Anda di halaman 1dari 1

Seorang murid di dalam kelas didapati mempunyai tingkah laku hiperaktif.

Tingkah lakunya menyebabkan ramai murid lain terganggu untuk belajar.

Bincangkan bagaimana teknik modifikasi tingkah laku yang sesuai untuk


mengatasi masalah tersebut.

Modifikasi tingkah laku ialah aplikasi teori pembelajaran yang sistematik yang
akan membawa perubahan yang diingini ke atas corak tingkah laku. Malahan ia juga
merupakan salah satu pendekatan therapeutic (terapi) yang berasaskan kajian
saintifik dan kognitif. Tingkah laku hiperaktif merupakan salah satu tingkah laku
bermasalah. Tingkah laku hiperaktif adalah dengan wujudnya sesuatu pola tingkah
laku dalam diri seseorang (Irawati 2009). Antara ciri-ciri tingkah laku hiperaktif ini
termasuk sukar mendengar atau mematuhi arahan, sukar mengekalkan tumpuan dan
mempunyai tingkah laku yang lebih agresif.

Untuk mengatasi masalah murid hiperaktif, guru boleh menggunakan teknik


peneguhan. Guru boleh menggunakan peneguhan positif dengan memberi
peneguhan yang tetap dan berkala. Hal ini demikian kerana, penggunaan peneguhan
positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid
melakukan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru boleh menggunakan kaedah
token ekonomi untuk mengatasi masalah tingkah laku hiperaktif. Cotohnya guru boleh
memberikan token atau hadiah kepada murid apabila mencapai tingkah laku yang
diingini. Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang
diinginkan dan juga digunakan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini
melalui sebuah struktur semasa rawatan.

Anda mungkin juga menyukai