Anda di halaman 1dari 6

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1

1. Manusia saling berinteraksi dan membentuk hubungan sosial untuk


meneruskan kelangsungan hidup serta dapat memenuhi keperluan dan
matlamat yang ingin dikecapai. Selain daripada memerlukan organisasi,
manusia sememangnya mempunyai ciri-ciri seperti menjalani kehidupan
secara berkelompok atau di dalam sebuah kumpulan, kerana sebagai
individu adalah tidak mampu untuk menjalani kehidupan sendirian tanpa
berkomunikasi dengan individu lain. Sehubungan dengan itu, manusia
juga mempunyai budaya yang berbeza di antara satu sama lain
berdasarkan kepada latar belakang, status pendidikan serta bahasa yang
dipertuturkan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, manusia mengalami
perubahan, dan perkara ini boleh lihat dengan jelas terhadap
ketamadunan manusia yang berubah daripada hanya bertani kepada
melakukan kerja-kerja perindustrian. Agar masyarakat yang ada
mempunyai struktur, manusia memerlukan khidmat kepimpinan, iaitu
orang yang layak dan mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin. Ciri-ciri lain pula ialah, masyarakat tersebut
mempunyai berbagai lapisan sosial atau status yang berbeza dari segi
pendapatan, pekerjaan, bangsa dan juga kelas-kelas dalam masyarakat.

2. Kajian terhadap organisasi merupakan sebuah kajian yang penting


dengan persekitaran masyarakat moden pada hari ini. Umumya,
organisasi membantu manusia agar dapat mencapat matlamat yang
dikehendaki. Perkembangan organisasi semakin hari semakin pesat dan
kompleks ditambah dengan kewujudan lebih banyak organisasi swasta
serta agensi-agensi kerajaan yang turut menawarkan pelbagai fungsi
perkhidmatan dan peranan organisasi kepada orang ramai. Pada masa
kini, boleh dikatakan hampir keseluruhan tindakan yang dilakukan oleh
manusia adalah untuk memenuhi kehendak dan keperluan organisasi.
Disamping itu, sesebuah Negara juga bergantung kepada keberkesanan
peranan sesebuah organisasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi
serta politik. Secara tidak langsung turut membantu untuk kestabilan
pentadbiran Negara.

BAB DUA

1. Evolusi dianggap sebagai penggantian peringkat-peringkat budaya. Ia


adalah pergerakan yang besar dengan arah tertentu dan apabila berlaku
perubahan ke dalam bentuk yang baru maka ia dikatakan mengalami
proses evolusi. Pergerakan ini merangkumi pembentukan keseluruhan
hidup atau budaya atau mungkin kedua-duanya. Berkaitan dengan
perubahan organisasi, manusia sememangnya memerlukan organisasi
untuk membantu memudahkan pencapaian tujuan-tujuan tertentu dan
manusia memerlukan kumpulan untuk saling bantu membantu-bantu.

127
Oleh yang demikian Teori Evolusi menyatakan manusia berubah
berdasarkan keadaan persekitaran dan ini dapat digambarkan dengan
organisasi tradisional yang bersikap lebih tetap dan tidak dinamik, yang
mana pada suatu masa dahulu kehidupan manusia lebih ringkas dan tidak
terdapat berbagai pilihan serta tiada komunikasi yang lebih meluas
berbanding dengan manusia moden yang mempunyai berbagai latar
belakang pengetahuan serta organisasi moden yang juga lebih
mengutamakan pandangan pekerja di dalam membuat sesuatu keputusan
jika disbanding dengan organisasi tradisional yang mana keputusan hanya
dibuat oleh pihak majikan sahaja. Oleh kerana itu, manusia membentuk
variasi melalui penyesuaian bentuk-bentuk yang ada di persekitarannya
yang seterusnya membawa kepada suatu pembaharuan.

BAB TIGA

1. Jenis-Jenis Konflik
(i) Konflik Interpersonal
(ii) Konflik Intrakumpulan
(iii) Konflik Intrakumpulan
(iv) Konflik Interorganisasi

Sebab Konflik
(i) Tidak Dapat Mencapai Matlamat Organisasi - Kebiasaanya
organisasi mengalami masalah untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan disebabkan oleh halangan masa dan ini menyebabkan
konflik berlaku. Contohnya seperti pekerja pengeluaran dan
pengurus pengeluaran selalunya akan menumpukan kepada
kecekapan dan penjimatan kos. Jabatan pengeluaran juga
mengalami kesempitan masa dalam usaha untuk mengeluarkan
produk dengan berkesan dan cekap. Sebaliknya, pemasaran pula
menumpukan kepada jualan dan tanggungjawab kepada pelanggan
yang mana mereka mempunyai lebih banyak masa kerana perlu
memahami kehendak pelanggan pada masa hadapan. Seharusnya,
pihak pengeluaran hendaklah bergerak seiringan untuk
mengeluarkan produk yang hanya dikehendaki oleh pelanggan
sahaja. Keadaan juga bertambah buruk apabila pengurus
pemasaran mempercayai bahawa kelewatan pengeluaran akan
mengurangkan jualan produk. Sebaliknya bagi memenuhi tuntutan
tersebut pengurus pengeluaran menyatakan bahawa mereka akan
bekerja lebih masa jika dibayar lebih oleh pihak pengurus
pemasaran.
(ii) Overlapping Authority - Situasi ini berlaku apabila dua atau lebih
pengurus yang menyatakan bahawa mereka mempunyai kuasa ke
atas aktiviti atau kerja yang sama di dalam sebuah organisasi.
Perkara seperti ini adalah disebabkan oleh kekaburan di dalam
tanggungjawab kerja yang ditetapkan oleh pemimpin organisasi.
Apabila ini berlaku, pekerja bawahan akan merasa terganggu

128
kerana terdapat begitu banyak arahan yang bertentangan dan tidak
tentu arah. Situasi ini menyumbang kepada konflik.
(iii) Task Interdependencies - Kebergantungan tugas juga penyebab
kepada berlakunya konflik. Ini boleh berlaku jika salah seorang
daripada ahli tidak dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Konflik berlaku kerana ahli lain terpaksa
menangung akibat yang sama disebabkan oleh kesalahan
seseorang ahli. Contohnya kebergantungan di antara jabatan
pemasaran yang menunggu produk daripada jabatan pengeluaran
manakala jabatan pengeluaran pula menunggu permintaan
daripada jabatan permasaran mengenai produk yang mereka
keluarkan.
(iv) Incompetible Evaluation or Reward System - Sistem penilaian dan
ganjaran sering mewujudkan konflik. Contohnya seperti pengurus
pengeluaran akan sentiasa menerima ganjaran sekiranya
mengeluarkan produk pada kos yang minimum atau mengekalkan
pengeluaran produk pada tahap baject yang dibenarkan dan
mengekalkan kualiti produk. Oleh yang demikian mereka enggan
mengambil sebarang langkah yang akan meningkatkan kos, seperti
membayar gaji lebih kepada pekerja yang bekerja lebih masa untuk
menyiapkan permintaan pengguna yang tertangguh. Sementara itu,
pengurus pemasaran pula akan dinilai melalui peningkatan kuantiti
jualan produk serta peningkatan kepuasan pelanggan. Oleh itu,
mereka sering mengalami konflik di antara kepuasan pelanggan
dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk diberi kepada
pekerja yang bekerja lebih masa.
(v) Kekurangan Sumber - Pengurusan adalah sebuah proses untuk
mendapatkan, membangunkan, melindungi serta menggunakan
sumber tersebut dengan cekap dan berkesan untuk pertumbuhan
organisasi. Apabila sumber berkurangan, konflik akan berlaku.
Seperti ketua jabatan yang mengalami konflik untuk menggunakan
modal berbentuk kewangan dan ahli organisasi yang lain mungkin
mengalami konflik siapa yang mendapat kenaikan pangkat atau
bonus.

BAB EMPAT

1. Menurut Robbin (2001), tiga reka bentuk organisasi yang biasa digunakan
secara formal adalah struktur mudah, birokrasi dan struktur matrik
seperti berikut:
(i) Struktur Mudah - Struktur ini terbentuk kesan daripada tahap
penjabatan yang rendah, kawalan yang luas, pemusatan autoriti
oleh seorang pengurus dan formalisasi yang rendah. Kebaikan rela
bentuk ini membolehkan pengurus membuat keputusan dengan
cepat dan flexible dengan kos yang rendah dan tanggungjawab yang
jelas, kelemahanya pula ialah ia susah dikekalkan serta tidak sesuai
diamalkan oleh organisasi besar disebabkan proses pembuatan

129
keputusan sangat lembab kerana tahap formalisasi yang rendah
serta pemusatan yang tinggi.
(ii) Birokrasi - Struktur ini merujuk kepada pelaksanaan kerja yang
berulang melalui bidang pengkhususan, pematuhan undang-
undang dan peraturan formal yang ditetapkan, penggabungan
tugasan dalam penjabatan, pemusatan kuasa yang tinggi bidang
kawalan yang kecil serta pembuatan keputusan melalui rangkaian
arahan. Kebaikan birokrasi ialah melalui kemampuannya untuk
melaksanakan aktiviti yang telah diseragamkan dengan
meminimumkan kos pekerjaan dan peralatan, mendapat faedah
daripada ekonomi skala dan keselesaan pekerja. Kelemahan utama
birokrasi ialah kelambatan membuat keputusan disebabkan oleh
pemusatan kuasa yang tinggi serta kawalan pembuatan keputusan
melalui rangkaian arahan. Potensi serta kretiviti yang ada pada
pekerja tidak dapat digunakan sepenuhnya.
(iii) Struktur Matrik - Struktur matrik adalah penggabungan dua garis
kuasa iaitu jabatan dan produk. struktur jenis ini menyebabkan
seorang pekerja bertanggungjawab untuk melapor kepada dua
orang pengurus. Kebaikan menggunakan srtuktur ini ialah ia
mampu untuk mengkoordinasikan sebuah organisasi yang
kompleks serta aktiviti-aktiviti yang saling bergantungan. Ia
manggabungkan pakar-pakar pada tempat yang sesuai serta
penggunaan sumber organisasi yang optimum. Manakala
kelemahan matrik ialah kepayahan untuk mengkoordinasikan
tugas yang pelbagai fungsi pengkhususan. Selain itu matrik juga
mengakibatkan satu pihak akan menyalahi pihak lain sekiranya
berlaku kelemahan. Kesan kepada pekerja pula, mereka akan
tertekan akibat daripada berlakunya dua arahan yang berbeza serta
berpotensi untuk berlaku perebutan kuasa dalam organisasi.

BAB LIMA

1. Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja masa kini dalam


mengharungi era globalisasi adalah seperti persaingan serta kuasa, pekerja
masa kini harus lebih berdaya saing dalam menghadari arus globalisasi.
Persiapan diri sendiri seperti pendidikan dan pengetahuan amat penting
sebagai perisai untuk menangkis persaingan serta kuasa yang menjadi
fenomena biasa di era ini.

BAB ENAM

1. Lima elemen dimensi budaya yang dapat membezakan sesebuah


masyarakat ialah:
(i) Power Distance - Merujuk kepada perbezaan budaya yang
mengambarkan ketidaksamaan yang wujud dalam kehidupan
bermasyarakat. Dimensi ini berlaku terutamanya di kalangan ahli
kumpulan yang kurang berkuasa, ataupun di dalam organisasi dan

130
institusi. Situasi ini menunjukkan sekiranya jarak kuasa yang tinggi
adalah masyarakat menerima ketidaksamaan pengagihan kuasa dan
masyarakat memahami situasi tersebut, di mana masyarakat lebih
menitikberatkan struktur hierarki dan enggan atau takut untuk
bersuara bagi menyampaikan pendapat. Contohnya di dalam
persekitaran kerja, pekerja melihat kepada pengurus sebagai sukar
untuk didekati dan berbincang. Sebaliknya, jika rendah jarak kuasa
adalah situasi masyarakat berkongsi kuasa dan pengagihan kuasa
yang sama dan menyebabkan masyarakat memandang diri mereka
adalah sama dengan individu lain dalam masyarakat. Contohnya,
di dalam persekitaran kerja, pekerja lebih melihat pengurus sebagai
rakan yang boleh membantu berkongsi idea untuk pembanggunan
organisasi.
(ii) Individualism - Merujuk kepada dimensi kekuatan hubungan yang
terjalin sesama masyarakat. Dimana jika berlaku ketinggian nilai
individualism dalam sesebuah masyarakat menyebabkan masyarakat
kurang berhubung antara satu sama lain dan kurang berkongsi
serta mementingkan diri sendiri dan kurang bertanggungjawab.
Individu lebih cenderung mengunakan perkataan “AKU” daripada
“KAMI” dan lebih berkelakuan sombong dan di dalam
persekitaran kerja individu merasa berkuasa jika mampu bertindak
mengikut keputusan yang dibuat sendiri. Tetapi keadaan juga
sebaliknya sekirannya kurang dimensi individualism dalam
kumpulan masyarakat, menyebabkan mereka mempunyai sebuah
kumpulan masyarakat yang kuat dan bekerjasama serta harmoni,
malah pekerja mahupun pengurus lebih selesa untuk mengadakan
perbincangan dengan pekerja sebelum membuat sesuatu
keputusan.
(iii) Masculitiniy - Dimensi budaya yang ketiga ini merujuk kepada
secara tradisionalnya golongan lelaki peranan utama sebagai model
untuk peningkatan organisasi, golongan yang mengawal dan
mempunyai kuasa yang meluas. Sebagai contoh jika tinggi dimensi
masculinity di persekitaran masyarakat mahupun persekitaran kerja
golongan lelaki akan memdominasi dan berlaku ketidaksamaan
gender. Jika sebaliknya, persekitaran kerja dan masyarakat tidak
akan berlaku dominasi gender tetapi gologan wanita diiktiraf dan
saling bekerjasama dengan golongan lelaki.
(iv) ncertainty Avoidance Index - Merupakan dimensi budaya yang
keempat merujuk kepada tolerenasi budaya terhadap kekaburan
seperti situasi yang tidak berstruktur dan acara yang tidak
dirancang. Contohnya masyarakat yang tinggi dimensi uncertainty
avaoidance akan bekerja dalam persekitaran yang berstruktur,
mempunyai undang-undang dan peraturan sebagai garis panduan
dan masyarakat bekerja dengan bersungguh dengan arahan yang
jelas dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Tetapi
masyarakat yang rendah uncertainty akan menggalakan toleransi dan
kebebasan pendapat dan cuba untuk mendapatkan beberapa
peraturan dan prosedur namun mereka lebih cenderung kepada
mengikut arus dan lebih flexible dan tidak memerlukan undang-

131
undang dan peraturan yang rigid untuk berusaha dengan
bersungguh-sungguh.
(v) Long Term Orientation - Mengambarkan sejauh manakah
masyarakat memegang nilai-nilai tradiosional dan tinggi atau
rendah dimensi ini merujuk kepada bagaimana sesebuah Negara
itu menerima nilai tradisional. Jika sesebuah masyarakat itu
mengamalkan long term orientation dan bekerja keras sebagai
rancangan untuk mendapatkan ganjaran pada masa hadapan dan
memerlukan perubahan yang besar. Sebaliknya jika masyarakat
mengamalkan long term orientation dimensi budaya yang rendah,
masyarakat boleh berubah dengan cepat kerana tradisional
dimensi tidak menghalang mereka.

BAB TUJUH

1. Tiga langkah dalam Model Perubahan Lewin ialah seperti berikut:


(i) Unfreezing - merupakan proses membuat perubahan dalam
organisasi. Untuk membuat perubahan dalam organisasi,
organisasi hendaklah bersedia melepaskan amalan yang biasa
dilakukan dalam organisasi serta mula memikirkan apa yang perlu
dilakukan untuk membuat perubahan dalam organisasi. Setelah
keputusan untuk membuat perubahan diambil oleh organisasi,
mereka perlu mengenal pasti dan membuat perubahan yang
khusus bagi menggantikan amalan yang sedia ada. Untuk tujuan
ini, ahli dalam organisasi akan diberikan motivasi supaya boleh
terus menerima pembaharuan yang ingin dilakukan.
(ii) Moving - organisasi perlu mengubah tingkahlaku sesebuah
organisasi, jabatan mahupun individu dalam organisasi itu ke satu
tahap perubahan yang baru. Peringkat ini merupakan peringkat
perubahan idea dan proses bersatu untuk merialisasikan
perubahan dalam organisasi.
(iii) Refreezing - langkah terakhir dalam model ini, pada tahap ini
perubahan yang dilakukan pada tahap moving dikekalkan serta
dimantapkan. Refreezing merupakan tahap pemantapan perubahan
yang dilakukan dalam organisasi. Pencapaian pembaharuan ini
disokong dengan pendekatan-pendekatan baru yang disyorkan
oleh organisasi. Pada tahap ini kewujudan budaya baru dalam
organisasi akan dapat dilihat selain daripada pambaharuan struktur
serta dasar-dasar baru organisasi. Momentum perubahan ini perlu
dikekalkan bagi memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

132

Anda mungkin juga menyukai