Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3 (Individu)

Anda dikehendaki menyampaikan pidato secara jelas dengan penuh keyakinan


bertemakan fungsi Bahasa Melayu dalam memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa
ilmu dalam abad.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan
seterusnya hadirin sekalian.

Tajuk pidato saya pada hari ini ialah "Cabaran Bahasa Melayu pada masa kini".
Bahasa Melayu merupakan antara sepuluh bahasa di dunia yang mempunyai pengguna dan
penutur paling ramai. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dan
menggunakan bahasa Melayu. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu
membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia
Tenggara, khususnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Rakyat Malaysia seharusnya
sedar bahawa bahasa ibunda kita ini mengalami kemerosotan kerana banyaknya halangan
dan cabaran yang dihadapi oleh bahasa ini.

Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama ialah ialah persaingan dengan bahasa Inggeris di tanah
air sendiri. Ini disokong oleh Ridzuan Kamis (2012) yang menyatakan bahawa bilangan
pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak
dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain,
dinafikan hak dan upayanya dengan kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Namun
begitu, penulis tidak dapat menafikan bahawa pengaruh penggunaan bahasa Inggeris begitu
sukar ditepis, malah terpaksa diterima kerana bahasa itu merupakan bahasa ilmu dan
komunikasi sejak berzaman lamanya. Dalam erti kata lain, bahasa Melayu sendiri banyak
meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris lalu diserapkan ke dalam kosa kata bahasa
Melayu. Antara contoh kosa kata bahasa Inggeris yang dipinjamkan itu termasuklah catalog
(catalog), number (nombor), activity (aktiviti) dan message (mesej). Ini sangat mengecewakan
penulis kerana walaupun secara dasarnya bahasa Melayu semakin berkembang sebagai
bahasa ilmu, namun kebergantungan bahasa Melayu terhadap kosa kata bahasa Inggeris
telah menidakkan keaslian dan ketulenan bahasa Melayu itu sendiri.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua ialah persepsi masyarakat yang melihat bahasa Melayu
sebagai bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing ini memberi cabaran hebat dalam
memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Mereka sentiasa memandang remeh
kepentingan bahasa ini dan lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing
seperti bahasa Inggeris sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Malah mereka
malu sekiranya tidak fasih dalam berbahasa Inggeris tetapi tidak pula malu apabila bahasa
mereka sendiri iaitu bahasa Melayu semakin rendah martabatnya. Memang tidak dinafikan
bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa penting dan banyak kebaikannya
terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi
jika kita melihatnya dalam konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai
kepentingan yang lebih tinggi memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan
penggunaannya sentiasa diutamakan. Mana-mana pihak yang fasih berbahasa asing tetapi
tidak arif berbahasa Melayu sepatutnya lebih berasa malu dengan keadaan diri mereka
kerana bahasa Melayu merupakan identiti penting bagi seorang warganegara Malaysia
sebagaimana yang sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa tetapi kini ramai dalam
kalangan penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan
lebih bangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa Inggeris yang
dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Indikator saya yang ketiga adalah pencemaran bahasa akibat pengaruh teknologi
semasa, seperti penggunaan sistem mesej singkat (SMS), yang menular terutama dalam
kalangan remaja dan pelajar. Hal ini merujuk bahasa singkatan yang sering digunakan
seperti “ko” (engkau), “amik” (ambil), “yg” (yang), “dr” (dari), “mkn” (makan), dan “awk” (awak).
Situasi ini menunjukkan betapa tercemarnya bahasa Melayu dalam konteks komunikasi
massa. Keaslian, ketulenan dan keindahan bahasa Melayu seolah-olah hilang keupayaan
untuk gah dan gagah dalam kalangan masyarakat terutamanya orang Melayu sendiri.
Perkataan yang disingkatkan ini dilihat mencemarkan budaya fikir bangsa Malaysia. Pelajar,
khususnya remaja, sentiasa terdedah dengan bahasa SMS yang dianggap mudah, cepat
dan ringkas untuk berkomunikasi tanpa memikirkan kesan jangka panjang
terhadapkemarbatan bahasa Melayu. Akibat daripada kebiasaan menggunakannya, pelajar
cenderungmengaplikasikan bahasa SMS dalam karangan mereka di sekolah dan menyiapkan
tugasanuniversiti. Hal ini menampakkan tiada kesedaran patriotik terhadap bahasa sendiri.
Jika dibiarkan bahasa Melayu akan terpinggir dan seakan-akan hilang upaya untuk bersaing
dengan bahasa lain di dunia komunikasi.

Sidang hadirin yang dihormati,

Indikator saya yang keempat dan yang terakhr ialah pengaruh dialek terhadap bahasa
Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang berkembang secara evolusi dan unik bertambah
pula dengan adanya dialek daerah, seperti dialek Utara, dialek Kelantan, dialek Terengganu
dan dialek Perak, serta sukuan Sabah, bahasa sukuan Sarawak dan sebagainya. Ada sarjana
bahasa menyatakan banyak dialek dan slanga dalam bahasa Melayu sedikit sebanyak
menjadi penghalang dan kekangan kepada perkembangan serta kebakuan bahasa Melayu.
Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia sendiri, dialek percakapan yang wujud sebenarnya
adalah atas faktor geografi dan asal usul serta susur galur keturunan. Menurut kajian ilmiah,
dialek tidak boleh membabitkan mereka yang tidak memahaminya kerana hanya akan
menimbulkan salah faham dan kekeliruan makna. Contoh dialek yang digunakan dalam
masyarakat Malaysia adalah seperti dalam dialek Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dengan
"Tidoq ka? Jom pi pekena nasi kandaq." (Tidurkah? Mari makan nasi kandar.) Dialek
Terengganu pula ialah seperti "Aku ada kije." (Aku ada kerja.) dan dialek Negeri Sembilan
dengan "Ekau nak poi mana peneh-peneh ni?" (Awak hendak pergi ke mana dalam cuaca
panas ini?) Jelaslah bahawa faktor dan pengaruh dialek, longat dan slanga juga
meninggalkan impak dalam menghalang keperkasaan bahasa Melayu, baik di peringkat
negara mahupun antarabangsa.

Kesimpulannya, bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai isu dan


cabaran dalam era globalisasi masa kini. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk
sama-sama memikul tanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu
yang pernah dikecapisuatu ketika dahulu. Apalah gunanya kita saling menuding jari antara
satu sama lain kerana ini sama sekali tidak akan membantu dalam usaha memartabatkan
bahasa Melayu. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai