Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA SESI 2018/2019

SMJK AYER TAWAR, 32400 AYER TAWAR, PERAK.

Tarikh : 29 Jun 2018 ( Jumaat )


Masa : 1.00 petang
Tempat : War Room , SMJK AYER TAWAR
Kehadiran :

1. En Ding Kong Chong (YDP PIBG)


2. En Su Ping Soon (NYDP PIBG)
3. En Ngu Sea Tion (Penasihat)
4. En Tan Heng Ong, KMN, PPT
5. En Liew Tiew Lean
6. Cik Ho Siew Ing (Bendahari)
7. En Pang Lung Chong
8. En Yong Kea Seang
9. En Tan Lea Hing
10. Pn Tan Yean Nee
11. Pn Siow Siew Choo
12. Pn Sri Turka Devi A/P Supramani
13. Pn Nurul Hidayah Bt Abd Latip

Tidak Hadir Bersebab:

1. En Yeong Chop Choy


2. Cik Kee Mee Ching
3. Pn Tan Ling Zhi (Setiausaha)
4. En Lee Ming Seang
5. En Ling Shu Tung
6. Cik Siti Nor Aisyah Bt Zainuddin

1
BIL PERKARA

01 Ucapan Pengerusi (En Ding Kong Chong)


1.1 Mengucapkan salam dan sejahtera kepada semua AJK yang hadir dan mengalu-
alukan kehadiran kepada semua AJK PIBG yang hadir pada mesyuarat AJK kali
pertama sesi 2018/2019.

Tindakan : Makluman

02 Ucapan Penasihat (En Ngu Sea Tion)


2.1 Penasihat melaporkan bahawa terdapat empat orang guru yang ditukar masuk
ke SMJK Ayer Tawar, iaitu En Ling Ming Hook ( dari SMJK Nan Hwa), En Desikan
A/P Subramanian ( dari SMK Changkat Beruas), Pn Nurain bt Sarion (dari SMK
Seksyen 24(2)), Pn Suria binti Wan Hussin (dari SMK Lubok Antu) dan seorang
PK Kokurikulum, En Koh Teik Chui (dari SMJK Nan Hwa) untuk menggantikan
tiga orang guru yang bersara pada tahun ini dan seorang PK Pentadbiran yang
mendapat pertukaran setara ke SMJK Dindings.
2.2 En Tan Heng Ong telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran
dan En Liew Tiew Lian telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM.
2.2 Enrolmen murid sehingga tarikh 29 Jun 2018 ialah seramai 1050 orang dan guru
seramai 75 orang.

Tindakan : Makluman

03 Laporan Pengurusan Sekolah (En Ngu Sea Tion)


3.1 Hari Pelaporan yang ditetapkan pada 6 Julai 2018 telah ditundakan atas
masalah sistem SAPS.
3.2 Dua orang bekas murid akan mengadakan sesi perkongsian buku baru yang
berjudul “ Melancong Bersama” pada 10 Julai 2018.
3.3 Pengerusi akan menghadiri Majlis Makan Malam Amal Waqaf Pembangunan
Fizikal dan Akademik Usas Sempena World Conference On Islamic Thought
2018 yang akan diakan pada 18 Julai 2018 (Rabu) jam pukul 7.00 malam yang
bertempat di Hotel Casuarina, Meru Raya, Ipoh.
3.4 Perkhemahan Perdana Unit Beruniform akan dilaksanakan di sekolah pada
tarikh 27 Julai 2018 hingga 29 Julai 2018 (Jumaat – Ahad).
3.5 Program Khidmat Bakti Siswa akan berlangsung pada jam 3:30 petang hingga
6 petang. Tarikh akan ditetapkan.
3.6 Kejohanan Bola Keranjang Sekolah-Sekolah Menengah Conforming Malaysia
Tahun 2018 telah dijalankan di Stadium Sekolah Menengah Kerian, Parit
Buntar pada 10 Julai 2018 hingga 13 Julai 2018. Pasukan Lelaki dan Pasukan
Perempuan SMJK Ayer Tawar telah berjaya mendapat tempat keempat.
Sehubungan dengan ini, PIBG telah menyalurkan sebanyak RM 1765, Lembaga
Pengelola Sekolah RM 2000 dan Persatuan Murid-Murid Tua RM 1000 kepada
Pasukan Bola Keranjang Sekolah untuk kegunaan latihan dan pertandingan.

2
3.7 Satu surat rasmi telah ditujukan kepada MPM untuk memohon kerjasama dalam
Kerja Cantas Pokok yang akan diadakan pada bulan Ogos semasa musim cuti
sekolah.
3.8 Pada 12 Oktober 2018, akan diadakan Hari Anugerah dan Majlis Makan Malam.

Tindakan :Makluman

04 Pembentangan Laporan Kewangan (Cik Ho Siew Ing)


4.1 Laporan kewangan berakhir 31 Mei 2018 dibacakan oleh Bendahari secara
menyeluruh dan memaklumkan baki kewangan semasa PIBG seperti berikut:

Baki keseluruhan tabung sehingga bulan Mei 2018


-Tabung Kewangan PIBG -RM 15477.64
-Tabung Kewangan Penyayang -RM 17167.40
Baki Keseluruhan Tabung RM 32645.04

4.2 En Pang mencadangkan laporan kewangan perlu diaudit.

Tindakan : Makluman,Bendahari

05 Hal-hal Lain
5.1 YDP mencadangkan agar pihak sekolah memohon sumbangan dari kerajaan
untuk menerangi kawasan sepanjang tepi kantin sekolah agar menyelesaikan
masalah ancaman keselamatan.
5.2 Sesi Pengambilan Foto AJK PIBG akan diadakan pada 6 Julai 2018 jam 1
petang.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................... .......................................
(PN TAN LING ZHI) (EN DING KONG CHONG)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SMJK Ayer Tawar SMJK Ayer Tawar

Anda mungkin juga menyukai