Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBULION,

W.D.T. 86, Tel : 088973313


89158 KOTA BELUD, Fax : 088976587
SABAH.

________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SMKT/KB/(XEA5354)/800-5/10(35)
Tarikh :16 Januari 2017

Pengetua/Guru Besar
SMK/SMKA/SK/SKC_________________________
Kota Belud
.

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH


KOTA BELUD 2017

Perkara di atas adalah dirujuk,

2. Dimaklumkan bahawa Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Kota Belud akan
diadakan seperti pada ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Januari 2017
Hari : Rabu
Tempat : SMK Tambulion, Kota Belud
Yuran : RM100.00

3. Sehubungan itu tuan/puan adalah dijemput menyertai Kejohanan tersebut mengikut


butiran di bawah.
Bil Katergori Bil Peserta Setiap Sekolah
1 Lelaki bawah 18 tahun 8 orang
2 Perempuan bawah 18 tahun 8 orang
3 Lelaki bawah 15 tahun 8 orang
4 Perempuan bawah 15 tahun 8 orang
5 Lelaki bawah 12 tahun 10 orang
6 Perempuan bawah 12 tahun 10 orang

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Yang menurut perintah,

MODILY BANGALI
Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Tambulion, Kota Belud.

SK: fail
PERATURAN-PERATURAN PENTING DAN MAKLUMAN PENTING
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KOTA BELUD 2015

1) Pendaftaran dan pemeriksaan Dokumen


a) Pendaftaran adalah daripada jam 7.00-7.30 pagi. Sebarang masalah kelewatan perlulah
dimaklumkan kepada pengelola dan masa menunggu adalah sehingga jam 8.10 pagi
sahaja.
b) Peserta perlulah warganegara Malaysia. Warga asing tidak dibenarkan.
c) Kad Pengenalan Asal perlu dibawa dan diserahkan semasa pendaftaran dan pemeriksaan
dokumen. Kegagalan membawa kad Pengenalan asal akan menyebabkan peserta tidak
dibenarkan mengikuti kejohanan ini.
d) Peserta yang kehilangan kad pengenalan asal perlu membawa bersama dokumen
pengesahan hilang atau resit penggantian kad pengenalan yang dikeluarkan oleh pejabat
Pendaftaran.
e) Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang M01 dan M02.
f) Borang M01 hendaklah:
i. Bertaip
ii. Semua maklumat lengkap
iii. Ada gambar passport dan dicop dengan cop bulat sekolah.
iv. Ada kebenaran ibubapa
v. Ada tandatangan Penolong Kanan Kokurikulum
vi. Dilampirkan salinan fotostat kad pengenalan.

2) Penetapan Pungutan Mata Bagi pasukan.


a) Hanya pencapaian terbaik 6 orang peserta yang menamatkan larian akan diambil kira
untuk menentukan kedudukan pasukan.
b) Pasukan mendapat agregat tertinggi akan diistiharkan sebagai pemenang.
c) Jika berlaku seri, penamat yang keenam terbaik akan diambil kira bagi menentukan
pemenang.
d) Mata mengikut kedudukan.
Kedudukan Markah
1 20
2 15
3 13
4 10
5 8
6-10 6
11-20 5
21-40 4
41-50 3
3) Penentuan Juara Keseluruhan.
a) Juara keseluruhan dalah berdasarkan kepada jumlah agregat tertinggi yang dikumpulkan
daripada keempat-empat kategori.
b) Jika seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan dikira
sebagai pemenang.

4) Hadiah
a) Acara Individu
i. Kedudukan tempat pertama hingga ke sepuluh setiap kategori.
b) Acara Berpasukan
c) Keseluruhan-Piala Pusingan

5) Penanda Kategori
a) Lelaki bawah 18 tahun-Riben@ binding tape warna kuning
b) Perempuan bawah 18 tahun-Riben@binding tape warna merah
c) Lelaki bawah 15 tahun-Riben@binding tape warna hijau
d) Perempuan bawah 15 tahun-Riben@binding tape warna biru
e) Lelaki bawah 12 tahun-Riben@binding tape warna hitam
f) Perempuan bawah 12 tahun-Riben@binding tape warna hitam

6) Pakaian
a) Sesuai, kemas dan berkasut semasa mengambil hadiah.
b) Pakaian tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

7) Bantahan
a) Bantahan dilakukan serta merta dan tidak lewat daripada 15 minit selepas keputusan
rasmi diumumkan
b) Bantahan bertulis kepada Juri rayuan hendaklah disertai dengan wang pertaruhan
sebanyak RM200.00(Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja-tidak dikembalikan sama ada
bantahan diterima mahupun ditolak)

8) Hak-hak Jawatankuasa pengelola


a) Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
Undang-undang Olahraga KOAM terkini, peraturan-peraturan Am MSSD atau Peraturan-
peraturan pertandingan Kejohanan Olahraga MSSD.
b) Sebarang pindaan tarikh akibat masalah cuaca akan dimaklumkan kepada Pengurus
Pasukan.

Anda mungkin juga menyukai