Anda di halaman 1dari 17

BAB 7

ISU SOSIAL DAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Medefinisi pengurusan perubahan organisasi.
2. Menjelaskan isu-isu perubahan dan pembangunan organisasi
3. Mengenal pasti kepentingan kepelbagaian budaya (cultural diversity)
dalam organisasi.
4. Memahami gelagat organisasi antarabangsa.

7.1 PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM ORGANISASI

Perubahan dalam organisasi merupakan suatu perkara yang sering berlaku


dalam organisasi bagi memastikan organisasi sentiasa releven serta dapat
meningkatkan prestasi organisasi. Perubahan perlu dilakukan supaya organisasi
dapat menghadapi perubahan persekitaran yang dinamik dari segi politik,
ekonomi, teknologi dan sosial. Menguruskan sesuatu perubahan dalam
organisasi memerlukan pengetahuan serta kemahiran yang tertentu bagi
memastikan perubahan yang dibuat adalah bertepatan dengan keperluan
organisasi. Perubahan hendaklah dibuat dengan bersistematik dan teliti oleh
pakar-pakar pembangunan organisasi. Perbincangan lanjut berkaitan dengan
pembangunan organisasi akan dibincangkan dalam kursus Pembangunan
Organisasi (Organization Development).

7.1.1 Definisi Pengurusan Perubahan Organisasi

Pengurusan perubahan merupakan suatu porses mengkoordinasikan aktiviti


kerja agar pekerja dapat menghasilkan kerja yang efisien. Menurut Hodgetts
(2002), perubahan adalah perkara yang berlaku secara tiba-tiba, tidak linear dan
berterusan. Manakala Felkins dan Chakiris (1997) menyatakan pengurusan
prubahan merupakan proses interaksi yang mempunyai hubungan harian

107
dengan perancangan strategi, program perubahan yang dikehendaki dan
mencapai matlamat.

Manakala Stoner (1989) mengatakan dalam konteks organisasi perubahan ialah


proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang atau
tidak terhadap struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan
manusia. Keadaan yang sedia ada dalam organisasi disebut sebagai status quo.
Organisasi yang ingin berubah biasanya telah bersedia untuk menerima
sebarang perubahan yang akan berlaku. Ini adalah kerana perubahan yang akan
dilaksanakan itu bakal mengubah struktur organisasi.

7.1.2 Memahami Perubahan dalam Organisasi

Perubahan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi memerlukan proses serta


perancangan yang teliti. Bagi memahami proses perubahan yang akan
dilaksanakan dalam organisasi, pekerja dalam organisasi hendaklah terlebih
dahulu didedahkan dengan keadaan yang bakal dilaksanakan. Ini adalah kerana,
para pekerja akan menerima kesan secara langsung perubahan yang akan
dilaksanakan dalam organisasi tersebut. Perubahan dalam organisasi juga turut
akan memberi kesan terhadap manusia (pekerja atau pelanggan) dalam
organisai, proses kerja dalam organisasi mahupun tempat kerja tersebut.

Jones (2007) menyatakan perubahan organisasi boleh didefinisikan sebagai


suatu proses di mana organisasi akan bergerak dari keadaan semasa (status quo)
kepada suatu keadaan lain yang bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanannya. Untuk membuat perubahan dalam organisasi, objektif
perubahan perlu ditetapkan supaya organisasi mempunyai asas yang jelas
melaksanakan perubahan itu. Pada kebiasaannya, perubahan yang dilakukan
adalah untuk mencari dan meningkatkan sumber yang sedia ada dalam
organisasi untuk meningkatkan keupayaan serta memperbaiki nilai sesebuah
organisasi.

108
Menurut Immordino (2010) perubahan dalam organisasi boleh dibahagikan
kepada dua keadaan iaitu perubahan penambahbaikan dan perubahan
tranformasional. Perubahan pemanbahbaikan adalah perubahan yang dilakukan
ke atas sesuatu yang sedia ada dalam organisasi. perubahan yang dilakukan
bertujuan untuk peningkatkan proses yang sedia ada, organisasi tetap dengan
dasar yang telah sedia ada serta tetap dengan arahan yang sediakala. Manakala
perubahan transformasional pula adalah perubahan yang menukar sesuatu
sistem atau struktur dalam organisasi. Perubahan ini dilakukan atas dasar
keperluanyang disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan. Contohnya di
dalam organisasi berlaku pengorganisasian semula sesebuah unit atau
pembubaran sesuatu program dalam organisasi.

Rajah 7.1: Perbezaan di antara Perubahan Penambahbaikan dengan


Perubahan Transformational
Perubahan Pemanbahbaikan Perubahan Transformational
 Peningkatan kepada proses yang  Asas perubahan kepada situasi
sedia ada semasa
 Organisasi tetap dengan dasar  Ahli-ahli dalam organisasi sukar
sedia ada untuk meramal perubahan
 Kekal dengan arahan terdahulu  Perubahan akan memberi kesan
 Boleh dilakukan di mana-mana terhadap struktur, misi atau nilai
peringakat, biasanya berlaku d utama organisasi
peringkat paling bawah  Boleh membawa perubahan yang
 Perubahan pada tahap yang ketara kepada keupayaan
minimum organisasi
Sumber: Immordino (2010)

SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan definisi pengurusan perubahan organisasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

109
7.1.3 Proses Perubahan dalam Organisasi

Proses perubahan dalam organisasi akan menjadi lebih mudah difahami


sekiranya model-model perubahan dapat diaplikasikan serta difahami oleh
pelajar. Dalam proses ini terdapat beberapa model perubahan organisasi telah
dibangunkan oleh sarjana terdahulu yang bertujuan untuk menerangkan proses
perubahan yang berlaku dalam organisasi.

Rajah 7.2: Model Perubahan Lewin (Lewin Change Model)

Unfreezing

Refreezing Moving

Model perubahan Lewin (Lewin Change Model) seperti Rajah 7.2 merupakan
suatu model yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1951, model ini
telah menjadi asas kepada pengurusan perubahan dalam organisasi. Menurut
Immordino (2010), model perubahan Lewin ini menerangkan tiga langkah yang
hendaklah dibuat secara berturutan. Langkah pertama yang dinyatakan dalam
Model Perubahan Lewin adalah Unfreezing merupakan proses membuat
perubahan dalam organisasi. Untuk membuat perubahan dalam organisasi,
organisasi hendaklah bersedia melepaskan amalan yang biasa dilakukan dalam
organisasi serta mula memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk membuat
perubahan dalam organisasi. Setelah keputusan untuk membuat perubahan
diambil oleh organisasi, mereka perlu mengenal pasti dan membuat perubahan
yang khusus bagi menggantikan amalan yang sedia ada. Untuk tujuan ini, ahli

110
dalam organisasi akan diberikan motivasi supaya boleh terus menerima
pembaharuan yang ingin dilakukan.

Langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah Moving iaitu organisasi perlu
mengubah tingkahlaku sesebuah organisasi, jabatan mahupun individu dalam
organisasi itu ke satu tahap perubahan yang baru. Peringkat ini merupakan
peringkat perubahan idea dan proses bersatu untuk merialisasikan perubahan
dalam organisasi.

Langkah ketiga iaitu Refreezing merupakan langkah terakhir dalam model ini,
pada tahap ini perubahan yang dilakukan pada tahap moving dikekalkan serta
dimantapkan. Refreezing merupakan tahap pemantapan perubahan yang
dilakukan dalam organisasi. Pencapaian pembaharuan ini disokong dengan
pendekatan-pendekatan baru yang disyorkan oleh organisasi. Pada tahap ini
kewujudan budaya baru dalam organisasi akan dapat dilihat selain daripada
pambaharuan struktur serta dasar-dasar baru organisasi. Momentum perubahan
ini perlu dikekalkan bagi memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Model perubahan oleh Lewin dilihat sebagai suatu model yang
ringkas. Selain daripada model ini, terdapat banyak model-model perubahan
yang lain. Cumming dan Worley (2009) telah memperkenalkan Model Kajian
Bertindak (Action Research Model) sebagi model asas membuat perubahan dalam
organisasi.

Model Kajian Bertindak merupakan suatu kajian tindakan yang klasik dan
memfokuskan kepada perubahan yang dirancang dalam bentuk pusingan yang
teratur yang mana peringkat yang paling penting dalam model ini adalah
berkaitan dengan maklumat yang perlu diberikan oleh organisasi sebagai asas
tindakan ini. Pada kebiasaannya kajian tindakan akan menjurus kepada
menolong organisasi tertentu untuk melaksanakan rancangan perubahan serta
membangunkan pengetahuan umum yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai
situasi. Dua tujuan utama dalm kajian ini adalah untuk perubahan serta untuk
pengetahuan. Rajah 7.3 menunjukkan fasa pusingan perubahan dalam model
ini.

111
Rajah 7.3: Model Kajian Bertindakan (Action Research Model)

Mengenal pasti masalah

Berunding dengan pakar sains tingkah


laku

Pengumpulan data dan diagnosis awal

Maklum balas kepada pelanggan

Mendiagnosis masalah bersama

Merancang bersama pelan tindakan

Melaksanakan tindakan

Mengumpul data selepas tindakan

Sumber: Commings dan Worley (2009)

7.1.4 Isu-Isu Perubahan dan Pembangunan Organisasi

Organisasi hidup dan berkembang dalam persekitaran yang dinamik. Dalam


persekitaran yang dinamik terdapat hubungan di antara organisasi dan
persekitaran. Bagi meneruskan kelestarian hidup sesebuah organisasi, organisasi
perlu mempunyai maklumat yang tepat untuk melaksanakan fungsinya.
Organisasi perlu mempunyai strategi yang berkesan untuk memberikan
perkhidmatannya kepada pelanggan.

Perubahan persekitaran yang berlaku tidak boleh dipandang mudah oleh


sesebuah organisasi. Organisasi perlu peka dengan perubahan persekitaran
organisasi supaya perubahan dalam strategi organisasi dapat dilaksanakan.

112
Menurut Senior (1997) seperti di dalam Sabarani (2007) persekitaran organisasi
boleh dipengaruhi oleh empat faktor utama iaitu; politik, ekonomi, teknologi
dan sosial. Empat faktor yang terdapat dalam persekitaran organisasi ini akan
berubah-ubah mengikut keadaan. Perubahan-perubahan ini boleh memberi
impak yang besar terhadap organisasi.

Setiap organisasi yang wujud tidak akan terlepas daripada dikelilingi oleh faktor-
faktor politik, ekonomi, teknologi dan sosial. Input daripada persekitaran
organisasi akan menyebabkan organisasi bertindak balas iaitu dengan hasil
pengeluaranya. Setiap perubahan yang berlaku akan memberikan kesan kepada
organisasi. Contohnya perubahan teknologi akan mempengaruhi pengeluaran
sesuatu produk oleh organisasi. Selain dari itu, perubahan politik boleh
mempengaruhi dari segi struktur dan strategi organisasi.

Globalisasi juga boleh dikatakan di antara faktor yang boleh mengubah


persekitaran organisasi. Dengan melihat kemunculan kerajaan baru,
kepimpinan, pasaran baru dan Negara baru telah mewujudkan suatu ekonomi
global yang baru. Contohnya Negara China yang pada suatu ketika dahulu
bersandarkan falsafah ekonomi komunis telah mulai berjinak dengan pasaran
bebas menerusi makanisme pentadbiran di Hong Kong.

7.1.5 Hala Tuju Organisasi Pada Masa Depan

Dari hari ke hari, organisasi semakin berhadapan dengan cabaran untuk


membangun. Dengan ledakan teknologi serta dunia yang semakin mencabar
pada abad ke-21 ini. Perubahan organisasi perlu mengikut tren yang tertentu
bagi memastikan organisasi sentiasa berada pada landasan yang betul untuk
terus bertahan. Cabaran abad ke-21 dilihat sebagai suatu cabaran yang
kompleks. Tren perubahan tersebut dapat dilihat dalam pelbagai aspek yang
menyentuh berkaitan ekonomi, tenaga kerja, teknologi dan organisasi.

113
a. Ekonomi

Keadaan ekonomi pada abad ke-21 boleh dikatakan mencabar. Kejatuhan nilai
ekonomi Amerika telah memberikan kesan yang ketara terhadap ekonomi dunia
kini. Ini menunjukkan bahawa perubahan ekonomi dunia ini menjadi luas
ekoran daripada pengaruh globalisasi. Glabalisasi bukan sahaja memberikan
kesan yang positif terhadap organisasi malah turut menberikan implikasi yang
negatif, malah menguruskan globalisasi merupakan suatu tugas yang
menyulitkan.

Selain daripada itu terdapat trend yang sedang meningkat iaitu penumpuan
kekayaan di kalangan beberapa individu, korporasi dan negara. Tumpuan
kekayaan secara naturalnya adalah hasil kapitalism tetapi ia boleh menyumbang
kepada pengagihan sumber-sumber secara tidak betul. Kekayaan ini boleh
menyumbang kepada konflik sosial yang disebabkan oleh kebimbangan bahawa
golongan mewah akan bertindak untuk kepentingan sendiri disebalik meraka
yang kurang bernasib baik dari segi kewangan.

b. Tenaga Kerja

Organisasi pada hari ini amat menitikberatkan soal pendidikan dalam


pengambilan tenaga kerja. Selain daripada pendidikan, organisasi tempatan
mahupun antarabangsa turut mengambil kira kepelbagaian dalam organisasi.
Bagi tujuan pengambilan pekerja kepelbagaian budaya, etnik, jantina serta
pelbagai lapisan umur turut diambil kira. Kepelbagaian yang wujud dalam
organisasi ini akan menyebabkan organisasi lebih berdaya saing.

Tenaga kerja mahir diperlukan dalam menghadapi cabaran prospek perkerjaan


pada dewasa ini. Tenaga kerja yang berpendidikan tinggi pastinya akan
menuntuk bayaran atau gaji yang setimpal dengankelulusan yang merekan
perolehi, oleh yang demikian organisasi terpaksa meningkatkan program latihan
yang khusus kepada tenaga kerja ini, organisasi telah membelanjakan modal
untuk tujuan perbelanjaan pembangunan dan program latihan secara serentak.

114
Walau bagaimanapun, dengan keadaan ekonomi yang kurang
memberangsangkan masa kini, terdapat organisasi melaksanakan program
pengurangan tenaga kerja. Antara usaha yang dilaksanakan oleh organisasi
adalah reengineering serta penggabungan dengan organisasi lain yang mampunyai
kemampuan untuk meneruskan usaha organisasi selian daripada itu terdapat
juga organisasi mengambil alih organisasi yang tidak lagi berupaya untuk
bersaing di dalam keadaan yang mencabar situasi ini memaksa tenaga kerja
untuk lebih memberikan komitmen terhadap pekerjaan mereka. Bagi
mendapatkan komitmen dan kesetiaan di antara pekerja dengan organisasi,
kontrak psikologi akan dibuat semula untuk memperbaharui perjanjian-
perjanjian yang sedia ada sebagai persediaan menghadapi sebarang
kemungkinan.

c. Teknologi

Organisasi dan masyarakat kini tidak boleh dipisahkan dengan teknologi.


Kehidupan harian akan menjadi tidak lengkap tanpa kehadiran teknologi. Tidak
dapat disangkal lagi bahawa teknologi maklumat semakin penting dalam
kehidupan harian manusia. Dari masa ke semasa penggunaan teknologi menjadi
semakin penting dalam menyempurnakan aktiviti harian manusia. Perkara ini
juga berlaku dalam organisasi.

Melalui penggunaan teknologi maklumat ia dapat mengubah operasi serta


meningkat pengeluaran organisasi. Operasi organisasi juga menjadi lebih cekap
serta peningkatan produktiviti organisasi. Dalam Pekeliling Pentadbiran Awam
Bilangan 6 Tahun 1991, Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam
Perkhidmatan Awam, teknologi merupakan salah satu daripada lapan faktor
peningkatan produktiviti organisasi. Dalam pekeliling ini, aspek teknologi
merupakan alat yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan bagi mengkaji
proses-proses kerja yang dijalankan sekarang serta mengenalpasti aspek-aspek
yang sesuai untuk diautomasikan.

115
Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan pertumbuhan dalam e-
perdagangan iaitu ekonomi yang tidak mengenal sempadan. Teknologi ini
digunakan untuk tujuan menjalankan perniagaan secara atas talian (on-line).
Perniagaan jenis ini akan melibatkan teknologi disetiap peringkat bermula
daripada perkhidmatan pengeluaran daripada mesin teller sehinggalah kepada
interaksi yang lebih kompleks seperti membeli produk dalam talian. Pada masa
kini, perkhidmatan perniagaan atas talian menjadi semakin popular dan telah
mendapat kedudukan yang tersendiri daripada penggemarnya. Contohnya
kewujudan Amazon.com, Mudah.com, E-bay dan sebaginya.

d. Organisasi

Perubahan yang berlaku dari masa ke semasa akan menjadikan organisasi lebih
menjurus dan flexibel serta lebih berupaya untuk meningkatkan prestasi serta
keupayaan secara berterusan sebagai suatu tindak balas terhadap perubahan
ekonomi, tenaga kerja dan teknologi. Namun begitu terdapat juga organisasi
yang masih menolak pembaharuan serta pembangunan dalam organisasi
disebabkan oleh kurang kesedaran tentang kepentingan perubahan dalam
organisasi. Perkara ini ada disentuh di awal bab ini iaitu berkaitan dengan
pengurusan perubahan dalam organisasi.

SOALAN DALAM TEKS

2. Nyatakan tren perubahan hala tuju organisasi pada masa


hadapan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

116
7.1.6 Kesan Perubahan Pada Masa Depan

Tren perubahan yang telah dibincangkan di atas mempunyai kesan yang


signifikan terhadap pembangunan pada masa hadapan. Ekonomi global yang
flexibel, organisasi bersifat rangkaian kerja dan dipacu oleh teknologi maklumat
dengan pelbagai tenaga kerja memerlukan pembangunan di dalam operasi
organisasi yang membolehkan aplikasi teknologi, kitaran masa yang singkat,
bertambah inovasi dan orientasi pembelajaran, serta bertambahnya antara
disiplin, pelbagai pelanggan, bertambah silang budaya dan nilai yang lebih jelas.
Perubahan-perubahan ini akan menyebabkan:

a. Operasi organisasi lebih mendasarkan pembangunan organisasi

Organisasi yang berdepan dengan tuntutan ekonomi dan teknikal perlu lebih
pantas dan flexibel, berkeupayaan untuk mengurus perubahan secara berterusan.
Ia merupakan sumber utama kepada kelebihan dalam persaingan. Ini
menunjukkan bahawa amalan-amalan pembangunan akan lebih tersemat dalam
operasi rutin organisasi. Seperti yang kita sedia maklum aktiviti-aktiviti
pembangunan seperti merancang intervensi, mengurus perubahan sepatutnya
menjadi sebahagian daripada kerja pengurus dan pekerja. Apabila pekerja
menyatupadukan ilmu dan peranan mereka, keupayaan untuk berubah akan
berlaku diseluruh organisasi dan tidak hanya berada dalam fungsi khas atau
peranan khas. Ini akan membolehkan tindak balas organisasi menghadapi
cabaran lebih pantas dan flexibel.

b. Proses pembangunan akan lebih berteknologi

Teknologi maklumat dikatakan akan menyerap bukan sahaja mengenai


organisasi, kerja dan ekonomi tetapi akan ada kesan signifikan dalam amalan
pembangunan organisasi. Dalam organisasi global ahli-ahli bekerja dipelbagai
lokasi, budaya serta zon masa. Perubahan seperti pembentukan pasukan,
penglibatan pekerja dan perubahan strategik bersepadu akan dirancang dan
dilaksanakan dengan cara menggalakkan sumbangan daripada pelbagai pihak

117
yang ada kepentingan ketika masa senang atau pada ketika idea-idea kretif
muncul. Teknologi maklumat seperti e-mail, kumpulan berita serta pelbagai
saluran media masa yang terkini membolehkan ahli-ahli membuat sembangan
pasa bila-bila masa. Teknologi groupware membolehkan ahli-ahli berbincang isi-
isu dalam chatroom, di laman-laman web dan video conference daripada tradisi
conference telefon. Akibat daripada aktiviti ini, proses pembangunan akan
berubah. Contohnya menggunakan video conference untuk membincangkan
berkaitan polisi syarikat serta bertukar-tukar pandangan. Kaedah ini digunakan
bagi menggantikan kaedah konvesional iaitu menghadiri mesyuarat. Penggunaan
kaedah ini menjadikan sesebuah organisasi lebih produktif serta kualiti
perubahan lebih efektif.

Penggunaan teknologi dalam organisasi juga akan menyediakan banyak


maklumat mengenai organisasi kepada pengguna yang ramai. Sebagai contoh,
kerajaan membangunkan kerajaan elaktronik untuk membolehkan masyarakat
menggunakan perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah. Banyak maklumat
boleh diperolehi oleh pengguna dengan masa yang lebih pantas serta
perkhidmatan yang lebih cekap. Manakala untuk proses dalaman organisasi,
penggunaan kertas boleh dikurangkan dengan penggunaan teknologi, surat
menyurat atau memo hanya menggunakan e-mail, manakala laporan-laporan
tidak perlu lagi dicetak sekiranya tidak perlu dan ianya hanya perlu disimpan
secara atas talian sahaja.

c. Kitaran masa pembangunan akan menjadi singkat

Tren dalam ekonomi dan teknologi telah memendekkan kitaran produk,


organisasi dan hayat industri. Tekanan untuk mengurangkan masa aktiviti-
aktiviti pembangunan juga meningkat. Maklumat taknologi baru akan
mempercepatkan langkah-langkah dalam proses perubahan. Sebagai contoh,
dalam sebuah organisasi berskala besar temubual dan tinjauan akan mengambil
masa yang lama sehingga enam bulan. Apabila data-data tersebut telah siap isu-
isu yang diberi penekanan akan beransur hilang kerana perkembangan terbaru
di pasaran, pusing ganti kakitangan atau pengurusan yang proaktif. Namun

118
begitu dengan adanya tinjauan menggunakan teknologi, tinjauan boleh
dilakukan secara elektronik dan merekabentuk kumpulan besar, usaha
mendiagnosis organisasi boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat. Dalam
masa yang sama teknologi-teknologi baru seperti video conference dan groupware
akan meningkat kegunaanya iaitu bagi tujuan mengumpulkan maklumat dengan
lebih pantas dari sebelumnya. Dengan perkataan lain terdapat potensi yang jelas
untuk mengurangkan masa yang diperlukan bagi melaksanakan pembangunan
organisasi secara berkesan. Oleh yang demikian, perubahan dalam tindakan dan
kelakuan oleh ahli dalam organisasi juga lebih cekap dan pantas.

d. Pembangunan dan perubahan akan lebih berorientasikan


pembelajaran dan inovasi

Perubahan yang berlaku juga telah mewujudkan struktur, proses-proses dan


gelagat baru yang menyeluruh daripada mengikut status quo. Menurut Christos
Cotsakos, organisasi yang berjaya mengurus perubahan adalah organisasi yang
berjaya pada masa hadapan. Ia memerlukan sejumlah inovasi dan perbelanjaan
yang belum pernah berlaku. Untuk melaksanakan inovasi baru organisasi akan
memerlukan kadar jumlah eksperimen yang signifikan bagi peserta mencuba
cara-cara baru untuk beroperasi, menilai kemajuan dan membuat
pengubahsuaian yang perlu. Daripada percubaan ini mereka akan mempelajarai
cara untuk mewujudkan satu strategi, organisasi atau perkhidmatan yang baru.
Dalam hal ini proses inovasi adalah penting. Oleh itu struktur baru dan sistem
akan meningkatkan maklum balas dan aliran maklumat kepada organisasi
justeru menambah baik keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan dengan
kepesatan perubahan teknologi dan persekitaran ekonomi. Inovasi dan
pembelajaran adalah perinti perubahan pada masa hadapan yang akan berkisar
dilingkungan tindakan seperti tindakan sains, memberi penghargaan inkuiri
rekabentuk kendiri organisasi dan organisasi pembelajaran.

119
e. Pembangunan antara disiplin akan bertambah

Dengan bertambah pesat dan meluas tren globalisasi, teknologi, kepelbagaian


dan tren-tren lain pembangunan organisasi akan meningkatkan antara disiplin
dan akan bergantung atas pelbagai perspektif dan pendekatan untuk
membangun dan membuat perubahan organisasi. Dalam amalan pembangunan
organisasi perlbagai disiplin telah diaplikasikan mencakupi teori organisasi,
kejuruteraan industri, hubungan buruh, pengurusan perbandingan dan strategi
korporat. Pada masa kini organisasi sedang menghadapai isu-isu yang berkaitan
dengan rangkaian kerja global, e-perdagangan, mengekalkan ekologi, pekerjaan
sementara, pertumbuhan keusahawanan dan ekonomi serta tenaga kerja
pelbagai. Bagi menyokong perubahan yang sedang dihadapi oleh organisasi,
pendekatan-pendekatan baru perlu bagi membantu organisasi untuk terus
berkembang. Antara pendekatan baru yang diperlukan oleh pihak organisasi
adalah perancangan strategik, pembangunan pengetahuan, hubungan
antarabangsa serta tenaga kerja mahir yang pelbagai.

f. Akan bertambah silang budaya

Apabila organisasi dan ekonomi menjadi global, aplikasi pembangunan dalam


situasi antarabangsa dan situasi silang budaya adalah penggerak pada masa
depan. Secara tradisi amalan pembangunan dalam organisasi adalah dalam
lingkungan budaya yang khusus. Umpamanya penbangunan organisasi di
England dalam lingkungan budaya British. Namun begitu tren yang ada pada
hari ini jelas menunjukkan perlunya aplikasi kerja merentas budaya.
Umpamanya pembentukan pasukan perlu diubahsuai bagi membantu satu
pasukan yang terdiri daripada pelbagai etnik atau bangsa bersemuka tetapi
ditugaskan untuk mengasilkan satu produk baru dalam masa yang singkat.
Begitu juga perubahan dalam proses penggabungan dan pengambilalihan firma
Jepun dan United States bagi melaksanakan satu struktur baru organisasi perlu
mengambilkira kedua-dua budaya. Dengan bertambahnya bilangan organisasi
beroperasi dipelbagai Negara dengan pesat isu pembangunan dan perubahan
organisasi nampaknya tidak akan berakhir.

120
g. Nilai akan bertambah jelas dan nyata

Melalui perubahan yang dihadapi oleh organisasi akan menyebabkan nilai-nilai


seperti nilai kemanusiaan dan nilai demokratik akan bertambah dari masa ke
semasa. Nilai ini akan membawa kebaikan kepada organisasi. Oleh yang
demikian, konflik yang wujud akan digunakan untuk mewujudkan nilai.
Perdebatan yang berlaku di antara beberapa pihak dalam situasi semasa akan
mencerminkan keadaan ini. Satu pihak melihat pembangunan organisasi
semakin menjadi korporat dan bahayanya mengadakan pakatan dengan
pengurus-pengurus yang berkuasa untuk terus menumpukan kekayaan. Ada
pihak-pihak yang berpendapat bahawa pembangunan organisasi hendaklah
kembali kepada nilai-nilai asli dan fokus kepada membebaskan potensi manusia
dalam organisasi. Pandangan lain melihat bahawa terlalu memberi fokus kepada
potensi manusia akan menjurus pembangunan organisasi menjadi tidak relevan
dan menghadkan sumbangannya kepada dunia yang lebih baik.

7.2 KEPELBAGAIAN BUDAYA (CULTURAL DIVERSITY) DAN


GELAGAT ORGANISASI ANTARABANGSA

7.2.1 Definisi Kepelbagaian Budaya (Cultural Diversity)

Perkataan kepelbagaian mengambarkan terdapat lebih daripada satu.


Kepelbagaian budaya dalam organisasi boleh boleh didefinisikan sebagai
perbezaan individu dalam organisasi dengan individu yang lain. Kepelbagaian
budaya berlaku apabila ada perbezaan dari segi bangsa, etnik, bahasa,
kewarganegaraan, agama dan jantina.

Setiap individu yang berada dalam organisasi mempunyai keunikan tersendiri


untuk menyumbang kepada pembangunan organisasi. Kepelbagaian yang wujud
juga menyebabkan organisasi menjadi lebih dinamik. Organisasi yang ingin
meneruskan perkhidmatan di zaman yang mencabar ini perlu mengaplikasikan
kumpulan dinamik dalam perkhidmatanya.

121
7.2.2 Kepentingan Kepelbagaian Budaya Dalam Organisasi

Budaya yang pelbagai di dalam sesebuah organisasi boleh memberikan kesan


yang positif dan negatif. Dengan kewujudan kepelbagaian dari segi latar
belakang bangsa, etnik serta budaya dalam organisasi pengurus perlu bijak serta
menjadikan kepelbagaian itu sesuatu sumber yang positif. Pengurus tidak perlu
tergugat dengan keadaan ini, sebaliknya menjadikan ia sebagai kelebihan dalam
organisasi.

Contohnya pekerja yang bertutur dalam bahasa yang berlainan seperti Bahasa
Cina atau Bahasa Inggeris boleh diberi kepercayaan untuk menguruskan serta
melaksanakan tugas dalam organisasi diperingkat multinasional. Dengan yang
demikian, organsasi dapat mengurangkan kos untuk melatih pekerja bagi
menguasai bahasa-bahasa asing. Selain dari itu, budaya berbeza yang diamalkan
oleh pekerja dalam organisasi juga boleh menjadikan organisasi itu unik.
Namun yang demikian, kewujudan kepelbagain budaya dalam organisasi
memerlukan kesesuaian apabila individu yang berlainan budaya itu berada di
dalam lingkungan yang sama.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan tiga langkah perubahan menurut Model Perubahan Lewin.

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

122
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Menurut Hodgetts (2002), perubahan adalah perkara yang berlaku secara


tiba-tiba, tidak linear dan berterusan. Manakala Felkins dan Chakiris
(1997) menyatakan pengurusan prubahan merupakan proses interaksi
yang mempunyai hubungan harian dengan perancangan strategi, program
perubahan yang dikehendaki dan mencapai matlamat. Manakala Stoner
(1989) mengatakan dalam konteks organisasi perubahan ialah proses
transformasi yang berlaku kepada organisasi, sama ada dirancang atau
tidak terhadap struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi
dan manusia.

2. Tren perubahan hala tuju organisasi pada masa hadapan ialah ekonomi,
tenaga kerja, teknologi dan organisasi.

123

Anda mungkin juga menyukai