Anda di halaman 1dari 13

Di Mana Jodohku?

(Al Furqan 74)


2. Di mana jodohku?
Ulasan:

25:74

Laman Cari Jodoh.

Di era modenesasi, peranti Instagram turut tidak terlepas daripada menguar-


uarkan prospek jodoh. Ketauladanan jodoh-menjodohi bukanlah menjadi suatu
tradisi lagi di kala globalisasi kian mencecah kemuncak pergolakan semasa.

Laman jodoh yang dipercayai pengulas, dikendalikan oleh seorang graduan


mahasiswi institusi universiti Shah Alam dalam pasca ketumbuhan langkau 20-30
tahun. Pemaknaan dan penghuraian kesudian laman diwujudkan atas dasar ;

…..“Kerja ikhlas x bergaji nak tolong semata kerana Allah. Moga Allah tolong kita
balik. Sapa yang lom kawin g, nk minta tolong saya, leh hantar profil.”….

Berdasarkan statemen yang diungkapkan, laman tersebut diwujudkan atas dasar


keperluan semasa;-
Pertama ; purata entiti wanita melonjak meninggalkan

peratusan entiti kaum adam ke tahap yang membimbangkan.

Kedua ; Galakan motivasi untuk bernikah beserta tips-tips dalam

mengamati keserasian pasangan.

Bertitik tolak di antara 351 ‘followers’ tersebut, pengulas mempercayai laman


tersebut belum berjaya merekod data mana-mana pasangan yang berkenalan
sehingga ke jenjang pelamin.
Bersingkapan dengan hal sedemikian, pengulas
memetik sekuntum ayat pilihan berasaskan terma jodoh. Al Furqan (25) ayat ke-74,
merupakan di antara ayat yang kerap digunakan dalam isu-isu jodoh; berhajat
kepada jodoh yang shaleh shalehah, takut tak berjodoh, kelewatan dalam
menemukan pasangan sedangkan pasca umur telah mencapai had, khuatir ajal
kematian menjemput hadir di kala jodoh tak kunjung tiba, gerun dipertemukan
jodoh yang menurut mereka ‘tersalah jodoh’ dan sebagainya.

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami,

anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan

kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami

pemimpin bagi orang yang bertakwa”

Kata qurrah a’yun merupakan kinayah dari al-surur wa al fara (rasa senang

dan gembira). Kata qurrah berasal dari al-qarr yang bermaksud al-bard (dingin).
Hal ini memaknai simbolik tititsan air mata kebahagian dingin.
Manakala, ditegaskan oleh Fakhruddin al-Razi, tidak ada keraguan bahawa yang
dimaksudkan dengan qurrah a’yun adalah dalam perkara agama. Ayat ini tidak
memaksudkan urusan hal-ehwal keduniaan seperti harta, ketrampilan mahupun
kecantikan.

Abdurrahman bin Zaid mengetengahkan “Mereka meminta kepada Allah agar


isteri dan anak-anaknya diberikan petunjuk Islam”. Permohonan mereka ini
menunjukkan sifat yang mengerah ke arah mewujudkan ketenangan dan
keharmonian. Kepedulian tersebut mengharapkan isteri dan anak cucu mereka
turut sama masuk syurga. Yang sedemikian, hati mereka menjadi riang tenteram
manakala isteri dan anak cucunya menjadi orang yang beriman, shalih dan taat
kepadaNya. Lalu, mereka pun berdoa kepada Allah sebagaimana yang diberitakan
dalam ayat tersebut.

Di dalam meneladani pasca moden ini, jodoh menjadi tanggapan sebagai suatu
pilihan mahupun takdir. Bagaimana pula menurut syara? Apakah jodoh merupakan
bahagian dari takdir yang ditetapkan Allah sedari azali atau sekedar muamalah
biasa sebagaimana dalam pengurusan jual beli?
Lafaz jodoh itu memaknai pasangan serasi. Ia berbeza dari memaknai suami isteri,
kerana penjelasan jodoh lebih terarah secara kekhususannya berbanding sekedar
pasangan hidup.
Islam menjelaskan bahawa manusia diciptakan

berpasang-pasangan. Sebagaimana penciptaan Adam dan Hawa, adalah bagi


mewujudkan kecenderungan untuk saling menyukai satu sama lain. Maka
dengannya, ia menyemai benih-benih cinta dalam pupukan kasih. Perasaan
mencintai dan mengasihi adalah fitrah yang memaknai sunatullah asal kejadian
manusia itu sendiri.

Bertitik tolak daripadanya, Islam menganjurkan kita untuk meyakini bahawa Allah
telah menciptakan pasangan bagi setiap diri individu. Hal ini tidak sesekali terlepas
dari pengawasan kekuasaanNya. Namun, untuk mengetahui siapa jodoh kita? Itu
menjadi misteri yang hanya Allah mampu merungkainya. Ada pepatah
mengatakan;

‘’ Allah telah mengetahui jodoh kita, namun kita harus menjemput jodoh

tersebut di tangan Allah dengan jalan ikhtiar”


Mencari jodoh dengan jalan Islam tidaklah

menyerupai konsep ‘membeli kucing dalam kandang’ atau dilakukan dengan jalan
bercinta. Islam tidak menyuruh kita mencari jodoh seperti membeli kucing dalam
kandang kerana garis pandu al-Quran telah menjelaskan tata tertib pencarian
jodoh dengan jelas.

Sebagaimana di dalam Al-Quran, rahsia jodoh telah pun dibocorkan 1,400 tahun
yang lalu. Di dalam surah An-Nur: 26

“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik

dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang

tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik untuk wanita yang baik.”
Untaian kata:
“Setiap diri menginginkan pasangan yang
shaleh namun tidak setiap diri berusaha untuk
menshalehkan dirinya”

Anda mungkin juga menyukai