Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

HHHC 9501
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN
MASALAH DAN PENDEKATA
SESI 2014/2015

TAJUK : KELEWATAN PELAJAR MENGHADIRI


KULIAH PADA PUKUL 8 PAGI

PENSYARAH : DR. ZAINI BIN SAID

SET : 35

NAMA AHLI KUMPULAN :

NO. NAMA NO. MATRIC

1. CHONG KAH YING A144699

2. TAN JIAH NING A144526

3. LIM YEE VYON A144703

4. LIM YAN YI A144688

5. NG SEOW LAY A144697


LATAR BELAKANG

Setiap semester, masalah ketidaktepatan masa para pelajar untuk menghadiri kuliah sering
menjadi isu kepada setiap pensyarah, terutamanya kuliah pada waktu 8 pagi. Pelbagai cara
telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini, tetapi semua ini seolah-olah tiada kesudahan.

Akibat daripada kelewatan para pelajar ini, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu
dan secara tidak langsung akan merencatkan suasana di dalam kuliah. Menurut Hafizi
(2008)[1], masalah ini bukan sahaja melumpuhkan proses pembelajaran di dalam kelas
tetapi merugikan tahap pembelajaran pelajar itu sendiri. Hal ini menimbulkan rasa
ketidakpuasan hati dalam kalangan para pensyarah kerana pelajar yang lewat menghadiri
kuliah ini seolah-olah tidak menghormati pensyarah dan rakan sekuliah yang lain. Tambahan
pula, pelajar seringkali diingatkan supaya sentiasa menepati masa. Menurut Aziz (2007)[2],
dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar, beliau menyatakan bahawa antara
masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng dan hadir lewat ke sekolah.

Antara punca utama yang menyebabkan kelewatan para pelajar ke kuliah merupakan sikap
pelajar itu sendiri seperti bangun lewat, penat dan juga masalah pengurusan masa. Menurut
Buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah yang diterbitkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (1994)[3], antara sebab-sebab ponteng dan hadir lewat ke
sekolah berpunca daripada diri pelajar sendiri. Hal ini menimbulkan persoalan mengenai
mengapakah terdapat pelajar yang gagal menghadiri kuliah pada pukul 8 pagi sedangkan
pelajar sekuliah yang lain boleh datang awal ke kelas tersebut, atau semua itu hanya alasan
semata-mata. Kami yakin bahawa sekiranya semua alasan ini dapat diatasi, masalah
kelewatan pelajar ke kuliah dapat diatasi.

PENYATAAN MASALAH

Antara penyataan masalah bagi isu kelewatan pelajar menghadiri kuliah pada pukul 8 pagi
adalah:

1. Apakah faktor-faktor yang mendorongkan kelewatan para mahasiswa manghadiri kuliah?


2. Apakah kesan-kesan yang tertimbul apabila para mahasiswa lewat menghadiri ke kuliah?
3. Apakah langkah-langkah yang efektif lagi berkesan yang wajar dilaksanakan untuk
mengatasi masalah kelewatan tersebut?
OBJEKTIF
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan para mahasiswa menghadiri
kuliah.
2. Mengenalpasti kesan-kesan yang tertimbul atas kelewatan para mahasiswa menghadiri
kuliah.
3. Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan atas isu kelewatan tersebut.

HASIL KAJIAN
(a) Faktor kelewatan
Kelewatan pelajar menghadiri kuliah pada pukul 8 pagi boleh disebabkan oleh pelbagai
faktor. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor dalaman merujuk kepada pelajar diri sendiri yang berkaitan dengan kepatuhan
pelajar kepada disiplin masa yang ditetapkan oleh pihak universiti. Antara faktor dalaman
adalah kekurangan disiplin dan motivasi diri dalam diri pelajar serta sikap
ketidakbertanggungjawaban mahasiswa-mahasiswi terhadap diri sendiri. Selain itu, para
mahasiswa berpendapat bahawa sesi kuliah pada waktu pagi adalah kurang penting dan
mereka tidak memandang kelewatan mereka sebagai satu gangguan yang akan mengganggu
sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Mahasiswa-mahasiswi juga
mungkin mengalami gangguan emosi dan psikologi seperti insomnia dan hal ini
menyebabkan mereka gagal bangun awal dan akhirnya lewat hadir ke kuliah. Di samping itu,
sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa kuliah adalah di luar jangkaan para mahasiswa.
Hakikatnya, pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dianggap kurang menarik minat
dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi seperti cara penyampaian kuliah yang bosan, slaid
yang disediakan itu kurang menarik minat dan juga kekurangan interaksi antara pensyarah
dengan pelajar.

Manakala faktor luaran pula merujuk kepada infrastruktur yang disediakan oleh pihak
universiti. Sebagai contoh, perkhidmatan bas yang disediakan kurang memuaskan. Selain itu,
pihak universiti tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap mahasiswa yang lewat
menghadiri kuliah pada pukul 8 pagi.
(b) Kesan kelewatan
Pelbagai kesan akan timbul sekiranya pelajar lewat hadir ke kuliah terutamanya kuliah pada
pukul 8 pagi. Pertama sekali, hal ini secara tidak langsung akan mengganggu sesi pengajaran
dan pembelajaran yang sedang dijalankan. Pelajar yang lewat datang ke kuliah juga akan
merugikan tahap pembelajaran mahasiswa itu sendiri dan hal ini seterusnya
berkemungkinan besar akan menjejaskan gred akademik seseorang individu. Sehubungan
dengan itu, mereka akan menghampakan ibu bapa dan pensyarah yang menaruhkan
harapan yang tinggi terhadap mereka. Tambahan pula, fenomena kelewatan pelajar hadir
ke kuliah bukan sahaja akan menjejaskan imej sendiri, tetapi juga akan menjejaskan nama
baik sesebuah universiti. Para mahasiswa turut akan menjadikan sikap tidak menepati masa
ini sebagai satu tabiat dan hal ini bakal menimbulkan masalah yang serius semasa di alam
pekerjaan pada masa hadapan.

(c) Langkah-langkah penambahbaikan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk menambahbaikan dan mengatasi masalah kelewatan
pelajar menghadiri kuliah pada pukul 8 pagi. Pertama sekali, para mahasiswa perlu sedar
akan kesilapan mereka masing-masing dan bertindak dengan meningkatkan disiplin dan
motivasi diri. Selain itu, pihak universiti perlu mengadakan tinjauan dan pemantauan
terhadap pelajar yang sering lewat. Mereka turut boleh mengenakan tindakan dengan
memberikan status tidak hadir dan amaran kepada pelajar yang lewat hadir ke kuliah
melebihi 15 minit. Tambahan pula, pensyarah yang mengajar boleh mengambil tindakan
seperti mengunci pintu setelah kelas bermula dan mengenakan tindakan yang sewajarnya
terhadap pelajar berkenaan. Ceramah yang menfokuskan kepentingan masa dan
pengurusan masa turut harus diadakan oleh pihak universiti bagi meningkatkan kesedaran
dalam diri pelajar. Pihak universiti juga patut mempunyai pertimbangan yang wajar dalam
susun atur jadual dengan mengurangkan kuliah pada pukul 8 pagi. Pada masa yang sama,
pihak ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dan memupuk sikap dan
amalan menepati masa dalam diri pelajar sejak kecil lagi kerana bak kata pepatah “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”.
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kami mendapati bahawa sebab utama pelajar lewat menghadiri kuliah
pada pukul 8 pagi ialah sikap tidak prihatin pelajar sendiri terhadap kepentingan menepati
masa. Mereka sering memberikan alasan seperti bangun lewat, hujan, solat zohor dan
masalah pengangkutan.

Keadaan ini bukan sahaja telah mendatangkan kesan kepada pelajar sendiri, malah ia turut
mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar yang lain.

Walaubagaimanapun, dengan mengenakan tindakan status tidak hadir jikalau pelajar lewat
hadir ke kuliah selepas 15 minit dari masa sebenar kuliah bermula memberi kesan yang
positif kepada sikap dan keprihatinan pelajar terhadap kepentingan menepati masa. Selepas
tindakan ini dilaksanakan, pelajar tidak lagi datang lewat ke kelas tanpa alasan yang
munasabah. Tindakan mengunci pintu kelas setelah pensyarah memulakan kuliah juga
banyak mengubah sikap dan keprihatinan pelajar terhadap keperluan pengurusan masa
yang betul.

Slot ceramah yang memfokuskan kepentingan menepati masa dan pengurusan masa yang
betul telah banyak mendedahkan pelajar mengenai kepentingan masa, kelebihan mengurus
masa dengan betul, kesan utama kepada sesiapa sahaja yang mengutamakan ketepatan
masa dan kesan buruk apabila tidak menguruskan masa dengan baik. Semua ini telah
banyak menjadikan pelajar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk memperbaiki sikap
supaya lebih bijak mengurus dan menepati masa.

Cadangan yang lain untuk menambahbaikan masalah kelewatan ini adalah dengan
meningkatkan kesedaran pelajar supaya menepati masa bermula pada semester pertama
ketika program Minggu Suai Kenal dan menjadikan amalan menghadiri kuliah awal satu
budaya yang murni.
RUJUKAN

1. http://www.polimas.edu.my/web4/images/penerbitan/prosiding2011/jke%20sofwan.p
df
2. Mohd Hafizi (2008), Gejala pelajar datang lewat ke sekolah pelajar tingkatan 4 di
sebuah sekolah dalam daerah Bera, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.

Anda mungkin juga menyukai