Anda di halaman 1dari 5

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah?

A. Supaya semua orang melawat sekolah kita.


B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa.
C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita.

2. Kumari terpecahkan pasu bunga kesayangan ibunya. Apakah yang patut dia lakukan?

A. Mendiamkan diri.
B. Cepat-cepat bersembunyi.
C. Memberitahu ibunya perkara sebenar dan meminta maaf.

3. Bagaimanakah caranya kita mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga?

A. Membantu mereka jika mereka ditimpa kesusahan.


B. Berpura-pura tidak mengenali mereka.
C. Tidak memperdulikan mereka.

4. Penganut agama ___________ berpuasa pada bulan Ramadhan.

A. Buddha
B. Hindu
C. Islam

5.
Nilai murni yang ada pada diri Ah Chong ialah _____________.

A. berani
B. jujur
C. rajin

6. Kamu ternampak dua orang murid sedang bertengkar di kantin sekolah. Tindakan yang
akan kamu lakukan ialah

A. mendiamkan diri.
B. masuk campur.
C. melaporkan kepada guru yang bertugas.

7. Isma menyanyikan lagu Negaraku dengan baik. Apakah sikap yang ada pada Isma?

A. Mengenali dan menghormati identiti negaranya.


B. Bercita-cita menjadi penyanyi terkenal.
C. Suka menunjuk-nunjuk.

8. Kita hendaklah memakai _____________ ketika membonceng motosikal.

A. kasut
B. pakaian
C. topi keledar

9.

Gambar di atas menunjukkan bendera bagi negeri

A. Terengganu
B. Sarawak
C. Sabah

10. Jangan __________ sampah ke dalam sungai.

A. membuang
B. membakar
C. menyimpan

11. Kamu sekeluarga berkelah di tepi tasik. Sebelum pulang, ibu meminta kamu mengutip
semua sampah. Apakah tindakan kamu?

A. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tasik.


B. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tong sampah.
C. Mengutip sampah dan meninggalkan longgokan sampah di bawah pokok.

12. Sikap ___________ penting dalam sesebuah keluarga.

A. kata-mengata
B. benci-membenci
C.hormat-menghormati

13. Apakah yang akan berlaku apabila adik beradik tidak bertolak ansur?

A. Terjadinya pergaduhan.
B. Dapat menjimatkan masa.
C. Kerja rumah menjadi ringan.

14.

Apakah tindakan kita apabila menghadapi situasi di atas?


A. Mencubit adik.
B. Buat-buat tidak tahu.
C. Memujuk dan melayan adik.

15. Apakah maksud vandalism?

A. Perbuatan merosakkan harta benda dan kemudahan awam.


B. Perbuatan membaiki kemudahan awam.
C. Perbuatan menjaga kemudahan awam.

16. Lampu jalan berhampiran dengan rumah kamu tumbang. Kamu sepatutnya

A. memberitahu ayah agar dia dapat melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
B. mengajak rakan-rakan mengubah kedudukan lampu tersebut.
C. bermain di atas tiang lampu tersebut.

17.

Dialog yang paling sesuai untuk situasi di atas ialah

A. Jangan sibuklah.
B. Terima kasih Kak Ayu.
C. Kakak ni mengacau betul lah.

18. Xin Yi tinggal seorang diri di rumah. Dia perlu

A. membuka pintu rumahnya.


B. mengunci pintu rumahnya.
C. merapatkan sahaja pintu rumahnya.

19. Bilik tidur perlu dikemas supaya _________ dan ceria.

A. cuci
B. kotor
C. bersih

20. Munirah menolong ibunya mengemas rumah. Dia tidak meminta sebarang upah dari
ibunya. Munirah seorang anak yang

A. suka menunjuk-nunjuk
B. sederhana
C. ikhlas

B. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan tandakan (x) pada pernyataan yang
salah. (10m)

1. Saya boleh memukul kawan jika tidak berpuas hati dengan mereka.

2. Kasih sayang tidak penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

3. Jika kita bersalah terhadap anggota keluarga, kita haruslah meminta maaf.

4. Anak-anak perlu diajar untuk berdikari sejak dari kecil lagi.

5. Kita haruslah mengenali jiran-jiran kita.

6. Kempen Penjimatan Air dan Elektrik akan berjaya jika mendapat sokongan
masyarakat sepenuhnya.
7. Kempen Antirokok bertujuan untuk menggalakkan masyarakat merokok.

8. Semua orang berhak menggunakan kemudahan awam.

9. Kerosakan peralaatan di taman permainan membahayakan kanak-kanak yang


menggunakannya.
10. Tugas menjaga kemudahan awam hanyalah tugas pihak berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai