Anda di halaman 1dari 19

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemajuan Sains dan Teknologi dalam bidang pendidikan merupakan tonggak utama sebagai

agen perubahan negara. Memandangkan pendidikan dan kemajuan negara adalah seiring, maka

semua pihak harus menggembleng tenaga dalam menyelesaikan masalah. Dalam dunia yang kian

maju ini, seseorang yang cekap dalam matematik mampu meningkatkan peluang dan pilihan bagi

menentukan masa depan mereka (Widad Othman, 2001). Bagi menyahut seruan tersebut,

pendidikan matematik haruslah berupaya mendidik pelajar mengembangkan pemikiran analisis,

mantik, sistematik dan kritis, berkebolehan dalam menyelesaikan masalah dan mengaplikasikan

ilmu pengetahuan matematik dalam kehidupan harian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Matematik telah didefinisikan sebagai satu pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti, corak

struktur, perubahan dan ruang atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar

rajah. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan

kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal

dan konsep. Mahmud Yahya (2005) menjelaskan bahawa matematik ialah koleksi ilmu yang

dibina berdasarkan aksiom yang mengkaji hubungan antara aspek kualitatif dengan aspek

kuantitatif yang dibina secara deduksi atau induksi. Matematik mempunyai banyak cabang yang

lebih kecil seperti aritmetik, mantik, geometri, astronomi, muzik dan yang seumpamanya.
Namun begitu, Abdul Latif Samian (1999) membahas matematik berkisar kepada dua aspek iaitu

istilah dan perkembangan.

Matematik adalah salah satu mata pelajaran yang asas dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Mata pelajaran ini diajar di semua sekolah tidak kira prasekolah, sekolah rendah

ataupun menengah. Bukan sahaja sekolah tetapi institut-institut juga diajar mata pelajaran

Matematik kerana ia sangat penting dalam kehidupan harian. Semua bidang mempunyai

kesinambungan dengan matematik. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam

menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting

untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis,

2008).

Dengan ini, kefahaman konsep matematik amat penting dalam proses pembelajaran.

Miskonsepsi atau kesilapan mentafsir sesuatu konsep akan memberikan gambaran yang

berlainan terhadap makna sebenar dalam matematik. Faktor struktur kognitif menyebabkan

pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran dan ini mempengaruhi pencapaian pelajar

(Vinner, 1994).

Seorang guru tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah gangguan pelajar dalam

pembelajaran. Masalah-masalahnya boleh dikategorikan sebagai masalah besar yang

memerlukan pelajar itu didisiplinkan oleh pihak berkuasa di sekolah ataupun masalah-masalah

gangguan kecil yang sememangnya mengganggu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Antara masalah-masalah gangguan pembelajaran yang biasa dilihat ialah lewat ke kelas, berbual-
bual kosong dengan rakan, tidur, bergerak atau berjalan di dalam kelas tanpa sebab dan bersikap

kurang sopan ketika guru atau rakan sedang bercakap. Gangguan seperti ini akan menyebabkan

pengajaran tergendala dan banyak masa terbuang kerana guru memperhentikan pengajarannya

untuk menegur perbuatan pelajar yang melakukan perbuatan sedemikian.

Apabila ia dikaji dengan mendalam, masalah utama yang menyebabkan perlakuan

sedemikan adalah pelajar bosan dengan pengajaran guru. Seseorang guru harus menggunakan

perancangan pengajaran yang baik dan sistematik supaya dapat menarik perhatian pelajar di

dalam bilik darjah. Ini merupakan suatu tanggungjawab dan tugas guru dalam mengendalikan

perancangan pengajaran yang bersesuaian untuk pelajar. Pelbagai pendekatan yang digunakan di

dalam bilik darjah adalah faktor utama untuk menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif

kepada pelajar. Guru juga perlu menyediakan pembelajaran yang efesin dan efektif dalam

menarik minat pelajar dalam pembelajaran di bilik darjah. Maka, guru perlu mengggunakan

beberapa pendekatan atau kaedah yang bersesuaian untuk memudahkan pembelajaran pelajar.

Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan sendiri untuk menguasai perkara

yang dipelajari. Tahap penguasaan seseorang pelajar bergantung kepada keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam

pembelajaran dan pengajaran. Antaranya, pendekatan koperatif, pendekatan masteri, induktif,

deduktif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, e-learning dan

lain-lain lagi.
Dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru harus memikirkan

terlebih dahulu tentang pendekatan atau kaedah yang akan digunakan. Pemilihan pendekatan

yang bersesuaian dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada

pelajar.

Sebagai pendidik, kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan

kecenderungan mereka kearah pelajaran. Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil

langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Amalan pembelajaran hendaklah

berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan

ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh

belajar melalui pengalaman sendiri. Amalan ini dikenali sebagai Pembelajaran Koperatif.

Koperatif dapat ditafsirkan sebagai bekerja bersama-sama untuk menyempurnakan sesuatu

tugasan atau kerja bagi mencapai sesuatu matlamat (Johnson et al.,1989). Melalui pembelajaran

koperatif, setiap pelajar akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang dapat memberi manfaat

bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada ahli dalam kumpulannya.

Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini

meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti

dirancang sebegitu rupa supaya berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam Pembelajaran

Koperatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Semasa pelajar-pelajar belajar dalam

kumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani),

bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial). Justeru itu,

diharapkan apabila pelajar-pelajar yang keluar dari bangku sekolah nanti, mereka akan
mencerminkan diri mereka sebagai insan yang meyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara.

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran

yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik. Kaedah kumpulan

memberikan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat

kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001). Menurut Slavin (1990), keberkesanan kaedah Pembelajaran

Koperatif ini telah diukur melalui peningkatan pencapaian yang signifikan di kalangan pelajar

dari pelbagai kecerdasan. Selain itu, kemajuan dalam aspek kemahiran sosial pelajar yang

memudahkan hubungan saling bergantung positif di dalam kelas dan persekitaran juga dapat

dikesan melalui kaedah Pembelajaran Koperatif ini.

Terdapat banyak jenis kaedah Pembelajaran Koperatif. Di antaranya ialah Student Teams

Achivement Divisions (STAD), Team Games Tournament (TGT), JIGSAW, Rally Robin, Team

Accelerated Instruction (TAI) dan Learning Together. Dalam kajian ini hanya memberi tumpuan

khusus kepada salah satu dari Pembelajaran Koperatif iaitu model STAD. Berbanding dengan

kaedah-kaedah koperatif yang lain, model STAD paling ringkas dan mudah diikuti oleh pelajar.

Menurut Johnson (1991), Pembelajaran Koperatif model ini didapati berkesan bagi pelajar untuk

mempelajari kandungan dan kemahiran asas sesuatu subjek atau bidang.

Bab ini menjelaskan latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, tujuan

kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian dan definisi kajian. Gambaran yang jelas tentang

tujuan dan kepentingan kajian ini akan dibincangkan secara mendalam. Diharap bab ini dapat

memberi penjelasan mengenai hala tuju kajian dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk melihat
keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD ke atas tahap pencapaian pelajar

dalam subjek Matematik topik operasi bercampur penambahan dan penolakan.

1.2 Latar Belakang Kajian

KSSR telah diperkenalkan pada tahun 2010, tetapi ramai pelajar yang merasakan

matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami dan menjemukan.

KSSR menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu

pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua pelajar. Malangnya, guru-guru tidak

mengikut kehendak sukatan tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka.

Antara faktor yang menyebabkan wujudnya masalah pencapaian akademik ialah

kurangnya usaha untuk mengenal pasti kelemahan pelajar serta kurangnya aktiviti pengukuhan

dalam pendidikan untuk mewujudkan asas yang mantap bagi perkembangan selanjutnya.

Sekiranya keadaan tersebut dibiarkan berlanjutan, sudah pasti akan menimbulkan impak negatif

terhadap sistem pendidikan negara kita. Selain berlakunya keciciran pelajar dalam mata pelajaran

Matematik, peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam

bidang matematik atau jurusan yang berkaitan dengannya turut terjejas. Seterusnya, pelajar akan

mengalami kesukaran semasa mencari pekerjaan.

Matematik adalah satu mata pelajaran yang penting dalam kurikulum sekolah. Pada tahun

2003, Bahasa Inggeris digunakan dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Menurut jurnal

Radzi, C. W. J. W. M., & Noor, N. A, 2005, pelajar menghadapi pelbagai cabaran dengan
perlaksanaan PPSMI. Pelajar terpaksa belajar dalam Bahasa Inggeris dengan menghadapi

pelbagai masalah dalam memahami konsep matematik dalam bahasa lain. Hal ini menyebabkan

kurangnya semangat dan usaha seseorang pelajar untuk belajar terutamanya pelajar yang lemah

dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran

Matematik dan Sains bertukar lagi dalam Bahasa Kebangsaan dan bahasa ibunda selepas

beberapa tahun. Ini menyebabkan pelajar berasa bosan dan kecewa dengan perubahan ini.

Dengan ini, mula lagi masalah dalam memahamkan konsep matematik. Mengajar matematik

bukannya sesuatu yang mudah tetapi ia adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks bagi guru

matematik. Peranan guru adalah faktor yang sangat penting dalam kejayaan pelajar yang

mempunyai masalah pembelajaran matematik.

Menurut Zaleha Ismail dan Mohd Khalid Kasmin (2006), pelajar hilang minat terhadap

pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran tidak menarik dan

tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran

pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik. Walaupun jurnal

ini berkaitan pendekatan yang berlainan iaitu E-Pembelajaran tetapi beliau menekankan tentang

sesuatu pembelajaran yang menarik perhatian pelajar. Menurut Wilson (2001) konsep

pembelajaran membawa maksud perubahan yang berlaku kepada pengetahuan, kemahiran atau

tingkah laku manusia kesan daripada proses pengalaman. Perubahan ini biasanya bersifat kekal.

Seseorang individu perlu menyedarinya dan melaluinya secara langsung untuk membolehkan

sesuatu proses pembelajaran berlaku dengan sempurna. Proses pembelajaran ini berlaku kesan

daripada pemerolehan maklumat oleh manusia daripada persekitarannya.


Menurut artikel Ahmad, S., & Azwawi, T. (2006), menyatakan tentang pelbagai isu-isu

dalam pendidikan matematik. Salah satunya adalah kesukaran mempelajari Matematik yang

dihadapi oleh pelajar yang lemah adalah lebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan tinggi.

Kebanyakan guru hanya menghabiskan sesuatu tajuk dengan segera dalam masa yang telah

ditetapkan dan melompat ke tajuk-tajuk yang seterusnya. Guru mengejar masa untuk

menghabiskan semua tajuk sebelum peperiksaan akhir tahun dan tidak mengambil kira pelajar

menguasai sesuatu tajuk atau tidak. Ini adalah suatu masalah yang sering dihadapi oleh pelajar

dalam memahami tajuk dengan sempurna dan tidak dapat menjawab dalam peperiksaan.

Pencapaian pelajar rendah disebabkan faktor menghabiskan tajuk dengan segera.

Sekiranya, tuntutan bagi tenaga manusia yang celik ilmu gagal dipenuhi, maka, wawasan

unggul Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tentulah susah direalisasikan.

Oleh sedemikian bagi membantu pelajar dalam menguasai sesuatu tajuk dan kemahiran, satu

anjakan perlu dilakukan terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran masa kini. Kaedah-

kaedah pembelajaran yang menarik dapat membantu pelajar untuk memahami tajuk dengan

mudah. Pembelajaran Koperatif membantu pelajar belajar sehingga memahami dan menguasai

tajuk berkenaan dengan sempurna seterusnya mendorong pelajar berinteraksi dan berbincang

cara menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru bersama rakan-rakan mereka. Hasilnya,

pelajar dapat meningkatkan pemahaman mengenai tajuk matematik. Oleh itu, pelajar perlu

diberikan pendedahan kaedah pembelajaran yang berkesan seperti kaedah Pembelajaran

Koperatif. Kaedah Pembelajaran Koperatif sememangnya memberikan impak yang positif

kepada pelajar yang pelbagai keupayaan dalam membina kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif. Menurut Astleitner, 2005; Conroy, Sutherland, Snyder, & Marsh, 2008, arahan yang
diberikan oleh seseorang guru dalam bilik darjah perlu dalam pelbagai rupa iaitu bersesuaian

dengan konteks, terikat kepada kepentingan dan pengalaman pelajar dan dibezakan mengikut

pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri latar belakang pelajar.

Tujuan kajian ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana pelajar dapat menyelesaikan

soalan operasi bercampur penambahan dan penolakan dengan Pembelajaran Koperatif model

STAD. Ianya turut dapat mengenal pasti bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar

dalam menyelesaikan soalan operasi bercampur penambahan dan penolakan nombor bulat. Tahap

penguasaan yang rendah dan pemahaman konsep yang kabur menyebabkan pelajar sering

melakukan kesalahan dalam mempelajari operasi bercampur penambahan dan penolakan nombor

bulat. Guru seharusnya menyedari perkara ini di kalangan pelajarnya semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung supaya tindakan alternatif dapat diambil dengan segera.

Pembelajaran Koperatif ini amat sesuai diamalkan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Guru hanya berperanan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan bertindak

sebagai fasilatator dalam proses pembelajaran. Oleh itu, satu kajian tentang penggunaan kaedah

Pembelajaran Koperatif model STAD (Student Team-Achievement Division) pada pelajar

sekolah rendah khasnya tahun 4 telah dijalankan oleh pengkaji. Melalui kajian ini, pengkaji

dapat memperolehi data serta maklumat yang dapat membantu warga pendidik memastikan

keberkesanan Pembelajaran Koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Matematik dan seterusnya membantu pelajar-pelajar mencapai dasar 60:40. Dasar 60:40 dalam

Sains dan Teknologi telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991 60

peratus pelajar dalam aliran sains dan 40 peratus pelajar dalam aliran sastera. Dasar 60:40 ialah
perancangan sumber manusia di Malaysia perlu memberi lebih penekanan kepada keperluan

akademik serta kemahiran dan kepakaran yang diperlukan terutama dalam bidang Sains dan

Teknologi dan ICT, serta kemahiran pekerjaan yang tinggi supaya tenaga kerja yang dihasilkan

dapat bersaing dalam perubahan ekonomi dunia dan era globalisasi. (Kementerian Pendidikan

Malaysia 2001).

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Banyak kajian menunjukkan penggunaan Pembelajaran Koperatif boleh menyumbangkan kepada

peningkatan koperatif dan afektif pelajar (Gan T.H, 2002; Cheah, 2006; Md Syafiq, 2014). Hal

ini bererti Pembelajaran Koperatif merupakan satu cara pembelajaran yang berkesan. Beberapa

bukti menunjukkan bahawa kumpulan yang bekerjasama dapat meningkatkan pemikiran

peringkat tinggi dan dapat menyimpan maklumat lebih lama berbanding pelajar yang membuat

kerja berseorangan (Johnson & Johnson, 1989). Melalui pembelajaran dalam kumpulan, pelajar

mendapat bantuan daripada rakan sebaya yang lain dan ini dapat memupuk sikap minat terhadap

matematik. Ini disokong oleh Johnson, 1993 yang menyatakan Pembelajaran Koperatif berupaya

membantu pelajar mengatasi sikap negatif terhadap matematik. Terdapat beberapa bentuk

strategi Pembelajaran Koperatif seperti Student Team-Achievement Division (STAD), Teams-

Games Tournament (TGT), Teams Assisted Individualization (TAI), Jigsaw dan Learning

Together. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memberi tumpuan khusus terhadap salah satu dari

Pembelajaran Koperatif iaitu Model STAD bagi memudahkan guru melaksanakan proses

pengajaran dalam kelas. Kebanyakkan guru masih mengajar secara tradisional iaitu berpusatkan

guru. Teknik pengajaran secara tradisional menghasilkan kefahaman yang tidak lengkap
mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran Matematik. Pelajar kurang melibatkan diri secara

aktif sewaktu aktiviti pembelajaran matematik. Pelajar hanya menerima perkara yang diajar oleh

guru tanpa soal jawab.

Nombor dan operasi merupakan topik yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran

Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun 4. Pengetahuan dan kemahiran

pengiraan yang melibatkan operasi penambahan dan penolakan merupakan perkara asas

matematik yang amat penting. Kelemahan dalam operasi penambahan dan penolakan akan

menjejaskan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah harian Matematik. Pembelajaran

Koperatif mampu meningkatkan pemahaman pelajar mengenai fakta dan prosedur yang berkait

rapat antara satu sama lain dan berkesan dalam pembelajaran yang kompleks seperti

penyelesaian masalah (Johnson & Johnson, 1989).

Melihat kepada masalah tersebut, pengkaji mengambil peluang untuk menjalankan kajian

ini bagi meninjau sejauh mana keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD dapat

membantu meningkatkan tahap pencapaian murid dalam topik operasi bercampur. Selain itu,

kajian ini memberi peluang untuk mendapatkan satu kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan

kepada semua peringkat pendidikan sama ada rendah, menengah mahupun tinggi.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan kaedah Pembelajaran

Koperatif model STAD dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan apakah persepsi pelajar dari

sigi minat, penguasaan pembelajaran dan interaksi pelajar dalam kelas. Kajian ini juga dapat

membandingkan kaedah Pembelajaran Koperatif dengan kaedah pembelajaran tradisional dengan


melihat kesan kedua-dua strategi terhadap peningkatan pencapaian pelajar dan perubahan minat,

penguasaan pembelajaran dan interaksi pelajar dalam kelas dalam topik operasi bercampur

penambahan dan penolakan.

1.5 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan meninjau kesan Pembelajaran Koperatif model

STAD ke atas tahap pencapaian matematik di kalangan pelajar tahun empat 4 dalam topik

operasi bercampur penambahan dan penolakan dan persepsi pelajar dari segi minat, penguasaan

pembelajaran dan interaksi pelajar dalam kelas di SJK(T) Ladang Batu Kawan. Terdapat dua

kumpulan responden iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Secara khususnya

objektif kajian ini bertujuan untuk:

i) Menentukan keberkesanan pendekatan Pembelajaran Koperatif model STAD ke atas


peningkatan pencapaian pelajar dalam topik operasi bercampur penambahan dan

penolakan nombor bulat.


ii) Mengenalpasti persepsi pelajar dari segi minat terhadap Pembelajaran Koperatif

model
STAD dalam topik operasi bercampur penambahan dan penolakan nombor bulat.
iii) Mengenalpasti persepsi pelajar dari segi penguasaan pembelajaran terhadap

Pembelajaran
Koperatif model STAD dalam topik operasi bercampur penambahan dan penolakan

nombor bulat.
iv) Mengenalpasti persepsi pelajar dari segi interaksi pelajar dalam kelas terhadap
Pembelajaran Koperatif model STAD dalam topik operasi bercampur penambahan dan

penolakan nombor bulat.

1.6 Soalan Kajian

Kajian ini dapat menjawab kepada soalan-soalan berikut:


i. Adakah kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD berkesan dalam mempertingkatkan

pencapaian pelajar dalam topik operasi bercampur penambahan dan penolakan.


ii. Apakah persepsi pelajar dari segi minat terhadap Pembelajaran Koperatif model STAD

dalam topik operasi bercampur penambahan dan penolakan nombor bulat.


iii. Apakah persepsi pelajar dari segi penguasaan pembelajaran terhadap Pembelajaran

Koperatif model STAD dalam topik operasi bercampur penambahan dan penolakan

nombor bulat.
iv. Apakah persepsi pelajar dari segi interaksi pelajar dalam kelas terhadap Pembelajaran

Koperatif model STAD dalam topik operasi bercampur penambahan dan penolakan

nombor bulat.

1.7 Hipotesis

Ho1: Tiada perbezaan yang signifikan dalam kumpulan rawatan dari segi min markah ujian pra

dan pasca.

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan rawatan dari segi min markah ujian

pra dan pasca.

Ho2: Tiada perubahan dari segi minat terhadap Pembelajaran Koperatif model STAD.

Ha2: Terdapat perubahan dari segi minat terhadap Pembelajaran Koperatif model STAD.
Ho3 : Tiada perubahan dari segi penguasaan pembelajaran terhadap Pembelajaran Koperatif

model STAD.

Ha3 : Terdapat perubahan dari segi penguasaan pembelajaran terhadap Pembelajaran Koperatif

model STAD.

Ho4 : Tiada perubahan dari segi interaksi pelajar dalam kelas terhadap Pembelajaran Koperatif

model STAD.

Ha4 : Terdapt perubahan dari segi interaksi pelajar dalam kelas terhadap Pembelajaran

Koperatif model STAD.

1.8 Kerangka Konsep

Kajian yang dijalankan terhadap pencapaian pelajar dengan kaedah Pembelajaran Koperatif

dijangkakan akan membawa kesan lebih besar iaitu pencapaian pelajar akan ke tahap yang

memuaskan berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Kajian ini dibuat terhadap dua

kumpulan pelajar tahun 4 yang mempunyai tahap pencapaian yang sama. Satu kumpulan diberi

pengajaran secara Pembelajaran Koperatif model STAD iaitu untuk kumpulan rawatan, manakala

satu lagi kumpulan dijadikan sebagai kumpulan kawalan dan diberikan pengajaran secara kaedah

pembelajaran tradisional. Dalam kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD, pelajar

dikehendaki berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan di dalam menyelesaikan

tugasan. Dalam kaedah pembelajaran tradisional, interaksi sesama pelajar adalah minimum dan

latihan diselesaikan secara individu.


Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD
Kumpulan
Rawatan

Ujian Pos
Ujian Pra
Kaedah Pembelajaran Tradisional
Kumpulan
Kawalan

Rajah 1.8.1: Kerangka Konsep Perlaksanaan

1.9 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini boleh memberikan maklumat tentang keberkesanan terhadap amalan kaedah

Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Matematik topik operasi bercampur penambahan

dan penolakan. Dapatan kajian boleh diharapkan menjadi panduan pihak sekolah, Jabatan

Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia meningkatkan lagi serta

memperkembangkan pengajaran dan pembelajaran berpandukan kaedah Pembelajaran Koperatif.

Kajian ini diharap akan memberi maklumat kepada guru matematik tentang betapa pentingnya

penggunaan kaedah Pembelajaran koperatif untuk meningkatkan prestasi pelajar. Kajian ini juga

diharapkan dapat memberi maklumat yang boleh membantu guru dari segi perancangan dan

pemilihan kaedah pembelajaran yang sesuai. Hasil daripada kajian ini akan membantu guru

matematik dalam peningkatan pencapaian pelajar yang pelbagai kategori iaitu pandai, sederhana

dan lemah. Kajian ini juga akan menjadi panduan alternatif kepada guru untuk menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan menggunakan kaedah

Pembelajaran koperatif, pelajar akan menguasai sesuatu kemahiran dan konsep matematik
dengan jelas dan ia akan meningkatkan pencapaian pelajar. Ia juga akan menjadi panduan bagi

guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran selain matematik.

1.10 Batasan Kajian

Kajian eksperimen yang telah dijalankan ini adalah untuk melihat keberkesanan Pembelajaran

Koperatif terhadap pelajar tahun 4 dalam topik operasi bercampur penambahan dan penolakan

nombor bulat di SJK(T) Ladang Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Kajian ini terbatas

kepada kajian terhadap 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar perempuan dan lelaki.

Selain daripada itu, terdapat beberapa kekangan semasa menjalankan kajian ini. Kelas yang

diberi tidak mengikut kehendak sebenar pengkaji. Disebabkan sampel kajian ditentukan oleh

pihak sekolah, maka hasil generalisasi kajian hanyalah pada kes yang mempunyai ciri-ciri yang

hampir sama. Masa yang diperuntukan adalah terhad iaitu hanya 7 hari dan lebih kurang 6 jam

untuk menjalankan kaedah Pembelajaran Koperatif dan pembelajaran tradisional. Oleh itu, tidak

dapat membuat kajian yang lebih luas. Responden dibahagikan kepada kumpulan rawatan (30

orang) dan kumpulan kawalan (30 orang). Ini bermakna responden yang dipilih untuk kajian ini

tidak dapat mewakili kesemua pelajar tahun 4 di semua negeri di Malaysia. Responden yang

dipilih tinggal di sekitar kawasan Batu Kawan, Simpang Ampat dan berdekatan dengan sekolah.

1.11 Takrifan Istilah

Berikut adalah beberapa definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam kajian

ini:
1.11.1 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Koperatif ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan

pelajar daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai

satu matlamat yang sama (Slavin, 1990).

1.11.2 Kaedah

Kaedah adalah merujuk kepada cara atau pendekatan yang diguna dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. Penggunaan kaedah yang sesuai dapat menarik minat pelajar

khususnya dalam matematik.

1.11.3 Keberkesanan

Merujuk kepada kajian ini, keberkesanan memberi maksud hasil atau pencapaian pelajar

yang baik setelah penggunaan kaedah koperatif dijalankan.

1.11.4 Operasi Bercampur

Operasi Bercampur adalah penambahan dan penolakan akan diadakan dalam

satu soalan atau keadaan. Contohnya:-

(35 – 19 + 27). Soalan berbentuk ini adalah operasi bercampur.

1.11.5 Kaedah Tradisional

Kaedah Tradisional merupakan cara atau pendekatan yang dipakai dalam pengajaran dan

pembelajaran sejak dahulu lagi. Cara ini lebih berpusatkan guru dimana murid hanya

menerima penyampaian guru sahaja. Pengajaran secara tradisional melibatkan


penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja. Kaedah ini hanya menggunakan

komunikasi satu hala dan pelajar sebagai penerima pasif. Pengajaran dan pembelajaran

ini merupakan kaedah ‘kapur dan cakap’ atau kaedah menggunakan transparansi (OHP).

Kaedah ini bermaksud cara pengajaran utama yang digunakan oleh guru-guru bagi

mengatasi masalah bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas dan masalah

menghabiskan sukatan pelajaran (Becker & Watts, 2001).

1.11.6 Minat

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (2003), minat ialah keinginan, kesukaan atau

kecenderungan kepada sesuatu. Minat juga didefinisikan sebagai daya penggerak atau

kecenderungan seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang

kegiatan. Menurut Hornby, A.S. (2000) mendefinisikan minat ialah memberi perhatian

atau mengambil berat menunjukkan rasa ingin tahu mendapat perhatian dan

membangkitkan rasa ingin tahu.

1.11.7 Prestasi

Prestasi merupakan satu ukuran kebolehan pelajar yang dapat melihat tentang kemajuan

sesuatu perkara yang telah dilakukan sama ada berubah ke arah positif, negatif ataupun

tiada perubahan. Prestasi diukur di sini adalah berkaitan peningkatannya dalam dua ujian

pra dan pasca yang dilaksanakan.

1.11.8 Pengusaan
Menurut Kamus Dewan (DBP: 2005; 835), penguasaan bermaksud perihal Menguasai

atau menguasakan. Perkataan penguasaan perihal kemampuan untuk menguasai sesuatu

kemahiran.

1.11.9 Pembelajaran

Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh

pengalaman (Slavin, 1990).

1.11.10 Interaksi

Menurut Kamus Dewan Edisi Bari (2003), perkataan interaksi ialah tindakan atau

perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

1.12 Rumusan

Bab ini menghuraikan secara terperinci tentang latar belakang, tujuan, objektif, hipotesis,

kepentingan kajian. Walaupun terdapat banyak model Pembelajaran Koperatif, pengkaji

hanya menumpukan perhatian pada Pembelajaran Koperatif model STAD (Student Team-

Achievement Division) sahaja. Dengan harapan dapat mewujudkan suasana yang positif

semasa pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah Pembelajaran Koperatif juga adalah

satu alat yang boleh digunakan oleh para guru untuk merapatkan jurang pendidikan

antara murid pandai dengan murid yang sederhana dan lemah.

Anda mungkin juga menyukai