Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi
bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah
kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng
melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan
arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika
kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus
basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan
rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.
KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya
merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang
berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-
duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan
mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan
dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau
liar yang susah untuk ditangkap lagi.
BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja
melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi.
Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan
menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka
mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah
emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat
terharu tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang
Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan
tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua
ibu bapanya amat merindukannya.
Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam
perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular
menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.
Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu
melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula
menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.
Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang
melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu?
Putera dari manakah gerangannya?
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan
permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik
kasihan melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah
sepasang suami isteri,pekerja istana.
“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa
mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang
indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat.
Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri
sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat.
Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.
“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya
ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya
amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.
Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan
mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.