Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

1.0 Pendahuluan

Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek

“Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang

menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para

filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut

Frankena (1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan,

masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan

etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya

dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka.

Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik,

memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurut

Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan

pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar,

salah, dan sebagainya.Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika

merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang

dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk.

Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal

manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi

perlakuan baik dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka

diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji

tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

1
Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah

tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan

apakah yang tidak.Contohnya, mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan

vandalisme dan salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kedua kelakuan tersebut

sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan

mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakanya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan

tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas

kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.

Moral pula pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa

maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih

merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang

ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral

merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu

masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik

sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika

manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran

tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal.

Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan

masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga

bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem

sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

2
Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing

disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad.

Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan

bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat

diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.

Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan

masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam

setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan

lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara

yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan

adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.

2.0 Hubungan Etika dengan Budaya

Etika dan budaya itu tidak boleh kita pisahkan. keduanya saling melekat dan saling melengkapi

satu dengan yang lain. Kerana apabila suatu komuniti itu mencipta batasan dan peraturan-

peraturan dalam etika tentulah berdasarkan dari kebiasaan dan juga undang-undang yang berlaku

di tempat tersebut. Karena terkadang suatu etika itu tidaklah berlaku sepanjang masa, kadang-

kadang terjadi pelapukan dan pemundaran nilai-nilai etika.Untuk membentuk ataupun membuat

batasan-batasan etika yang baru diperlukanlah kebudayaan kerana kebudayaan itu merupakan

kebiasaaan-kebiasaan yang berlaku pada suatu komuniti tertentu.

Disinilah keterkaitan kebudayaan kerana saiz beretika, patut dan tidak patut, layak dan

tidak layak, nista atau mulia, memalukan atau tidak perlu dianggap malu, semuanya merupakan

sebahagian dari unsur-unsur kebudayaan.Dan itu semua merupakan syarat untuk mencipta etika.

3
Bagi manusia yang menjaga tata aturan hidup dari urusan sopan dan tidak sopan, layak

dan tidak layak, maka perkara malu dan tidak malu, pantas dan tidak pantas, nista atau mulia,

merupakan perkara penting dan sensitif, dan dijaga dengan baik agar segenap tingkah lakunya

tidak tercemar dari sudut etika tadi. Maka dari itu, jelaslah bahawa manusia itu memerlukan

kebudayaan dan juga peraturannya .Aturan etika agar dapat mengikuti perkembangan

Zaman.maka agar keperluan itu dipenuhi kita harus kreatif mencipta. Mungkin mencipta etika,

hanya sebahagian, mungkin mencipta kebudayaan secara keseluruhan.

Contohnya etika dalam budaya perkahwinan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat

melayu, kepentingan etika atau mudah difahami sebagai adat sangat diutamakan dalam

kehidupan mereka. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri

terutama dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam

memastikan kelancaran sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan

hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis perkahwinan

berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik,meminang,bersanding dan

sebagainya. Selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan diselitkan beberapa aktiviti

hiburan untuk para tetamu.

Pertama, merisik atau menengok merupakan adat dan budaya tradisi masyarakat Melayu

yang diamalkan oleh generasi dahulu sehingga sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau

sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan

disini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan

kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih

berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang

terdekat. Bak pepatah Melayu 'tak kenal maka tak cinta'.

4
Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan

dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku.Adat dan budaya ini sebenarnya wajar

diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang

baik bagi semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir

dengan baik

Seterusnya , pertunangan. Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului

dengan adat mengantar mas kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan

terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang

tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlian serta diiringi

dengan barang-barang sampingan seperti buah-buahan,kasut, baju dan sebagainya.

Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan

telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Dalam masyarakat melayu juga, terdapat

dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau

saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya petunangan dibuat secara wasiat bagi memenuhi

permintaan ibu bapa yang sudah meninggal.

Seterusnya, upacara akad nikah. Akad nikah ini merupakan istiadat yang diperlukan oleh

agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin

lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki

pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang

dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi

serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin.

5
Setelah selesai, imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk

ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan bila pengantin lelaki

sudah bersedia. Jika lafaz akad pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengari oleh para

saksi , pengantin perempuan dan para tetamu yang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.

Selesai akad nikah , budaya dan tradisi masyarakat melayu akan membuat majlis

perkahwinan bagi meraikan pasangan yang baru bernikah. Pada hari persandingan,pihak

pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut

kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan

disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah

pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat

yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut.

Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda dihadapan pintu sebelum masuk ke

rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang

kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu

pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari

mereka. Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin

perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengn indah.

Di atas pelamin, mempelai diberi peluang bergambar kenang-kenangan bersama keluarga

dan sahabat handai. Selepas itu pengantin di arak ke meja makan untuk makan beradab. Selepas

beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi

peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwinan mereka.

6
Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2

hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke

bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah

pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba

putih.

Dalam majlis perkahwinan juga , hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan

pengantin serta masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang

gemuruh menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat

setempat yang telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan seperti makanan,

membasuh pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang

diadakan adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagainya.

Namun, etika dalam budaya perkahwinan masyarakay melayu ada juga pantang

larangnya. Dalam tradisi masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada

bakal pengantin baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu

adalah pengantin perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum

diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat

sekeliling dan juga untuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut.

Selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi

masyarakat melayu, rindu yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti

biasa. Pantang larang yang dilakukan dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang

tersendiri terutama menjaga maruah bakal pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga

pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu

7
dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini sedemikian menunjukan bahawa masyarakat melayu

kaya dengan adat dan juga pantang larang.

3.0 Etika Terhadap Keperluan Khusus Individu

Kesibukan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada pertimbangan

materialistik ada kalanya manusia terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup di sekeliling kita.

Manusia kini menjadi begitu rakus sehingga membuat sesuatu pertimbangan melebihi nafsu

daripada akal fikiran yang telah dianugerah oleh tuhan untuk menilai sesuatu perkara sama ada

baik atau buruk sebelum membuat keputusan. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri

sendiri seterusnya melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup dalam keluarga,agama

,masyarakat dan Negara.

Moral adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia

untuk mengenali mana yang benar atau mana yang salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran

tentang kekuatan yang mantap. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau

buruk. (Tam Yeow Kwai, 1996) Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga,

masyrakat dan bangsa.

Secara individu seseorang yang bermoral akan merasakan kehidupan aman dan sejahtera.

Bagi menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera manusia perlukan kasih sayang, keselesaan,

kedamaian, dan kestabilan. Sehubungan dengan itu, manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip

kemoralan yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat

menghindarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa, dihina, dicuri harta bendanya,

ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas.

8
Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup. Individu yang bermoral akan

disenangi oleh masyarakat, apabila melakukan sesuatu aktiviti masyarakat akan memilih orang

yang mempunyai sifat moral yang tinggi kerana mereka lebih dipercayai dalam melakukan

sesuatu perkara dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat tidak akan memilih individu yang tidak

bermoral dalam melakukan sesuatu perkara kerana mereka tidak mempercayai.

Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan

menikamati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral. Setiap manusia

yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada

membuat kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan

yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri .

Sebaliknya satu-satu kejahatan yang dilakukan lambat laun akan membawa akibat buruk kepada

dirinya sendiri. Seseorang yang bermoral ialah seseorang yang telah menunaikan peranannya

dengan berkesan. (Eow Boon Hin , 2003).

Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah keluarga

itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana segala masalah yang timbul

daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil dalam setiap ahli

keluarga dapat mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan menyebabkan

kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang generasi antara anak dan ibu bapa

tidak akan berlaku. Oleh itu, keluarga dapat hidup aman kerana segala keperluan dapat dipenuhi

seperti pengeluaran dan pengagihan barang.

Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang

harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat dapat

9
memupuk persefahaman , bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik.

Dengan adanya individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah

menjadikan negara Malaysia terkenal di seluruh dunia yang mana budi bahasanya rakyatnya

adalah diantara satu simbol negara yang sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan

membangun.

Sebagai contoh etika kepada individu beragama islam yang bekerja sebagai ahli

perniagaan. Dalam agama islam , ia menggalakkan manusia menjalankan aktiviti perniagaan.

Dalam islam juga perniagaan dianggap sebagai satu aktivit yang sangat mulia. Selain itu ,

perniagaan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perniagaan merupakan satu mekanisme

untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang mereka ingini. Pensyariatan perniagaan ini

telah memenuhi fitrah semulajadi manusia.

Dalam islam juga , Allah menegaskan jual beli adalah halal dan haram bagi riba dalam

perniagaan. Justeru itu, individu yang menjalankan aktiviti perniagaan tidak boleh mengambil

riba iaitu keuntungan yang lebih. Islam melarang sebarang bentuk riba sama ada dalam

mendapatkan modal, membuat simpanan ,pelaburan dan seumpamanya. Selain itu juga, islam

melarang peras ugut , mengambil harta dengan cara yang batil dalam pelbagai cara dan bentuk

seperti mencuri, merompak ,menipu , memperdaya, judi dan sebagainya.

Pada masa yang sama , penipuan dalam perniagaan seperti memalsukan tandatangan

,menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan

palsu. Selain itu, amalan rasuah seperti dalam usaha mendapatkan projek dan peluang perniagaan

yang lebih luas dengan jalan yang mudah juga dilarang dan dicerca dalam islam. Mengurangkan

sukatan dan timbangan barang juga dilarang selaian dari menjual buah yang masih di pokok.

10
Jadi , individu yang beretika dalam perniagaan tidak akan melakukan apa yang dilarang

oleh islam . individu perlu ada sikap yang jujur, amanah , bertanggungjawab serta ikhlas dalam

menjalankan aktiviti ini. Amanah apabila penjual dan pembeli bersikap jujur terhadap satu sama

lain dan tidak menipu dalam perniagaan. Sikap ihsan pula individu sebagai peniaga menjalankan

aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan

daripada Allah SWT disamping mendapat hasil keuntungan.

Individu juga mestilah mempunyai sikap etika bekerjasama apabila mampu bertolak

ansur jika terdapat salah faham dan perkara yang tidak diingini dengan pembeli. Selain itu, sikap

tekun dan bersungguh-sungguh harus ada dalam diri individu supaya perniagaan dapat

dikembangkan lagi . banyak faedah kepada individu yang beretika dalam perniagaan antaranya

dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Ia juga menyebabkan penindasan tidak berlaku dan

penipuan di kalangan penjual dan pembeli.

Individu yang beretika juga mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah nabi selain

daripada mendapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Ia juga dapat

meningkatkan ekonomi umat islam di serata tempat dan negara.

4.0 Rumusan

Etika moral mempunyai saling kait dengan sesuatu yang lain,ia bermakna mempunyai kaitan

dengan budaya , juga berkait dengan keperluan khusus individu . selain itu juga, etika moral juga

merujuk kepada sebahagian daripada falsafah. Etika juga menggunakan rasional, logik dan

konsep-konsep tertentu selain dari falsafah lain.

11
RUJUKAN

https://iceps9.wordpress.com/2013/07/31/panduan-asas-perniagaan-cara-islam-dan-tip-cara-

rasullulah-berniaga/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Etika

https://ms.wikipedia.org/wiki/Moral

https://www.scribd.com/doc/68463689/ADAT-PERKAWINAN-MELAYU

Naziza, 4 Disember 2012 https://naziza.wordpress.com/2012/12/04/konsep-perniagaan-dalam-

islam/

12

Anda mungkin juga menyukai