Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

i. ABSTRAK
ii. PENGHARGAAN
iii. PENGENALAN PROJEK
iv. CARTA ORGANISASI
v. CARTA GANTT
vi. LAKARAN PROJEK
vii. SENARAI BAHAN
viii. RUJUKAN
ABSTRAK
Teknologi hijau turut dikenali sebagai teknologi alam
sekitar. Teknologi ini menerapkan unsur sains alam
sekitar untuk memulihara dan mewujudkan persekitaran
yang bersih tanpa pencemaran yang melampau.
Teknologi hijau kini semakin diterapkan dalam pem-
binaan bangunan –bangunan. Bagi memastikan
bangunan ini sebuah bangunan hijau,pemilihan bahan
binaan dan lokasi pembangunan yang sesuai amatlah
penting dititikberatkan. Ini bagi memastikan proses
pengurusan sisa dan air,tenaga serta pengangkutan ber-
jalan dengan lancar.
Sesebuah bangunan hijau yang baik adalah jumlah
penggunaan tenaganya berada pada tahap yang mini-
mum.
Dengan kemunculan teknologi ini,kesan negatif ter-
hadap bumi kita hasil daripada kegiatan manusia,seperti
pemanasan global,kesan rumah hijau dan hujan asid
semakin berkurangan.
Walau bagaimanapun,untuk membangunkan bangunan
hijau ini,satu kos yang besar harus dilaburkan.Namun
begitu,maanfaatnya dapat kita gunakan untuk jangka
masa yang lama malah bumi yang kita diami mungkin
juga dapat didiami untuk generasi akan datang. Oleh
yang demikian,kita seharusnya terus mengamalkan ama-
lan ini dari masa kemasa utuk terus memperoleh impak
yang positif kepada alam.cp
PENGHARGAAN

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tid-
ak langsung. Terutamanya Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang
memberi kepercayaan kepada kami,pelajar SMK Pandan menyertai Kar-
nival Inovasi Teknologi Hijau ini mewakili negeri Pahang. Kami amat
menghargai jasa jpn yang menampung segala kos penginapan dan
pengangkutan kami sepanjang karnival ini berlangsung. Terima kasih ju-
ga kepada pihak yang menganjurkan aktiviti ini.

Begitu juga Tuan Pengetua iaitu Pn. Noorzaleha Muda yang mem-
benarkan kami dan memberi sepenuh sokongan untuk mengikuti aktiviti
ini. Tanpa kebenaran beliau,kami pasti tidak akan mempunyai pengala-
man baru yang telah timba semasa di kedah.

Kepada guru pembimbing kami,Encik Muhamad Ghazali Mohd


Saaid,kami mengucapkan terima kasih kerana banyak memberi panduan
dan tunjuk ajar bagi menyiapkan replika bandar teknologi hijau ini. Be-
liau telah memberikan sepenuhnya perhatian kepada kami.
Bagi kami,kami amat bertuah berpeluang mengikuti karnival ini.kami
amat terharu.

Terima kasih.
PENGENALAN PROJEK

Mutakhir ini, negara Malaysia telah melalui proses pembandaran


yang amat pesat bagi menuju ke arah negara maju. Banyak bandar-
bandar baru yang telah dibina bagi menampung kepesatan pem-
bangunan yang terus berkembang di negara ini. Malangnya, demi
mengejar kepesatan pembangunan, banyak rekabentuk bandar yang di
bina mengabaikan aspek-aspek clean technology serta teknologi hijau.

Akibat daripada kepesatan pembangunan ini maka kita dapat


melihat kesan-kesan negatif dalam struktur bandar di negara ini.
Kebiasaan rekebentuk bandar yang dibina pada hari ini kurang
menekankan penerapan sector-sektor teknologi hijau (Green Technolo-
gy) terutamanya dalam sektor
1. Tenaga
2. Pengangkutan
3. Bangunan
4. Pengurusan Sisa dan Air Buangan Industri
5. Pertanian
6. Perhutanan dan Guna Tanah
7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Hasil daripada kajian dan pemerhatian kami inilah yang terhasil-


nya model bandar kami. Kami memilih keadaan dan lokasi geografi di
muara sungai dan pinggir pantai. Kawasan yang menjadi rujukan kami
adalah dari bandar Kuantan Pahang Darul Makmur.

Objektif rekabentuk model kami adalah untuk menyelesaikan ma-


salah pembandaran yang biasa berlaku terutamanya melibatkan pence-
maran, kekurangan tenaga, sisa kumbahan dan rawatan sisa, masalah
perlupusan sampah serta masalah kesesakan lalu lintas.

Pada model kami ini kami menitikberatkan kepada sumber tenaga


yang boleh diperolehi oleh bandar kami untuk menjana elektrik. Model
bandar kami ini memperoleh sumber tenaga daripada solar, tenaga om-
bak, tenaga angin serta tenaga biogas untuk menjana elektrik.

Bagi sector pengangkutan pula, hasil pemerhatian dan kajian ka-


mi, kami mengutamakan pengangkutan awam iaitu keretapi atau tren
elektrik dan tren ini bergerak di bawah tanah (subway). Manakala
penggunaan kereta yang berkuasa bateri digunakan untuk mengelakkan
masalah pencemaran serta penggunaan bahan petrol.

Bangunan pada model kami ini mengambil kira bangunan pintar.


Semua bangunan boleh menjanakan elektrik sendiri sama ada dengan
tenaga solar ataupun menggunakan kincir angin. Rekebentuk yang
moden dan mesra alam dititik beratkan pada model kami.

Bagi mengatasi masalah pembuangan sisa dan air bahan buangan


industri, bandar kami mengatasinya dengan membina loji biogas untuk
menyimpan sisa-sisa pepejal dari kumbahan dan akan menjanakan el-
ektrik manakala sisa air buangan pula akan dirawat untuk digunakan pa-
da lanskap bandar kami. Air buangan ini juga akan mengairi kawasan
pertanian bandar kami. Bandar kami juga terdapat ladang sawit yang
semua sedia maklum banyak kegunaan selain daripada untuk
menghasilkan minyak sawit.

Pada era ini,jumlah penggunaan internet semakin ber-


tambah,namun masalah sambungan yang lambat menjadikan sesuatu
pekerjaan tidak dapat disiapkan dengan pantas. Di dalam model ini,kami
meletakkan pencawang internet untuk menghubungkan sesebuah kawa-
san dengan sambungan internet di setiap kawasan utama. Perkara ini
dapat mewujudkan sebuah bandar yang arif tentang ict kerana
penggunaannya tidak terhad.

Selain itu,masalah pengurusan sisa dan air juga menjadi rungutan


kepada setiap penduduk. Hal ini disebabkan sisa dan air tersebut tidak
diuruskan dengan betul dan menyebabkan pembaziran walhal air yang
telah digunakan seperti air kumbahan boleh digunakan untuk me-
nyuburkan tumbuhan. Oleh yang demikian,kami mewujudkan satu tem-
pat untuk menguruskan sisa pepejal dan pembentungan bawah tanah.
Dengan adanya kawasan ini sisa kumbahan dan sebagainya dapat
disalurkan di tempat yang sepatutnya.

Dalam pada itu,jumlah penggunaan tenaga elektrik pada masa kini


turut meningkat. Hal ini menyebabkan negara tidak mempunyai bekalan
tenaga elektrik yang cukup untuk masa-masa akan datang. Oleh yang
demikian,kami menggunakan bentuk muka bumi yang strategik yang
terdapat di dalam model kami untuk memperoleh sumber tenaga da-
ripada alam di mana sumber tersebut boleh diperbaharui bagi menam-
pung jumlah penggunaan eletrik di bandar tersebut. Untuk itu,kincir an-
gin diletakan berhampiran gunung dengan laut. Tenaga ombak juga
turut diperolehi daripada laut. Kedua dua tenaga itu mampu membekal-
kan tenaga eletrik kepada industri dan perumahan. Tenaga ini juga mu-
rah dan bersih.

Di samping itu,model kami juga mempamerkan kawasan


perhutanan dan pertanian.kawasa ini dapat membekalkan oksigen untuk
semua kehidupan di bumi. Hutan ini juga menjadi kawasan tadahan hu-
jan,habitat untuk flora dan fauna serta mampu mengurangkan masalah
pemanasan global yang semakin parah dari semasa ke semasa. Ini berla-
ku kerana pokok-pokok tersebut akan memerangkap karbon dioksida
dan membebaskan oksigen yang segar dan nyaman.
Bangunan-bangunan yang terdapat di dalam model kami
menggunakan panel solar untuk memperoleh tenaga elektrik. Panel so-
lar itu boleh memanaskan air di bilik mandi dan membekalkan tenga el-
ektrik untuk kegunaan rumah. Begitu juga dengan bangunan di kawasan
perindustrian,panel itu turut membekalkan tenaga elektrik untuk
kegunaan industri. Ianya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pada
siang hari. Harga panel solar ini mahal namun amat berbaloi kerana
boleh digunakan untuk jangka masa yang lama serta mengurangkan kos
bil elektrik.
CARTA ORGANISASI

GURU PEMBIMBING

EN GHAZALI

AHLI 1:NIK NORADILA BT MAT


AHLI 2:MOHD FIKRI HADI B. .SAUFI AHLI 3:HAIRUL AKHMAL BASHYAR B.
ALIAS
HAIRUL ANUAR
 MEMBENTUK KOMPONEN
 MENCARI
MODEL YANG HENDAK  MEMBENTUK KOMPONEN
/MENGUMPUL
DIGUNAKAN MODEL
MAKLUMAT
 MEMBINA MODEL  MEMBINA MODEL
 MEMBUAT LAPORAN
BANDAR TEKNOLOGI BANDAR TEKNOLOGI
 MEMBERI KET-
HIJAU HIJAU
ERANGAN TENTANG
 MENCARI/MENGUMPUL  MENCARI/MENGUMPUL
MODEL
BAHAN BAHAN KITAR BAHAN BAHAN KITAR
 MEMBANTU DALAM
SEMULA SEMULA
MEMBUAT MODEL
CARTA GANTT

TARIKH 10 15 17 19 20 21 23 6,7,8,9
OK- OK- OK- OK- OK- OK- OK- NO-
TOBER- TOBER- TOBER- TOBER TOBER TO- TOBER- VEMBER
14 16 18 2016 2016 BERR-22 4 2016
AKTIVITI OK- OK- OK- OK- NO-
TOBER TOBER TOBER TOBER VEMBER
2016 2016 2016 2016 2016
MENERIMA
TAKLIMAT TU-
GASAN
MENGENAL
PASTI MASALAH
MENCARI/
MENGUMPUL
MAKLUMAT
DAN DATA
MENGANALISIS
MAKLUMAT
MENYENARAI
JENIS BANDAR
DI PAHANG
MEMILIH BAN-
DAR YANG
SESUAI DAN
MELAKAR
PERANCANGAN
DAN PEM-
BINAAN MODEL
BANDAR
PENDOKUMEN-
TASIAN
PERTANDINGAN
LAKARAN PROJEK
SENARAI BAHAN

1. Lidi
2. Fannel fabric
3. Kotak
4. Kertas
5. Botol
6. Plastik
7. Playwood
8. GF Foam board
9. Surat khabar
10. Salotip
11. Berus kuali
RUJUKAN
1. Buku Teks
Chong MuiSen, AzizanHj. Abu Samah. 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2 Kuala
Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd
2. Internet
3.

Anda mungkin juga menyukai