Anda di halaman 1dari 8

5.

Wujudkah
Karma in
ISLAM?
Indonesia.

Fani Fanatik.
Wanita

Langkau usia 20-30 tahun

Isu?
Peranti paparan tersebut menyentuh isu berkenaan karma.

Struktur ayat?

Penanda baris terlalu kecil. Hal sedemikian boleh menyebabkan kekeliruan dalam
membunyikan. Struktur kedudukan huruf shad mengelirukan seolah-olah bersifat
huruf dhad.

Kenapa sedemikian?
Pada hemat pengulas, kesalahfahaman memaknai konsep karma dengan
ketentuan Ilahi, turut terjadi di kalangan mereka yang beragama Islam. Mereka
memahami perbuatan baik di balas baik. Perbuatan buruk akan dibalas buruk.
Itulah Karma. Lalu apa perbezaan di antara karma dan kifarah?
Persoalannya, Wujudkan Karma dalam Islam?
Hukum Karma boleh didefinisikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang
dilakukan seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk. Ia akan dibalas
kembali menurut hukum alam setimpal dengan perbuatan yang dilakukan. Jika
ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya, maka buruklah
pembalasannya.

DARI SEGI BAHASA, hukum Karma ini seakan-akan selari dengan ajaran
agama Islam. Namun demikian, jika diselami dengan lebih mendalam, konsepnya
jelas jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.

Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8:

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan
melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat
zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Apabila disebut Hukum Karma, ia tidak bebas dari kepercayaan

penganut- penganut agama Hindu berkenaan pembalasan baik dan buruk.


Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma
bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula
mendapat dosa dan ia akan menghidupi kehidupan seterusnya dalam bentuk
binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau


perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke
dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka
akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga
menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan
“Hukum Karma”. Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg
baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat
sementara waktu.

Bertitik tolak daripadanya, hal ini jelas berbeza dengan ajaran

islam. Islam berpandangan bahawa

Pertama: tiada istilah kelahiran semula ke dunia. Manusia diciptakan oleh Allah
untuk hidup sekali sahaja di dunia ini. Seterusnya ia akan dibangkitkan di akhirat
kelak bagi hari perhitungan pembalasan.

KEDUA: Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh
seorang hamba. Ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin
melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun
penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang
lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat
selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum
menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai
usaha dilakukan oleh manusia. Oleh yang demikian, jelas di sini membuktikan bahawa
ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk
mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk
menyembuhkannya telah dilakukan.
Hukum Karma Adalah Kepercayaan Orang Yang

Beragama Hindu.

Kita Sebagai Orang Islam Memiliki Rukun Islam

Dan Rukun Iman Kita Sendiri.

Anda mungkin juga menyukai