Anda di halaman 1dari 1

Secara keseluruhannya, guru perlulah merancang dan menilai strategi pengurusan

tingkah laku yang bersesuaian dengan kelakuan murid pemulihan dengan menitikberatkan
aspek isu dan etika agar hak asasi kanak-kanak tidak dicabuli. Masalah tingkah laku ini
hendaklah ditangani dengan segera agar dapat memaksimumkan kelancaran proses PdP
guru dan murid. Hal ini disokong oleh Dantini (2011) yang menjelaskan bahawa masalah
tingkah laku dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran bukanlah suatu masalah yang
sangat serius tetapi boleh menjadi serius sekiranya tidak dirawat. Tambahan lagi dengan
bantuan dan sokongan daripada ibu bapa murid itu sendiri terlibat dalam pengurusan tingkah
laku murid. Sudah tentu dengan kerjasama erat antara kedua pihak ini mampu menghasilkan
suatu strategi yang berkesan dan mantap dalam menangani tingkah laku yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai