Anda di halaman 1dari 36

Asas forex www.instaforexutara.com.

my

ASAS FOREX

1.0 Pengenalan Forex

1.1 Apa itu forex?

Definisi forex (Foreign Exchange –Tukaran Mata Wang) yang paling mudah bagi mereka yang
baru berjinak-jinak dengan dunia FOREX adalah seperti berikut: Forex merupakan dagangan mata
wang asing di antara sebuah negara dengan negara lain. Pada masa ini, Forex merupakan pasaran
terbesar di dunia, iaitu dengan dagangan mata wang berjumlah lebih dari $2.5 TRILLION sehari.
Pasaran Forex tidak mempunyai tempat dagangan khusus seperti New York Stock Exchange
(NYSE), atau Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). Sebaliknya forex ini melibatkan ‘dagangan
antara bank (interbank)’ di mana bankbank menjalankan dagangan antara satu sama lain tanpa
lokasi khusus.

Apa yang diperdagangkan dalam Forex? - MATA WANG. Inilah produk yang
diperdagangkan di serata dunia. Oleh itu dalam pasaran Forex ini, mata wang sesebuah negara
dijual atau dibeli oleh bank-bank negara lain. Contohnya, sekiranya anda ke bank atau ke pengurup
wang yang biasanya terdapat di pasaraya-pasaraya besar, dan ingin menukar wang dari Ringgit
Malaysia ke Dolar Amerika Syarikat, kadar tukaran mata wang adalah berbeza. Anda akan dapati
bahawa harga Belian dan Jualan pada papan mata wang itu adalah berlainan, contohnya, harga
Jualan adalah 3.50, dan Belian adalah 3.45. Ini bermakna, anda dapat menjual setiap Dolar AS
yang anda miliki dengan harga RM3.50/dolar atau anda dapat membeli Dolar AS dengan harga
RM3.45 bagi setiap dolar. Itulah contoh yang terbaik tentang bagaimana Forex diperdagangkan,
ada Jualan, dan ada Belian.

1.2 Mata wang utama forex

--------------- US DOLLAR
----------------EURO DOLLAR
----------------BRITISH POUND
----------------AUSTRALIAN DOLLAR
-----------------JAPANESE YEN

1
Asas forex www.instaforexutara.com.my

----------------CANADIAN DOLLAR
-----------------SWISS FRANC
Selain dari mata wang, Emas dan Perak juga diperdagangkan di pasaran Forex. Setiap mata wang
dalam pasaran Forex diperdagangkan dalam bentuk berpasangan -‘PAIR’ –(berpasang) contohnya
USDJPY bermaksud United States Dollar dan Japanese Yen, EURUSD bermaksud European
Dollar dan United States Dollar. Apabila anda memperdagangkan sesuatu ‘Pair’, contohnya
USDJPY, ini bermaksud anda BUY (BELI) USD dan SELL (JUAL) JPY dan sebaliknya. Gambar-
gambar di bawah menunjukkan salah satu contoh ‘board mata wang’ .

Nota: Istilah yang digunakan adalah

+ BUY (BELI) pada harga ASK (HARGA DIMINTA). Market BUY dikenali

sebagai BULL market

+SELL (JUAL) pada harga BID. Market SELL dikenali sebagai BEAR market

Harga yang dibeli

Harga yang dijual

PAIR (mata wang yang


diperdagangkan)

2
Asas forex www.instaforexutara.com.my

1.3 Perbezaan antara forex dengan saham

Ada beberapa perbezaan di antara forex dan saham. Anda perlu pertimbangkan perbezaan di antara
kedua-duanya bagi menentukan sama ada lebih berbaloi untuk melabur dalam forex atau saham.
Di sini, disenaraikan beberapa kelebihan trading forex.

 Bullish atau Bearish? Tiada masalah untuk trader forex.

Bagi trader forex, keuntungan boleh dibuat sama ada pada masa Bullish atau Bearish. Tidak ada
sekatan atau undang-undang yang menghalang trader forex ini melakukan sebarang forex transaksi
untuk jangka masa pendek atau panjang.

 Trader Forex boleh mengawal leverage yang besar.


Trader Forex boleh membuat transaksi yang besar berbanding dengan saham. Ini adalah kerana
nisbah leverage yang diberikan oleh broker-broker forex. Tidak mustahil bagi forex trader untuk
menggunakan leverage sehingga 1:500.

 Trader Forex mempunyai kelebihan melalui Fundamental


Trader forex boleh menggunakan data atau berita yang biasa contohnya perubahan kadar faedah
(interest rate). Pasaran forex terlalu sensitive terhadap situasi politik, kewangan, ekonomi
sesebuah negara, dan perubahan tersebut memberi banyak peluang kepada trader untuk mengaut
keuntungan.

 Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari selama 5 hari seminggu.


Pasaran saham biasanya hanya boleh didagang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya pada
pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.00 petang. Sekiranya anda bekerja sepenuh masa, memanglah
sukar bagi anda untuk mengambil kesempatan pada waktu pasaran saham. Tetapi pasaran Forex
boleh didagang 24 jam sehari selama 5 hari (Isnin pagi pukul 5:00 pagi hingga sabtu pukul 5.00
pagi waktu Malaysia).

3
Asas forex www.instaforexutara.com.my

2.0 Pasaran Forex

2.1 Istilah-istilah (terms) utama


 Base Currency – Mata wang pertama dalam pasangan mata wang. Ia membandingkan
nilai di antara ke dua-dua mata wang dalam pasangan ini.
 Bear market- Istilah untuk pasaran di mana harga sedang turun (SELL).
 Broker – ‘Orang tengah’ dalam transaksi anda dengan pasaran Forex
 Bull market - Istilah untuk pasaran di mana harga sedang naik (BUY).
 Buy- BELI atau ASK.
 Buy limit - sejenis pending order – arahan tertangguh untuk beli yang hanya akan
dilaksanakan apabila mencapai harga yang ditentukan. Urusniaga ini dilakukan apabila
harga berada pada tahap lebih rendah daripada harga semasa, dan anda menjangkakan yang
harga ini akan retrace dan naik semula. Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah
1.6300, apabila anda menganggarkan yang trend pasaran akan berubah arah dan akan naik
setelah mencapai harga terendah pada 1.6280, maka anda buat pending order BUY LIMIT
pada 1.6280.
 Buy stop – sejenis pending order untuk beli. Di beli pada harga lebih tinggi daripada harga
semasa. Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, apabila anda lihat trend
market itu akan naik lagi, maka anda buat pending order BUY STOP pada 1.6320
contohnya. T/P pada harga lebih tinggi daripada 1.6330 contohnya.
 Close – bermaksud post/urusniaga dagangan yang sudah ditutup sama ada dalam keadaan
untung atau rugi.
 Currency Pairs – mata wang yang diperdagangkan dalam bentuk berpasangan seperti
USDJPY, EURJPY, GBPCAD, GBPJPY, dan lain-lain.
 Downtrend – sama dengan istilah BEAR market. Harga sedang menurun.
 Expert Advisor (EA) – Kaedah menggunakan program berskrip yang juga dipanggil
‘robot’. Dengan menggunakan kaedah ini, post dibuka atau ditutup secara automatik
apabila signal atau teknik memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

4
Asas forex www.instaforexutara.com.my

 Hedging – satu teknik yang digunakan untuk melindungi kerugian, contohnya, membuka
post SELL untuk mengimbangi post BUY anda yang sedang mengalami kerugian.
 High – Harga tertinggi untuk sesuatu pair
 Japanese Candlestick – Satu bentuk carta (chart) yang menunjukkan transaksi mata wang
menggunakan penanda berbentuk lilin. Mengandungi harga buka, harga tertinggi, terendah
dan harga tutup.
 Leverage - geran yang diberikan oleh broker kepada trader. Ratio yang biasa diberikan
oleh broker adalah 1:100, 1:200, 1:500, 1:1. Contohnya apabila anda mendeposit sebanyak
USD1000.00 ke dalam akaun forex anda dan anda memilih ratio leverage sebanyak 1:500,
maka duit yang anda trade adalah berlipat kali ganda iaitu USD1000 x 500 =
USD500,000.00. Kita seolah-oleh trade menggunakan duit sebanyak USD500, 000.00.
 Long (Buy) – post untuk transaksi BELI apabila trend menaik.
 Lot - Ukuran yang digunakan untuk menilai sesuatu urusniaga dagangan forex.
 Low – Harga terendah untuk sesuatu pair
 Margin – Dana yang dideposit ke akaun forex bagi menampung sebarang kerugian yang
dialami oleh trader jika pasaran bergerak ke arah bertentangan dengan post yang dibuka.
 Margin call – Permintaan dari broker untuk anda menambah jumlah margin hingga ke
tahap yang dapat menjamin kedudukan post yang sedang mengalami kerugian.
Penambahan dibuat ke dalam akaun agar margin anda tidak kehabisan.
 Open – bermaksud post/urusniaga dagangan anda yang masih terbuka sebelum ditutup
 Overbought – bermaksud pembelian sudah mencapai tahap maksimum. Ia adalah
petunjuk bahawa besar kemungkinan trend akan berubaha arah (harga akan turun). Cara
yang paling mudah untuk melihat Overbought adalah melalui petunjuk (indicator) seperti
RSI, Stochastic, dan William%
 Oversold - bermaksud penjualan sudah mencapai tahap maksimum. Ia adalah petunjuk
bahawa besar kemungkinan trend akan berubah arah (harga akan naik).
 Pending order – Arahan urusniaga tertunggak yang dibuat, yang hanya akan diaktifkan
secara automatic apabila harga semasa mencecah sesuatu harga yang telah anda tetapkan.
 Pip – Perubahan harga sesuatu mata wang dikira sebagai pip. Contohnya, EURUSD pada
harga 1.5800 dan kemudiannya meningkat kepada 1.5810, bermakna ada perubahan harga

5
Asas forex www.instaforexutara.com.my

sebanyak 10pips (1.5810-1.5800=10 pips). Keuntungan dan kerugian anda bergantung


kepada bilangan perubahan pips tersebut.
 Platform – Perisian (software) yang disediakan oleh broker untuk membolehkan trader
menjalankan urusniaga forex serta menguruskan akaun mereka. Contohnya Meta4 atau VT
trader.
 Resistance - Tahap harga tertinggi sesuatu pasangan (pair) untuk satu jangka masa tertentu
yang telah dianalisis. Pada tahap harga ini, trend pasaran dijangka akan turun semula.
 Rollover – sama dengan swap di mana post yang masih aktif (open) berlanjutan ke hari
berikutnya (“tergantung”). Kebiasaannya, traders harus membayar ‘rollover fee’ kepada
broker dan adakalanya traders akan mendapat ‘rollover fee’ yang dibayar oleh broker,
bergantung kepada post yang dibuka.
 Scalping – kaedah trading yang digunakan oleh trader untuk mengutip keuntungan dalam
tempoh-tempoh yang pendek. Traders membuka dan menutup berbilang posts dengan
bilangan pip yang kecil contohnya mengutip 5pips atau 10pips pada setiap post yang
dibuka.
 Sell – JUAL atau BID
 Sell limit – sejenis pending order – arahan tertangguh untuk jualan yang hanya akan
diaktifkan apabila mencecah harga yang ditetapkan. Sell Limit dilakukan apabila yakin
harga yang sedang naik akan turun semula apabila mencecah satu tahap – harga tertinggi.
Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, jadi apabila anda menjangkakan
yang trend market itu akan berubah arah setelah mencapai tahap tertinggi pada harga
1.6330, maka anda buat pending order SELL LIMIT pada 1.6330. T/P pada harga lebih
rendah.
 Sell stop - sejenis pending order. Sell Stop dilakukan apabila yakin harga yang sedang
turun akan turun lebih jauh setelah mencecah harga tertentu. Contohnya harga semasa bagi
GBPUSD adalah 1.6300, apabila dilihat trend pasaran akan turun lagi, maka anda buat
pending order SELL STOP pada 1.6290.
 Short – post untuk transaksi JUAL apabila trend menurun.
 Spot – kaedah trading yang digunakan oleh bank-bank atau institusi kewangan dengan
membiarkan satu-satu post berlanjutan sehingga 6 bulan atau setahun. Untuk melakukan

6
Asas forex www.instaforexutara.com.my

spot trading ini, anda perlu mempunyai margin yang besar untuk menampung pergerakan
sesuatu mata wang.
 Spreads – perbezaan antara harga BUY dan SELL. Inilah komisyen yang diperolehi oleh
broker setiap kali anda buka trade atau post.
 Stop loss – Tahap kerugian yang ditetapkan sewaktu post dibuka. Kiraan dibuat dengan
mengambilkira margin anda bagi mengelak margin call atau post yang ‘tergantung’.
 Support – Tahap harga terendah sesuatu pasangan untuk satu jangka masa tertentu yang
telah dianalisis. Pada tahap harga ini, tren pasaran dijangka akan naik semula.
 Swap- kebanyakan broker menawarkan interest rate yang dipanggil SWAP. Broker-broker
yang mempunyai Islamic account tidak mempunyai SWAP.
 Swing – kaedah trading yang digunakan oleh trader untuk mengutip keuntungan dalam
tempoh-tempoh jangka panjang. Traders membuka dan menutup post dengan bilangan pip
yang besar. Bilangan pip yang ditetapkan mungkin melebihi 50.
 Take Profit – Singkatannya TP. Harga pada mana post anda akan ditutup setelah mencapai
keuntungan yang ditetapkan.
 Time frame – Tempoh masa pada waktu tertentu
 Trailing stop – Arahan menutup post berdasarkan jumlah pip yang ditetapkan sebelum
tren pasaran bergerak ke arah bertentangan (reverse).
 Uptrend – sama dengan istilah BULL market. Harga sedang menaik.

7
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Rajah 2.1.1

Rajah 2.1.2

8
Asas forex www.instaforexutara.com.my

2.2 Pasaran forex

Pasaran Forex beroperasi selama 24 jam sehari, oleh itu, amat mustahil bagi seseorang trader untuk
mengikuti pergerakan pasaran setiap masa. Timing (pengaturan masa) adalah penting dalam forex
untuk mengatasi masalah kekurangan masa. Seeloknya, anda mengetahui waktu yang sesuai untuk
menjalankan trading bagi memaksimakan peluang trade. Pasaran trading di kawasan yang berbeza
di dunia aktif mengikut pengaruh di kawasan masingmasing. Keaktifan pasaran bergantung kepada
beberapa faktor termasuk waktu pasaran dibuka di negara-negara terbabit, perubahan ekonomi,
perubahan keadaan politik dan psikologi pasaran.

Rajah 2.2.1 Pasaran forex

9
Asas forex www.instaforexutara.com.my

2.3 Pengenalan carta (chart)

Ada 3 bentuk carta yang selalu digunakan.

 Line Chart (Carta Garisan)

Line Chart mudah diguna untuk menentukan Support dan Resistance. Dengan memerhati garisan
di atas, anda dapat mengkaji trend sesuatu mata wang.

 Bar Chart

Bar chart semakin popular kerana ianya menunjukkan harga tertinggi, terendah, harga dibuka dan
ditutup sesuatu pasangan mata wang pada setiap masa.

10
Asas forex www.instaforexutara.com.my

 Candlestick chart (lilin)

Japanese Candlestick merupakan carta yang paling popular dan mudah dikaji. Pergerakan setiap
bar pada candlestick ada maksud dan arah yang tertentu. Setiap bar pada candlestick menunjukkan
harga tertinggi, terendah, harga dibuka dan ditutup sesuatu pasangan mata wang. Kita akan
mempelajari mengenai candlestick dan mengenali bentuk-bentuknya dalam topik seterusnya.

11
Asas forex www.instaforexutara.com.my

3.0 Fungsi-fungsi ikon metatrader

Berikut adalah sedikit sebanyak fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat pada skrin

platform anda.

Rajah 3.0.1

Rajah 3.0.2

12
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Rajah 3.0.3

13
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Rajah 3.0.4 Terminal

4.0 Pengurusan kewangan (money management)

Ingin ditekankan sekali lagi di sini bahawa pelaburan dalam forex adalah pelaburan berisiko tinggi
jika anda tidak berhati-hati. Seperti yang berulangkali disebut oleh para penggiat arena forex ini,
95% daripada mereka yang terlibat dalam pelaburan forex akan gagal dan hanya 5% akan berjaya.
Sasaran kita adalah untuk berada dalam golongan 5% tersebut. Oleh sebab itu, pengurusan
kewangan (Money Management) penting kerana mereka yang berjaya dalam forex ini adalah
trader yang pandai mengurus kewangan dalam forex.

Dari sudut pengurusan kewangan, sebelum memulakan trade, anda perlu melakukan

perkara-perkara penting berikut:

1. Mengenal pasti risiko dalam trade – keputusan penting yang anda harus buat adalah
mengenal pasti risiko yang anda sanggup terima bagi setiap trade. Kebanyakan trader yang
berjaya hanya menghadkan 2%-5% kerugian sahaja dari jumlah margin yang ada.

14
Asas forex www.instaforexutara.com.my

2. Memahami risiko trade anda, dan tentukan saiz (lot) yang selamat untuk post anda –
mengenai risiko trade ini, sebelum memulakan sebarang trade, anda haruslah membuat
kiraan pip bagi menentukan pada harga berapa anda perlu menutup dengan kerugian(cut
loss) post anda sekiranya arah pergerakan harga tidak menyebelahi anda.
3. Terima kerugian– Anda haruslah bersedia menerima kerugian yang kecil sebelum kerugian
anda (-tif) semakin membesar. STOP LOSS digunakan untuk mengawal kerugian daripada
menjadi besar. Apabila menetapkan STOP LOSS, pastikan anda meneliti trend, ranging
PAIR yang anda pilih. Pastikan harga tertinggi, tentukan harga terendah sebelum
menetapkan STOP LOSS anda.
4. 1 PAIR, 1 POST, 1 TRADE @ 1 TIME - teknik ini boleh menyelamatkan margin anda
atau sekurang-kurangnya mengurangkan kerugian besar. Ia bermaksud, setiap kali anda
membuat trade, pilih satu pair yang anda sudah biasa, buka satu post sahaja dan satu trade
sama ada BUY atau SELL (kaji trend), pada satu-satu masa.

5.0 Tren pasaran

5.1 Mengenal tren

Trend adalah corak pergerakan harga bagi jangka masa tertentu. Berikut adalah cara-cara anda
mengenal trend apabila melihat sesuatu carta. Kefahaman mengenai carta amatlah penting untuk
anda membuat sesuatu keputusan sama ada ingin membeli atau menjual mata wang tersebut.

Bolehkah anda tentukan sama ada trend di atas akan terus NAIK atau TURUN?

15
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Jika diperhatikan bar terakhir, mungkin anda mengatakan harga sedang naik. Tetapi jika
diperhatikan pada Trend Keseluruhan (Major Trend), graf ini menunjukkan Penurunan. Kenaikan
pada trend tersebut adalah minor trend. Untuk mengesahkan teori anda ini, anda perlu menambah
satu atau beberapa lagi indikator (petunjuk) untuk tujuan pengkajian.

Perlu diingatkan di sini yang anda perlu tahu frame untuk tempoh berapa lama yang sedang
anda perhatikan dan untuk mata wang apa. Adakalanya, akibat terlalu tergesa-gesa, pelabur tersilap
memilih frame untuk dikaji. Jika anda rasa selesa mengkaji frame untuk tempoh M15, gunakan
frame M15. Frame M 1 adalah untuk pip yang rendah dan jarang digunakan sebagai asas untuk
membuka post.

Ramai di kalangan pelabur yang menggunakan frame satu jam (H1). Ini adalah kerana
mereka mensasarkan pip yang lebih tinggi untuk mengaut keuntungan. Jika cara ini tidak sesuai
bagi anda, elakkan berbuat demikian. Frame 15M atau 30M mungkin lebih sesuai untuk anda.
Seperkara lagi, frame perlu dilihat dari jangka panjang ke jangka pendek. Ini bermakna, mulakan
dengan melihat trend untuk D1, kemudian lihat trend H1, M30 dan seterusnya. Dari sini anda dapat
membuat kesimpulan arah pergerakan harga secara keseluruhan.

16
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Untuk tujuan melihat keperluan penggunaan indikator,3 indikator digunakan iaitu Moving
Average (biru), Zigzag (garisan kuning) dan Stochastic (garisan biru dan merah di ruang bawah).
Setelah memasang ketiga-tiga indikator tersebut pada carta tadi, anda dapat mengagak dengan
lebih tepat trend pergerakan seterusnya, sama ada naik atau turun.

Sila perhati pada contoh kedua mengenal trend ini:

Secara kasar, anda dapat melihat Major Trend sedang menurun. Untuk memastikan jangkaan anda
tepat, anda harus manambah beberapa lagi indicator sebagai penunjuk.

17
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Dengan menggunakan Indikator seperti Moving Average, Zigzag dan Stochastic ini, anda
dapat memastikan bahawa overall trend menunjukkan penurunan. Kemungkinan besar penurunan
tersebut adalah untuk jangkamasa lebih panjang berbanding kenaikan. Kenaikan harga akan
mencapai harga retracement dan akan kembali menurun untuk jangkamasa lebih panjang.

Pastikan anda tahu apa overall trend untuk hari trading anda. Post yang dibuka mengikut
overall trend adalah lebih selamat daripada post yang dibuka untuk mengutip pip yang terhad.

18
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Contohnya, jika trend menurun, post sell adalah lebih selamat berbanding dengan post buy kerana
harga naik biasanya mencecah retracement point sahaja. Pip untuk post buy dalam situasi begini
perlu ditetapkan mengikut kajian teliti dan menggunakan grid pada carta kerana pip terhad.

Seperkara lagi, perlu diingat, secara puratanya, carta untuk minit lebih rendah adalah untuk
kutipan pip lebih rendah. Contohnya, M1 untuk kutipan pip tidak melebihi 10 pip, M5 untuk 15
pip dan seterusnya. Hanya pada waktu-waktu news sahaja perubahan harga akan berubah dengan
banyak dan jumlah pip lebih tinggi dapat dikutip.

6.0 Analisis Forex

6.1 Data ekonomi global (fundamental analysis)

Data-data ekonomi boleh juga anda dapati di http://www.forexfactory.com . Kebanyakan trader


forex akan mengikuti perkembangan data ekonomi ini untuk menentukan sama ada pergerakan
mata wang akan berbentuk Bullish (Naik=Buy) atau Bearish (Turun=Sell). Kebiasaannya, sebelum
data dikeluarkan / diumumkan, pasaran akan tenang sedikit sementara menunggu arah trend
seterusnya.

19
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Perhatikan pergerakan semasa Data NFP (Non-Farm Payroll) diumumkan pada 5 June, 2009. NFP
adalah statistik yang dikaji, direkod, dan dilaporkan oleh Bureau of Labor Statistic AS bertujuan
untuk memberi gambaran mengenai jumlah gaji pekerja-pekerja di AS dalam pelbagai bidang
perniagaan melainkan:

 Pekerja-pekerja disektor kerajaan


 Pekerja di rumah
 Pekerja di organisasi-organisasi ‘non-profit’
 Pekerja ladang.

Laporan NFP yang dikeluarkan termasuklah anggaran jumlah jam bekerja dan jumlah pendapatan
untuk semua pekerja yang tidak termasuk dalam senarai di atas. Jumlah NFP ini meliputi 80%
daripada pekerja yang menyumbang kepada Gross National Product (Pendapatan Kasar Negara).
Ia membantu kerajaan dan pakar-pakar ekonomi untuk menentukan keadaan ekonomi negara dan
meramalkan aktiviti ekonomi di masa hadapan.

20
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Data NFP diumumkan pada HARI JUMAAT PERTAMA SETIAP BULAN.

Mata wang yang terlibat adalah USD, dan pair yang terlibat adalah seperti GBP/USD, USD/JPY,
EUR/USD, USD/CAD dan beberapa lagi mata wang yang melibatkan USD.

Kerap kali berlaku ‘spring’ di mana harga memecut naik (mungkin sekali gus melebihi 100
pip), dan kemudian menjunam turun dengan banyak juga. Ini berlaku disebabkan ramai trader akan
menjual/membeli pada masa yang sama apabila mendapat tahu data ekonomi yang diumumkan
tidak menyebelahi trade mereka.

Cuba perhatikan tempoh sebelum data diumumkan, pergerakan GBPUSD adalah mendatar
(‘sideway’). Kemudiannya pada pukul 8:30 malam, setelah data NFP diumumkan, carta
menunjukkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 220 pip , dan kemudiannya menjunam
sebanyak 285 pip.

Contoh yang terbaik, adalah seperti NFP yang berlaku 5hb Jun, 2009. Data ekonomi yang
diumumkan pada pukul 8.30 malam, menunjukkan kekuatan ekonomi untuk mata wang USD. Data
yang dijangka ialah -520K, tetapi data sebenar yang diumumkan adalah lebih kuat iaitu -345k
(Nombor dengan tanda negatif- semakin kecil nombor, semakin besar kekuatannya). Kenaikan
yang besar itu memberi tekanan yang kuat kepada para trader yang sudah membeli mata wang
USD ketika itu, oleh itu mereka harus menjualnya semula. Jadi, akibatnya ialah penurunan yang
mendadak pula. Penurunan bagi pair GBP/USD menunjukkan kekuatan USD apabila data
diumumkan. Jika anda berminat untuk menggunakan data ekonomi ini sebagai salah satu cara
untuk menganalisis pasaran, anda boleh gunakan beberapa panduan yang akan disenaraikan di
penghujung buku ini nanti.

21
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Rajah 6.1.1 NFP

6.2 Analisis teknikal

Analisis Teknikal banyak menekankan kepada penilaian prestasi mata wang sebelum ini bagi
menentukan prestasi mata wang pada masa hadapan. Seandainya anda tidak begitu memahami
bagaimana analisis teknikal ini dijalankan, berikut adalah contoh mudah untuk membantu anda
memahaminya.

Indikator Teknikal adalah indikator yang hanya memberi petunjuk kepada seseorang trader
tentang arah pergerakan harga, berdasarkan patern(corak) pergerakan harga. Ia tidak mempunyai
kuasa untuk menjangka apa yang akan berlaku terhadap setiap mata wang yang diperdagangkan.
Ada beberapa indicator yang perlu anda ketahui bagi menyokong keputusan anda semasa trade
nanti.

22
Asas forex www.instaforexutara.com.my

6.2.1 Stochastic

Garisan Stochastic bersilang — menunjukkan perubahan trend berlaku. Bacaan Stochastic


melebihi level 80 — pair mata wang telah overbought, Stochastic berada di level 80 — trend
menaik yang kuat. Stochastic keluar dari level 80 dan menurun – mungkin hanya akan retrace
sedikit ataupun mula menukar trend kepada menurun.

Bacaan Stochastic di bawah level 20 — pair mata wang telah oversold, Stochastic berada di level
20 — downtrend yang kuat, Garisan Stochastic telah keluar dari level 20 — mungkin hanya akan
retrace sedikit atau menukar arah kepada Uptrend.

Ada juga di kalangan trader yang menggunakan garisan 70-30.

23
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Contoh di atas adalah contoh stochastic yang paling mudah -hanya perlu buka/tutup trade apabila
dua garisan telah bertemu di hujung atas atau di hujung bawah garisan (overbought/oversold).

24
Asas forex www.instaforexutara.com.my

6.2.2 Moving average (MA)

Moving Average adalah indikator untuk menunjukkan trend pair mata wang. Ia dapat menentukan:

 Hala tuju harga - menaik, menurun, atau tetap (sideways).


 Lokasi harga – kalau atas dari MA –BUY, bawah MA - SELL.
 Masa sesuai untuk buka post atau tutup post.
 Mudah menentukan paras (level) harga Support/Resistance.

25
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Jenis-jenis Moving Averages

 SMA - Simple Moving Average – menunjukkan purata harga pada sesuatu masa.
 EMA - Exponential Moving average – memberi keutamaan pada data-data terkini, oleh
itu harga bertindak lebih laju dari SMA.
 WMA - Weighted Moving Average – memberi keutamaan pada data-data terkini dan
bukannya data-data yang lama.

Setting-setting yang selalu digunakan dalam Forex

 200 EMA dan 200 SMA


 100 SMA
 50 SMA
 34 SMA
 20 EMA dan 20 SMA
 10 EMA dan 10 SMA

6.2.3 Zig zag

Zigzag boleh digunakan untuk meramal naik/turun untuk jangka masa akan datang. Ia dibentuk
dengan menyambungkan harga terendah kepada harga tertinggi untuk tempoh tertentu. Apabila
harga mencecah harga ramalan tertinggi, harga akan turun sehingga harga terendah untuk tempoh

26
Asas forex www.instaforexutara.com.my

berkenaan. Post dibuka apabila garisan zigzag mencecah harga terendah (beli) dan harga tertinggi
(jual). Perbezaan harga untuk M5 adalah lebih kecil, jadi untuk frame ini, TP perlulah lebih kecil
ataupun gunakan teknik scalping.

Jika anda lihat pada frame M30, segitiga yang terbentuk adalah lebih besar dan untuk
jangkamasa lebih panjang. Jika anda set TP untuk post anda, 10-20 pip masih boleh dipungut. Bagi
setiap penurunan harga pada frame M15 atau M5, zigzag pada frame M30 akan menunjukkan
candle (lilin) turun harga tetapi harga akan kembali naik sehingga mencecah harga tertinggi
(resistance) untuk tempoh frame itu. Begitu juga sebaliknya.

Walau bagaimanapun, bucu atas atau bawah segitiga yang terbentuk mempunyai hadnya.
Ia mungkin berulang sebanyak tiga kali dan kemudian memecahkan harga support atau resistance
dan kemudian akan membentuk segitiga-segitiga yang baru, iaitu dengan harga-harga tertinggi dan
terendah yang baru. Peluang untuk anda mengumpul pip ialah apabila harga semasa menjadi harga
resistance atau support (bucu bawah atau bucu atas segitiga).

Kebiasaannya apabila tiga segi terbentuk yang mempunyai ‘double top’ atau ‘double
bottom’ (dua high atau dua low), peningkatan atau penurunan pada mata wang akan menjadi lebih
besar.

6.2.4 MACD

27
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Untuk menggunakan MACD sebagai indicator, signal-signal berikut harus ada:

 Garisan MACD bersilang— trend bertukar


 MACD histogram di atas garisan ‘0' — market sedang BULLISH/ UPTREND , jika di
bawah, market BEARISH (DOWNTREND).
 MACD histogram melepasi garisan ‘0’ — mengesahkan trend semasa yang kuat.

Semakin banyak bar-bar histogram itu, maka semakin kuat trend pada masa itu. Default value pada
MACD iaitu 12,26, 9 adalah bersesuaian untuk MACD kerana ia selalunya tidak banyak ‘false
signal’ yang terjadi pada default ini.

MACD adalah perbezaan antara Moving Average yang Perlahan (slow) dan Laju (fast)
iaitu 12EMA dan 26EMA. Contoh seperti diagram di bawah.

Cara membaca MACD dan kedua-dua EMA di atas:

 Apabila dua garisan EMA bersilang, berlaku perubahan trend


 Apabila MACD telah melepasi garisan ‘0’ ia menguatkan teori EMA bahawa trend sedang
berubah

28
Asas forex www.instaforexutara.com.my

 Apabila kedua-dua indicator telah menunjukkan trend, bolehlah membuka post atau
menutup post yang masih ada.

6.2.5 RSI (Relative Strength Index)

Untuk menggunakan RSI sebagai indicator, signal-signal berikut harus ada:

 RSI bergerak melebihi level 50 — trend menaik (Uptrend), bawah 50 trend turun—
downtrend.

RSI berada di atas level 70 — pasaran telah overbought.

RSI berada seketika di level 70 — uptrend yang makin kuat.

RSI keluar dari level 70 — akan berlaku downtrend , atau sekurangkurangnya

berlaku retracement.

 Sama seperti RSI di bawah 30:

bawah 30 — pasaran telah oversold,

berada seketika di level 30 — downtrend masih kuat,

keluar ke atas dari level 30 — akan berlaku uptrend, atau sekurangkurangnya berlaku
retracement.

29
Asas forex www.instaforexutara.com.my

6.2.6 Fibonacci retracement

Konsep teknik Fibonacci digunakan untuk menganggarkan tahap Support/Resistance pergerakan


harga. Mengikut pengiraan Fibo, terdapat nisbahnisbah khas yang terbentuk mengikut lumrah
alam, yang boleh digunakan untuk membantu menganggar point-point support dan resistance.
Nombor-nombor Fibonacci ialah 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, dan seterusnya. Turutan ini
dihasilkan dengan mencampurkan dua nombor dalam turutan tersebut untuk mendapatkan nombor
berikutnya (1+ 1, 1+2, 2+3, ...) Nisbah Fibo pula diperolehi dengan membahagikan satu nombor
Fibo dengan nombor berikutnya(55/89=0.618). Level-level Fibonacci Retracement yang yang
telah ditetapkan adalah pada tahap-tahap 0.382 (38.2%), 0.500 (50%) dan 0.618 (61.8%).

Di antara jenis Fibo yang paling kerap digunakan ialah Fibonacci Retracement – bagi
mencari tahap/harga retracement dan support dalam sesuatu trend menaik/menurun. Indikator ini
menggunakan satu garisan menegak yang dilukis dengan menyambungkan harga tertinggi kepada
harga terendah sesuatu pair bagi satu tempoh trend sebelumnya. Beberapa garisan mendatar pula
dilukis bersudut tepat pada garisan menegak tadi pada paras-paras 23.6%, 38.2%, 50% 61.8 %,
78.4% dan 100%. Pada permulaan trend, paras 23.6% akan digunakan sebagai tahap resistance.

30
Asas forex www.instaforexutara.com.my

Tetapi jika harga terus naik melebihi paras ini, 38.2% pula akan digunakan sebagai tahap
resistance. Tahap 23.6% tadi kini menjadi tahap support pula. Jika harga terus naik ke tahap 50%,
tahap 38.2% pula menjadi point support.

Satu yang perlu diingat, Fibo tidak digunakan untuk menentukan trend keseluruhan harga,
tetapi hanya tahap support dan resistance sesuatu trend kerana kerapkali ia menepatii anggaran dan
ramalan trader.

Bagi Meta4, satu garisan trend akan dilukis menghubungkan harta tertinggi kepada harga
terendah. Secara automatik pula, pengiraan dilakukan oleh platform dan garisan melintang dilukis
bagi menandakan tahap-tahap Fibo.

Time frame yang sesuai untuk Fibonacci digunakan adalah pada 1jam.

31
Asas forex www.instaforexutara.com.my

7.0 Disiplin

GUNA SISTEM ANDA SENDIRI. Bila trade, jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Anda
perlu faham pasaran, apa yang anda lakukan, risiko anda dan yang lebih penting, faham sistem
trading yang anda gunakan. Jangan sematamata mengikut teknik orang tanpa memahaminya.
Gunakan teknik yang sesuai dengan anda. Jangan mencedok teknik orang lain kerana dijamin
keberkesanannya tetapi tidak faham bila dan dalam keadaan apa perlu digunakan. Ditakuti
membawa padah!

PATUHI PERATURAN TRADING ANDA. Semasa menggunakan demo account, cuba


pastikan jadual trading, peraturan dan disiplin yang perlu anda ikut. Tetapkan pip yang anda perlu
kutip untuk sehari. Jika sudah melebihi apa yang anda tetapkan, awas, jangan tamak. Berhati-hati.
Semasa dalam keadaan tertekan, jangan trade. Kalau market sedang ‘mengamuk’, jangan trade.
Kalau ada post yang tergantung, dan anda tahu keadaan akan semakin parah, buat apa yang perlu.
Jika tidak yakin dengan arah harga naik atau turun, kaji dulu, pastikan dulu. Dan lagi sekali, jangan
tamak! Ikut peraturan-peraturan trading yang anda tetapkan untuk diri anda.

KEADAAN MARKET YANG MEMBAYAR ANDA UTK BERDISIPLIN.Trade secara


berdisiplin- poket makin berisi, kurang rugi. Keadaan market sendiri yang mengajar anda utk
berdisiplin. Anda berdisiplin anda dapat duit. Anda gagal berdisiplin, anda hilang duit.

BERDISIPLIN SETIAP MASA, UNTUK SETIAP TRADE. JANGAN KATA ANDA


BERDISIPLIN JIKA TIDAK BERDISIPLIN 100% SETIAP MASA TRADE, SETIAP TRADE.
Walaupun anda sudah berdisiplin dalam 9 daripada 10 trade, ini tidak bermakna anda boleh leka
untuk trade seterusnya. Jangan sekali-kali terleka kerana trade yang ke-10 itu ada kemungkinan
melenyapkan seluruh isi akaun anda.

BERMULA KECIL-KECILAN. Trader yang baik adalah trader yang mengikut peraturan.
Mulakan dengan lot yang kecil. Setelah itu, jika anda yakin dengan arah pergerakan harga dan

32
Asas forex www.instaforexutara.com.my

yakin dengan bentuk pasaran, baru tingkatkan lot anda. Tentukan trend pasaran. Jangan tambah
lot baru atau buka post baru bila anda ada 2 trade yang menunjukkan negatif (loss) dalam trading.
Lihat dulu pergerakannya. Tunggu post yang terapung (floating) bertukar positif dulu. Pastikan
margin yang anda buka tidak lebih dari 20% – 30 % daripada akaun anda.

TRADE YANG UNTUNG JANGAN BERTUKAR RUGI. JANGAN TAMAK. Apabila post
anda sudah menunjukkan keuntungan yang memuaskan (10pip atau lebih-bergantung), dan harga
menunjukkan pasaran mula bergerak arah bertentangan, tutup post anda dulu. Jangan tunggu
hingga post menunjukkan negatif dan kemudian anda berharap dan menunggu supaya harga
menunjukkan positif semula. Mungkin selepas itu harga dan nasib tidak lagi akan menyebelahi
anda. Akhirnya anda ‘tersiksa dalam penantian!’

KERUGIAN TIDAK BOLEH MELEBIHI KEUNTUNGAN Jika anda trade menggunakan


akaun mikro, anda akan menerima penyata urusniaga anda setiap hari dalam akaun emel anda.
Tetapi jika anda menggunakan demo account, anda tidak akan menerima penyata transaksi.
‘Account History’ dalam Meta4 anda ada menyenaraikan semua urusniaga yang telah anda
lakukan (post yang anda buka/tutup). Atau, simpan satu buku log bagi setiap trade yang anda buat.
Ketahui jumlah pip yang anda sudah kumpul dan jumlah pip yang mampu anda ‘korbankan’ bagi
setiap post yang berhadapan dengan kerugian.

TETAPKAN PENDIRIAN ANDA-KENALI DIRI ANDA Elakkan daripada menjadi mesin


fotostat. Jangan asyik meniru dan mengikut cara orang. Cari cara tersendiri. Tetapkan kemampuan
anda. Kalau anda hanya mampu mengumpul 10 pip, maka, 10 pip itu dikira terbaik untuk anda.
Jangan kerana orang lain trade 2 lot atau kumpul 50 pip, anda pun buka 1 post 2 lot dan tunggu 50
pip. Padahal margin anda kecil. Tidak mustahil untuk mendapat 50 pip, tetapi bagi ‘orang baru’
yang mencuba nasib dengan margin yang kecil, naik turun harga menyebabkan ‘margin call’
sampai dulu daripada 50 pip. Oleh itu, lihatlah kemampuan diri dan trade berdasarkan kemampuan
masingmasing. Kata orang, mengukur baju biarlah di badan sendiri.

33
Asas forex www.instaforexutara.com.my

BERANI UTK KELUAR/EXIT BILA RUGI. Jika anda dapati post yang anda buka mengumpul
mata dalam kiraan negative (rugi) walaupun anda telah mengkaji dengan sebaik-baiknya trend
pasaran sebelum membuka post, anda perlu bertindak sewajarnya. Jangan takut untuk menutup
post yang mengumpul mata negatif. Jika anda dapati keadaan ini berlaku, lihat semula frame H1,
M30, dan seterusnya. Jika anda dapati harga semasa telah jauh meninggalkan harga semasa post
anda dibuka, dan kebarangkalian untuk pasaran kembali ke harga tersebut agak tipis, beranikanlah
untuk menutup post anda. Jika dibiarkan, margin anda akan semakin mengecil dan anda terpaksa
menunggu dalam debaran. Sekali margin ‘terpanggil’, tidak akan ada peluang untuk berpatah
balik.

KERUGIAN PERTAMA, KERUGIAN TERBAIK Sebaik saja anda menyedari yang post anda
mengalami kerugian dan akan terus ‘parah’ , anda perlu membuat keputusan untuk menutupnya.
Kerugian pertama anda ini perlu dijadikan iktibar supaya anda lebih berhati-hati dalam membuat
keputusan selanjutnya.

SEDIKIT DEMI SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT. Semasa trade, jangan terlalu
mengikut perasaan. Jika anda berasa kurang yakin, segeralah berhenti dan tarik nafas panjang.
Seperti yang disebut sebelum ini, walaupun 9/10 daripada post anda menjadi, post yang ke sepuluh
belum tentu menjamin keuntungan. Jadi, berhati-hati semasa membuka setiap post. Untung yang
dikutip sedikit-sedikit lama kelamaan akan menimbun jua. Walaupun anda mengutip 5 pip untuk
setiap post, sepuluh post anda akan menjadikan 50 pips.

BERITA (NEWS) Yang dimaksudkan ‘news’ di sini ialah bukan sebarang berita, tetapi berita
yang kuat mempengaruhi naik turun harga pasaran Forex. Berita-berita ini perlu anda ketahui
waktu ia diumumkan. Ini adalah kerana harga akan naik/turun secara mendadak. Seeloknya,
pastikan anda yang anda benar-benar bersedia sebelum membuka post pada masa berita ini
diumumkan. Jika anda faham tentang kesan berita terhadap pergerakan harga atau mempunyai
teknik-teknik tertentu untuk digunakan pada masa news, anda bolehlah trade pada masa ini. Jika
tidak, anda disyorkan supaya menunggu sehingga pasaran tenang semula untuk membuka post.

34
Asas forex www.instaforexutara.com.my

JANGAN BUAT KECOH Seorang trader professional pernah berpesan, kalau trade, trade
macam pro. Professional Trader tidak menunjukkan reaksi semasa postnya untung atau rugi.
Maksudnya, jika post beliau ditutup dengan keuntungan 2K sekali pun, tak akan ada insan lain
yang tahu. Jika dia kerugian 3K sekali pun, mukanya tetap tenang dan tumpuannya tetap fokus!

Jangan Gelojoh Adakalanya, bila harga mula bergerak aktif, trader-trader baru akan mula
gelabah. Sebaik saja mereka mula sedar harga mula bergerak aktif dan ada peluang untuk
membuka post, jangan gelojoh- perhatikan carta dengan teliti bermula dengan H1, M30, M15.
Tentukan trend. Jangan terus membuka post tanpa menentukan trend. Adakalanya, disebabkan
gelabah atau tergesa-gesa, anda tersilap tafsir carta anda. Kemudian tentukan jumlah pip yang
dapat anda kumpul dengan perubahan harga yang anda ramal akan berlaku.

Trade Demo lwn Live Kedua-duanya memang tidak sama walaupun serupa. Secara kasarnya,
fungsi yang digunakan semasa trade memang sama, tapi, dari segi psikologinya, kesan dan
perngaruhnya ke atas diri anda adalah berbeza. Bila mengendalikan akaun anda sendiri, dengan
bermodalkan wang hasil titik peluh anda sendiri, anda akan menjadi lebih berwaspada. Ini akan
mempengaruhi cara anda membuat keputusan. Keputusan semasa trade akaun demo mudah dibuat
kerana tidak berlaku kerugian sebenar. Jadi, jangan terlalu berbangga kerana akaun demo anda
menunjukkan prestasi yang amat membanggakan! Tetapi jika trade akaun ‘live’, kerugian
bermakna wang anda benar-benar lenyap. Ada trader mula teragak-agak dan hilang keyakinan bila
ingin membuka post untuk akaun live. Jadi proses membuat keputusan biasanya lebih rumit dan
menggerunkan bagi trader amatur. Kesimpulannya, berhati-hati kerana situasi alam maya (trading
demo) tidak mempengaruhi psikologi, manakala trading akaun sebenar boleh membuatkan fikiran
kusut!

35
Asas forex www.instaforexutara.com.my

8.0 Rujukan

http://kolejforex.com/

http://forex-indicators.net/

36

Anda mungkin juga menyukai