Anda di halaman 1dari 15

EML 411 : PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

TAJUK :

BAHAGIAN B : CABARAN SEORANG GURU PADA ABAD KE 21

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR : KAMALIAH BT JAMALUDDIN

NOMBOR MATRIK : A30105160213

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM


SEKOLAH RENDAH

FASILITATOR AKADEMIK : DRS ZAMRI BIN ABD HAMID

PUSAT PERMBELAJARAN : PPMDR ZON 1 (DAERAH BAGAN SERAI)

1
PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan . Saya telah berusaha dengan
penuh komitmen untuk menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin. Ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada fasilitator saya iaitu Encik Fahmi bin Ahmad Subri yang banyak
memberi bimbingan, panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk menyudahkan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam
usaha menyempurnakan tugasan ini.

Saya selalu teringat kepada pesan guru-guru saya supaya sentiasa konsisten apabila
membuat sesuatu sehingga berjaya. Demi memenuhi aspirasi negara yamg inginkan supaya
semua pendidik mesti menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa maka saya
dengan rendah hati mengharapkan agar kursus ini memberikan kepada saya satu pengetahuan
yang amat berguna untuk diaplikasikan di bilik darjah semasa menjalan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Apa yang pasti, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.dan kelemahan itu
datangnya daripada saya sendiri. Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kelemahan dalam tugasan ini.

2
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 4
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 CABARAN SAYA SEBAGAI GURU PA21 6
4.0 CABARAN SEORANG GURU PA21 7
5.0 PEMBELAJARAN PA21 13
6.0 CIRI-CIRI GURU PA21 13
7.0 KESIMPULAN 13
8.0 RUJUKAN 14

3
BAHAGIAN B

1.0 PENGENALAN

Dalam meniti arus globalisasi yang kian mencabar, ilmu professional keguruan menjadi satu
aspek yang penting untuk membina pemikiran dan amalan guru-guru ke arah yang lebih
efisien bagi membentuk generasi yang akan datang. Iman Al-Ghazali menakrifkan guru
merupakan seorang penyampai sesuatu yang baik, postif, kreatif atau membina kepada
seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringat umur walaupun terpaksa melalui
dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan ganjaran (Hamid Fahmy
Zarkasyi, 1990). Ungkapan ini jelas menunjukkan bahawa guru merupakan pemangkin wadah
perjuangan untuk membina daya pemikiran, analitikal, kritis, kreatif dan inovatif bagi
melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kelas pertama.

Dalam usaha untuk menguji keupayaan dan amalan guru yang lebih mantap, terdapat
aspek yang perlu diambil kira iaitu Falsafah Pendidikan Guru, Ilmu Peningkatan
Profesionalisme Guru, Kemahiran Kaedah dan Teknik Pengajaran serta Nilai-nilai
Professional Keguruan.

Seperti yang diketahui umum, falsafah pendidikan guru digubal dengan berasaskan
model konseptual pendidikan guru. Sebagai seorang guru yang berkaliber, guru hendaklah
berperwatakan dengan didasari oleh tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan
juga kendiri untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh negara. Dalam professional
keguruan, pembangunan modal insan merupakan teras untuk membentuk amalan-amalan dan
nilai-nilai guru yang efisien. Pembangunan modal insan ditakrifkan sebagai satu proses
pembangunan sumber manusia yang mampu menyumbang secara aktif perkembangan
ekonomi dan jugan pembangunan negara.

Kemahiran kaedah dan teknik pengajaran dalam proses Pengajaran dan


Pembelajaran(PdP) di sekolah amat dititikberatkan bagi mencapai matlamat yang telah di
rancang. Sebagai seorang pendidik, guru sepatutnya bergerak seiring dengan kemajuan
teknologi yang telah melebarkan sayapnya. Bahkan guru tidak boleh ketinggalan dengan
kemajuan-kemajuan internet.

4
Professionalisme keguruan memberikan satu standard kepada para guru untuk
menentukan nilai-nlai kualiti yang sepatutnya ada. Sebagai seorang guru yang menjadi cermin
kepada pelajar-pelajar dan juga masayarakt luar, guru seharusnya mempunyai keterampilan
yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran dan juga tingkah laku.

2.0 LATAR BELAKANG

Secara ringkasnya, model konseptual pendidikan guru merupakan asas kepada falsafah
pendidikan guru. Guru perlu memenuhi tiga elemen asas model konseptual guru iaitu
pengetahuan, nilai serta kemahiran mengenai keguruan. Falsafah pendidikan guru
bermatlamat untuk mengembangkan potensi yang ada pada guru dengan menekankan aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI),sehubungan dengan itu, unsur dalam aspek yang
stabil diperlukan agar berupaya untuk melahirkan generasi baru yang berimpak positif,
inovatif dan berakhlak. Bagi memastikan agar falsafah pendidikan guru dapat dicapai, maka
pendidik hendaklah menjadi guru yang bekesan dengan bersifat fleksibel, mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi, berdedikasi, befikiran terbuka dan sebagainya.

Menurut Al-Farabi peranan seorang guru sangat berkait rapat dengan istilah
pendidikan . Tujuan pendidikan adalah untuk mendisiplin (ta’dib) , melatih (tahdhib) ,
membimbing (tasdid) , mengajar (ta’lim) , mengasuh (tarbiya) , dan menaksir (taqwim).
Tugas guru menurut Al-Farabi juga adalah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai
kebahagiaan dan kesempurnaan iaitu bermoral tinggi kerana manusia diciptakan untuk tujuan
ini. Manusia yang sempurna (al insan al kamil) adalah orang yang telah menguasai ilmu dan
nilai-nilai baik seterusnya dapat menjadi teladan pada orang lain.

Melihat pada cabaran pendidikan pada abad ke-21, sekolah-sekolah di Malaysia


sekarang menghadapi masalah menyedia dan mengeluarkan sumber manusia atau tenaga
kerja yang berkualiti. Syarikat-syarikat perniagaan dan juga agensi-agensi kerajaan terpaksa
menerima pekerja yang tidak kreatif dan kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah,
bekerja secara kolaboratif dan mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah
semasa. Perubahan yang sedang kita hadapi dalam politik, ekonomi, teknologi dan iklim akan
menjadi lebih dramatik pada masa akan hadapan. Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang
perlu membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan
mereka dengan cabaran abad ke-21.

5
Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-
First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci
utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler
pula dalam bukunya Power Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The
21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot
read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi
murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita.

3.0 CABARAN SAYA SEBAGAI GURU PA-21

Sejujurnya saya menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang guru pada abad ke 21 ini.
Saya perlu merancang pengajaran dan pembelajaran yang terbaik setiap hari di samping
menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan untuk setiap subjek. Pengurusan masa dan
tugasan yang baik sangat penting pada ketika ini kerana setiap perkara yang perlu
dilakukan adalah berkaitan dengan kekuatan dan pencapaian saya disamping melanjutkan
pengajian di peringkat lebih tinggi. Oleh sebab itu, saya terpaksa kurangkan masa
beriadah untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan. Menumpukan
perhatian yang terlalu lama dengan tugasan-tugasan membuatkan saya tertekan dan tidak
mampu menghasilkan kerja yang berkualiti. ‘Otak yang cerdas datang daripada badan
yang sihat’.
Selain daripada menumpukan perhatian terhadap tugasan, saya merasakan bahawa
waktu santai adalah sangat penting untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Tekanan
yang dihadapi oleh seorang guru bukan sekadar di sekolah malah di rumah. Hal ini kerana
kerja yang tidak dapat disiapkan di sekolah perlu diselesaikan di rumah seperti mengisi
data-data murid ke dalam buku rekod pelajar . Bebanan yang terpaksa ditanggung oleh
guru lain di sekolah dapat dirasai sepanjang menjadi seorang guru.

6
4.0 CABARAN SEORANG GURU PADA ABAD KE 21

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran,


keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan
keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran
budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru
sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan
masyarakat.

Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran
serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan
disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat
seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak
menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai
taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan
pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa
yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,
kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.

Sewajarnya ibu bapa harus akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran
untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni,
selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa
mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik
menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Ibu bapa
yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku
kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru
menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media.

Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar
yang melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman yang dikenakan adalah proses
mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran
terhadap salah laku yang dilakukan. Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan
profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah
sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal.
Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses
pembelajaran.

7
Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk
berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta
membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah
dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah
bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak
pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing
pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar.
Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita
perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya
keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor
bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga
adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan
sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.

Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di
timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan.
Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar
pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah.
Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja
guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan
menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat.

Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan


kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam
perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah,
pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana
dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.

Pada perspektif sekolah pula, saya dapati sekolah mempunyai masalah kekurangan
fasiliti seperti kekurangan bahan bantu mengajar, punca bekalan elektrik di dalam kelas
dan pemancar LCD. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia merupakan
keperluan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

8
Berdasarkan PPPM 2013-2025, guru perlu menerapkan kemahiran iCT di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan menerapkan penguasaan ict dalam
kalangan murid di sekolah. Kekurangan fasiliti di sekolah akan mempengaruhi dan
menjejaskan kualiti dan pengajaran seorang guru.

5.0 PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom,
terdapat sepuluh idea yang praktikal boleh digunakan oleh pengurus sekolah untuk
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

5.0.1 Open up lessons

Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah


utama semua guru di sekolah. Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau
sebaliknya menjadi perkara kedua. Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara
individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid. Murid
hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi
dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru. Guru pula perlu menyokong dan
memantau sepanjang proses pembelajaran.

5.0.2 Think outside the classroom box

Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja
masing-masing mengadap guru. Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru
menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai
apabila guru merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan kemahiran abad ke-
21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi maklumat, literasi maklumat
dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang baru.

Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi membimbing,


berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya memberi
sokongan. Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana
maklumat senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid.

9
Susunan meja dan kerusi bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti
berkumpulan seperti perbincangan, eksperimen dan kajian.

5.0.3 Get personal

Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid
berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran (slow
learners). Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian khusus kerana
mempunyai keupayaan pelbagai. Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan masa
untuk menangani keperluan murid secara induvidu. Dalam pembelajaran abad ke-21,
pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) memberi peluang dan
tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran
masing-masing.

5.0.4 Tap into students’ digital expertise

Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi
muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara semula jadi
merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat. Kemahiran-
kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-
access Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara
kolaboratif(Peer Collaboration). Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik
apabila projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imej dan video.

5.0.5 Get real with projects

Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan draf
(lebih dari sekali), perbincangan/sumbangsaran/kritikan dan persembahan/pameran. Ketiga-
tiga proses ini adalah kritikal kerana akan menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh
murid dan juga guru. Projek sebegini akan memberi pengalaman kepada murid bekerja dalam
kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu
bapa atau pihak luar.

10
5.0.6 Expect (and help) students to be teachers

Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing
kepada rakan sebaya. Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran berkomunikasi dan jati diri murid tersebut.

5.0.7 Help (and expect) teachers to be students

Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan. Untuk itu, platform yang
sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau
jabatan. Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk
inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.

5.0.8 Measure what matters

Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era
digital sekarang. Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh,
menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting. Begitu juga dengan kemahiran
bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif. Semua
kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana oleh
guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.

5.0.9 Work with families, not just children

Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian
murid. Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian akauntabiliti
dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid. Sebagai contoh, Mayfield Primary School
di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit untuk belajar bersama dengan
anak-anak mereka waktu persekolahan. Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam
penyediaan projek oleh anak-anak mereka seperti membuat persembahan atau
pameran. Jaringan sosial seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk
perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang
dijalankan di sekolah.

11
5.0.10 Power to the student;

Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran. Melibatkan


murid dalam beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan murid)
sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi warga negara yang aktif
apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah telah berjaya mewujudkan
budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan dalam pendidikan dan pembelajaran.

Kemahiran pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapat dalam abad ke-21 ialah:

i. Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)

ii. Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)

iii. Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah:

i. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

ii. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)

iii. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

iv. Literasi Maklumat (Information Literacy)

v. Literasi Media (Media Literacy)

vi. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,


Communications and Technology Literacy)

vii. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and


Adaptability)

viii. Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

ix. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

x. Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

xi. Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

12
6.0 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:

i- Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)


ii- Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
iii- Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka
iv- Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)
v- Memiliki kemahiran kaunseling
vi- Menggunakan teknologi terkini

Ciri-ciri guru yang berkesan ialah guru yang dapat melahirkan unsur keindahan yakni
dapat menghidupkan suasana di dalam kelas. Unsur keindahan adalah unsur-unsur lucu yang
diselitkan dalam proses pengajaran. Selain itu, guru juga perlulah mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi agar mampu mengawal kelasnya. Ini kerana, walaupun guru itu
bertugas di sekolah rendah, ia bukanlah satu tugas yang boleh dipandang enteng kerana
kanak-kanak lebih banyak kerenahnya.

Seterusnya, guru juga perlulah berdedikasi dan berwibawa terhadap professionnya.


Dedikasi merupakan asas kepada kejayaan yang cemerlang. Guru perlulah komited terhadap
kerjayanya supaya semua aktiviti yang dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Ciri-ciri ini haruslah dicapai oleh semua guru-guru agar hasrat
falsafah pendidikan guru Malaysia dapat dicapai dengan jayanya.

7.0 KESIMPULAN

Guru abad ke 21 yang berketerampilan haruslah peka terhadap perkembangan


pendidikan dan teknologi terkini. Guru perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini dan
sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dari masa ke masa agar tidak ketinggalan zaman.
Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu
pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini
akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.

13
Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru abad ke 21 kerana ia dapat mendorong
dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kemahiran guru boleh di
perkembangkan dengan mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang
dianjurkan oleh jabatan. Di samping itu, guru boleh membuat penyelidikan dan penulisan
yang bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam
sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Guru perlu meningkatkan perkembangan
kendiri masing-masing kerana hal ini mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang
mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan
mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan
tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.

14
8.0 RUJUKAN

Ammar al-Talb (1993). Al-Farabi. Prospects: the quarterly review of comparative Education.
Paris, UNESCO: International Bureau pf Education), vol. XXIII, no. 1/2 ,1993,p. 353-372.

Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

Anda mungkin juga menyukai