Anda di halaman 1dari 25

1.

PENDAHULUAN

Manusia dijadikan oleh Allah Ta’ala memiliki kualiti diri yang berbeza-beza antara satu sama
lain. Perwatakan, konsep kendiri, bakat, tingkah laku, dan cara berfikir berbeza antara satu
sama lain. Bak kata pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain'. Individu A ialah individu A,
tidak mungkin A akan menjadi seperti B, C, atau D. Begitu juga dengan individu B, C, dan D.
Kelainan ini menjadikan kehidupan manusia amat memerlukan antara satu sama lain
Kekurangan A ditampung oleh kelebihan B, C, dan D dan begitulah sebaliknya. Ringkasnya,
manusia tidak mampu untuk hidup sendirian. Individu memerlukan individu yang lain untuk
membentuk keluarga, komuniti, dan negara begitu juga halnya dengan kebolehan kreatif yang
dimilik oleh manusia. Ada individu yang kreatif dalam seni lukis tetapi tidak kreatif dalam
membina persahabatan. Ada yang sangat kreatif menjalankan perniagaan tetapi tidak kreatif
dalam seni lukis. Kebolehan dan tahap kreativiti individu berbeza antara satu dengan yang lain

Aristotle menyifatkan manusia sebagai haiwan kreatif atau dalam bahasa Greek
dikenali sebagai Homo Creator (John, 2002). Sifat dan kebolehan kreatif dimiliki manusia
sejak dilahirkan. Menurut David H. Feldman dalam Marie Steine (2000), "All humans, by
virtue of being dreamers and fantasizers, are creative. They are always transforming their
inner and outer worlds". Kreativiti dalam diri setiap insan umpama sebutir intan yang terbenam
di dalam lumpur. Lumpur itu perlu diselongkar, intan itu harus dicari dibersihkan dan digilap,
barulah dapat dilihat sinarnya yang gemilang itu. Setiap individu ada kelebihannya. Oleh sebab
itu mereka perlu sedar akan kebolehan kreatif masing masing, walaupun barangkali mereka
bermati-matian mengatakan bahawa mereka jauh daripada tergolong sebagai manusia kreatif,
ataupun belum cukup kreatif untuk melakukan sesuatu. Menjadi kreatif membawa konotasi
menjadi lebih cerdik, lebih maju, dan lebih bertamadun.

Masyarakat kreatif biasanya melangkah lebih jauh daripada masyarakat jumud.


Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun telah membuktikannya. Masyarakat mereka telah lama
memperkatakan keperluan gelombang masyarakat kreatif, pemikiran kreatif dan tindakan
kreatif. Ciri kreatif ini merangsang mereka berfikiran lebih daripada satu hala, tidak gamam
menghadapi perubahan, tidak takut mencuba, dan yang lebih penting ialah sedia dan mahu
berubah. (Hizairi, 2000).

1|Page
"Individu yang kreatif ialah dari semasa ke semasa berupaya menyelesaikan
masalah demi masalah, ataupun berupaya menghasilkan sesuatu yang baru
dan berguna dalam bidang tertentu”.

(Howard Gardner, 1983)

"...untuk mengetahui sama ada seseorang itu kreatif atau tidak, caranya ialah
dengan memerhatikan beliau bekerja selama beberapa waktu. Perhatikan
cara-cara mereka menghadapi masalah, dan apakah penyelesaian yang
mereka cipta. Dari situ kita dapat mengenal pasti kreativiti mereka”.

(Howard Gardner, 1985)

"The person who is creative has the ability to envision things in different ways;
to have a fresh outlook".

(Winter & Winter, 1986)

Ramai yang beranggapan, apabila individu itu kreatif secara tidak langsung ia menolak
pemikiran kritis atau analitis. Menjadi kreatif pada anggapan sesetengah pihak
meleraikan kebolehan berfikir secara kritis kerana pemikiran kritis akan ‘membunuh’ kreativiti
seseorang. Ini adalah suatu tanggapan yang salah dan tidak benar. Kreativiti bukan menolak
elemen kritis dan analitis secara total. Pemikiran kritis dan analitis amat penting kepada
individu kreatif kerana ia dapat memberikan justifikasi dan penilaian terhadap sesuatu idea.
Elemen pemikiran kritis dan analitis sangat diperlukan dalam menterjemahkan sesuatu idea
kreatif. Relevan atau tidaknya sesuatu idea kreatif tidak dapat ditentukan oleh pemikiran kreatif
kerana bukan fungsi pemikiran kreatif menilai dan mengkaji kebolehjadian sesuatu idea kreatif.
Oleh yang demikian kreativiti yang disarankan oleh Ned Hermann (dalam Abd. Fatah 1998):

Kreativiti ialah aktiviti keseluruhan otak yang melibatkan minda terancang dan
minda terpendam untuk mencabar andaian, mengenal pola, melihat dengan
cara baru, melihat hubungan, mengambil risiko, dan merebut peluang atau
kemungkinan”

2|Page
2. DEFINISI TAJUK

2.1 Menjadi

Di dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) menjadi merupakan rangkaian


kerta kerja dari ‘jadi’. Jadi dari segi bahasa bermaksud dilakukan dan dikerjakan.
Sebaik sahaja digabungkan ia membentuk kata kerja yang merujuk kepada perbuatan.
Menjadi merupakan suatu hasrat, cita mahupun impian yang telah berhasil menjadi
sebuah kenyataan.

2.2 Manusia

Manusia dari segi bahasa berasal dari kata “manu” (Sansekerta), “mens” (Latin),
bermaksud makhluk yang berfikir, berjasad dan berakal budi. Tidak terkecuali juga
beberapa pakar pengetahuan waima biologi, antropologi, sejarah, budaya dan falsafah
turut mengetengahkan pendefinisian tentang manusia: seperti Homo Sapiens, ertinya
makhluk yang mempunyai budi (akal), Animale Rasional iaitu binatang yang
berpikiran. Revesz menyebut manusia Homo Loquen yaitu makhluk yang pandai
menciptakan bahasa, menjelmakan pikiran dan perasaan dalam kata-kata yang
tersusun. Bergson menyebut manusia sebagai Homo Faber yaitu makhluk yang
“tukang”iaitu pandai membuat alat perkakas. Aristoteles sendiri mengatakan manusia
sebagai Zoon Politicon atau Animal Ridens iaitu makhluk humor. Homo Economicus
iaitu makhluk pada undang-undang ekonomi dan bersifat ekonomis, Homo Religious
iaitu manusia pada dasarnya beragama. Sedangkan dari segi istilah pula:

Teori evolusi yang dipelopori oleh Darwin (1809) menyatakan manusia


berasal daripada haiwan yang terjadi akibat proses perkembangan evolusi tubuh, iaitu
dengan perkembangan yang bersahaja sehinggalah kepada pewujudan haiwan dan
akhirnya membentuk manusia itu sendiri. Manakala, Nata mendefinisikan manusia
sebagai makhluk yang berpolitik, makhluk yang bermasyarakat, makhluk yang
berbudaya, makhluk yang berbahasa dan makhuk yang berbicara.

Hal ini berbeza dengan sudut pandang Islam yang menyatakan manusia
adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dan mempunyai kebesaran dan

3|Page
keistimewaannya sendiri. Allah menjadikan manusia dengan memberikan kepadanya
akal, naluri dan pancaindera supaya ia dapat menjadi khalifah untuk menghidup dan
memakmurkan muka bumi.

Manusia menurut Imam Al-Ghazali diciptakan Allah s.w.t memiliki unsur-


unsur rohaniah iaitu qalb, roh, nafs, dan ‘aql. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa
manusia adalah makhluk yang kompleks, kebendaan, sayangkan kehidupan dan
kepandaian manusia suka memuaskan estetika dan benda-benda yang cantik, di
samping itu manusia mempunyai roh Ilahi yang bertentangan dengan nafsu itu.

2.3 Kreatif

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin purba iaitu “creare” yang bermaksud
membuat ataupun membina sesuatu yang belum pernah dibuat sebelum ini. (Barnhat
& Barnhat dalam Joan Parker Isenberg & Mary Renck Jalongo, 2010). Berdasarkan
kenyataan tersebut, kreativiti boleh ditakrif sebagai satu usaha mereka cipta dan
menghasilkan sesuatu yang berguna serta bersesuaian dengan keperluan masyarakat
sekeliling pada satu-satu masa.

Mengikut kamus Webster (1976), kreatif ditakrifkan sebagai kemampuan


manusia dengan segala kelemahan mampu melakukan perubahan dengan
mewujudkan sesuatu yang baru. Takrifan ini jelas menerangkan tentang kehebatan
pemikiran manusia untuk merancang kaedah penyelesaian berdasarkan kepada
keperluan dan kehendak semasa.

Walau bagaimanapun takrif ini berlainan dengan pendapat yang diberikan


oleh John (2002). Menurut John (2002);

“Only God could create, and whatever he created was original. Man could only
rearrange what God had created.”

4|Page
Merujuk kepada kenyataan John, beliau menyifatkan kreatif sebagai satu
pengubahsuaian ciptaan asal dari Tuhan semata-mata. Manusia hanya berkeupayaan
untuk mengatur dan menyusun segala yang telah diciptakan oleh Tuhan tanpa
mengubah dan mengganggu ciptaan itu sendiri. Kenyataan ini pula mempunyai
sedikit persamaan dengan pendapat yang dikeluarkan ole De Bono (1970) yang
mengatakan bahawa sesuatu kreativiti itu berlaku tanpa disedari oleh manusia atau
individu itu sendiri. Pemikiran kreatif yang dimiliki hanya disedari oleh orang lain
dan pengiktirafannya juga diberikan oleh individu yang membuat pemerhatian
terhadap idea tersebut.

Menurut seorang pemikir dan penyelidik akademik yang terkenal iaitu Ellis
Paul Torrance, yang banyak menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan penulisan
didalam bidang yang berkaitan dengan kreativiti, beliau mentafsirkan kreativiti
sebagai ;

“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be
first to portray and give character to a role or part creation: An original product of
human invention or imagination.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing


elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions,
making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and
retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally
communicating the results.” (Torrance, 1974)

Berdasarkan kenyataan Torancce diatas, kreativiti adalah satu proses yang


berlaku disebabkan oleh satu rangsangan yang sensitif terhadap sesuatu kekurangan,
kelemahan, kehendak dan keperluan yang mendorong manusia untuk mencari

5|Page
penyelesaian melalui percubaan dan pengubahsuaian terhadap sesuatu perkara.
Hasilnya akan dinilai semula dijadikan sebagai satu keputusan.

Kreativiti secara amnya merujuk kepada satu bentuk pemikiran, penghasilan


ataupun daya cipta yang wujud hasil daripada sesuatu yang telah ada ataupun yang
baru dicipta. Seseorang manusia dianggap kreatif apabila sesuatu yang dihasilkan
mampu membawa kelainan pada sudut citarasa, kehendak serta memenuhi keperluan
dan kehendak semasa. Di sekeliling kehidupan manusia hari ini berbagai-bagai
keperluan hidup manusia berjaya di mudahkan dan dipenuhi hasil daripada pemikiran
dan pandangan yang kreatif. Kebanyakkan tokoh-tokoh berpendapat bahawa tidak
mungkin manusia berjaya menghasilkan sesuatu yang tiada menjadi ada sekiranya
tidak mempunyai pandangan serta pemikiran kreatif didalam diri mereka. Berbeza
dengan pemikiran tradisi yang melihat kreativiti sebagai sesuatu yang kreatif
dilakukan oleh seseorang yang kreatif. Pendekatana semasa melihat kreativiti
sebenarnya mampu dilakukan oleh seseorang jika ianya berpeluang berada dalam satu
situasi dan persekitaran yang menggalakkan budaya kreatif (Amabile, 1996).

3. KEKELIRUAN MENGENAI PEMIKIRAN KREATIF DAN KREATIVITI

3.1 Kreativiti Boleh Dibuat Secara Sambil-Sambil?

Kreativiti tidak pernah diberi penekanan secara serius kerana adanya


persepsi yang menyatakan ianya boleh dibuat secara sambil-sambil. la juga
ada kaitan dengan persepsi yang kurang tepat, yang mengaitkan kreativiti
dengan skop yang sempit iaitu sesuatu yang menyeronokkan. Apabila
taraf sebegini diberi kepada kreativiti, maka ia akan dibuat secara sambil-
sambil dan kebiasaannya melibatkan kakitangan rendah dalam organisasi
Apakah pentingnya performance kita dan performance organisasi? Apakah sikap kita
apabila mendapati semasa melaksanakan tugas, terdapat satu masalah yang
kita, apabila enjadi penghalang, sehingga mengganggu kecekapan dan keberkesanan
kita? Apakah sikap kita, apabila mendapati kerja yang kita jalankan menggunakan
sistem yang terlalu kompleks? Bagaimanakah perasaan and apabila kakitangan tidak

6|Page
memberi komitmen mereka ketika bertugas? Apakah yang anda fikirkan, apabila anda
rasakan kakitangan anda mempunyai motivasi dan tidak proaktif?

Sekiranya jawapan anda kepada soalan-soalan tersebut adalah bimbang, anda


risau, anda rasa terpanggil untuk memikirkan cara untuk mengatasinya, maka ini
bermakna anda serius mengenai performance anda dan perfomance organisasi anda.
Bertolak daripada persoaalan ini, wajarkah anda biarkan masalah tersebut tanpa
mengambil tindakan serius? Wajarkah anda berharap melalui masa, masalah tersebut
akan selesai dengan sendirinya? Wajarkah anda sekadar memanggil satu atau
dua orang kakitangan anda dan bercakap sekejap mengenai sikap mereka?
Wajarkah anda terus menjalankan tugas yang melibatkan sistem yang
kompleks sedangkan anda sedar ia perlu diubahsuai? Wajarkah anda
mengharapkan situasi ini akan bertambah baik dengan sendirinya kerana
anda terlalu sibuk? Sudah semestinya jawapan anda tidak.

Sekiranya demikian mengapa anda tidak mengadakan satu waktu yang khusus
untuk cuba menyelesaikan atau memperbaiki situasi tersebut. Mungkin apa yang anda
perlukan ialah idea-idea baru daripada warga. Mungkin anda boleh menggunakan
teknik-teknik menjana idea baru dan duduk bersama kakitangan untuk mencari idea-
ntuk memperbaiki situasi. Hanya dengan cara inilah, kakitangan akan merasakan kita
serius untuk menyelesaikan masalah dan serius dadlam usaha penambahbaikan.

Dalam banyak keadaan, kadangkala kita kelihatan tidak serius


menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan. Ini kerana kita tidak berhenti
sekejap, memperuntukkan masa bersama-sama melihat keadaan kita. Ataupun kita
memang serius tetapi kita menyelesaikannya diluar konteks masalah sebenar yang lebih
besar. Akibatnya situasi tidak ditangani secara bersepadu dan manfaatnya tidak
seberapa. Ataupun kita masih membiarkan diri kita terbelenggu dengan cara-cara dan
idea-idea lama yang telah tidak berkesan lagi.

3.2 Kreatif Bermakna Menjadi Gila-Gila?

Ada persepsi yang menyatakan bahawa untuk menjadi kreatif, kita hendaklah menjadi
gila-gila dan keluar daripada sempadan kewarasan gila ini sama ada terserlah melalui
7|Page
perlakuan, pakaian dan keterampilan. Kekeliruan ini berpunca daripada persepsi bahawa
orang-orang yang tidak terkongkong kepada peraturan adalah orang-orang kreatif, iaitu
mempunyai idea melakukan sesuatu di luar kebiasaan norma sedia ada.
Sememangnya sistem dan peraturan di suatu tempat biasanya akan menghasilkan
keseragaman. Perlakuan dan pakaian yang diterima oleh masyarakat ialah norma yang
dianggap rasional oleh masyarakat setempat. Keseragaman ini ada masanya
membosankan dan tidak menarik. Oleh itu, individu yang berupaya memberanikan
dirinya, menjadi sedikit gila-gila dan memperihatkan kelainan akan dianggap sebagai
kreatif.

Individu berkenaan dianggap gila-gila kerana berani menjadi ganjil dalam


persekitaran yang seragam. Sebenarnya perlakuan ganjil yang ditunjukkan adalah apa
yang dipanggil sebagai expressive creativity. Sememangnya perlakuan tersebut mungkin
sahaja boleh dianggap sebagai kreatif, namun untuk menyatakan ianya seorang yang
kreatif, adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana kreativiti membawa makna yang lebih
luas.la mungkin berupaya berkelakuan, bercakap, berpakaian atau berketerampilan
ganjil, iaitu gila-gila, namun apabila tiba masa untuk menjana idea, memberi cadangan
baru untuk penambahbaikan situasi atau penyelesaian masalah, individu berkenaan
tidaklah sehebat mana.

Orang menganggap individu yang berani melakukan sesuatu yang lain sebagai
kreatif. Mereka sebenarnya individu yang berani dan mempunyai motivasi, namun tidak
semestinya kreatif. Kekeliruan tersebut juga mungkin disebabkan oleh cerita-cerita
mengenai beberapa orang ternama kreatif yang berkelakuan lain daripada biasa.
Contohnya Albert Einstein yang gemarkan day dreaming dan Pablo Picasso yang tidak
minat sekolah. Namun mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kedua-duanya
menjadi gila-gila dan melanggar norma dengan pre-pared mind. Mereka telah menemui
minat mereka semenjak kecil lagi dan tahu apa yang mereka mahukan. Albert Einstein
berminat dengan fizik dar matematik dan sentiasa cuba mencari-cari jawapan daripada
kejadian-kejadian di sekelilingnya. Picasso telah mula melukis sebelum pandai
bercakap dan keluarganya telah mengumpul lukisannya sejak beliau
berumur sembilan tahun. Orang-orang terkenal kreatif melakukan sesuatu yang lain
daripada orang lain dengan prepared mind.

8|Page
Kegila-gilaan dan keganjlan tanpa prepared mind tidak akan membawa hasil.
Dibimbangi perlakuan ganjil tersebut dibuat sekadar suka-suka dan gemar mencabar
keseragaman tanpa sebarang tujuan. Sebaliknya seseorang yang mempunyai perlakuan
dan berketerampilan masih di dalam norma, masih lagi boleh menjadi kreatif apabila
keadaan memerlukan. Pendek kata, kita tidak perlu menjadi gila-gila dan memperihatan
kegila-gilaan untuk menjadi kreatif.

3.3 Kreatif Adalah Bakat Semula Jadi?

Persepsi yang menyatakan bahawa hanya orang kreatif dan pemikiran kreatif merupakan
bakat semulajadi, bukanlah persepsi yang tepat. John S. Dacey dan Kathleen H. Lennon
di dalam buku mereka Understanding Creativity, menjelaskan kreativiti sebagai
cognitive, attitudinal, personal, and genetic trait that every person
has to some degree. Menurut mereka, bahawa kanak-kanak baru lahir tidak
memperihatkan kreativiti. Oleh itu, mereka nyatakan ciri-cini
kreatif individu adalah sesuatu yang dipupuk melalui masa.

Dacey dan Lennon juga menyatakan bahawa semua orang dilahirkan dengan
keupayaan untuk menjadi kreatif pada tahap-tahap tertentu. Seterusnya mereka
menyatakan bahawa selain daripada keupayaan mental, kreativiti bergantung juga kepada
variable fizikal, personaliti, motivasi dan juga persekitaran. Berdasarkan penerangan ini,
kita boleh rumuskan bahawa ia bukan bakat semulajadi yang dianugerahkan semasa lahir,
yang hanya diberi kepada orang-orang tertentu sahaja. Kreatif individu adalah sesuatu
yang dipupuk melalui masa.

Daripada kefahaman bahawa setiap orang dianugerahkan dengan otak


dengan fungsi yang sama dan memiliki keupayaan untuk menjadi kreatif
maka mengapa sebahagian kita lebih kreatif daripada yang lainnya? Penuli
berpendapat asuhan dan laterbelakang keluarga memainkan peranan yan
penting dalam memupuk asas di peringkat permulaan.

9|Page
Melalui pendidikan dan latarbelakang yang berbeza-beza, kemungkinan
sebahagian fungsi otak sahaja yang lebih dipupuk berbanding dengan dengan yang
lainnya, yang menyebabkan sesetengah orang lebih mahir di satu bahagian, sementara
yang lainnya mahir di bahagian yang lain. Contohnya kemahiran logik matematik
digunakan sepanjang masa, maka kemungkinan individu tadi mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam aspek tersebut. Oleh sebab itu, latih tubi dan latihan yang berulang-
ulang boleh memahirkan seseorang daan bidang berkenaan. Sebaliknya, apabila logik
matematik tidak diberi perhatian dalam persekitaran mahupun dalam pembelajarannya,
kemungkinan individu berkenaan menghadapi masalah lemah dalam logik tersebut.

Kita menyatakan bahawa sesetengah orang berbakat dan dianugerahkan sejak


lahir, kemungkinannya adalah disebabkan oleh fakta bahawa individu berkenaan
datangnya daripada keluarga yang memiliki keupayaan yang sama. Contohnya, sekiranya
individu terbukti mampu merekacipta, dan begitu juga bapanya, maka kita katakan ia
memang mewarisi bakat bapa. Namun, kita mungkin terlepas pandang kepada fakta
bahawa individu berkenaan telah terdedah kepada persekitaran merekacipta sejak zaman
kanak-kanaknya lagi. la mungkin terlibat secara tidak langsung semasa bapanya membuat
ciptaan, atau ia mungkin hanya melihat, atau berada di bengkel bapanya ketika aktiviti
sedang berlangsung. Ini bermakna terdapat elemen persekitaran yang mempengaruhi
bakatnyanya. Mereka yang dikatakan berbakat adalah mereka yang telah melalui asuhan
melalui persekitaran dari awal lagi.

Estee Lauder ialah satu nama yang tidak asing dalam dunia kosmetik.
Menurut cerita latarbelakangnya, keupayaannya mencipta dua, tiga brand kosmetik
adalah paduan daripada kerja keras dan persekitaran awal ia dibesarkan. Semasa zaman
remajanya, ia sentiasa berada di makmal bapa udaranya, seorang ahli kimia. la
kadangkala terlibat dengan aktiviti bapa saudaranya dan juga penerokaannya sendiri di
makmal tersebut dengan mencuba mencampurkan beberapa bahan-bahan kimia. Asuhan
dan persekitaran sedemikian rupa telah mengasuh bakatnya sehingga ia
berupaya mencipta kosmetik dengan brand tersendiri.

10 | P a g e
Contoh-contoh lain yang membuktikan elemen asuhan dan persekitaran ialah
Ludwig Van Bethovan, yang dilahirkan dalam keluarga ahli muzik, penyanyi dan diasuh
oleh bapanya dengan menghantarya berguru dengan pemuzik terkemuka. Malah bandar
di mana ia dilahirkan penuh dengan pemuzik jalanan, pesta dan malam muzikal. Begitu
juga dengan Wolfgang Amadeus Mozart yang lahir dalam keluarga muzik, bapanya
Leonard Mozart ialah pemuzik professional. Johann Sebastian Bach juga dilahirkan di
dalam keluarga muzik di mana kesemua adik beradiknya mahir dalam muzik.

Kesemua contoh-contoh yang dikemukakan membuktikan bahawa keluarga dan


asuhan memainkan peranan penting dalam kreativiti seseorang. Pencapaian mereka juga
membuktikan adanya komitmen, disiplin dan fokus, bukan sekadar bakat semulajadi.
Contohnya Bach yang bekerja keras setiap hari selama 10 hingga 18 jam sehari selama
60 tahun. Kemahiran dalam sesuatu aspek boleh dipupuk sebagaimana latihan jasmani.
Seseorang yang sentiasa mementingkan kecergasan, berlatih dan bersenam, akan
membantu beliau membina tubuh yang lebih sihat dan lebih cergas berbanding dengan
orang lain. Otak juga sebagaimana otot- otot fizikal manusia, perlu digunakan dan diberi
latihan-latihan tertentu, bagi memastikan ianya dipupuk menjadi lebih mahir. Sekiranya
seseorang telah dididik dengan aktiviti-aktiviti yang lebih memahirkan sebahagian fungsi
otak, maka individu berkenaan akan mahir dalam aspek berkaitan sahaja. Kemahiran
dalam sesuatu aspek boleh dipupuk, sekiranya ia tahu cara-cara memupuk kemahiran
kreatif dan melakukannya secara bereterusan.

3.4 Idea Pertama Mesti Datang Secara Lengkap?

Kita telah dikelabui oleh gambaran-gambaran bahawa idea selalunya datang secara
spontan dan lengkap. la diberi nama ilham dan mestilah lengkap.
Oleh sebab itu, apabila seseorang mengemukakan ideanya, kita akan seboleh-bolehnya
mencari di mana kelemahan idea tersebut dan menolaknya di mana mungkin. Alasan
yang diberi ialah idea tersebut ada kelemahan dan adalah menjadi tanggungjawab kepada
empunya idea untuk memperbaikinya. Persepsi begini sebenamya telah banyak
merugikan kita, kerana kita tidak akan menerima idea sebagai baik selagi ia tidak
dipersembahkan dalam sebaik-baik bentuk. Idea tidak datang secara spontan dan lengkap,

11 | P a g e
sebagaimana gamba kartun yang dilukis dan dipaparkan dalam buku-buku atau dalam
akhbar.

Idea yang datang secara spontan biasanya tidak lengkap. Apabila idea dijana oleh
seseorang, apa yang berlaku ialah penjanaan idea tersebut adalah diasaskan kepada
persepsi, maklumat dan pengalaman individu tersebut sahaja. Dengan sifat terhad, maka
kemungkinan idea menjadi tidak lengkap dan tidak boleh diterima. Yang menjadi
masalah di sini ialah persepsi mengenai idea spontan dan lengkap ini boleh menghalang
penjanaan dan pengemukaan idea kepada masyarakat. Bayangkan seorang yang mahir
menjana idea, mengemukakan idea tersebut kepada masyarakat, kemudian ditolak kerana
idea tidak sempurna. Apabila berlakunya penolakan berkali-kali, maka kemungkinan
individu berkenaan menjadi tidak lagi terdorong untuk mengemukakan idea-idea
barunya.

4. INDIVIDU KREATIF TERSOHOR

Individu kreatif tersohor merupakan individu yang memiliki kebolehan kreatif yang
amat luar biasa. Kreativiti yang reka miliki adalah pada tahap tinggi. Mereka telah
menghasilkan idea kreatif tinggi yang jarang-jarang dapat dihasilkan oleh manusia
biasa. Kebolehan dan bakat kreatif yang mereka miliki telah mengubah corak pemikiran
dan gaya kehidupan dunia. Mereka telah meletakkan idea dan hasil pemikiran kreatif
untuk dimanfaatkan oleh manusia seluruh dunia. Antara individu kreatif yang
dimaksudkan adalah E. Paul Torrance, Edward De Bono, Beth Nesmith, Ibnu Rushd,
Leonardo da Vinci, Albert Einstein, Bill Gates.

4.1 E. Paul Torrance (1915-2003)

Dr. Ellis Paul Torrance dilahirkan pada tahun 1915 di Georgia, Amerika Syarikat.
Torrance menerima pendidikan awal di Georgia Military College. Beliau mendapat
Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Michigan. Kerjaya awal beliau bermula
sebagai seorang guru. Beliau merupakan Profesor Emeritus di Universiti Georgia.

12 | P a g e
Jasa dan sumbangan Torrance dalam disiplin kreativiti amat besar
sehingga Persatuan Kreativiti Amerika Syarikat menggelar beliau sebagai The
Father of Creativity. Beliau juga dikenali sebagai The Creativity Man oleh
Persatuan Psikologi Amerika Syarikat. Universiti Georgia telah menubuhkan
sebuah pusat pengajian yang dinamakan sempena nama beliau, iaitu The Torrance
for Creative Studies. Beliau telah memberi tumpuan terhadap kepintaran luar biasa
selama 25 tahun di University Minnesota. Selepas itu, kajiannya ditumpukan dalam
skop kreativitı dan kepintaran di Universiti Georgia.

Torrance merupakan antara pengkaji paling awal dalam bidang kreativiti


dan telah menghasilkan uiian kreativiti pada tahun 1943 semasa di Georgia Military
College.Ujian kreativiti Torrance yang paling dikenali ialah Torrance Test of
Creative Thinking (TTCT). Ujian ini merangkumi ujian fleksibiliti, kelancaran dan
keaslian verbal dan grafik untuk mengukur tahap kreativiti individu. TTCT ini telah
digunakan dalam lebih daripada 2000 penyelidikan pelbagai peringkat pengajian
dan institusi. TTCT telah diteriemah ke dalam lebih 32 bahasa di seluruh dunia
termasuk Malaysia.

Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dalam pelbagai genre yang


berkaitan dengan kreativiti, iaitu lebih 50 buah buku, 1500 artikel jurnal, dan
menyampaikan
kuliah di seluruh dunia. Antara karya besar beliau ialah Why Fly? A Philosophy of
Creativity.

4.2 Edward De Bono (1933-)

Profesor Edward de Bono merupakan pengarah dan perunding CoRT (Cognitive


Research Trust) yang telah ditubuhkan seawal tahun 1970-an. CoRT merupakan
projek terbesar de Bono yang telah diperkenalkan ke seluruh dunia. Beliau berasal
dari Malta dan mendapat pendidikan formal di Amerika Syarikat, iaitu sarjana dalam
bidang psikologi dan fisiologi di Rhodes (Oxford). Seterusnya memperolehi Ijazah
Doktor Falsafah dalam bidang perubatan dari Cambridge. Beliau pernah menjawat
beberapa jawatan penting di beberapa buah universiti seperti di Cambridge, Oxford,

13 | P a g e
Harvard dan London. Beliau telah membawa dimensi baru dalam pedagogi dan
andragogi pendidikan pemikiran. Menerusi pendekatan dan gaya yang mudah, beliau
telah berjaya meletakkan sains pemikiran sebagai disiplin terpenting abad ke-21 ini.

Usaha de Bono telah memberi nilai tambah kepada pelbagai institusi dan
organisasi pendidikan, korporat, dan kerajaan di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.
Pada hari ini de Bono amat terkenal dan dihormati dalam bidang sains pemikiran
hinggakan banyak negara di dunia seperti Jepun Venezuela, Kanada, Malta, Singapura,
China, Rusia, dan Amerika Syarikat telah menggubal suatu kurikulum khusus tentang
kemahiran berfikir kreatif dalam kurikulum pendidikan. Selain itu, banyak syarikat
multinasional seperti DuPont, Prudential, Ericson, IBM, NTT (Jepun), Siemens,
Bosch, Mondadori, GM, BT, Nokia, Exxon, dan Shell telah menggunakan khidmat dan
kepakaran beliau dalam usaha membangunkan sumber tenaga manusia yang kreatif dan
berkualiti.

Selain mengeluarkan modul pemikiran, beliau juga telah merakamkan idea


dan pendekatan sains pemikiran ke dalam lebih 67 buah buku dan beratus-ratus artikel
dalam bidang ini. Sambutan terhadap karya-karyanya amat menggalakkan. Karya
beliau telah diterjemahkan ke dalam lebih 37 bahasa termasuklah Arab, Cina, Korea,
Jepun, Hebrew, Urdu, Melayu, Inggeris, dan sebagainya. Antara
karya-karya beliau dalam bidang sains pemikiran adalah seperti: CoRT Thinking 1-6,
I'M Right; You Are Wrong: From This to the New Renaissance Atlas of Management.
The CoRT Thinking Skill Programme. Lateral Thinking: Creativity Step by Step.
Handbook of Positive Revolution.

4.3 Albert Eintein (1879-1955)

Albert Einstein dilahirkan pads 14 Mac 1879 di Ulm, Jerman. Hermann Einstein dan
Pauline merupakan ibu bapa kepada saintis yang terkenal ini. Herman bekerja sebagai
seorang penjual katil. Keluarga Einstein telah berpindah ke Munich, ketika beliau
masih kecil. Keluarga Einstein kemudiannya telah menjalankan perniagaan
komponen elektronik. Perniagaan tersebut mengalami kegagalan dan keluarganya telah

14 | P a g e
berpindah ke Milan, Itali pada tahun 1894. Walau bagaimanapun, Einstein tidak
bersama keluarga kerana beliau mahu menghabiskan pengajiannya di Munich.

Pada tahun 1894, Albert Einstein meninggalkan zaman persekolahannya


tanpa menamatkannya dengan mengambil satu peperiksaan khas untuk memasuki
Swiss Polytechnic, iaitu salah sebuah politeknik yang terkenal. Walau bagaimanapun
beliau gagal. Selepas itu, keluarganya menghantar beliau ke bandar Swiss untuk
menyambung persekolahannya yang tergendala itu. Ketika beliau berusia 17 tahun,
beliau telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke The Federal Polytechnic di Zurich.

Setelah menamatkan pelajarannya pada tahun 1900, Albert Einstein telah


menjadi warganegara Swiss. Di situ beliau menjadi seorang tutor di Cshaffhausen,
Switzerland.Pada tahun 1902 pula, beliau telah bekerja di sebuah tempat yang bernama
Swiss Patent Office. Pada tahun 1905, Albert Einstein telah melahirkan satu teori
tentang kerelatifan. Beliau kemudiannya menghantar kertas kerja yang bertajuk
'Electrodynamic of Moving Bodies.Ketika berusia 26 tahun, beliau mengemukakan
teori e=mc. Pada masa yang sama, beliau masih bekerja sebagai seorang pemeriksa di
Swiss Patent Office.Pada tahun 1911, beliau telah berpindah ke Prague dan
dianugerahkan Jawatan profesor di universiti Jerman.Beliau adalah professor termuda
yang menghadiri Slovay Conforence di Brussels, iaitu persidangan fizik dunia. Pada
tahun 1912, beliau telah berpindah ke Zurich dan memegang jawatan profesor dalam
Theoretical Phyics di Universiti Berlin, Pada tahun 1915, beliau telah menyelesaikan
masalah General Theory of Relativity.

Beliau meninggal dunia pada 18 April 1955, di Treton New Jersey akibat sakit
jantung. Sumbangan beliau yang paling berharga kepada tamadun dunia adalah Teori
Kerelatifan Am Teori Kerelatifan Khas. Albert Einstein telah dicalonkan oleh majalah
TIME sebagai manusia genius-kreatif pada abad ke-20. Bagaimanapun, beliau
bukanlah pelajar yang pandai di sekolah. Beliau serirg berkhayal dan suka
mengimpikan sesuatu yang luar biasa. Beliau sering kali dimarahi oleh gurunya ketika
di dalam kelas. Semasa remaja, beliau memperolehi inspirasi menerusi mata pelajaran
matematik dan fizik. Beliau sangat meminati Michaelangelo dan mempelajari sifat,

15 | P a g e
watak dan pemikiran Michaelangalo secara mendalam. Beliau berpendapat kreativiti
dan imaginasi amat penting kepada pemikiran seseorang kerana daripadanya manusia
menghasilkan idea-idea asli dan luar biasa.

4.4 Leonardo da Vinci (1452-1519)

Leonardo da Vinci dilahirkan pada tahun 1452 di sebuah pekan kecil, Anchiano di
daerah Vincci, Florence. Anak kepada Piero da Vinci dan Caterina ini memulakan
kerjaya sebagai pelatih di sebuah studio terkenal Itali. Beliau bekerja di sini sehingga
tahun 1483 dan kemudiannya berhijrah ke Milan. Di Milan, beliau telah diupah oleh
Lodovinco Sforza untuk membina statut ekuesterian. Ramai berpendapat
kerja yang dihasilkan oleh da Vinci bermutu dan mempunyai nilai
estetika yang tinggi dan ramai yang mengaguminya.

Leonardo da Vinci dikenali sebagai manusia dua alam (A Man of Both


Worlds). Beliau mempunyai pemikiran dan seni. Da Vinci ialah pengukir, pelukis,
pengecat, ahli muzik, jurutera, inventor, dan saintis. suatu kebolehan yang sukar
ditandingi oleh mana-mana individu kreatif. Tidak hairanlah da Vinci digelar sebagai
Renaissance Man bersamaan dengan zaman yang telah memulakan pembaharuan
dalam pelbagai tradisi seni, sastera, sains, dan sekularisme.

Sepanjang kerjayanya, da Vinci telah memberi sumbangan yang besar dalam


bidang sains anatomi. Beliau telah melakarkan banyak reka bentuk mesin dan
teknologi pada pertengahan abad ke-15 dan awal abad ke-16. Namun selepas 300
hingga 400 tahun kemudian barulah lakaran da Vinci dapat dihasilkan. Buku lakaran
da Vinci, Da Vincci's Sketchbook amat masyhur di serata dunia. Terdapat ribuan
lakaran yang telah dihasilkannya mencakupi kaji tentang kehidupan, sains, dan seni
bina. Lakarannya masih dikaji hingga ke hari ini. Banyak lakaran yang berkaitan
anatomi manusia telah membantu para doktor memahami struktur fizikal manusia.

16 | P a g e
Dalam bidang seni lukis pula, da Vinci telah menghasilkan suatu tema dan
motif baru sesuai dengan kebangkitan pada masa itu. Karya lukisan sebelumnya amat
statik, kurang realistik, dan abstrak. Pengaruh da Vinci dalam seni lukis telah
mempengaruhi dunia pada ketika itu dan ia berkembang sehingga ke hari ini. Karya
agung yang telah dihasilkannya adalah The Mona Lisa, The Last Supper, dan Madonna
of the Rocks

Leonardo da Vinci meninggal dunia pada tahun 1959. Beliau amat disayangi
oleh Raja Perancıs yang sentiasa memberi galakan dan naungan dalan seni dan sains.
Da Vinci juga dikenali sebagai The Great Thinker oleh sarjana Eropah dan
menganggap beliau sebagai manusia terhebat dalam bidang seni kreatif.

5. MENERBITKAN IDEA

Semua teknik baerfikir kreatif yang dicipta olch para pakaradalah untuk menolong kita
mengatasi berbagai rintangan kreativiti. Kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar
psikologi dan pakar-pakar kreativiti membuktikan bahawa daripada sekian banyak idea, akan
muncul satu idea yang bagus. Idea pertama sentiasa dapat mencetuskan idea kedua, ketiga
dan seterusnya. Dengan menerbitkan banyak idea, kita akan memperolehi idea-idea yang
beraneka ragam dan idea-idea yang asli, iaitu idea yang baru sama sekali. Thomas Edison
mencipta kira-kira 3,000 idea berkenaan elektrik. Hanya dua di antara idea-idea itu yan
layak dan dapat dipatenkan.

Salah satu sebab mengapa seseorang itu tidak dapat menerbitkan sebanyak-banyak
idea alternatif ialah kerana kita hanya mahukan idea-idea yang 'masuk akal' Sahaja. Padahal
seperti yang selalu terjadi, idea-idea yang pada mulanya tidak masuk akal, tetapi selepas idea-
idea itu dipertimbangkan barulah tercipta idea yang lebih baik. Jadi, idea-idea yang
gila tetap berguna kerana ia menjadi pencetus kepada idea-idea yang bermutu. Perkara-
perkara yang berlaku di sekeliling kita adalah sumber ilham bagi mencipta idea-idea yang
bagus dan dapat dipasarkan.

17 | P a g e
Sebagai contoh, LeoGerstenzang mendapat idea mencipta dan menjual batang putik
kapas apabila pada satu hari beliau melihat isterinya membungkus hujung batang kayu
pencungkil gigi dengan kapas kerana hendak mencuci lubang telinga anaknya. Otto
Dietenbach mendapat idea mencipta straw minum daripada selofan sewaktu dia gatal-gatal
tangan melilit sebatang besi kecil dengan plastik pembungkus kotak rokok Charles Strite
mendapat idea mencipta alat pembakar roti automatik apabila pada satu hari dia melihat roti
hangus terbakar di kantin tempat dia bekerja. Rudolph Schneider mendapat ilham mencipta
kad kreadit pertama di dunia iaitu kad Diners Club apabila satu hari dia sedang membelanja
kawan-kawannya makan di restoran tiba-tiba dia baru sedar dompet wangnya hilang.

Ole Evinrude mendapat ilham mencipta enjin bot sangkut apabila satu hari sewaktu
dia sedang berdayung sampan kerana hendak berkelah ke sebuah pulau, tiba-tiba
aiskrim yang dibawanya cair. Dia menghadapi masalah tidak cukup tangan hendak
berdayung dan memegang aiskrim serentak. Alessandro Volta mendapat ilham mencipta
bateri elektrik pada tahun 1799 sewaktu beliau sedang cuba mencari penjelasan mengapa
katak yang dibedah, kakinya akan bergerak apabila disentuh dengan logam tertentu. Pada
tahun 1876 semasa Alexander Graham Bell mencipta telefon pertama dunia, sebenarnya
waktu itu dia sedang cuba mencipta alat pendengaran bagi orang pekak.

5.1 Terbalikkan Dan Terbalikkan

Teknik ini dicipta oleh Edward Glassman dan ia mampu menukar pola pandang fikiran
cara-cara kita dalam menilai dan menyelesaikan masalah. Caranya:

(1) Tuliskan apa masalah itu. Gunakan kata kerja perbuatan. Sebagai contoh "Bagi
memperbaiki mutu sambal belacan saya."

(2) Tukar perkataan memperbaiki dengan antonim perkataan itu. Sebagai contoh "Bagi
menurunkan mutu sambal belacan saya."

18 | P a g e
(3) Cari jalan supaya mutu sambal itu turun. Sambil memikirkan perkara itu, otak kita
akan terfikir perkara-perkara yang sebaliknya, iaitu cara-cara bagi memperbaikinya.

5.2 Memberi Kegunaan Baru

Sudahkah saudara ketahui bahawa ubat penaik tepung (baking soda), selain digunakan
bagi membuat apam dan kek, ia juga digunakan bagi menghilangkan bau busuk peti
sejuk, pencuci daki yang degil dan pemutih gigi? Sudahkah saudara ketahui
velcro, iaitu pita kain yang 'berbulu-bulu' yang selalu digunakan bagi melekatkan dua
keping kain, ia juga digunakan sebagai komponen pada lebih daripada 5000 barangan
yang dipatenkan? Kamar-kamar dalam jantung tiruan Jarvick-7 dilekatkan dengan
velcro supaya ia mudah dipisah-pisahkan sekiranya ada kamar yang perlu diganti.
Banyak alat-alat di dalam kapal angkasa lepas diikat dengan velcro, termasuk bahagian-
bahagian kapal itu sendiri. Malah para angkasawan dalam kapal angkasa itu pun diikat
dengan velcro. Velcro juga digunakan pada alat pengukur tekanan darah, bagi mengikat
penebat dalam penjana kuasa nuklear, pada senapang mesin gan, pada kasut, bagi
mengikat bahagian-bahagian pada sayap pesawat terbang, pada kain lampin bayi,
pakaian kakitangan perubatan dalam dewan bedah dan macam-macam lagi. Dengar
memberi kegunaan kegunaan baru pada benda-benda yang sudah ada di sekeliling kita,
banyak masalah dapat diselesaikan.

5.3 Peta Minda

Teknik ini dipopularkan oleh Tony Buzan dan ia digunakan secara individu.
Sebenarnya ia adalah suatu cara bagai seseorang itu mencatatkan idea-idea dalam
ingatannya. Bagi menerbitkan idea-idea itu, Tony Buzan mencadangkan supaya kita
berfikir seolah-olah kita sedang melakukan perah otak. Itulah sebabnya apabila kita
membuat peta minda kita disuruh mencatitkan saja apa-apa idea yang melintas di
kepala. Kita tidak dibenarkan mengkritik mahupun menilai idea-idea kita sendiri. Kita
juga disuruh menerbitkan sebanyak-banyak idea. Lebih banyak idea, lebih bagus. Kalau
hendak menilai idea -idea itu, tunggu dulu sampai kita sudah habis berfikir.

19 | P a g e
5.4 Perah Otak

Mengikut Higgins, teknik perah otak ialah salah satu teknik yang paling efektif bagi
menerbitkan pelbagai idea baru dan penyelesaian masalah. Beliau menganggarkan
teknik ini adalah teknik yang paling banyak digunakan pada masa ini. Teknik ini dicipta
oleh Alex Osborne pada tahun 1953 iaitu seorang pengamal bidang periklanan. la diberi
nama brainstorming (storm) idea-idea yang ada. Cara-cara mengendalikan teknik
ini adalah seperti berikut:

1. Tubuhkan satu kumpulan terdiri antara 6 hingga 12 orang, tambah seorang ketua dan
pencatat.

2. Ketua kumpulan memberikan masalah yang hendak diselesaikan

3. Ahli-ahli kumpulan memberikan idea-idea bagi menyelesaikan masalah itu. Idea-


idea itu dikemukakan dengar cara bercakap manakala tukang catat akan mencatatkan
idea-idea itu di atas papan putih.

4. Selepas dua puluh lima minit, berhenti dulu berehat.

5. Kemudian kumpulan membincangkan idea-idea tersebut

Ahli-ahli kumpulan boleh terdiri daripada kakitangan jabatan


yang sama ataupun daripada jabatan-jabatan yang berlainan.
Ada empat peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang sesi perah
otak:

1. Tidak dibenarkan mengkritik ataupun mengulas idea-


idea yang dikemukakan.

2. Semua idea, walaupun tidak praktikal, lucu, bodoh


ataupun gila-gila hendaklah dicatatkan

3. Keluarkan sebanyak-banyak idea yang boleh.


20 | P a g e
4. Tangguhkan pertanyaan hingga selepas waktu rehat.

Teknik perah otak dapat digunakan bagi bermacam-macam jenis masalah


termasuklah masalah pemasaran, pencip produk, perancangan, kepimpinan, sumber
manusia, motivasi dan lain-lain lagi.

5.5 Teknik-Teknik Jepun

Kebanyakan teknik kreativiti yang digunakan secara meluas di Jepun mempunyai


banyak persamaan dengan teknik perah otak. Teknik mereka itu memang sangat selaras
dengan tabiat semula jadi bangsa Jepun yang mementingkan adat bekerja secara
berkumpulan. Bangsa Jepun bukan bangsa yang memuliakan sikap individualism
seperti halnya bangsa Amerika. Walaupun bangsa Jepun suka berfikir dalam kumpulan,
tetapi cara berfikir mereka berlainan dengan cara Amerika. Dalam sesi perah otak gaya
Amerika, peserta-peserta bercakap, tetapi orang-orang Jepun tidak. Sesi perah otak
gaya Amerika adalah 'bising' mana- kala sesi perah otak Jepun senyap, seolah-olah ia
mesyuarat orang-orang bisu.

Bangsa Jepun ialah bangsa yang sangat menjaga sopan santun dan adab
bercakap. Tidak seperti orangAmerika yang bercakap dengan 'main lepas' sahaja,
bangsa Jepun lebih suka diam daripada menjatuhkan air muka orang lain. Bagi bangsa
Jepun, perbuatan menentang pendapat orang lain secara terbuka adalah perbuatan yang
biadab kerana bagi orang Jepun dia sangat malu apabila ideanya tidak dapat
diterima olch orang lain. Oleh itu bangsa Jepun mempunyai cara mereka sendiri bagi
mengemukakan idea-idea kreatif mereka sambil menjaga air muka rakan-rakan mereka.

5.6 Kreativiti Gaya Barat

Kreativiti Barat mementingkan pemikiran inovatif yang banyak memberi


kebebasan kepada individu. Kebebasan ini memungkinkan penemuan idea-idea
baru dan penghasilan produk inovatif baru dalam pasaran. Menurut Paul dan
Laurence (1995)
21 | P a g e
"Western creativity is like growing wheat, the key crop in the west, a
crop which cannot be forced but must be allowed to develop
spontaneously in its own way after the proper conditions have been
provided. The land must be ploughed, the soil fertilised and the
western ideas allowed to germinate quietly. Western creative thought
is planted as seeds and the strongest seeds survive, laissez faire. The
winners and losers are not selected a priority"

Di Barat, penyelidikan kreatif memerlukan cabaran, perasaan ingin tahu,


dan berhadapan dengan risiko. Oleh kerana itu, Barat terkenal dengan perintis idea-
idea baru. Barat amat kaya dengan sumber asli dan bahan yang mencukupi. Falsafah
hidup, budaya hidup, semangat kreativiti telah disuburkan sejak di bangku
lagi. Sejak zaman industri lagi, kita menyaksikan Barat
telah bangun sebagai kuasa baru dalam aspek ekonomi, politik, pendidikan,
teknologi, dan sains. Ramai tokoh tersohor dalam pelbagai bidang yang boleh
dikaitkan seperti Thomas Alva Edison, Nicolaus Copernicue Humprey, Louis
Daguerre, Henry Joseph, Michael FaraDay Enrico Fermi, Guglielmo Marconi,
Stephen Hawking, William Shakespeare, Bill Gates, dan ramai lagi.

Kelebihan kreativiti Barat adalah terletak pada kebolehan dan bakat


individu. Hal ini berlaku kerana masyarakat Barat sememangnya hidup dalam
suasana liberal, individualistik, dan menghormati individu sebagai manusia yang
berbakat.

6. HALANGAN PEMIKIRAN KREATIF

Kegagalan seseorang menggunakan pemikiran kreatifnya, disebabkan oleh kekangan mental


dan persekitarannya. Kekangan mental berlaku apabila seseorang itu memiliki faktor-faktor
negative yang mengongkongpersepinya:

6.1 Tidak Dapat Kenal Pasti Masalah Yang Hendak Diselesaikan

22 | P a g e
Idea tidak akan mengalir keluar jika kita tidak mengenal pasti apakah masalah yang
hendak diselesaikan. Kita perlu benar-benar mengenal pasti dan meyakini apakah isu
dan masalah utama yang kita hadapi. Apakah kita faham maksud masalah yang kita
hadapi atau kita sendiri ragu akannya. Sikap yang berbelah bahagi seperti ini
menyukarkan kita menyediakan alat dan teknik berfikir yang sesuai untuk
menyelesaikan sesuatu masalah itu.

6.2 Memberi Perhatian Kepada Apa Yang Ingin Kita Lihat Sahaja

Ini merupakan kelemahan persepsi kita. Kita tidak mampu membuat asosiasi, gabungan
idea dengan unsur-unsur lain dalam persekitaran. Kita hanya melihat pinggan mesti
bulat dan pipih, kita merasakan ia mesti panjang, ada tempat duduk, dan suasana yang
merimaskan.

6.3 Gagal Menggunakan Semua Deria

Deria amat sensitif. Sensitif dengan apa yang dilihat dirasa, dihidu, disentuh, dan
didengar. Deria dapat memaklumkan kepada kita apa jua yang dapat dicerap olehnya.
Pancaindera mestilah dieksploitasi dan dimanipulasikan secara optimum dan
menyeluruh. Sensitiviti mata, hidung, telinga, lidah, dan tangan perlu dijana agar kita
tidak ketandusan idea. Bukti nyata yang dapat dilihat seperti novelis terkenal dunia
Helen Keller dan Stevie Wonder (penyanyi). Walaupun kehilangan satu daripada deria
yang ada tetapi mereka masih mampu bersaing dan menjadi lebih hebat daripada orang
lain.

6.4 Kesukaran Mencari Hubung Kait Antara Maklumat Yang Tidak Berkaitan

"The simple secret of my genius is that I created some- thing new out the ideas and
inventions of others"

(Henry Ford)

23 | P a g e
Realitinya, bukan mudah untuk mencari perkaitan antara maklumat yang tidak
berkaitan. Apakah maklumat tentang warna pelangi dan rotan dapat menyelesaikan
masalah berebut-rebut untuk membeli makanan di kantin sekolah. Logiknya, tidak
mungkin terdapat perkaitan. Namun itulah pemikiran kreatif, ia serba mungkin dan
boleh diimplementasikan dengan berkesan. Dengan kata lain, toleransi terhadap
ambiguiti memungkinkan terhasilnya sesuatu idea, teknik, proses, dan produk yang
baru. Hal ini ditegaskan oleh Sloane (2003), "The vast majority of new ideas are
not original but derived from something else. Most great
ideas are really combinations of other ideas

6.5 Takut Gagal, Takut Dikritik Dan Takut Ambil Risiko

Ternyata orang yang takut gagal adalah kerana takut dirinya dikritik. Risiko menerima
kritikan dan cercaan dianggap berat dan memalukan. Bagi mereka, ia satu risiko yang
bukan kepalang yang mesti ditanggung. Lihat sahaja bagaimana tokoh-tokoh seperti
Shanon Ahmad, Mansor Ahmad, tidak keterlaluan Abraham Graham Bell, Henry Ford,
dan Columbus.

Menurut Dr. William E. Coyne Sr, Timbalan Presiden 3M:


We acknowledge that failure is part of life...and we expect failure on a grand scale. For
every 1 000 raw ideas, only 100 are written up as formal proposals. Only a
fraction of those become new product ventures. And more than half our new product
ventures fail"

(Reid, 2002)

Gamez (1997) menyenaraikan takut' (fear dalam konteks kreativiti kepada tujuh jenis,
iaitu:

(i) Fear of failure.

(ii) Fear of problems.

(iii) Fear of work.

24 | P a g e
(iv) Fear of fun.

(v)Fear of exploring.

(vi) Fear of abandonment.

(vii) Fear of being alone

7. KESIMPULAN

Pendek kata, kreativiti adalah suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh
semua manusia. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang tidak kreatif. Jika ada
yang mengatakan sebaliknya dia seolah-olah menyanggah anugerah yang telah
diberikan oleh Allah Ta’ala. Cuma kecenderungan dan keupayaan seseorang itu
berkreativiti banyak bergantung kepada faktor diri, persekitaran dan jenis masalah yang
dihadapi. Selain itu, kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja dengan
betul dengan pendekatan yang sesuai dan bersistem. Walaupun kreativiti merupakan
suatu anugerah Tuhan sejak azali, jika ia tidak dipupuk dengan garis pandu beserta
teknik-teknik yang betul, dicambah lagi dengan persekitaran dan diri sendiri, hasil
kreativiti yang berkualiti tidak akan mungkin berhasil.

25 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai