Anda di halaman 1dari 9

SUDAH KENAL ALLAH?

Diperingkat Pengajian :-

"Kalau kita ini benar2 mahu mengikut sunah Rasul, sewajarnya kita mesti bertemu
ALLAH dalam keadaan nyata seperti Muhammad

ketika meniti sidratul muntaha. Musa sewaktu berada di lembah Thuwa dan Ibrahim.
Inilah sunnah yg sebenar yaitu mengenali hakikat

penciptaan kita dimuka bumi Allah selaku KHALIFAH FIL ARDH.

Bukan (hanya) kita akan jumpa Allah bila hari kiamat nanti, sedangkan Allah selalu
saja bersama kita (baik dalam keadaan apa pun).

Rujuk surah Albaqarah ayat 186. Hanya kita sahaja yg tidak bersama dgn Al-Rahman.

Al albaqarah : 186. Firman Allah: "sesungguhnya aku ( Allah) sentiasa bersama


mereka"

"Barangsiapa Buta di dunia maka diakhirat ianya Buta dan bertambah sesat lagi"

Di dunia pun seorang arif kena menyaksikan Allah. Kalau Tak dapat menyaksikan Allah
maka belum di katakan kenal.

Hijab yang paling terbesar apabila kita merasakan diri kita dah kenal akan ALLAH,
tetapi pada hakikatnya kita masih belum kenal ALLAH,

kerana kita duduk dalam sangkaan semata2. Hijab ini dikatakan paling besar kerana
kita tidak akan mengubah paradigma ilmu dan

kefahaman kita kerana kita rasa kita sudah cukup mengenali ALLAH.

So kena periksa la balik samada kita ni dah kenal Allah ke tidak. Kalau sekadar
syok sendiri dan rasa sudah kenal Allah,

itu namanya SYOK SENDIRI. Itu yang selalu claim dah kenal Allah kenalilah diri anda
sehabis mungkin, maka kalian akan

mengenali Allah dan baru kalilan mengerti Kesaksian ESA nya Allah itu. Amin.
__________________________________
Soalan :
Apa kata kalau kita bincangkan isu yg ayahnda tinggalkan....

Bagaimanakah yg dikatakan SUDAH KENAL ALLAH.?


__________________________________
Salam sejahtera, salam kasih dan sayang dari sy.

Atas permintaan peribadi yg ditujukan.. sy sekadar berkalam bagi renungan dn


mencari kefahaman, pengetauhan untuk diri sendiri.

Bagaimanakah yang dikatakan Sudah Mengenal Allah.?

Airnya manis buah Kelapa..

Buahnya diambil mengunakan Galah..

Tangan di hulur harapkan pahala..


Sudah kah kita mengenal Allah..

MENCARI KENAL.

Dalam mengenal Allah itu, tidak lah terikat, tertakluk kepada hanya satu kaedah
sahaja. Kerana itu kita perlu kepada adanya ilmu

dan guru bagi mencari dan mencapai tujuan.

Setiap orang mempunyai jalan dan cerita tersendiri bagi menuju Kenal kepada Haqiqat
Pencipta (Allah.)

Ada org mengenal Allah dengan hanya membaca..

Ada org yang mengenal dengan mengkuburkan diri jasad nya yg hidup ke liang kubur.

Ada yg mengenal dengan ditimpa berbagai2 musibah dan masalah.

Ada yang mengenal dgn berguru dengan bermacam2 guru.

Ada yang mengenal dgn hanya tidur.

Ada yang mengenal Allah dengan mimpi2..

Ada bermacam cara lagi bagi seseorg dapat mengenal akan haqiqat penciptanya Allah.

Kerana itu, bagi orang yang faham dan tidak terikat dengan kepompong fikirannya
semata tidak menyalahkan apa

sekalipun kefahaman dan pegangaan seseorang..

Kerana apa jua cara dan kaedah itu hanya jalan bagi menuju kepada satu hal tujuan
iaitu menuju kepada Allah.

Allah menjadikan sesuatu itu berpasang2an...

Ada zahir ada batin

Ada jahil ada yang pandai

Ada bahgia ada derita

Ada syariat ada haqiqat.

Alquran juga membawa maksud

tersurat dan tersirat.

Ramai orang kebanyakan terus menjatuhkan hukuman ini salah! ini sesat!

Dan tidak ramai yang mencari sebab sebelum menjatuhkan hukum. Andai pun yang
mencari sebab.. ramai yg mencari sebab untuk menghukum.

Memang hukuman itu perlu bagi yang berbuat salah, tetapi sebelum menjatuhkan hukum,
adalah baik kita mencari sebab. Harus mencari

sebab dahulu daripada memandang dan menjatuhkan hukum.


Kesimpulannya.. ada ketikanya, betul bagi seseorang itu mungkin salah bagi
seseorang yang lain.

Ada ketikanya, benar di satu pihak, dan salah bagi pihak lain. KENAL bagi saya,
mungkin Tidak Kenal bagi tuan.

HAQIQAT PENCIPTA.

Sebelum Allah itu bernama Allah, atau Zat yang di sembah ini menzahirkan DiriNYA
dengan panggilan Allah.

Allah itu tidak mempunyai nama, Allah itu tidak dapat di rasa, Allah tidak dapat
disentuh, Allah tidak dapat difikirkan,

Allah tidak dapat dikaji dan Allah tidak dapat diumpamakan dengan apa sekalipun.

Perkataan "Zat" itu juga bersalahan. Hanya bagi merujuk kepada DiriNya yg dinamakan
Allah, kerana Allah itu TIADA ZAT.

Tiada zat membawa maksud.. Allah bukan berasal dari sesuatu.. tetapi sebaliknya
setiap sesuatu itu berasal dari Allah.

Allah itu bukan berjirim, bukan berjisim, termasuk lah bukan Zat.

Zat itu hanya nama bagi memudah faham untuk menunjukkan Maha Berkuasa, Maha
Hebatnya Allah.

Allah (Haqiqat Pencipta) ini lah yang di panggil AHAD/ESA. Ahad itu adalah nama
bagi menunjukkan tentang Ahadiah @ Tunggal yg Maha Esa.

Allah itu maha suci, Maha tinggi, Maha Tunggal. Tidak ada segala sesuatu pun yg
dapat mengenali diriNya melainkan DiriNya sendiri.

Di keranakan Allah itu tidak bisa difikir, dilihat, disentuh.. maka mustahil bagi
makluk itu mengenali diriNya. Melainkan hanya diriNya

sendiri yg dapat Mengenal Haqiqat DiriNya.

Allah itu nama, nama yg tidak lain dan tidak bukan menyatakan perihal Haqiqat
Pencipta.

Bilamana menyebut ALLAH tidak ada maksud lain selain merujuk kepada Haqiqat
Pencipta dan Haqiqat yg di sembah.

Bilamana Allah itu tidak bernama bagaimanakah makluk boleh mengenalinya?

Bagaimana makhluk bisa menyembah, menyebut, menyatakan, fikirkan perihal Allah.

Jika tiada nama, bagaimana makluk bisa membicarakan perihal Allah. Tanpa nama,
Allah tidak dapat dikenali dan

hanya berada di alam AhadiahNya yg kosong sunyi sepi melainkn diriNya sendiri.

MANUSIA (Makluk)

Untuk apa makluk dijadikan, Apakah tugas makluk? Untuk menyatakan Allah, Untuk
beribadah kepada Allah?
Bagaimana untuk menyatakan dan ibadah kepada Allah?

Nyata dan ibadah itu membawa kepada berbagai maksud diantaranya.. Taat kepada
Allah, Mematuhi dan melaksanakan segala perintahNya..

Meninggalkan segala larangaNya.

Menundukkan, merendahkan, menghilangkan dan melenyapkan diri makhluk hingga tidak


lagi kelihatan segala sesuatu dari

segi Zahir mahupun Batin melainkan Allah semata.

Bagaimana caranya untuk melenyapkan diri makluk?

Dengan membuang segala sesuatu yang bersifat makluk. Matikan diri daripada segala
sesuatu bersifat makluk.

Buang segala NAMA yang bernama, buang segala sifat yang berSIFAT, buang sgala AF'AL
yang membuat, buang sgala zat yang berZAT.

Bila sgala sifat sifat makluk itu mati.. maka nyatalah sifat Allah.

Bilamana segalanya di pulangkan dan di kembalikan kepada pemilik asalnya Allah.


Maka..

Allah itulah Asma bagi segala NAMA, Allah itu lah Sifat bagi segala SIFAT. Allah
itu lah perbuatan segala AF'AL Allah itulah ZAT yang mempunyai ZAT.

Allah itu "mengingikan dirinya untuk di kenali. " kerana itu Allah memperkenalkan
diriNya melalui penzahiran ILMUNya..

Ilmu Allah lengkap dengan segala NAMA, SIFAT, AF'AL dan ZAT.

Bila telah Nyata Allah, maka rendah lah diri, tertunduk lah diri. Yang Maha Agung
hanya Allah, yg Maha Wujud hanya Allah.

Inilah tujuan menyatakan Allah dan beribadah. Inilah ibadah yang tidak pernah putus
(Solat Daim).

Sesuatu perhubungan yang sentiasa tidak putus sepanjang waktu.


PERHUBUNGAN

Perhubungan membawa maksud kepada sesuatu perhubungan antara Makluk dan Allah.
Menghubungkan antara hati dengan Allah.

Hati itu ROH. Maka yang hendak dihubungkan adalah Roh dengan Allah.

Bagaimana dan siapa yang menghubungkan?

Allah itu sendiri menghubungkan melalui perantara ROH.

ALLAH menyatakan diriNya melalui Roh. Roh menyatakan dirinya melalui makluk
(manusia) dan manusia menyatakan

dirinya melalui Jasad. Jasad menyatakan dirinya melalui sel@zarah, zarah menyatakan
dirinya melalui nur cahaya

(cahaya batin) batin itu kembali kepada Diri Allah.


Perhubungan itu juga boleh membawa maksud kepada menyaksikan, bertemu, berbicara.

Bertemu, berbicara, menyaksikan itu memerlukan antara dua hala. Berhubung dengan
satu hala tidak

di panggil perhubungan. Apa erti bertemu jika tidak ada pertemuan.. Apa makna Saksi
jika tidak kenal saksi dan tidak pernah menyaksikan.

Bilamana ada perhubungan antara dua hala.. bertemu berinteraksi antara Roh dengan
Allah maka Nyatalah Penyaksian.

Tiada segala sesusatu pun melainkan hanya Allah.. Maka ini lah perhubungan..
Nyatakan lah Allah.

Untuk sampai kepada perhubungan dua hala, perlu lah kepada mengenal. "MENGENAL
DIRI"

Ariffbillah menyebut "Awalludin Makrifattullah" Awal beragama itu Mengenal Allah.

Bagaimana untuk mengenal Allah.?

Mengenal Allah perlu lah "Mengenal Diri.." mengenal diri perlu lah mengenal "ROH"
mengenal roh perlulah mengenal "Jasad"

mengenal jasad perlu lah kepada mencari Ilmu. Untuk mencari ilmu perlulah kpd
pencarian dan belajar.

Kerana dengan Ilmu kita mampu, bisa mengenal Allah. Kerana ilmu itu adalah sifat
Allah.

PENZAHIRAN.

Segala sesuatu itu kenyataan Allah dari penzahiran Roh yang bersumberkan Allah.

Penzahiran Allah itu di nyatakan ke atas Roh.. dan penzahiran Roh itu di nyatakan
kepada makluk (manusia).

untuk pendengaran, manusia memerlukan tangan bagi kudratnya, manusia itu memerlukan
mata untk penglihatan dan sebagainya.

Jasad itu Roh. Tanpa Roh mati lah jasad.


Segala penzahiran Allah melalui Roh dan melal
ui jasad itu juga bagi menyatakan akan hebatnya Allah.. memberitahu bahawa Allah
itu Esa,

Allah itu Wujud, Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan itu adalah
kenyataan diriNya.

Rahman dan Rahimnya Allah itu telah menzahirkan diriNYA melalui perantara Roh bagi
membolehkan manusia dan

segala makluk ciptaanNya dapat merasakan, melihat akn kenyataanNya.

Walaupun Allah menzahirkan akan DiriNYA melalui roh dan manusia, namum haqiqat diri
manusia itu sendiri masih tetap tidak ada.

Diri yang bertubuh dan berjasad yang kelihatan melalui penglihatan mata itu
sebenarnya tidak ada dan tidak nyata.
Jasad yg bernama Ahv ini juga tdak ada.

Bila di tunjuk pada badan.. itu bukan bernama Ahv, itu merujuk kepada badan milik
Ahv.

Bilamana di pegang pd pipi.. itu juga bukan Ahv, itu adalah pipi milik Ahv.

Tunjuk kemana pun.. kepala, tangan, kaki, dada, tulang, daging tetap tidak
menunjukkan Ahv. Ia milik pada jasad yg bernama Ahv.

Ternyata diri yg bernama Ahv itu tidak ada. Yg ada hanyalah Nama. Nama sekadar
untuk menunjukkan jasad yg bernama Ahv

itu agar boleh mengenal akan jasad.

Bila di renung2 lagi.. badan, pipi, tangan, kaki, kepala dll Ahv juga tiada.
Prinsip yang sama bila di cari, ianya tidak ada.

Tunjuk tangan nampak Kulit.. tunjuk tangan nampak jari.. tunjuk tangan nampak bulu.
Dibelah tangan nampak daging.. dibelah

daging nampak tulang.. tp tangan tdk juga kelihatan. Yg ada hanya nama yg bernama
tangan. Sebegitulah Kiasannya terhadap Allah.

Umpama Cahaya dengan mentari, Api dengan panas, garam dengan masin. Allah cahaya
langit dan bumi.. Nampak ada tapi tiada. Allah

itu berbeza dari maklukNya sehingga ia tidak boleh dinampak walaupun kelihatan Ada.
Tidak dapat dirasa walaupun dapat merasakannya.

Allah itu beyond.. melangkaui segala sesuatu.

HAQIQAT MENGENAL.

Bilamana telah mengenal ilmu Mengenal Diri, maka mengenal la ia akan Haqiqat
Pencipta dan mengenal akan haqiqat kehidupan.

Oleh kerana Allah menginginkan dirinya dikenali, maka Allah memperkenalkan diriNya
melalui Nur @ Cahaya.

Nur ini juga dikenali dgn berbagai nama "Nur Muhammad" Ahmad, Roh Kudus, Haqiqat
Muhammad, Haqiqat Syahada dll.

Dengan Nur Muhammad ini lah yang menampakkan kepada makhluk akan penzahiran Allah.

Dengan Nur Muhammad lah seluruh seru sekalian Alam, makhluk dapat mengenali haqiqat
diriNya melalui penzahiran Nur Ilmunya.

Muhammad inilah yang pertama2 Nabi Adam melihatNya.

Muhammad ini lah yg sebenar2 diri yang mengenal.

Muhammad inilah Haqiqat "Amanah"(Dipercayai). Diri yang tidak pernah mengkhianati


DIRInya sendiri.

Dirinya sendiri yg tahu dan percaya terhadap segala sesuatu.


Muhammad inilah Haqiqat "Sidiq" (Benar). Yang tidak pernah mendustakan diriNya.
Hanya diriNya sendiri yg tahu akan kebenaran. Kebenaran segala sesuatu.

Muhammad inilah Haqiqat "Fatonah"(Bijaksana). Hanya diriNya sendiri yg tahu akan


kebijaksanana terhadap sesuatu. Yang diriNya tidak Bodoh.

Muhammad ini lah Haqiqat "Tabligh" (Menyampaikan). Yang tidak menyembunyikan segala
sesuatu dari diriNya. Hanya diriNya sendiri

ygvtahu akan haqiqat apa yg ingin disampaikan.

Muhammad inilah yg menzahirkan akan Haqiqat Pencipta yakni Allah yang Maha Esa/
Ahad.

Siapakah Muhammad, Roh Kudus, Makhluk, Jasad, Aku , Engkau, Kita, Kamu, Jin,
Syaitan, Alim, Jahil, Quran, dll.

ORANGG KATA MENGENAL ALLAH ITU HARUS LAH MENGENAL DIRI. MENGENAL DIRI ITU ADALAH
"MATI SEBELUM MATI.. " KLU TAK MATI.. ITU NAMANYA SYOK SENDIRI.

Mati Sebelum mati itu cuma istilah yg diguna pakai oleh org2 yg belajar ttg ilmu
Makrifat. (Tok Kenali)

Tetapi maksud Mati Sebelum Mati yg sebenar itu., bila mana Diri Jasad itu mampu di
Matikan/di Fanakan/di Leburkan.

Lebur juga bukan bermaksud di hancurkan Diri Jasad itu.. di Kubur atau di blend
Jasad itu Hidup2.. sampai lebur dan Mati.

Jasad itu tetap ada seperti asalnya.

Ia cuma kiasan yang bermaksud Mati kan Sikap ke "Akuan Diri " agar dapat bisa
Melihat Haqiqat siapa yg sebenar berkuasa

di dlm tubuh Jasad itu. Bahawasanya yg berkuasa di dalam Diri Jasad itu adalah Roh.

Bilamana Roh itu lah punca Jasad tubuh itu bisa Hidup dan melakukan hidup harian.

Terlihatlah akan Tubuh Jasad itu hanya bergantung pd Roh untk Hidup dan melakukan
kehidupan harian.

Ini menandakan bahawasanya Jasad itu hanya Patung/Mayat/Kaku tanpa adanya Roh.

(Ini lah yg di pangil Mati sebelum Mati) Kerena diri Jasad belum lagi dikebumikan..
blm jadi arwah.

Tetapi bilamana Manusia itu tidak mencari ilmu untk mngenal akan Tuhannya, di
situlah terbit "Keakuan Diri"

Merasa dirinya(jasad) yg Hidup.. dirinya yg Berkuasa.. tanpa dia sedar bahawa diri
itu lah yg Tidak Mengenal akan Roh lah yg

sebenar benar yg menghidupkan dia.. yg mengerakkan dia.. yg berkekendak dll.

Sebagai Contoh:

Bilamana merasa Diri Jasad itu Ada,


Aku yg berkuasa.. Aku yg Kuat, Aku yg melihat, Aku yg Mendengar, Aku yg Kaya,
Cantik, aku yg memilih..

segala2nya Aku. (Mengaku Memiliki Semuanya Miliknya)

Maka itulah yg dianggap Tidak Mati. (Diri yg tidak mengenal Haqiqat Diri yg Sebenar
Diri@ Roh)

Sedangkan.. Tubuh Jasad itu tdk mampu pun Berkuasa, Kuat, Mendengar, Melihat,
Berkehendak dll

andai tubuh jasad itu sendiri TIDAK disertai adanya ROH.

Jika tidak adanya Roh maka Ia sama lah seumpama jasad itu menjadi Mayat(mati) yg
lengkap anggota tetapi tidak punya gerak @Tidak Hidup..

ia ibarat Mati/Kaku/Keras.Jelas lah bahawa diri jasad itu Mati tanpa Roh. Roh lah
yang Sebenar Benar diri yg berkuasa.

Tubuh Jasad hanya makluk untk menzahirkan/ memperkenalkan akan adanya Roh.

Andai diri jasad itu TIDAK ADA/TIDAK WUJUD.. bagaimanakah ROH itu bisa dikenal..
bagaimanakah rupa paras Roh.. tubuh Roh.. bentuk roh..

Roh itu sesuatu perkara hal yg berkaitan ttg Batin (Ghaib) yg tidak nampak.

Bagai mana nak mengenal sesuatu yg tidak nampak? Sesuatu yg Batin?

Adakah bisa yg Zahir ini mengenal yg Batin.. Yg Batin hanya dpt di kenal dgn Batin.

Bagai mana Batin (Roh) nak di kenal.. maka tercipta Zahir untk mempekenalkan adanya
Batin.

Makanya wujud Diri Jasad /Makluk bagi menzahirkan adanya ROH.

Bilamana sudah memahami Haqiqat sebenar di dalam Tubuh Jasad itu ada suatu kuasa yg
menzahirkan segala2nya ttg Hidup Jasad iaitu KUASA ROH.

Maka faham lah bahawa jasad itu sbnrnya Kaku, Mati TANPA ada haqiqat Roh. (Mati
Sebelum Mati)

Jasad itu tetap ada tetapi barang Mati.. Tanpa Roh.

Maka Roh lah yg harus di pandang/di lihat akan kenyataanNya yg sebenar.

Tubuh hanya mengikut apa yg Roh itu berkehendak.

Ini lah Mati Sebelum Mati yg menjadi ISTILAH bagi mempelajari ilmu Makrifat (Tok
Kenali).

Setelah sedar, memgetauhi bahawa yang sebenar jasad itu mati, dan yg hendak di
kenal itu adalah Roh..

Maka belajar lah akan Hal Roh yg cuma sedikit..

Yang ada jua segelintir memanggil ianya sebagai ZAT. ZAT atau ROH hanya berlainan
NAMA tetapi pada maksud yg Sama.
Bila mana org yg suda mengenal Roh ia secara tdk langsung telah mengenal Allah..

Kenal Garam.. Masin dtg sendiri.

Kenal Gula.. Manis dtg sendiri

Bila mana jasadnya telah mati. Jasad hanya menyerahkan sgalanya kepada kerja Roh@
Allah.

Bila mengenal Allah..

"Rahmat Mendahului Kemungkaran.. "

Jelas terzahir akan kelakuan Jasad itu.. kerana Allah itu Rahmatan Alamin.. Allah
itu Rahman & Rahim..

Amiin2, semoga Allah memberi faham kpf sesiapa yg di kehendakiNya

Anda mungkin juga menyukai