Anda di halaman 1dari 3

Banding beza

ekonomi konvensional ekonomi Islam

filosofi manusia ketuhanan

Berpaksikan kebendaan dan kepuasan Guna akal berpandukan


dengan panduan akal semata-mata wahyu ilahi
aspek mementingkan diri sendiri yang dapat manusia saling bantu
pengguna: merangsang persaingan dalam pengeluaran membantu
barang
aspek
peniaga
Halatuju ekonomi sekular untuk kepuasan di dunia konsep al-falah (kejayaan) di
Kehidupan sahaja. dunia dan akhirat
aspek Minat asas ialah kpd manusia yang hidup Mengkaji individu sosial tetapi
peniaga dalam masyarakat individu yang tunduk kepada
agama
Dalam membuat pilihan Dalam membuat pilihan,
berdasarkan rangkakerja sosio berpandukan nilai-nilai asas
ekonomi kapitalis yang sebahagian Islam
besar dikawal oleh kepentingan diri
sendiri.
Pertukaran dipandu oleh kuasa-kuasa Sistem pertukaran dan
pasaran (kebajikan ekonomi semata pindahan sehala yang
mata) bersepadu mempengaruhi
peruntukan sumber-sumber
yg terhad dan menjadikan
proses pertukaran sesuai
dengan kebajikan manusia
keseluruhannya
PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME.

Kebebasan Terhadap dan Menurut Nilai-nilai Akhlak :


o ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan
perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian
prinsip berkenaan.
o BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.

Cara Mendapatkan Harta :


o ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba,
penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat
Islam.
o BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk
mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.

Peranan Pihak Berkuasa:


o ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan –
kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan.
Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan
sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.
o BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang – undang.

Sistem Percukaian :
o ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan
cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara
golongan berharta dan golongan tidak berharta.
o BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah
serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ).

Prinsip permuafakatan :
o ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan
pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.
o BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan
hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan
pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja.

Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ) :


o ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan
dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t
o KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa
dikaitkan dengan tuhan.

Prinsip Berkerja dan Ganjaran :


o ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya. Berdasarkan
prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.
o BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan
mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.

Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan :


o ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan
kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.
o BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab
moral.
Matlamat Ekonomi :
o ISLAM : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar
akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak’
o BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan seterusnya.

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai