Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Pada 5 Januari 2018 bersamaan Hari Jumaat, SMK Vivekananda telah mengadakan

Gotong-royong Perdana peringkat Sekolah. Seramai 100 orang murid dan semua guru serta

kakitangan pejabat telah menghadirkan diri untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Program telah dimulakan seawal 7.35 pagi dan tamat pada pukul 12.35 tengah hari.

Ianya bertujuan untuk menanam semangat kerjasama antara guru-guru dan murid-murid

dalam menjaga kebersihan, keceriaan serta keselesaan persekitaran sekolah. Oleh itu,

pentadbir telah merangka program ini dengan penuh teliti agar dapat memupuk usaha

penambahbaikan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selesa secara berterusan.

2.0 LATAR BELAKANG

Rasional program Gotong-royong Perdana dijalankan adalah bagi menggalakkan

murid-murid untuk sentiasa mementingkan keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah.

Setiap murid haruslah sentiasa mengamalkan prinsip 3K dan 5S bagi mencapai matlamat

pengurusan amalan kebersihan yang lebih bersistematik.

2.1 TARIKH PELAKSANAAN

Program Gotong-royong Perdana dijalankan pada 05 Januari 2018 bersamaan Hari

Jumaat di SMK Vivekananda. Program telah dimulakan seawal 7.35 pagi dan tamat pada

pukul 12.35 tengah hari.

1
2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK DAN BIDANG TUGAS HARI LAPORAN PRESTASI


Pengerusi : En Thangaperumal a/l Andimuthu

Penasihat : Pn. Zarina bt Zainudin

Penasihat : Pn Syamala Ramakrishana Nair

Naib-Pengerusi : Pn. Hjh. Noor Melati bte. Ismail

Naib-Pengerusi : En Chandra Sekaran a/l Krishnan

Penyelaras : Pn. Rosminah bt Sakiman

Penolong Penyelaras : Pn Ong Bee Hwee

Setiausaha : Pn Noriah bt Yahya

Bendahari : Puan Saliza bt Abdul Razak

1. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

Penasihat: Pn. Raziah bt Kaus

Bil Kelas Guru


1 3 INOVATIF/ 2 KREATIF Pn Nor Erlina bt Mohd Zulkefli
2 3 EFISIEN / 2 PROAKTIF Pn Niraimathi a/p Sithambra Nathan
3 3 KREATIF / 2 DINAMIK Pn Noor Farieha bt Sidik
4 3 PROAKTIF / 2 PROGRESIF En Baskaran a/l Sithamparam
5 3 DINAMIK / 2 SUKSES En Zulkfili b Ahmad
6 3 PROGRESIF / 1 SUKSES Pn Nor Shigim bt Baharudin
7 4 Sc 1 / 2 INOVATIF Pn Norselfi Shafrina Bt Mohamad
8 4 A 1 / 2 EFISIEN Pn Nurul Farhana bt Jamaluddin
9 4 A 2 / DEDIKASI En Mohd Faisal b. Hasan
10 4A3 Pn Rafizzah bt Mohd Jaslan
11 4A4 Pn Afiqah bt Khalid
12 4A5 Pn Noor Azwani bt Rusli
13 5 Sc 1 / 1 INOVATIF Cik Wong Lai Sin
14 5 A 1 / 1 EFISIEN Pn Norashilawati Bt Mohamad Nor
15 5 A 2 / 1 KREATIF Pn Norafidah Bt Hassim

2
16 5 A 3 / 1 PROAKTIF Pn Suriati Bt Mohd Yusof
17 5 A 4 / 1 DINAMIK Pn Atirah Afifah bt Firdaus
18 5 A 5 /1 PROGRESIF En Abdul Razak B ab. Fatah
19 6 ATAS Pn Anisah bt Ahmad /Pelajar-pelajar
tingkatan 6

BIDANG TUGAS:

 Memantau kebersihan dan keceriaan yang dijalankan di kelas. Pelajar sesi pagi di
galakkan bekerjasama dengan pelajar-pelajar sesi petang dalam menceriakan kelas.
 Memastikan tingkap, meja dan kerusi dilap.
 Menyusun kerusi dan meja mengikut susunan abad ke 21.
 Pelajar-pelajar perlu memenuhkan dan menceriakan papan kenyataan dengan kertas
berwarna atau bahan-bahan yang membantu pembelajaran
 Membasuh kerusi jika perlu
 Sila bawa alatan seperti kain buruk, baldi, stapler gun, gunting , paku tekan dll .
 Setiap kelas perlu mempunyai mutiara kata dan ‘proverb ‘ atau ‘idiom’ untuk
menggalakkan pembelajaran
 AJK KELAS, Jadual Waktu, sudut matapelajaran dan pelan laluan kecemasan perlu
ada pada papan kenyataan
 Setiap guru tingkatan pagi dan petang perlu menyediakan 3 orang pelajar bagi setiap
kelas untuk menolong guru yang bertanggungjawab di dalam kelas.
 Pelajar-pelajar dibenarkan mengecat kelas atas perbelanjaan sendiri.

3
1. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN BILIK-BILIK KHAS
Penasihat: Pn. Sumangala a/p Velayudhan

AJK 5S - BILIK-BILIK KHAS


GURU YANG
BIL BILIK KHAS MURID TERLIBAT
BERTANGGUNGJAWAB
1 Bilik Guru (Atas) En Punethn a/l Superminun (K) 3 INO (15 ORG)
3 INO (15 ORG)
2 Bilik Guru (Bawah) Cik Nurul Fatihah bt Noor Azman (K)
3 EFI ( 15 ORG)
3 Pejabat En Fadhil Bin Dhaman / Pn Faizah
4 Makmal Fizik Pn Wan Nur Rahayu bt Mohd Yunus 5SCI (20 ORG)

5 Bilik Persediaan Pn Roslah Bt Siamin


6 Makmal Kimia/Bio Pn Lee Hui Hui 5 A1 (15 ORG)
Pn Shiamala a/p Ramalingam(K) 3 DIN (4 ORG)
7 Bilik Kaunseling
Pn Nor Azliya Bt Mohamed
8 Bilik Pancaragam Pn Tehnabakiam A/P Subramaniam 3 EFI (15 ORG)
2 EFI (15 0RG)
Nor Azwani bt Rusli (K)
9 Bilik Kemahiran Hidup Pn Nor Amelia bt Abidin
2 KRE (10 ORG)
En Muhamad Hafizal b. Ishak
12 Bilik Kesihatan Pn Siti Fatimah bt Harun 3 EFI (10 ORG)
13 Bilik Mesyuarat Pn Saliza bt Abdul Razak 6 ATAS ( 3 ORG)
14 Stor Sukan En Mohd Fadhil b Abdul Jalil 5 A 3 (10 ORG)
15 Makmal Sains 1&2 Cik Nor Ariza Bt Ariffin
Bilik Persediaan
16 En Nazareth Bin Tangung
Makmal Sains 1&2
En Ramesh PENGAWAS (10 ORG)
17 Bilik Sumber
Pengawas
18 Bilik Komputer En Punethn A/L Superminium PENGAWAS (3 ORG)
19 Pusat Sumber Sekolah Cik Daisy Angelina a/p Anthonysamy
20 Bilik Seni En Abdul Razak B Abd Fatah 5 A 4 (15 ORG)
21 Bilik SPBT Pn Vasantha A/P Yethembram 2 INO (10 ORG)
Pn Norashilawati Bt Mohamad Nor(K) 5 A 3 (10 ORG)
22 Surau
Cik Nurul Aina bt Talib
2.
BIDANG TUGAS:

 Memastikan bilik-bilik khas dalam keadaan bersih dan teratur


 Menyediakan peraturan penggunaan bilik-bilik khas
 Menyediakan buku log penggunaan bilik-bilik khas
 Melabel peralatan yang memerlukan pelabelan
 Memastikan peralatan dalam keadaan tersusun

4
3. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH

Penasihat: En Azli bin Sain (K)


Bil Guru Penasihat Kawasan MURID TERLIBAT
1 En Mohd Faisal b. Hasan A 5 A 5 (5 ORG)
Tepi pagar sekolah
2. En T. Loganathan a/l S. Tarmalingam B
En Mohd Azlan b Che Aziz Tapak perhimpunan 5 A 5 ( 15 ORG)
Pekerja-pekerja Lelaki
1. En Khairol Hisham b Mazlan C 2 PRO(5 ORG)
Kawasan di belakang
surau

BIDANG TUGAS:

 Memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih


 Menceriakan kawasan dengan menanam pokok
 Kawasan A: Pelajar-pelajar perlu meratakan kawasan,memasukkan pokok ke dalam
pasu dan mengalihkan batu-batu agar kawasan tersebut boleh dijadikan tempat meletak
kereta
 Guru-guru diminta menyuruh pelajar-pelajar mencantas pokok, menyusun pasu bunga,
menanam semual pokok dll.
 Jika ada taman herba, sila labelkan.
 Jika ada pokok berduri , sila alihkan ke kawasan yang tidak membahayakan.
 Kawasan B :Pelajar-pelajar perlu juga mengecat garisan meletak kereta.
 Digalakkan memilih pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5 untuk menolong.

4. PERALATAN

Penasihat: En Chandra Sekaran a/l Krishnan


En Baskaran a/l Sithamparam (K)
Cik Yatie Bt Jumaat @ Ismail

BIDANG TUGAS:

 Menyediakan plastik hitam dan peralatan yang diperlukan oleh setiap bahagian
 Memastikan peralatan dipulangkan atau disimpan setelah selesai gotong royong
 Menyediakan segala keperluan bagi melicinkan perlaksanaan program Gotong Royong

5
5. DISIPLIN
Penasihat: Pn Ong Bee Hwe
En Kannan a/l Thetchanamoorthy (K)
En Thangarajah a/l Manickam

BIDANG TUGAS

 Mengawal disiplin para pelajar semasa program berlangsung.

6. LABEL
Penasihat: Pn Anita bt Wook
Cik Nir Idayu bt Mohamad

BIDANG TUGAS

 Menyediakan label seperti papan tanda i.e lantai licin, kawasan banjir, laluan
pelajar, laluan guru, pelajar tidak dibenarkan masuk dan sebagainya
 Menyediakan label untuk menjayakan program 5S

7. MAKANAN DAN MINUMAN

Penasihat: Pn Parameswari a/p Nadarajan

Pn Sarina bt Said(K)

Pn Rohimah bt Yusoff

Cik Wong Choi Peng

BIDANG TUGAS
 Menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar-pelajar yang terlibat dan
mengagihkan makanan tersebut .
 Hanya 3 orang pelajar dibenarkan bagi setiap AJK .
 Bajet makanan dan minuman untuk setiap pelajar ialah RM2

6
8.KHIDMAT MASYARAKAT

Penasihat : Pn Noor Melati bt Ismail

En Terrence Dev Kumar a/l John Dass ( K)


Pn Maimon bt Ab. Kadir
BIDANG TUGAS
 Menyediakan borang untuk pelajar-pelajar yang terlibat agar mendapat markah KoKo
dan Sivik

9.DOKUMENTASI

Penasihat : Pn. Roslina bt Zakaria

Cik Siti Lailatul bt Idris (K)

Pn Nurul Farhana Bt Jamaluddin

BIDANG TUGAS:

 Merakamkan gambar foto pada hari acara tersebut yang melibatkan semua pihak
sekolah yang sedang bertugas dari mula hingga tamat acara tersebut.
 Mengumpulkan maklumat penting yang berkaitan Hari Laporan Prestasi Pelajar.
 Menjilidkan bahan mengenai Hari Gotong Royong Perdana 2018.
 Menyerahkan dokumentasi Hari Gotong Royong Perdana 2018 kepada Penolong
Kanan HEM sebelum 22 Januari 2018

7
2.3 OBJEKTIF

Antara objektif Program Gotong-Royong Perdana ini adalah untuk membina budaya

‘Kaizen’ ditempat kerja. Kaizen merupakan satu cara penambahbaikan yang dilakukan secara

sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia

dan proses. Selain itu, program ini juga dapat membina semangat kerjasama melalui

penyertaan semua pihak di mana setiap individu dapat melibatkan diri dalam kerja-kerja

pembersihan.

Seterusnya, program ini juga mampu memupuk amalan kepimpinan diantara pengurus

dan penyelia agar dapat membina budaya kerja yang lebih cemerlang. Program Gotong-

royong Perdana ini juga dapat meningkatkan infrastruktur seperti menambah bilangan tempat

letak kereta disekitar sekolah, mengubahsuai bilik-bilik khas seperti bilik seni, makmal sains

dan makmal komputer ini bertujuan bagi melaksanakan program Kaizen untuk lebih maju.

Berikutnya, murid-murid disaran mengamalkan prinsip 3K 5S bagi memastikan

segala kerja dapat dilaksanakan dengan efisien. Selain itu, persekitaran pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun.

Disamping itu, persekitaran pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih selamat.

Akhir sekali, dengan adanya program seperti ini murid-murid berpeluang menjana idea yang

bernas dan kreatif untuk mencapai persekitaran pembelajaran yang bersih dan konduksif

malah proses pencarian juga menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan aktiviti.

8
2.4 KAEDAH PELAKSANAAN

Semua murid dikumpulkan di tapak perhimpunan pada pukul 7.25 pagi dan taklimat

berkenaan Program Gotong-royong Perdana yang bakal dijalankan telah disampaikan oleh

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn Syamala Ramakrishna Nair. Murid-murid

berbaris mengikut kelas masing-masing dan seterusnya taklimat ringkas telah disampaikan

oleh Pn. Haniah tentang prinsip 3K 5S. Amalan 5S ialah satu kaedah atau alat pengurusan

yang boleh mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat.

Amalan 5 merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh

Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula

dengan huruf ‘S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan

menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan

Sentiasa Amal.

Program ini dijalankan dengan berjaya mengikut jawatankuasa masing-masing. Setiap

jawatankuasa diketuai oleh seorang guru dengan bantuan pelajar. AJK Dokumentasi telah

mengambil gambar sebelum gotong-royong, semasa gotong-royong dan selepas gotong-

royong sebagai bukti bahawa semua warga SMK Vivekananda telah melaksanakan program

ini dengan berjaya.

9
2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Bagi tujuan menjayakan Program Gotong-royong Perdana ini, pihak pentadbir SMK

Vivekananda telah mendapatkan sumber kewangan daripada Panitia Sivik dan

Kewarganegaraan untuk dibelanjakan untuk membeli bahan-bahan peralatan yang perlu

digunakan dalam Program Gotong-royong Perdana. Bahan-bahan peralatan yang digunakan

adalah seperti berikut:

a) Cat untuk tapak perhimpunan

b) Cat untuk tapak perhimpunan dan perkakas untuk mengecat

c) Cat untuk tangga dan berus

d) Makanan untuk pelajar

e) Makanan untuk pekerja DBKL

Bagi tujuan membeli bahan-bahan peralatan yang digunakan, kos perbelanjaan

sebanyak RM1018.60 telah dibelanjakan untuk menjayakan Program Gotong-royong

Perdana ini.

3.0 HURAIAN PENILAIAN PROGRAM

Program ini telah berjalan dengan lancar dan penglibatan murid sangat memuaskan.

Melalui program ini murid dapat menyedari bahawa kebersihan sekolah amat penting untuk

sentiasa dipelihara. Aktiviti Gotong-royong perdana seharusnya diadakan dan murid-murid

digalakkan memberi kerjasama untuk mengeratkan lagi silatuhrahim antara pelajar dan guru.

10
4.0 PENCAPAIAN PROGRAM

Memandangkan Program Gotong-royong telah dijalankan dengan berjaya, pihak

pentadbir akan membuat perancangan untuk menjalankan program gotong-royong pada kali

ke-2 untuk memelihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar semua murid

dapat belajar dalam persekitaran yang lebih tenang dan kondusif.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH

Antara kemajuan yang didapati selepas menjalankan Program Gotong-royong Perdana

ini adalah seperti berikut:

a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif

b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata

c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian

masalah dan penambahbaikan

d) Semua warga SMK Vivekananda akan lebih berdisiplin dan beretika untuk

menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik

e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat

f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang

g) Menjadi kebanggaan semua warga SMK Vivekananda dan meningkatkan imej

sekolah

Di samping kemajuan yang diperolehi, ada juga masalah yang dihadapi semasa

menjalankan Program Gotong-royong Perdana. Antaranya adalah seperti berikut:

a) Kekangan kewangan yang mengakibatkan kekurangan bahan-bahan peralatan

b) Kekurangan ruang atau tempat untuk guru-guru menyimpan buku-buku dan fail-fail

11
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Semua AJK Gotong-royong Perdana digalakkan untuk memberi cadangan

penambahbaikan untuk memberi kemajuan kepada program gotong-royong yang akan

dijalankan pada masa hadapan. Antara cadangan penambahbaikan yang diterima adalah

seperti berikut:

a) Masalah kekangan kewangan dapat diatasi

b) Menyediakan bahan-bahan peralatan yang mencukupi

c) Masalah kekurangan ruang atau tempat untuk guru-guru menyimpan buku-buku dan

fail-fail dapat diatasi

d) Guru-guru sentiasa menjaga kebersihan sekitar tempat duduk.

7.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi kesan yang positif kepada semua warga SMK

Vivekananda. Harapan pihak sekolah agar persekitaran yang lebih ceria dapat menyuntik

semangat baru dalam kalangan para pelajar agar lebih tekun belajar untuk mencapai

kejayaan.

12
Dokumentasi disediakan oleh, Tarikh:

______________________
(Cik Siti Lailatul Badriah Bt Idris)
Ketua AJK Dokumentasi Gotong-royong Perdana 2016

Disemak oleh, Tarikh:

______________________
(Pn. Rosminah bt Sakiman)
Penyelaras Program Gotong-royong Perdana

Disahkan oleh, Tarikh:

______________________
(En Thangaperumal a/l Andimuthu)
Pengetua
SMK Vivekananda
Kuala Lumpur

13

Anda mungkin juga menyukai