Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera , salam 1 Malaysia dan Salam Perak

Amanjaya .

Yang Dihormati Tuan Hj Rizal b Hj Omar, Pengarah kolej Komuniti Gerik

Yang Dihormati En. Zainordin Zhafran b Zulkiflie, Timbalan Pengarah


Pengurusan Kolej Komuniti Gerik

Yang dialu-alukan Haji Waiz b Abdul Hamid, bekas jaguh perlumbaan


motorsikal cup prix negara dan Ustaz Shukery Azizan, Speaker untuk Tarbiah
Sentap dan juga seorang penulis buku

Seterusnya

para pensyarah, staf-staf sokongan dan para pelajar Kolej Komuniti Gerik
sekalian .

Mari dimakan sirih puan,


sirih dipetik di Tasek Chini,
selamat datang tuan dan puan,
menjadi penyeri majlis ini..

Sebagai makluman, program motivasi dan kerjaya ini adalah


bertujuan membuka minda para pelajar terhadap satu lagi cabang
baru dunia pemotoran yang boleh dijadikan kerjaya. Manakala
ceramah Tarbiah Sentap pula adalah pengisian bagi Awal Muharam
yang baru sahaja meninggalkan kitaDiharapkan selepas program
ini,kita sama2 dapat menambah kebaikan dalam diri kita.

Bagi memperoleh keberkatannya , majlis dengan sukacitanya


menjemput saudara ........................................................... selaku
wakil pelajar Kolej Komuniti Gerik untuk memanjatkan bacaan doa
pembukaan majlis. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

Tafaddhal ya ........................ .

Shukran jazillan diucapkan di atas bacaan doa itu tadi .

Anak muda mengalun qasidah,


Lunak di dengar di dalam rumah ,
Pembuka kata berlalu sudah,
Mari kita mendengar ceramah.

Sebelum kita mulakan ceramah, saya kongsikan sedikit maklumat


mengenai Haji Waiz b Abdul Hamid.....

Dipersilakan Haji Waiz b Abdul Hamid untuk menyampaikan


ceramah.

Terima kasih Haji Waiz b Abdul Hamid untuk sesi ceramah yang
mantap sebentar tadi.
Kita teruskan lagi program kita dengan perkongsian ilmu yang bakal
diberikan oleh Ustaz Shukery Azizan dengan tajuk beliau..............................
Sebelum Ustaz Shukery meneruskan ceramah beliau, saya kongsikan serba
sedikit tentang biodata beliau................................................................

Dipersilakan Ustaz Shukery untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih Ustaz Shukery untuk sesi ceramah yang mantap sebentar
tadi.

Dari Kedah ke Pekan Sari ,


Beli suasa di Kota Tinggi ,
Selesai sudah tugas diberi ,
Di lain masa bersua lagi .

Sebelum saya mengakhiri tugas saya sebagai Pengacara Majlis pada


malam ini , ingin saya menyusun 10 jari memohon kemaafan
seandainya terdapat sebarang kelemahan disepanjang saya
mengendalikan majlis pada malam ini .

Sekian dahulu , saya sudahi dengan kalam mulia ,


Wabillah hi taufiq wal hidayah , Wassalamualaikum wbt .

Anda mungkin juga menyukai