Anda di halaman 1dari 2

Kolumnis (/kolumnis)

Jumaat, 2 Jun 2017 | 6:21am



Cari Kata Kunci 

CARI
Usahawan semula jadi atau asuhan
Oleh Dr Noor Azuan Hashim

Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/node/288838)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Usahawan%20semula%20jadi%20atau%20asuhan&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/node/288838)

Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.bharian.com.my/node/288838)

"SAYA bukan usahawan, tidak ada sedikit pun ciri usahawan, malah sedikit darah peniaga pun tidak ada dalam keluarga. Saya
tidak tahu pun hendak menjual, untuk mempromosi barangan atau produk pun tidak pernah apatah lagi untuk membuat
pemasaran. Hendak berniaga ini perlu ada bakat, kalau tidak ada bakat macam mana hendak berjaya sebagai usahawan."

Kata-kata ini memang sentiasa didengari dalam masyarakat kita, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang lebih cenderung dan
selesa kepada kehidupan makan gaji, malah mereka yang tidak mempunyai pekerjaan pun ramai berfikiran begitu. Tetapi, betulkah
pernyataan yang diberikan itu?

Menurut statistik SME Corporation, lebih 90 peratus perniagaan di Malaysia terdiri daripada per-usahaan kecil dan sederhana
(PKS) yang sesetengah pemiliknya bermula daripada perniagaan kecil-kecilan, kemudian berkembang mengikut peredaran masa.
Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah ahli perniagaan yang berjaya dan juga antara jutawan Melayu di
Malaysia.

Bermula sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada usia belasan tahun, Syed Mokhtar kemudian mempelopori syarikat
pengangkutan, syarikat pelesenan beras sehingga beliau dapat mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996. Datuk Aliff
Syukri, pengasas D'Herbs Terlajak Laris pula mula berniaga jeruk sejak usia 7 tahun, kemudian berniaga secara kecil-kecilan,
akhirnya membuahkan hasil lumayan pada masa sekarang ini hingga memiliki premis perniagaan sendiri.

Bagaimanapun, kedua-dua Syed Mokhtar dan Aliff secara tidak langsung mewarisi bakat berniaga dari kedua ibu dan bapa
mereka sejak kecil lagi yang berkemungkinan besar membuatkan mereka lebih cenderung menjadi usahawan daripada makan
gaji.

Membaca kisah hidup kedua-dua usahawan Melayu yang berjaya ini, wujud ciri luar biasa sifat usahawan yang ada pada mereka,
iaitu berani mencuba serta berani menanggung risiko.

Kreatif, berinovasi
Mereka sanggup tidak mengikut norma kehidupan yang biasa dilalui oleh orang lain secara amnya seperti menyambung pengajian
selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masuk kolej dan universiti. Tetapi mereka memilih bidang perniagaan untuk mereka
pelopori. Tekanan hidup dilalui oleh mereka menjadikan mereka individu kreatif, berinovasi serta bijak dalam mencari peluang.

Pada masa kini, sistem pendidikan negara juga banyak menerapkan unsur keusahawanan. Ia tidak terhad kepada pendidikan di
sekolah, malah turut diterapkan dalam pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi merealisasikan ini, kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan kemudahan peralatan serta bantuan kewangan atau
modal. Antara sokongan yang kerajaan berikan kepada usahawan adalah agensi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB), TEKUN, SME Corp, MDEC, MARA serta banyak lagi. Malah di IPTA dan IPTS juga menawarkan ijazah dalam bidang
keusahawanan.

Sebagai contoh, Universiti Kebangsaan Malaysia, melalui Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menawarkan ijazah sarjana dan
sarjana muda muda dalam bidang keusahawanan dan inovasi. Tuntasnya, usahawan boleh wujud secara semula jadi ataupun
melalui asuhan.

Tidak semestinya seseorang yang sememangnya secara semula jadi mempunyai ciri keusahawanan mampu untuk menjadi
usahawan jika tiada didikan yang betul ke arah bidang keusahawanan.

Ini bererti bahawa kewujudan usahawan tidak bergantung kepada faktor semula jadi semata-mata tetapi turut disebabkan oleh
faktor didikan, asuhan dan latihan dari seawal yang mungkin berserta dengan minat dan kesabaran.

83 dibaca

Berita Berkaitan

(/node/173947) (/berita/nasional/2017/11/345582/mahu-lebih-ramai-bumiputera-jadi-usahawan)

Tip Kerjaya: Ciri usahawan berjaya - Siri 1 (/node/173947) Mahu lebih ramai Bumiputera jadi usahawan
(/berita/nasional/2017/11/345582/mahu-lebih-ramai-bumiputera-jadi-
usahawan)

(/node/96553) (/berita/pendidikan/2017/10/333431/magic-academy-anjur-program-educ8)

1AES 2015 platform teroka pasaran serantau, global (/node/96553) MaGIC Academy anjur program Educ8
(/berita/pendidikan/2017/10/333431/magic-academy-anjur-program-educ8)

(/node/200517) (/node/11953)

Majlis Belia Selangor anjur seminar dekati usahawan belia (/node/200517) MaGIC laksana lapan program sejak April - Ahmad Maslan (/node/11953)

Trending

Anda mungkin juga menyukai