Anda di halaman 1dari 3

6/22/2020 Dua maut dalam nahas libatkan kereta dengan jentera berat di Sibu | Utusan Borneo Online

Notifications Powered By (https://www.izooto.com/getting-started-with-izooto?



utm_source=referral&utm_medium=PoweredBy&utm_campaign=https%3A%2F%2Fwww.utusanborneo.com.my)
 (https://itunes.apple.com/gb/app/utusan-
  (https://play.google.com/store/apps/details?
borneo-
(https://www.facebook.com/UtusanBorneoOnline/)
(https://twitter.com/utusanborneo/)
id=com.borneopostonline.utusanborneo)
online/id917583812)

Halaman Utama (/) » Sarawak (https://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Dua maut dalam nahas libatkan kereta dengan jentera berat di Sibu

Dua maut dalam nahas libatkan kereta dengan jentera berat


di Sibu
Iklan

So Easy A Man Could Do It


Now You Can Have The Lashes Of Your Dreams In 2 Minutes
Tops Check Out Our Amazing Styles!
The LashLiner System™ OPEN

 2020-06-22T09:31:33+08:00

Keadaan kereta mangsa selepas bertembung dengan lori di Jalan Durin - Stabau, Sibu.

SIBU: Dua lelaki maut selepas kenderaan jenis Honda Civic yang dinaiki mereka, bertembung dengan sebuah jentera di Jalan Durin - Stabau, dekat sini pada
malam Ahad.

https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/22/dua-maut-dalam-nahas-libatkan-kereta-dengan-jentera-berat-di-sibu 1/3
6/22/2020 Dua maut dalam nahas libatkan kereta dengan jentera berat di Sibu | Utusan Borneo Online
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, JabatanNotifications
Bomba dan Penyelamat
Powered By Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-
(https://www.izooto.com/getting-started-with-izooto?
kira jam 9 malam. utm_source=referral&utm_medium=PoweredBy&utm_campaign=https%3A%2F%2Fwww.utusanborneo.com.my)

Katanya, seorang daripada mangsa yang tersepit di bahagian pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi mangsa yang dalam keadaan parah, dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit di dalam
kereta berkenaan.

"Semasa tiba di tempat kejadian, jentera berat berkenaan yang terlibat kemalangan telah dialihkan dan tiada di lokasi.

"Terdahulu, pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan parah di bahagian penumpang hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh
pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba juga terpaksa memotong pintu hadapan pemandu untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, mayat serta barang peribadi milik mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis, untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada kira-kira jam 10. 12 malam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Collin Babat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai
Yong Khee Fong, 68, yang merupakan pemandu kereta berkenaan dan Mok Hock Ming berumur 49 tahun.

Katanya, pemandu Jentera berat tersebut bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan dan dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani Ujian
Pemeriksaan darah.

 oleh Andy Sabang


Kategory Sarawak (/sarawak)

 (https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/22/dua-maut-dalam-nahas-libatkan-kereta-dengan-jent

 (https://twitter.com/intent/tweet?text=$twitter_msg&url=https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/22/dua-maut-dalam-nahas-libatkan-kereta-den

 (https://plus.google.com/share?url=https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/22/dua-maut-dalam-nahas-libatkan-kereta-dengan-jentera-berat-di-si
 (mailto:?subject=$title&body=https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/22/dua-maut-dalam-nahas-libatkan-kereta-dengan-jentera-berat-di-sibu)

https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/22/dua-maut-dalam-nahas-libatkan-kereta-dengan-jentera-berat-di-sibu 2/3
6/22/2020 Dua maut dalam nahas libatkan kereta dengan jentera berat di Sibu | Utusan Borneo Online
Notifications Powered By (https://www.izooto.com/getting-started-with-izooto?
Utusan Borneo Online
utm_source=referral&utm_medium=PoweredBy&utm_campaign=https%3A%2F%2Fwww.utusanborneo.com.my)
242,519 sukaan

Suka Halaman Hantar Mesej

Jadi yang pertama antara rakan anda yang menyukai ini

© Copyright 2020, Utusan Borneo Online

https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/22/dua-maut-dalam-nahas-libatkan-kereta-dengan-jentera-berat-di-sibu 3/3

Anda mungkin juga menyukai