur dan sistematik berbanding dengan mereka yang bersifat pelupa.

Punca masalah mudah lupa

Mengikut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat


tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak
berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Semua manusia mengalami
fenomena yang dikatakan lupa. Beberapa orang pakar percaya lupaan ialah
kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori
diutarakan bagi menerangkan lupaan. Teori yang pertama iaitu Teori Reputan (Decay
Theory) yang menekankan bahawa maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan
oleh masa.

Teori yang kedua pula ialah Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') dimana
maklumat itu ada terdapat di dalam ingatan murid tetapi tidak dapat dicari kerana kiu
('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu. Contohnya, murid
sudah diperkenalkan awal dengan suku kata ‘ca’. Tetapi, apabila murid ini
diperkenalkan lagi dengan suku kata baru iaitu ‘ci’, kemudian murid itu tidak dapat
membaca suku kata ‘ca’ kerana kognitif murid tidak mampu mengeluarkan kiu
daripada ingatan murid.

Teori yang ketiga ialah Teori Gangguan (‘Interference Theory’). Dimana


menurut teori ini, maklumat lain mengganggu maklumat yang hendak diingat.
Gangguan pula terbahagi kepada dua jenis iaitu gangguan proaktif dan gangguan
retroaktif. Gangguan ini terjadi apabila murid tidak mampu mengingat kembali
maklumat yang lama atas sebab terdapat gangguan daripada maklumat yang baru
diterima.

Cadangan penyelesaian

Bagi membantu murid yang mempunyai mudah lupa atau pelupa ini, saya sebagai
seorang guru yang memegang amanah untuk mendidik anak-anak di sekolah
mencadangkan beberapa cadangan penyelesaian. Antara tindakan yang boleh kita
pratikkan di dalam kelas ialah:

 Memberikan latihan yang berulang


 Memberikan fokus kepada murid yang bersifat pelupa.
 Memberikan bimbingan yang berterusan. Contohnya, mengajar murid tersebut
sampai murid tersebut menguasai atau mencapai kemahiran yang kita
kehendaki untuk murid tersebut capai.
 Meminta murid tersebut untuk melakukan aktiviti secara mengulang banyak
kali. Contohnya, membaca perkataan seperti buku, bubu, budu dan bulu
banyak kali sehingga murid tersebut boleh mengeja perkataan itu dengan betul,
menyebutnya dengan intonasi yang betul, menulis perkataan tersebut tanpa
meniru dan mengecam perkataan tersebut.

Kajian lampau yang berkaitan dengan isu

Kajian ini pernah dikaji oleh Kruegar (1946), Kingsley (1957), dan Done dan Hilgard
(1937).

Tempoh pelaksanaan/ Penyelesaian:

Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengatasi masalah mudah lupa ini
menggunakan cadangan penyelesaian dalam tempoh selama 2 minggu dari 17 Julai
hingga 28 Julai 2017.
Penambahbaikan:

Berdasarkan masalah yang telah saya nyatakan di atas, saya mendapati


bahawa murid yang mempunyai masalah mudah lupa ini merupakan murid yang
hilang minatnya untuk belajar. Oleh itu, murid ini memerlukan sedikit dorongan dan
bimbingan yang berterusan daripada guru untuk mengatasi masalah ini. Guru perlu
mengambil langkah awal iaitu dengan memupuk minat murid ini dalam pelajaran
dengan mengadakan pendekatan positif seperti memberikan peneguhan positif.
Lama-kelamaan murid ini akan berubah minat ke arah pelajaran. Kemudian, dengan
sendirinya murid ini akan mempunyai minat untuk belajar meskipun mengulang
perkara yang sama berulang kali sehingga mereka betul-betul menguasai kemahiran
yang kita telah tetapkan kepada mereka. Guru yang menyampaikan pengajaran di
dalam kelas juga perlu peka dengan murid ini. Ini kerana, sekiranya guru hanya
menyatakan hanya sekali sahaja, murid ini akan mudah lupa akan perkara yang
disampaikan sebentar tadi.

Refleksi:

Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan
pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak
perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang
boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai
guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-murid kita
dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses
pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis ingatan manusia. Ingatan ini boleh
dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu ingatan ikonik, ingatan jangka masa pendek
dan ingatan jangka masa panjang. Keil (1999), menyatakan kemampuan murid untuk
mengingat informasi baru tergantung pada apa yang telah murid ketahui sebelumnya.
Misalnya apa yang diingat oleh seorang murid ketika dia berkunjung ke pusat sumber
tergantung dengan apa saja yang sudah dia ketahui mengenai pusat sumber (letak
topik-topik tertentu di rak buku, bagaimana mencari buku dan sebagainya).
Sumbangan “isi memori’ ini kelihatan lebih jelas bila kita membandingkan ingatan
seorang “ahli” dengan ingatan seorang “awam’. Yang ahli (dan berpengalaman)
mengingat lebih baik dibandingkan dengan yang “awam”.
Rujukan

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Skudai: Penerbit UTM

Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press.

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New
Jersey : Prentice-Hall, Inc.

http://cikgutomei.blogspot.my/2012/08/faktor-ingatan-lupaan-dan-pemindahan.html

Anda mungkin juga menyukai