Anda di halaman 1dari 5

‫‪SRAR‬النجاح كمڤوڠ ديو‬

‫سمڠڬول ‪ ,‬ڤيراق ‪34400‬‬

‫تيك س برچريتا ) ڤرمڤوان (‬

‫‪Kisah Nabi Nuh‬‬

‫‪1‬‬
Burung tempua hinggap merata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalammualaikum mula kata,

Awal bismillah pembuka bicara.

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru, seterusya hadirin sekalian.

Kisah Nabi Nuh dengan bahteranya,

Mari dengarkan serta hayati

Firman Allah swt dalam surah Hud ayat 25

‫نولنقنمد أنمرنسملننا كنوحا ا إبنلىَ قنموبمبه إبننيِّ لنككمم ننبذينر ممببينن‬


Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (Dia berkata): "Sesungguhnya Aku adalah
pemberi peringatan yang nyata bagi kamu.

Hadirin sekalian,

Nabi Nuh merupakan keturunan yang kesepuluh dari Nabi Adam a.s. dan nabi yang ketiga selepas Nabi Adam
dan Nabi Idris. Beliau diutuskan oleh Allah SWT sebagai Rasul untuk mengajak umatnya yang kembali
menyembah berhala dengan melupakan ajaran Nabi sebelumnya juga melakukan amalan syirik. Nabi Nuh
berdakwah kepada mereka supaya meninggalkan amalan terkutuk itu dan kembali menyembah Allah swt.
Malangnya dakwah Nabi Nuh langsung tidak diendahkan oleh umatnya pada ketika itu. Pelbagai cara telah
digunakan oleh Nabi Nuh tetapi hanya sedikit yang mempercayai dakwah beliau. Nabi Nuh berdakwah selama
950 tahun kepada umatnya untuk menyembah Allah swt dengan penuh rasa sabar.

Marilah kita semaikan sifat sabar seperti Nabi Nuh kerana dewasa kini bermacam-macam jenayah dilakukan
manusia kerana hilang sabar contohnya membunuh, mendera dan lain-lain lagi.

Sahabat sekalian,

Kaum Nabi Nuh menentang ajarannya. Mereka langsung tidak percaya dengan ajarannya. Mereka mengejek,
menghina, menuduhnya gila malah diugut untuk mencederakannya.. Alangkah angkuh dan sombongnya kaum
nabi Nuh itu. Kaumnya berani mencabar agar Allah swt menurunkan azab kepada mereka

2
Firman Allah dalam surah Hud ayat 32

‫صابدبقينن‬ ‫ت بجندالنننا فنأمتنبنا ببنما تنبعكدننا بإن ككن ن‬


‫ت بمنن ال ص‬ ‫نقاكلوما نيا كنوكح قنمد نجاندملتنننا فنأ نمكثنمر ن‬

Mereka Berkata "Wahai Nuh, Sesungguhnya engkau telah berdebat dengan kami, dan engkau telah berdebat
banyak terhadap kami, Maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika engkau
termasuk orang-orang yang benar".

Bahtera Nuh jadi bualan

Umatnya ingkar tidak beriman

Dianggap gila bahan ketawa

Mengapa di atas bukit dibina

Ya rakan-rakan ,

Setelah dakwah nabi Nuh dihina diejek oleh kaumnya, Nabi Nuh berdoa kepada Allah swt agar kaumnya yang
melampaui batas itu diturunkan azab. Maka Allah swt memerintahkan supaya Nabi Nuh membina kapal. Beliau
segera mengumpulkan para pengikut dan tenteranya mengumpulkan bahan untuk membina kapal tersebut.
Setelah beberapa tahun berlalu kapal tersebut siap dibina dan Allah swt menyuruh Nabi Nuh dan pengikutnya
naik ke atas kapal serta membawa bersama binatang ternakan dan tumbuhan. Nabi Nuh tetap sabar menjalankan
perintah Allah swt.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 40 yang bermaksud “apabila datang hukum Kami untuk membinasakan
mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi ,Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera
itu sepasang tiap-tiap jenis haiwan dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab
atasnya, juga bawalah orang yang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama
melainkan sedikit sahaja.

Baru-baru ini tular di media sosial kita tentang penghinaan kepada nabi secara terbuka. Kita sebagai umat islam
wajib menjaga agama dan nabi terdahulu kerana kita akan diazab oleh Allah swt kelak.

Tuan-tuan dan puan-puan ,

3
Allah swt telah menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh berupa banjir besar yang begitu dahsyat sehingga
menenggelamkan kaumnya yang sesat. Mereka juga di azab dengan sambaran petir yang meyeksakan. Semua
manusia yang beriman kepada ajaran Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah swt dan mereka mendapat kejayaan
dunia dan akhirat.

Firman Allah swt dalam surah Hud ayat 41

‫نونقانل امرنككبوما بفينها ببمسبم ا‬


‫اب نممجنرانها نوكممرنسانها إبصن نرنبيِّ لننغكفونر صربحينم‬
Nabi Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan
berlabuhnya." Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Hadirin sekalian,

Nabi Nuh sentiasa berdakwah di dalam kapalnya malah sempat menyeru anak dan kaumnya supaya bertaubat
dan naik ke dalam kapal. Namun mereka tidak menerima dakwah Nabi Nuh. Akhirnya , isteri dan anaknya
bernama Kan’aan turut menerima azab tersebut. Maka selamatlah orang yang bersama Nabi Nuh dalam
bahteranya. Setelah beberapa hari berlayar, bahtera itu mendarat di Bukit Judi.

Firman Allah swt dalam Surah Hud ayat 48 yang bermaksud " Wahai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh
keberkatan dari kami atasmu dan atas umat-umat (yang soleh) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula)
umat-umat yang kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), Kemudian mereka akan ditimpa
azab yang pedih dari kami" .

Hidayah itu hanya milik Allah

Bukannya milik manusia

Anugerah kurnia tak ternilai harganya

Bersyukurlah kita sentiasa

Sekianlah kisah Nabi Nuh yang diterangkan dalam Al Quran oleh Allah supaya dapat manusia jadikan iktibar
jangan menderhaka kepada Allah. Bantuan Allah SWT tetap kepada orang-orang yang beriman.

Kawan-kawan, kita semua tahu pada masa kini, terdapat banyak cabaran dan ancaman pada umat akhir zaman
yang akan menyesatkan jiwa yang lemah. Oleh itu nasihat saya kepada semua, kuatkanlah hati dan keteguhan
iman juga kembalilah ke ajaran Islam agar berjaya selama-lamanya.

4
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatuhlahi wabrakatuh.

Anda mungkin juga menyukai