Anda di halaman 1dari 2

NAMA : SYARMILA BINTI MOHAMAD ARSHAD

UNIT : 8 PISMP SAINS

 Aras trofik dalam sesuatu ekosistem merujuk kepada peringkat-peringkat pengeluar, pengguna
primer, pengguna sekunder, pengguna tertier dan pengguna quaternari.
 Bilangan populasi berkurangan daripada peringkat pengeluar kepada peringkat quaternari.
 Saiz haiwan bertambah besar dengan pertambahan aras trof.
 Kecekapan pemindahan tenaga juga semakin berkurangan.
1. Jelaskan perpindahan tenaga dalam siratan makanan di biosfera
i. Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga asas kepada semua hidupan yang terdapat
dalam tasik
ii. Tenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan hijau (keladi, teratai, lumut, alga).
iii. Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis yang dijalankan apabila tumbuhan selaku
pengeluar membuat makanannya sendiri
iv. Tenaga kimia yang disimpan dalam tumbuhan pengeluar itu seterusnya akan dipindahkan pula
kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan.
v. Pada aras ni, zooplankton (pelbagai hidupan seni) berperanan sebagai pengguna primer.
vi. Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer) ini pula berpindah kepada pengguna
sekunder (ikan-ikan kecil dan cacing) apabila haiwan berkenaan memakan zooplankton tadi.
vii. Tenaga kimia yang dipindahkan ini digunakan untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.
viii. Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam pengguna sekunder pula akan dipindahkan /
berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang lebih besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-
ikan kecil dan cacing/ ulat.
ix. Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang dipindahkan itu berfungsi untuk tumbesaran,
bergerak dan membiak.
x. Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna tertier akan berpindah / dialirkan
kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria, fungi dan protozoa

2. Jelaskan kesan perpindahan tenaga tersebut ke dalam populasi.


i. Matahari merupakan punca tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan.
ii. Tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai pengeluar mendapat bekalan makanan secara
langsung dari matahari untuk memulakan proses fotosintesis.
iii. Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam sesebuah ekosistem biasanya dalam bentuk tenaga
kimia atau tenaga haba.
iv. Tenaga kimia akan disimpan manakala tenaga haba akan dibebaskan.
v. Tidak semua tenaga di dalam pengeluar dipindahkan ke badan pengguna primer, badan
pengguna primer ke badan pengguna sekunder, dan badan pengguna sekunder ke badan
pengguna tertier.
vi. Sebahagian telah hilang tenaga dalam bentuk tenaga haba semasa proses respirasi,
pergerakan dan pembiakan
vii. Langkah pada rantai makanan terbatas kepada 4 atau 5 sahaja dan pada setiap langkah
sebahagian besar daripada tenaga akan hilang sebagai haba.
viii. Ini bermakna semakin pendek rantai makanan pemindahan tenaga akan menjadi lebih cekap.

Anda mungkin juga menyukai