Anda di halaman 1dari 1

Kata Ganti Nama Tempat

1. Kata ganti nama tempat ialah perkara yang digunakan untuk menggantikan
nama tempat atau menunjukkan sesuatu tempat.

2. Terdapat tiga kata ganti nama tempat, iaitu sini, sana, dan situ.

3. Sini digunakan untuk merujuk tempat yang dekat dengan penutur, situ merujuk
tempat yang agak jauh tetapi mungkin dapat dilihat oleh penutur, dan sana
merujuk tempat yang lebih jauh dan mungkin tidak dapat dilihat oleh penutur.

Kata Ganti
Penggunaanya Contoh Ayat
Nama Tempat
1. Letakkan buku-buku itu di sini.

2. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di


sini.
sini dekat
3. Dari sini kita akan berjalan ke tempat
perkhemahan.

4. Di sinilah kami makan setiap hari.


1. Letakkan buku-buku itu di situ.

2. Semua pelajar dikehendaki pergi ke situ


dengan segera.
situ agak jauh
3. Dari situ kita akan berjalan ke tempat
perkhemahan.

4. Di situlah kami makan setiap hari.


1. Letakkan buku-buku itu di sana.

2. Semua pelajar dikehendaki pergi ke


sana.
sana jauh
3. Dari sana kita akan berjalan ke
pangkalan perahu.

4. Di sanalah kami makan setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai