Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

1. MUQADDIMAH

Sambutan Isra’ Mikraj adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang
oleh Badan Dakwah dan Rahani (BADANI) bagi mengingati salah satu hari
kebesaran Islam serta mengambil pengajaran dari peristiwa Isra’ Mikraj
Rasulullah saw serta dapat membentuk pelajar menjadi seorang insan
Muslim serta menjadi pelajar SMK Agama Slim River yang bersahsiah tinggi
dan terpuji.

2. MATLAMAT

Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan sahsiah pelajar


SMK Agama Slim River sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Program yang dirancang, perlu dilaksanakan secara berterusan agar
membuahkan hasil yang membanggakan.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan warga SMKA yang memiliki sahsiah diri yang mulia,
berbudi pekerti, berhemah dan cintakan Rasulullah saw.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban dan kemesraan antara pelajar.

3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan


kesihatan di kalangan warga SMKA.

3.4 Mengambil iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasullullah saw.

4. JAWATANKUASA

Pengerusi : Ketua Biro Tamrin BADANI

Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Biro Tamrin

Setiausaha : Setiausaha Biro Tamrin

Timb. Setiausaha : Timbalan Setiausaha Biro Tamrin

Bendahari : Bendahari Biro Tamrin


AJK : Semua AJK Biro Tamrin BADANI

5. AKTIVITI

a.Ceramah Umum
b Selawat
c. Nasyid

6. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Agama Slim River, Perak Darul Ridzuan.

7. Harapan

Program yang dirancang oleh BADANI diharap dapat mencapai


objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak samada pihak
pengurusan sekolah, guru atau pun murid SMK Agama Slim River. Semoga
program yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak
yang positif kepada kepada semua pihak khususnya murid.

9. ULASAN PENOLONG KANAN HEM

……………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………….

10. KELULUSAN PENGETUA

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Disediakan;

...................................................
( HJ JAMALUDDIN BIN HALID )
Guru Penasihat BADANI
SMK Agama Slim River.

Anda mungkin juga menyukai