Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Gangguan emosi merupakan antara masalah yang semakin bangkit dalam kalangan
rakyat terutamanya golongan bekerja di Negara kita. Terdapat beberapa tokoh
psikologi yang telah mengemukakan pendapat masing-masing bagi masalah
gangguan emosi. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, gangguan emosi
adalah sesuatu yang berlaku akibat dariapada konflik yang tidak dapat diselesaikan,
yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan
tertentu. Gangguan emosi yang berlanjutan akan mendatangkan kesan buruk
kepada individu. Gangguan emosi yang berlaku terhadap murid berpeluang untuk
menyebabkan stress atau tekanan sekiranya berlanjutan dan serius. Gangguan
emosi yang berlaku dalam diri seseorang individu dapat dikaitkan dengan stres yang
dihadapi oleh individu tersebut. Hatta Sidi dan Mohamed Hatta ( 2005), mentakrifkan
stres sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan ( atau
cabaran ) mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Kajian-kajian yang lepas yang
dilaksanakan juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang
kerjayayang menghadapi stres kerja yang tinggi (Cooper 1995, Hart et al.,1995)
dalam Mokhtar (1998).Dengan ini jelaslah bahawa guru dan murid merupakan antara
sasaran bagi gangguan dan tekanan dari segi emosi.

Di Negara kita, golongan guru dan murid juga sering mengalami gangguan emosi.
Hal ini seringkali menyebabkan sistem persekolahan di Negara kita tidak berfungsi
dengan berkesan seperti yang dijangkakan. Tanggungjawab sebagai seorang guru
dan murid di sekolah perlu ditunaikan tanpa sebarang gangguan dari segi emosi bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem di sesebuah sekolah. Masalah
gangguan emosi dalam kalangan guru dan murid di Negara kita, punca bagi masalah
gangguan emosi yang berlaku, kesan daripada masalah gangguan emosi tersebut,
langkah-langkah yang sesuai bagi menangani masalah gangguan emosi dalam
kalangan guru dan murid serta aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi
mempertingkatkan kesejatheraan emosi murid dan guru dijelaskan secara terperinci
dalam bahagian esei yang seterusnya.

2.0 Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Guru dan Murid

Golongan guru merupakan antara yang mengalami gangguan emosi disebabkan


oleh persekitaran pekerjaan dan faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka tidak
dapat berfokus kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Punca bagi
masalah gangguan emosi yang berlaku dalam kalangan guru perlu dikenalpasti agar
dapat merancang inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut. Golongan murid juga

1
tidak terkecuali daripada masalah ini. Murid-murid peringkat sekolah juga sering
mengalami masalah gangguan emosi disebabkan oleh beberapa faktor yang
tertentu. Faktor tersebut perlu dikaji sebagai satu usaha bagi menangani masalah
gangguan emosi dalam kalangan guru dan murid.

2.1 Punca Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Guru dan Murid

Terdapat pelbagai punca bagi masalah gangguan emosi yang dihadapi oleh guru
dan murid. Punca bagi masalah gangguan emosi dapat dibahagikan kepada dua
cabang utama iaitu luaran dan dalaman. Faktor luaran yang menjadi penyebab
utama dalam masalah gangguan emosi guru dan murid adalah seperti faktor
keluarga, rakan sebaya dan persekitaran pekerjaan.Faktor dalaman yang
menyebabkan golongan guru dan murid mengalami gangguan emosi adalah seperti
pemikiran tidak rasioanal yang wujud dalam sistem pemikiran seseorang,
pengurusan masa yang kurang berkesan dan keyakinan diri yang kurang.

2.1.1 Keluarga

Keluarga merupakan pembentuk utama sahsiah dan tingkah laku seseorang insan.
Teladan yang ditunjukkan oleh keluarga sejak dari seseorang individu itu lahir
sehinggalah mencapai alam keremajaan adalah dianggap penting kerana setiap satu
tingkah laku seseorang individu tersebut dibentuk berpandukkan kepada tingkah laku
yang ditunjukkan oleh ahli keluargannya. Peristiwa yang berlaku dalam keluarga
sama ada yang baik atau yang buruk berpotensi untuk membawa perubahan dalam
kehidupan seseorang murid. Peristiwa negatif atau buruk yang berlaku dalam
keluarga seseorang berpeluang untuk memberi impak kepada emosi murid tersebut.
Antara contoh peristiwa buruk yang lazim terjadi dalam sesuatu keluarga adalah
penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, hilang pekerjaan, dipenjara, krisis
kewangan dan lain-lain. Peristiwa seperti ini dapat menyebabkan ketekanan dalam
emosi murid dan seterusnya menyebabkan mereka menunjukkan tingkah laku yang
tidak diingini serta tindak balas fizikal yang ditunjukkan oleh murid di persekitaran
sekolah juga akan sukar untuk dikawal. Adakalanya peristiwa pahit yang berlaku
dalam sesebuah institusi keluarga akan menyebabkan murid bertingkah laku agresif,
mengalami kemurungan, tidak tentu arah dan sebagainya. Gangguan emosi yang
berlaku dalam sistem pemikiran murid akibat daripada peristiwa tersebut merupakan
punca bagi tingkah laku murid yang sukar dikawal oleh orang lain.

Bagi golongan guru, bukan hanya peristiwa pahit atau buruk yang berlaku dalam
keluarganya yang menyebabkan masalah gangguan emosi tetapi juga

2
tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam keluarga.
Kebanyakkan guru mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
dalam keluargannya sebagai ibu atau bapa, anak, anak mertua dan isteri atau suami.
Ketidaksempurnaan dalam pelaksanaan kewajipan dan tanggungjawab mereka
terhadap ahli keluarga serta ketidakkekalan hubungan yang erat dengan keluarga
kerana bebanan kerja akan menyebabkan kewujudan pemikiran tidak rasional dalam
diri guru yang kemudiannya akan menyebabkan gangguan emosi.

2.1.2 Rakan Sebaya

Selain daripada institusi keluarga, rakan-rakan merupakan antara golongan yang


agak rapat dengan seseorang murid. Setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh
rakan sebaya akan memberi impak kepada perkembangan emosi dan tingkah laku
seseorang murid atau guru. Ianya lazim bagi seseorang individu sama ada guru
atau murid untuk mempunyai rasa diterima dalam lingkungan rakan-rakanya.
Adakalanya rakan-rakan akan berfungsi sebagai penentu kegembiraan bagi
seseorang individu. Hal ini menyebabkan wujudnya satu situasi di mana seseorang
individu itu harus diterima, diberi perhatian dan disayangi oleh rakan-rakannya.
Murid atau guru yang diterima sepenuhnya dalam lingkungan rakan akan
mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi untuk mengahadapi sesuatu situasi, lebih
berani untuk berhadapan dengan masalah, lebih bersemangat, mempunyai daya
usaha yang tinggi dan lebih ceria dan aktif dalam pergaulan. Golongan ini
menghadapi tekanan yang kurang berbanding dengan mereka yang tidak diterima
oleh rakan-rakan. Golongan guru dan murid yang tidak mempunyai ikatan
persahabatan yang aktif dengan rakan-rakanya selalunya akan mempunyai
perasaan rendah diri, tidak aktif dalam pergaulan, muram, tidak mempunyai
keyakinan diri, berfikiran negatif dan sebagainnya. Lama-kelamaan semua unsur ini
akan menyebabkan kewujudan gangguan dari segi emosi. Tingkah laku yang
ditunjukkan oleh mereka yang mengalami gangguan emosi akan menyukarkan lagi
keadaan sehingga menyebabkan mereka bertindak agresif dengan orang lain tanpa
berfikir.

Selain itu, tingkah laku yang ditunjukkan oleh rakan sebaya juga berkemungkinan
akan menyebabkan gangguan dari segi emosi dalam kalangan guru dan murid.
Tingkah laku seseorang rakan yang sukar diterima akan menyebabkan berlakunya
pergaduhan, perselisihan idea dan pendapat serta pertelingkahan dengan rakan.
Peristiwa ini berpeluang menyebabkan gangguan emosi dan menjadikkan keadaan
tidak stabil kerana menjadikkan pemikiran seseorang itu tidak rasional.

3
2.1.3 Beban Kerja

Bebanan kerja yang wujud dalam persekitaran pekerjaan merupakan antara punca
berlakunya gangguan emosi dalam kalangan guru. Seseorang yang terlibat dalam
profesion keguruan merupakan seseorang yang berpegang amanah untuk
berkhidmat kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat, Negara dan rakan sejawat.
Tanggungjawab yang disenaraikan di bawah bidang tugas seorang guru memerlukan
kemahiran dan penggunaan masa secara berkesan bagi disempurnakan. Beban
kerja serta tekanan daripada pihak pentadbiran di sekolah mungkin akan
mendatangkan gangguan dari segi emosi dalam kalangan guru kerana faktor-faktor
minor seperti tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi dan menghadapi
kesukaran untuk mengawal keadaan di tempat bekerja. Gangguan emosi yang wujud
akibat kebebanan akan menyebabkan para guru hilang fokus terhadap
tanggungjawab dan prestasi yang ditunjukkan oleh guru menjadi kurang berkesan.

Dari segi murid pula antara aspek yang diberi perhatian dalam faktor ini adalah
seperti kerja rumah yang diberi adalah banyak, masa yang diberi untuk menyiapkan
kerja adalah kurang, perlu menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan , tidak
dapat menyiapkan tugasan yang diberi dan tidak mendapat penjelasan yang cukup
bagi kerja yang diberi.Segala aspek ini menyebabkan berlakunya gangguan dari segi
emosi dalam kalangan murid.

2.1.4 Persekitaran Sekolah

Persekitaran sekolah merangkumi situasi di bilik darjah dan bilik guru, kemudahan
yang disediakan serta ketidakselesaan pada persekitaran merupakan antara aspek
yang diberi fokus dalam faktor persekitaran. Bilik darjah merupakan antara
persekitaran yang terpenting bagi kedua-dua pihak iaitu guru dan murid kerana
tempat itu merupakan tempat berlaku interaksi antara kedua-dua pihak. Situasi bilik
darjah haruslah kondusif bagi memastikan segala proses yang berlaku di dalam bilik
darjah menjadi lebih berkesan dan bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang
terlibat. Situasi bilik darjah yang sukar untuk dikawal terutamanya disebabkan oleh
tingkah laku dan sikap pihak yang terlibat akan menyebabkan berlaku gangguan dari
segi emosi dalam diri pihak yang terlibat iaitu guru dan murid. Guru akan mula
berasa tertekan apabila keadaan tidak lagi terkawal dan murid mula menunjukkan
tingkah laku yang tidak diingini dalam persekitaran tersebut. Situasi ini turut
menyebabkan murid-murid lain dalam sesuatu bilik darjah itu berasa tertekan.
Tekanan yang wujud dalam persekitaran tersebut akan menyebabkan berlakunya
gangguan emosi dalam kalangan guru dan murid. Seterusnya, kemudahan fizikal

4
dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah juga berperanan dalam mengekalkan
emosi yang stabil dalam kalangan murid. Ketidaklengkapan infrastruktur sekolah
akan menyebabkan keadaan tidak selesa dalam kalangan guru dan murid. Murid
dan guru mungkin akan kehilangan inspirasi sekiranya persekitaran fizikal sekolah
tidak lengkap dan adakalanya guru dan murid tidak berpeluang untuk
menyempurnakan tugasan yang diberi kerana kemudahan sekolah tidak lengkap.
Ketidakselesaan yang wujud ini akan menyebabkan gangguan emosi dalam diri
guru dan murid.

2.1.5 Faktor Dalaman

Faktor dalaman utama yang didapati yang menyebabkan gangguan emosi dalam
kalangan guru dan murid adalah ketidakupayaan menghadapi sesuatu situasi. Guru
dan murid pada masa kini yang turut mengalami transformasi mengikut era
modenisasi sering berhadapan dengan jenis situasi yang berbeza. Terdapat juga
situasi yang berlaku di luar kawalan guru dan murid yang menjadi cabaran besar
kepada mereka. Adakalanya guru dan murid yang terlibat dalam situasi yang terlalu
mencabarkan tidak berupaya untuk menghadapi situasi tersebut. Ketidakupayaan
guru dan murid untuk menangani sesuatu situasi menyebabkan mereka mengalami
kerisauan, tidak teliti, dan pasif. Apabila situasi tersebut tidak dapat dikawal oleh
individu yang terlibat, pemikiran tidak rasional yang wujud dalam sistem pemikiran
individu tersebut akan mengakibatkan gangguan dari segi emosi dalam diri murid.
Gangguan emosi yang terbentuk tersebut terjadi kerana murid atau guru yang terlibat
dalam sesuatu situasi di sekolah ataupun di tempat lain tidak berupaya untuk
menangani sesuatu situasi. Apabila situasi seperti ini berlaku, murid juga turut
merasakan kesan daripadanya dan turut mengalami gangguan.

3.0 Langkah-langkah bagi menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan


guru dan murid

Gangguan emosi merupakan antara masalah yang menjadi penyebab kepada


masalah-masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam persekitaran kerja serta
menghalang perkembangan murid yang menyeluruh. Masalah gangguan emosi
perlu ditangani dengan berkesan bagi mewujudkan persekitaran kerja dan belajar
yang lebih aman dan sejathera. Menurut kajian-kajian yang pernah dilakukan dalam
bidang ini, terdapat beberapa inisiatif yang boleh diamalkan bagi menangani
masalah gangguan emosi yang wujud dalam kalangan guru dan murid.

5
3.1 Memperbaiki Persekitaran Am

Persekitaran sekolah dan luar sekolah merupakan antara faktor penyebab utama
bagi masalah gangguan emosi yang berlaku dalam kalangan guru dan murid sekolah
di Negara kita. Ciri-ciri dalam sesuatu persekitaran yang pasif seperti
ketidaklengkapan kemudahan fizikal dan situasi yang tidak tenang serta sukar untuk
dikawal perlu diperbaiki mengikut keperluan individu yang terlibat. Sebagai
contohnya, sekiranya kemudahan fizikal yang tidak lengkap dalam persekitaran
sekolah merupakan penyebab bagi tekanan yang wujud dalam diri murid, alternatif
lain perlu dirancang dan diaplikasikan bagi memperbaiki keadaan tersebut. Guru dan
murid secara bersama perlu menitikberatkan aspek keselesaan dalam persekitaran
mereka dan perlu mengenalpasti masalah yang wujud agar dapat memperbaikinya
bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif agar tidak berasa tertekan dan
mengekalkan kestabilan emosi dan mental. Langkah ini dapat dikaitkan dengan
Teori Penyesuaian Umum iaitu meningkatkan penyeseuaian diri dengan persekitaran
bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi atau bakal berlaku.

3.2 Runding Cara

Golongan guru dan murid yang mengalami gangguan dari segi emosi perlu bersikap
lebih terbuka untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan pihak lain
yang dapat membantu. Merunding cara dengan pakar yang lebih berpengetahuan
dan berkemahiran serta berkompeten akan memberi kesan yang lebih positif dan
tepat berbanding dengan menyelesaikan isu ini tanpa perbincangan awal dan
pandangan daripada pakar. Guru dan murid yang bersedia untuk sesi runding cara
dengan pakar juga perlu menyediakan diri untuk menerima sebarang perubahan
selepas proses tersebut. Tahap Komitmen yang tinggi yang diberi oleh pihak yang
mengalami gangguan emosi dalam sesi runding cara berpotensi untuk
meningkatkan keberkesanan sesi runding cara tersebut. Murid perlu dibimbing
sehingga berjaya mencari dan mendapat pakar runding yang layak dan berkelulusan
tinggi.

3.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Antara kemahiran yang perlu ada dalam diri guru dan murid yang mengalami
gangguan emosi adalah kemahiran menyelesaikan masalah. Kebanyakkan masalah
yang wujud dalam kehidupan kita adalah disebabkan kerana kita tidak mahir
menyelesaikan masalah yang wujud pada peringkat awal pembentukan masalah
tersebut. Kemahiran penyelesaian masalah dapat dibahagikan kepada dua iaitu
berfokus kepada masalah yang wujud sebelum gangguan emosi berlaku dan

6
masalah yang wujud selepas seseorang itu mengalami gangguan emosi. Dalam kes
gangguan emosi guru dan murid peringkat sekolah seperti yang berlaku di Negara
kita, kemahiran penyelesaian masalah sebelum gangguan berlaku adalah lebih
penting dan memerlukan perhatian yang lebih. Guru dan murid perlu meningkatkan
kemahiran penyelesaian masalah agar dapat menangani gangguan emosi dengan
lebih berkesan. Guru dan murid perlu belajar cara untuk mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam menyelesaikan masalah seharian mereka. Apabila situasi yang
bermasalah dikurangkan, peluang untuk guru dan murid mengalami gangguan emosi
disebabkan sesuatu situasi bermasalah juga akan dapat dikurangkan.

3.4 Pengurusan Masa

Golongan guru dan murid sering mengalami gangguan emosi disebabkan tidak dapat
menyiapkan kerja yang diberi pada masa yang tepat. Sekiranya pengurusan masa
mereka dalam menyiapkan kerja dikaji semula, kelemahan yang terdapat dalam
aspek tersebut dapat dikenalpasti. Guru dan murid disarankan untuk menyediakan
jadual waktu sendiri bagi setiap satu tugasan yang diberi. Kerja yang diberi perlu
dibahagikan secara berperingkat mengikut tarikh sehingga tarikh penghantaran.
Dengan ini beban kerja murid dan guru akan berkurang serta pengurusan masa juga
akan dapat dijaga. Kerja yang terlalu banyak serta masa bagi menyiapkan kerja
tersebut yang singkat menyebabkan seseorang guru atau murid untuk mengalami
keresahan dan kebimbangan kerana tidak dapat menunjukkan atau mengekalkan
prestasi yang cemerlang. Perasaan seperti ini yang menyebabkan kewujudan
gangguan emosi dalam diri mereka. Kemahiran pengurusan masa merupakan
aspek penting bagi menangani gangguan emosi yang wujud akibat baban kerja yang
terlampau.

3.5 Realistik terhadap pekerjaan

Tingkah laku guru yang berdedikasi penuh terhadap profesion keguruanya mampu
membantu dalam menangani masalah gangguan emosi yang berlaku dalam
kalangan guru dan murid. Seorang guru yang ingin mencapai prestasi cemerlang
dalam kerjayanya perlu menerima profesion tersebut dengan hati yang ikhlas agar
dapat meningkatkan keberkesanan kerja yang dilaksanakan dalam profesion
tersebut. Guru perlu bersikap lebih realistik terhadap profesionnya agar dapat
membentukkan motivasi kendiri untuk terus berada dalam profesion tersebut.
Walaupun tekanan wujud akibat tugas-tugas tertentu yang diberikan, guru perlu
bersikap menerimanya dan bertungkus lumus untuk menyiapkan kerana ianya
merupakan sebahagian daripada nilai professional yang dipelajari dan cara untuk

7
terus berada dalam bidang tersebut. Guru perlu melihat kerjanya sebagai salah satu
cara untuk menyara kehidupan sekaligus sedar tentang amanah sebagai seorang
pendidik. Guru perlu mengurangkan bertindak mengikut emosi dan lebih tumpukan
kepada tindakan berdasarkan pemikiran yang rasional dan berdasarkan bukti.
Apabila guru mudah menerima hakikat sebenar tentang profesionya dan tidak terlalu
ikut emosi serta bertindak lebih realistik gangguan emosi yang berlaku dapat
dibendung. Guru yang mempunyai pemikiran yang logik tentang masa depan diri
dan murid-muridnya tidak akan terlalu ikut emosi kerana pemikiran emosi yang wujud
dapat diatasi oleh pemikiran yang lebih rasional. Apabila guru sejenis ini
membimbing golongan murid di sekolah, emosi murid tersebut juga akan berada
dalam keadaan yang terkawal. Dengan ini gangguan emosi dalam kalangan guru
dan murid dapat ditangani dengan berkesan. Guru juga dikehendaki untuk
menetapkan matlamat realistik dalam pekerjaan. Langkah ini dapat dikaitkan
dengan teori Herzberg,teori stres yang menekankan kepuasan dan ketidakpuasan
pada pekerjaan.

3.6 Melibatkan diri dalam hal keagamaan

Melibatkan diri dalam hal-hal keagamaan dapat membantu seseorang untuk


menenangkan fikiran, membentuk konsep kendiri yang kukuh, mempelajari nilai-nilai
murni yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta membantu
menangani emosi dengan cara-cara tertentu. Guru dan murid yang mengahadapi
ketekanan dan gangguan dari segi emosi akibat daripada beban kerja dan
persekitaran sekolah memerlukan satu lagi medium untuk menyalurkan segala
tekanan dan tenaga negatif yang terkumpul tersebut. Melibatkan diri dalam aktiviti
agama dapat membantu guru dan murid untuk menyalurkan tenaga negatif yang
terkumpul tersebut dengan cara yang sihat dan tenang. Dengan ini, gangguan
emosi yang bakal wujud dalam diri guru dan murid dapat dihalang sebelum ianya
mendatangkan kesan yang lebih membahayakan.

3.7 Kekalkan Cara Hidup Sihat

Emosi yang stabil dalam kalangan guru dan murid dapat dikekalkan sekiranya cara
hidup yang sihat diamalkan. Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan
Malaysia, antara cara hidup sihat yang perlu diamalkan oleh seseorang individu
adalah seperti kerap melakukan aktiviti fizikal, mengamalkan pemakanan yang sihat,
adakan hobi dan mendapatkan tidur yang cukup setiap hari. Setiap satu cara ini
mempengaruhi tahap emosi seseorang individu. Golongan guru dan murid perlu
mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi sentiasa mengekalkan tahap emosi dalam

8
keadaan yang terkawal. Bagi guru, pembacaan mengenai cara hidup yang sihat
diperlukan bagi menambahkan lagi pengetahuan mengenai pendekatan tersebut.
Seterusnya, bagi murid pula pendedahan mengenai cara hidup yang sihat perlu
diberikan melalui aktiviti atau pembacaan. Dengan ini, walaupun guru dan murid
didedahkan dengan pelbagai situasi yang merunsingkan, mereka masih boleh
berada dalam keadaan yang normal kerana struktur kefungsian badan mereka dilatih
untuk menerima dan mengendalikan emosi dengan lebih baik. Dengan
mengamalkan cara hidup yang sihat gangguan emosi dalam kalangan guru dan
murid dapat ditangani dengan lebih berkesan.

4.0 Aktiviti-aktiviti bagi mempertingkatkan kesejatheraan emosi murid dan guru

Kesejatheraan emosi yang dikekalkan dengan baik dalam kalangan guru dan murid
dapat membantu golongan tersebut untuk terus kekal sihat dan seimbang dan
merangsang pemikiran dan minat serta memastikan perkembangan dan perubahan
ke arah yang lebih positif. Kesejatheraan emosi dapat diwujudkan dalam diri murid
sekiranya guru dan murid melibatkan diri dalam beberapa aktiviti seperti yang
dinyatakan di bawah :

4.1 Bersukan

Menurut satu artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Online yang bertajuk
Pembentukan Keperibadian Diri Melalui Sukan oleh Prof. Madya Dr.Hairul Anuar
Hashim, sesetengah individu mempunyai keupayaan yang semula jadi dalam
menangani tekanan dan krisis hidup dengan mudah dan berkesan. Sebaliknya,
sesetengah individu yang lain bergelut dan mempunyai kesukaran untuk menangani
sumber tekanan dalam kehidupan seharian walaupun untuk perkara-perkara yang
kecil dan remeh. Bersukan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bagi tempoh
masa yang tertentu dapat membantu individu untuk mencapai emosi yang lebih stabil
dan positif melalui tindak balas hormon dalam badan dan ia memberi kesan terhadap
daya tahan atau kecekalan individu untuk menghadapi sebarang tekanan yang
wujud.

4.2 Berdoa

Berdoa merupakan antara cara yang sesuai bagi menjaga kesejatheraan emosi diri
seseorang. Setiap agama yang terdapat dalam Negara kita mengajar penganutnya
untuk mengekalkan kebersihan mental dan emosi. Antara cara bagi
mengamalkannya adalah berdoa. Guru dan murid perlu mengekalkan kesejatheraan
emosi agar dapat menghadapi situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian

9
mereka. Amalan berdoa boleh diamalkan di rumah. Seseorang guru
bertanggungjawab untuk menjaga amalan berdoanya serta membimbing para
muridnya untuk mengamalkan doa.

4.3 Meditasi

Meditasi merupakan satu cara bagi membentuk fokus terhadap pemikiran seseorang
serta membantu seseorang berasa tenang dengan mengawal emosi. Aktiviti
meditasi sesuai diamalkan oleh golongan guru dan juga murid dalam Negara kita
kerana merupakan satu aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat usia. Terdapat
banyak manfaat daripada aktiviti meditasi yang diamalkan oleh seseorang seperti
dapat menenangkan fikiran, mengurangkan emosi negatif dan mewujudkan
kesihatan emosi. Dengan mengamalkan meditasi dengan sekerap yang mungkin
kesejatheraan emosi dalam kalangan guru dan murid dapat dipertingkatkan.
Terdapat beberapa kajian yang dilakukan dalam Negara dan juga luar Negara yang
menunjukkan bahawa meditasi banyak membawa perubahan dari segi positif dalam
mempertingkatkan kesejatheraan dalaman seseorang.

4.4 Aktiviti Rekreasi

Aktiviti rekreasi bersama dengan keluarga,rakan-rakan dan rakan sejawat dapat


membantu golongan guru untuk mengekalkan kesejatheraan emosi. Murid-murid
juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi seperti ini. Dengan ini mereka
berpeluang untuk mengurangkan tekanan dan dapat membina kenyataan kendiri
yang positif serta meningkatkan motivasi kendiri kerana berada dalam keadaan yang
lebih bertenang dan persekitaran yang postif. Dengan ini kesejatheraan emosi guru
dan murid yang terlibat dalam aktiviti sebegini dapat dipertingkatkan.

5.0 Penutup

Masalah gangguan emosi yang berlaku dalam kalangan guru dan murid di Negara
kita memerlukan perhatian daripada pelbagai pihak serta kajian bagi mencari
langkah penyelesaian dan kaedah bagi menangani isu ini perlu dikendalikan. Punca
bagi masalah ini perlu dikenalpasti dan pendekatan yang sesuai bagi mengatasi
faktor itu perlu dirancang. Dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak
penting yang terlibat, isu ini akan dapat diatasi dengan berkesan.

10
11

Anda mungkin juga menyukai