Anda di halaman 1dari 3

Draf Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

Koperasi SMK Cochrane Kuala Lumpur Berhad


Bilangan 1 Tahun 2017

Tarikh : 23 Januari 2017 (Isnin)


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik SAL

Kehadiran :
1. Puan Lim Sek Hong - Naib Pengerusi / ALK
2. Sdra. Wong Heng Yeik (5I) - ALK
3. Sdra. Chor Shi Shan (US1) - ALK
4. Sdri. Thong KimYing (UA1) - ALK
5. Cik Chan Lai Yin - Setiausaha / ALK
6. Sdra. Ravin A/L Kalai Chelven(4H) - ALK
7. Sdra. Tuay Chee Hoe - ALK
8. Puan Siti Norbaizura bt Che Azizan - Bendahari
9. Puan Ummi Aimi Hazwani bt. Arif - ALK
10. Sdri. Chin Hui Yee (4H) - ALK
11. Encik Muhamad Anuar b Kamarudin - ALK
12. Dahalan bin Md Sukor (5I) - Pengawas koperasi
13. Chin Jia Hao - Pengawas koperasi

Turut Hadir : -
1. Sdri. Chin Man Nee (UA1) - Audit (pelajar)
2. Puan Noor Aini bt. Basiron - ALK

Tidak Hadir : -
1. Puan Lee Shook Fong - Guru (kelas)
2. Puan Che Norfatihah bt. Noh - Guru (cuti bersalin)
3. Puan Sumarni binti Junin - Pengerusi / ALK (mesyuarat PBS)
4. Puan Masliza bt. Abdul Jamal - ALK (kelas)

Urus Setia/ Setiausaha : Cik Chan Lai Yin

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Puan Lim Sek Hong mengucapkan terima kasih kepada semua hadiran kerana meluangkan masa
untuk menghadiri mesyuarat ALK koperasi 1/2017 dan berharap semua ahli dapat membuat kerja
dengan dinamik untuk meningkatkan prestasi koperasi SMK Cochrane KL Berhad, setanding
dengan koperasi sekolah lain.

Tindakan: Makluman

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


2.1 Dicadangkan oleh Puan Siti Norbaizura bt Che Azizan dan disahkan oleh Saudara Ravin A/L
Kalai Chelven.
1
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Per (3.2) Cek yang belum dibayar pada tahun 2016 bernilai RM224.00 untuk membeli lencana
ketua kelas perlu diminta dengan En. Kamal. Jika bayaran tidak dapat diterima maka akan
dijadikan sumbangan koperasi kepada sekolah.

Tindakan: Bendahari

3.2 Per (3.3 & 4.5) Seramai 10/34 orang pelajar daripada Tingkatan 1 (2016) telah melabur saham
koperasi pada awal tahun ini, manakala ada 9 orang guru telah berdaftar dan melabur saham
koperasi.

Tindakan: Makluman

4.0 Pembentangan Kertas Kerja / Laporan


4.1 Setiausaha
Pembetulan jadual bertugas iaitu bertukaran tugas antara Hen Yeik (JK Belian) dengan Shi Shan
(JK Saham). Jadual bertugas telah diedarkan dan semua guru koperasi diminta menjalankan tugas
seperti yang dinyatakan dengan bantuan pengawas koperasi sekolah.

Tindakan: Makluman

4.2 Bendahari
4.2.1 Laporan kewangan sehingga 31 Disember 2016 telah dibentangkan (Lampiran 1). Anggaran
untung kasar ialah RM8552.98, anggaran untung bersih ialah RM3955.36. Ada peningkatan
untung lebih kurang RM2500 berbanding tahun lepas.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Belanja penyelenggaran telah meningkat pada tahun ini kerana membuat tambahan rak baju,
memasang plug baru, dan mengecat tingkap koperasi. Belanja pengurusan juga meningkat kerana
bermulanya bayaran elaun bertugas dan elaun makanan seperti yang ditetapkan pada mesyuarat
yang lepas.

Tindakan: Makluman

4.2.3 Dicadangkan perlu membuka akaun simpanan tetap untuk baki wang yang tidak digunakan
(RM30,000) secepat mungkin. Sehubungan itu, mesyuarat bercadang kerja penukaran nama
koperasi diteruskan dengan segera supaya urusan simpanan tetap boleh dibuat cepat.
Tindakan: Bendahari

4.3 JK stok
4.3.1 Pembetulan nilai stok biskut ialah RM1500, iaitu tambahan RM700. Baki stok pada 31
Disember 2016 ialah RM52,884.35 (Lampiran 2).
Tindakan: Makluman

4.3.2 Dicadangkan buku nilam lama boleh jual kepada guru nilam di bilik guru. Dicadangkan juga
membuat promosi kertas A4, buku jurnal, buku tunai kepada panitia sekolah.

2
Tindakan: JK Jualan

4.4 JK Saham
Seramai 65 orang pelajar Tingkatan 1 tahun 2017 belum melabur saham koperasi. Kebanyakkan
pelajar dari Tingkatan 1H dan 1I (Lampiran 3). Jawatankuasa diminta terus berusaha untuk
mengutip bayaran tersebut. Minimum pelaburan ialah RM10.00 dan yuran daftar ahli ialah
RM1.00.
Tindakan: JK saham

4.5 JK Jualan
Tempahan tanda nama batch pertama 94 set telah dihantar pada hujung November 2016 untuk
pelajar Tingkatan 1 tahun 2017. Tempahan kali kedua pada bulan Januari 2017 sebanyak 214 set
telah dibuat dan dijangka siap jahit pada bulan Februari 2017. Selepas ini, koperasi akan membuka
untuk tempahan kali ketiga yang akan tamat sebelum cuti semester bulan Mac 2017.

Tindakan: Untuk makluman


4.6 JK Keceriaan
JK diminta mengemaskini data papan notis depan kedai koperasi secepat mungkin. Matlumat yang
dipaparkan perlu dwibahasa.
Tindakan: JK Keceriaan

5.0 Hal-hal Lain


5.1 Didapati ada banyak kes rekod jualan tidak betul dengan jumlah wang jualan yang diserah kepada
bendahari. Diminta semua pengawas koperasi berhati-hati semasa membuat kiraan tutup akaun.
Dicadangkan pengawas koperasi menutup akaun berasingan, iaitu tutup akaun semasa Rehat 1 dan juga
Rehat 2.
Tindakan: Untuk makluman

5.2 Pengurusan prosedur tempahan perlu ikut seperti yang ditetapkan, iaitu borang pesanan perlu diisi
setiap kali tempahan dibuat. Maklumat berkaitan Invois yang diterima perlu disampaikan kepada JK
stok untuk direkod dalam buku stok.
Tindakan: Untuk makluman

6.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Disediakan oleh ,

____________________________
(CHAN LAI YIN)
Setiausaha
Koperasi SMK Cochrane Kuala Lumpur Berhad
Tarikh:

Disahkan oleh,

…………………………………..
3

Anda mungkin juga menyukai