Anda di halaman 1dari 3

Ulasan Kritikal

Kedua-dua artikel umumnya menceritakan tentang penilaian di kalangan rakan sebaya. Menurut

Abdul Hadi di dalam Farhana Hama (2004), penilaian dapat membantu pensyarah-pensyarah

atau guru-guru dalam memberikan maklumat tentang latar belakang pelajaran pelajar. Selain dari

menentukan dan menjalankan objektif-objektif pembelajaran kepada pelajar, penilaian juga dapat

menilai pencapaian objektif pendidikan. Artikel pertama menekankan kearah penilaian kerja

berkumpulan di antara rakan sebaya. Maksudnya, pelajar perlu membuat penilaian sesama

mereka mengikut rubrik permarkahan yang diberikan manakala artikel kedua menekankan

tentang keberkesanan penilaian dalam pendidikan tinggi seperti penilaian kendiri dan penilaian

rakan sebaya dan yang berkaitan penilaian bersama. Pada pendapat kami, penilaian di antara

rakan sebaya merupakan satu kaedah yang baik dalam membantu guru mengukur prestasi setiap

pelajar. Para pelajar yang bekerja di dalam kumpulan pasti mengetahui perangai ahli-ahlinya.

Sebenarnya, bekerja di dalam kumpulan bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini demikian

kerana bukan semua ahli dapat memberi kerjasama dengan baik.

Menurut Adler, P. A., & Adler, P. (1998) aktiviti penilaian merujuk kepada pembelajaran

berasaskan kes dan masalah yang ditujukan ke arah menghasilkan pelajar yang berpengetahuan,

berkemahiran dalam menyelesaikan masalah, berkemahiran professional dan pembelajaran

otentik atau konteks kehidupan sebenar. Kami juga bersetuju untuk mengatakan bahawa pada

masa kini penglibatan para pelajar di dalam proses penilaian amatlah sesuatu yang penting. Hal

ini demikian kerana mereka yang menghadapi situasi sebenar seperti bergaul dengan rakan-

rakan, berada di dalam satu kumpulan dengan rakan-rakan, mengetahui dengan lebih mendalam

tentang rakan-rakan, dan lain-lain lagi. Penglibatan mereka ini sebenarnya dapat mengasah lebih

lagi supaya mereka bijak beradaptasi dan berfikir Melibatkan pelajar dalam penilaian secara
tidak langsung dapat memberikan sumbangan kepada pertumbuhan kecekapan minda yang lebih

efektif.

Kami berpendapat bahawa kaedah penilaian yang ditulis dalam kedua-dua artikel ini dapat

dilihat dari dua sudut iaitu sudut positif dan negatif. Penilaian di kalangan rakan sebaya

merupakan cara yang adil. Para pelajar akan memberikan markah sendiri mengikut sejauhmana

ahli kumpulan mereka memberi kerjasama dalam membuat sesuatu tugasan. Bukowski et.al

(2008) berkata penilaian rakan sebaya sangat membantu dalam memperlengkapkan maklum

balas formatif pelajar. Guru selalunya tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap

pelajar, jadi guru hanya membuat penilaian secara umum. Oleh sebab itulah pelajar patut

membuat penilaian kepada rakan mereka sendiri kerana mereka lebih tahu dengan keseluruhan

prestasi ahli kumpulan mereka sama ada positif atau negatif.

Selain itu, artikel ini turut menjelaskan bahawa penilaian lebih menunjukkan keadilan, kesahan,

dan boleh dipercayai berbanding dengan ujian yang dinilai pada hujung tahun. Kami juga dapat

melihat penekanan yang diberikan di dalam kedua-dua artikel adalah bertujuan untuk meneroka

integriti pelajar dalam membuat penilaian terhadap rakan sebaya. Kajian yang dilakukan ini

amatlah realistik, maka guru dapat menggunakan artikel ini dalam mengukur dan meneroka

integriti pelajar sebelum membenarkan mereka membuat penilaian. Menariknya, artikel ini dapat

memudahkan guru untuk menjalankan proses penilaian berasakan rakan sebaya. Hal ini demikian

kerana artikel ini telah menekankan banyak perkara penting yang perlu ditekankan oleh guru

kepada pelajar sebelum membenarkan mereka membuat penilaian. Seterusnya, artikel ini juga

telah menggunakan pendekatan kualitatif di mana mereka mengedarkan borang soal selidik

kepada pelajar dan menemu duga beberapa orang pelajar yang terpilih.
Kami juga menilai kedua-dua artikel ini dari sudut negatif. Hal ini demikian kerana kedua-

duanya langsung tidak mengkaji tentang keburukan penilaian yang dilakukan sesame rakan

sebaya. Seperti yang kita sudah tahu, pelajar-pelajar ini kadang kala tidak serius dalam membuat

sesuatu perkara. Tambahan dalam hal yang berkaitan penilaian ini, kemungkinan besar mereka

hanya main-main dalam memberi markah. Bukan itu sahaja, ada sesetengah pelajar yang

mengambil kesempatan dengan memberi markah rendah kepada ahli yang mereka tidak suka

walhal ahli tersebut memberi kerjasama dengan baik. Di samping itu, ada juga pelajar yang akan

memberi markah yang tinggi dan baik kepada kawan karib mereka.

Walaubagaimanapun, kaedah ini juga memberikan kesan negatif kepada pelajar. Penilaian yang

dilakukan akan memberikesan terutamanya kepada pelajar yang lemah, melampaui batas diri dan

tidak tahu dalam menilai rakan sebaya yang lain mahupun diri mereka sendiri dengan tepat.

Menurut Ann Cale Kruger (1993) pelajar mungkin mempunyai kebimbangan atau keraguan

dalam memberikan penilaian dan hal ini menyebabkan kaedah penilaian lebih memihak kepada

pelajar yang lebih pintar dihadapan dalam memperolehi markah penilaian yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, kami mendapati bahawa penulisan artikel ini amatlah baik dan boleh

diguna pakai oleh guru-guru yang sedang mengkaji dalam isu yang sama. Artikel ini cukup kuat

dijadikan rujukan kerana kajian yang dilakukan ini melibatkan orang-orang yang professional

dan melibatkan pelajar-pelajar.

Anda mungkin juga menyukai