Anda di halaman 1dari 48

Arieff Salleh bin Rosman

Dekan Fakulti Tamadun Islam


Universiti Teknologi Malaysia
GAGASAN BARU PERUBATAN
ALAM MELAYU

1 Pendahuluan
2 Definisi Perubatan Islam
3 Latar Belakang Sejarah Perubatan Islam
4 Cabaran Perubatan Zaman Moden
5 Keperluan Perubatan Islam Alam Melayu
6 Prinsip Perubatan Alam Melayu
7 Gagasan Perubatan Alam Melayu
1 PENDAHULUAN

"OrangMelayu" ertinya seseorang yang


menganuti agama Islam, lazim bercakap
bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di
Persekutuan atau Singapura atau yang lahir
sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya
telah lahir di Persekutuan atau di Singapura,
atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah
zuriat seseorang yang sedemikian;

-Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia-


1 PENDAHULUAN

Manuskrip perubatan alam Melayu


menggunakan istilah “Kitab al-Tib” (Harun Mat
Piah, 2015)
1 PENDAHULUAN

    


Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang
menyembuhkan penyakitku
-Surah al-Syu’ara’, ayat 80-
1 PENDAHULUAN
Abd al-Rahman bin Abi Bakrah melaporkan, “Saya pernah
bertanya kepada ayah saya, ‘Wahai ayah, saya sering dengar
ayah berdoa dengan doa ini tiga kali pada waktu pagi dan tiga
kali pada waktu petang:
،‫ اللهم عافين يف بصري‬،‫ اللهم عافين يف مسعي‬،‫اللهم عافين يف بدين‬
‫ال إله إال أنت‬
(Maksudnya: Ya Allah, kurniakan kepadaku kesihatan pada
tubuh badanku. Ya Allah, kurniakan kepadaku kesihatan pada
pendengaranku. Ya Allah, kurniakan kepadaku kesihatan pada
penglihatanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau).
Kenapa ayah lakukannya?’ Ayah saya (Abu Bakrah) menjawab,
‘Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah saw berdoa dengan
doa tersebut. Saya sangat suka mengikut sunnah baginda.’”
-Hadis hasan direkod oleh Imam Abu Daud-
1 PENDAHULUAN

Abu al-Darda’ melaporkan, Nabi Muhammad


saw bersabda:
‫فتداوْوا‬
َ َ ‫اء‬
‫و‬ ‫الد‬ ‫وخلق‬ ‫الداء‬
َ ‫خلق‬ ‫وجل‬
َّ ‫عز‬
َّ ‫هللا‬
َ َّ
‫إن‬ ((
))‫تداوْوا حبرام‬
َ ‫وال‬
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah mencipta penyakit dan
ubat, maka hendaklah kamu berubat.
Namun jangan berubat dengan benda
haram”
-Hadis sahih direkod oleh Ibnu ‘Abd al-Bar-
1 PENDAHULUAN

 Perbincangan tentang terma


‘Perubatan Islam’, tiada
kesepakatan – dilihat daripada
pelbagai aspek sejarah, budaya,
saintifik, farmakologi, terapeutik,
keagamaan atau geo-politik

 Terma yang sering digunakan –


Perubatan Nabi, Perubatan
Kerohanian, Perubatan al-Quran
2 DEFINISI PERUBATAN ISLAM

1) Pendekatan sejarah ketamadunan


 Ilmu perubatan yang diwarisi daripada
Muslim era awal Islam (40-247 H / 661-
861M), yang kebanyakannya bersumber
daripada perubatan Greek, di samping Parsi,
Syria, India, dan Byzantine. Ilmu tersebut
telah diislamisasikan oleh pakar perubatan
Islam.
 Pakar perubatan Islam telah
mengembangkan ilmu perubatan yang
mereka pelajari daripada Tamadun luar dan
menambahbaik teori perubatan berdasarkan
eksperimen dan observasi
2 DEFINISI PERUBATAN ISLAM

1) Pendekatan sejarah ketamadunan


 Hasil usaha pakar perubatan Islam
mempengaruhi sains perubatan seluruh
dunia – 610-1610M – ketika ini Eropah
dan Tamadun lain berada dalam
kemunduran (dark ages)
 Kurun ke-17, Tamadun Islam lemah &
Tamadun Barat bangkit – sains
berpindah ke Barat – lahir ‘Perubatan
Moden’
2 DEFINISI PERUBATAN ISLAM

2) Pendekatan epistemologi
 Ilmu perubatan yang bersumberkan wahyu
dan ijtihad para ulama dan Doktor Muslim

 Manakala ilmu perubatan yang berasaskan


eksperimental daripada tamadun yang
pelbagai hanya diterima dalam Islam selagi
tidak bercanggah dengan wahyu. Ia tidak
dianggap sebagai ‘Perubatan Islam’
2 DEFINISI PERUBATAN ISLAM

 Ciri ‘Perubatan Islam’ menurut


Persidangan Antarabangsa
Perubatan Islam 1981:
1) Berdasarkan pengajaran dan adab
Islam
2) Amalan yang menepati logik akal
iaitu perubatan untuk memenuhi
manfaat dan menjauhi mudarat
3) Bersifat holistik mencakupi jasmani,
akal, dan rohani.
2 DEFINISI PERUBATAN ISLAM

 Ciri ‘Perubatan Islam’ menurut


Persidangan Antarabangsa
Perubatan Islam 1981:
4) Bersifat universal dan saintifik
5) Memiliki keistimewaan dan keunikan
tersendiri yang tidak mampu disaingi
oleh seni rawatan yang lain.
2 DEFINISI PERUBATAN ISLAM

 Nabi Muhammad menjelaskan asas


perubatan yang tidak dipengaruhi
atau bersumber kepada mana-mana
seni perubatan.

??? Perubatan Islam


3 LATAR BELAKANG SEJARAH PERUBATAN ISLAM

ZAMAN
ZAMAN ZAMAN NABI ZAMAN ZAMAN
KHULAFA’ AL-
SEBELUM MUHAMMAD UMAWIYAH ‘ABBASIYAH
RASHIDUN
ISLAM (570-632M) (661–750M) (750–1258M)
(633-661M)
Zaman Sebelum Islam

 Tamadun Luar Arab; Mesir, Greek, Parsi,


India & China – mempunyai sains
perubatan tersendiri

 Perubatan Arab dipengaruhi


perubatan Greek

 Perubatan Melayu Kuno


dipengaruhi animisme, PERUBATAN MELAYU KUNO

buddhisme, hinduisme
Zaman Nabi Muhammad
(570-632M)

 Nabi Muhammad mengubah aspek


kehidupan masyarakat Arab jahiliyah –
termasuk elemen perubatan &
kesihatan; fizikal & rohani, individu &
masyarakat
 Nabi Muhammad membersihkan jiwa
manusia daripada penyakit syirik dan
segala penyakit rohani yang lain,
melalui pengajaran dan penghayatan
akidah yang benar bertunjangkan
tauhid
Zaman Nabi Muhammad
(570-632M)

 Syariat Islam membersihkan individu dan


masyarakat daripada pelbagai penyakit sosial
seperti arak, zina, curi dll & menjadikan
kehidupan manusia sihat fizikal dan rohani
seperti solat, kebersihan, zikir, zakat,
makanan halal, perkahwinan dll
 Nabi Muhammad mengiktiraf ilmu perubatan
yang dipelajari daripada Tamadun lain.
Contoh, al-Harith bin Kaladah belajar
daripada Sekolah Perubatan Jundishapur &
Nabi menyuruh Sa’’ad bin Abi Waqqas
mendapatkan rawatan daripadanya.
Zaman Nabi Muhammad
(570-632M)
Sa’ad bin Abi Waqqas melaporkan,
“Rasulullah saw menziarahi saya ketika saya
sakit. Beliau meletakkan tangannya ke dada
saya sehingga saya merasakan jantung saya
sejuk. Beliau berkata, ‘Kamu sedang sakit
jantung. Pergilah berjumpa dengan al-Harith
bin Kaladah dari keluarga Thaqif. Dia
seorang doktor.’ Al-Harith mengambil tujuh
biji kurma ‘ajwah Madinah, beliau
memecahkan buah kurma itu, lalu
mengunyahnya.”
-Hadis direkod oleh Imam Abu Daud-
Zaman Nabi Muhammad
(570-632M)
 Doktor di zaman Nabi:
1) Al-Harith bin Kaladah (13H/634M)
2) al-Shamardal bin Qabath al-Ka'bi al-
Najrani
3) Dommad bin Tha’labah
4) Rufaidah al-Aslamiyah
5) Zainab Bani ‘Awd – doktor bedah mata
6) Al-Syifa’ binti ‘Abdullah – doktor kulit
Zaman Khulafa’ al-Rashidun
(633-661M)

 Zaman Umar – menguasai Bandar Jundishapur di


Khuzistan (17H / 738M) – sudah wujud hospital dan
Sekolah Perubatan Jundishapur – ramai Doktor
Greek berada di sini setelah Sekolah Perubatan
Athen ditutup pada 529M & juga Doktor yang lari
dari Syria
 Sekolah Perubatan Jundishapur mengumpulkan
pakar perubatan dari: Greek, Syria, & India
 Sekolah Perubatan Jundishapur menjadi tapak asas
dan perkembangan Perubatan Islam – Doktor
Muslim pertama; Harith bin Kalada (m 13
AH/635M) – membawa pengaruh Perubatan Nabi
Zaman Khulafa’ al-Rashidun
(633-661M)
Zaman Umawiyah (661-750M)

 Khalifah Muawiyah melantik Ibn Uthal


menjadi Doktor peribadi khalifah

 Khalifah Khalid bin Yazid mengarahkan


sekumpulan sarjana Greek di Mesir agar
menterjemah manuskrip perubatan kuno

 Doktor yang terkenal pada zaman ini Jaafar


Sadiq (765M) & Jabir bin Hayyan (815M)
Zaman Umawiyah (661-750M)

 707M Khalifah Walid bin Abdul


Malik memulakan kempen program
penjagaan kesihatan.

 Membina rumah penjagaan khusus


untuk orang buta dan pesakit kusta

 Membina hospital dan memberikan


perkhidmatan kesihatan percuma
Zaman ‘Abbasiyah
(750–1258M)
 Khalifah al-Mansur melantik Doktor Kristian;
Jirjis Bukhtyishu (Ketua Sekolah Perubatan
Jundishapur) untuk menjadi Doktor peribadi
Khalifah di Baghdad – 765M
 Anak Jirjis; Jibrail Bukhtyishu meneruskan
legasi ayahnya, menjadi Doktor di Baghdad
(gajinya: 4.9 juta dirham)
 Keluarga Masawayh yang menguasai ilmu
kedoktoran (pakar Mata) Sekolah Perubatan
Jundishapur juga berpindah ke Baghdad –
jemputan Khalifah Harun al-Rasyid – antara
yang popular: Yuhanna bin Masawayh (m
857M)
Zaman ‘Abbasiyah
(750–1258M)

 Aktiviti keilmuan termasuk sains


perubatan semakin berkembang di
Bahgdad & lebih banyak hospital dan
sekolah perubatan wujud – zaman
kegemilangan Perubatan Islam
 Baitul Hikmah diwujudkan oleh
Khalifah al-Ma’mun pada 214H / 830M
 Manuskrip dan buku karya ahli
falsafah & saintis Greek dikumpul dan
diterjemah ke dalam bahasa Arab
Zaman ‘Abbasiyah
(750–1258M)

 Penterjemahan manuskrip perubatan


Greek aktif dilakukan pada zaman
Harun al-Rasyid. Antara penterjemah
manuskrip perubatan Greek: al-Hajjaj
bin Matar, Ibn al-Batrik, Muhammad
bin Musa al-Khawarizmi, Banu Musa
(Muhammad, Ahmad & Hassan), Thabit
bin Qurra dan anaknya; Sinan (Doktor
pakar di Baghdad) & Ibrahim, Hunain
bin Ishaq
TOKOH PERUBATAN ISLAM

A) Zaman Pengasasan & Perkembangan


Perubatan Islam (Kurun 7-9M)
1) Al-Harith bin Kaladah (m 634M)
2) Jurjis Bukhtyishu (m 769M)
3) Jibrail Bukhtyishu (m 801M)
4) Yuhanna bin Masawayh (m 857M)
5) Hunayn bin Ishaq (m 873M) – murid
Yuhanna bin Masawayh – peranan utama:
mengemukakan istilah perubatan dalam
bahasa Arab
6) Ali bin Rabban al-Tabari (m 870M) – buku
‘Firdaus al-hikmah (Paradise of Wisdom) –
penulisan perubatan sistematik pertama
TOKOH PERUBATAN ISLAM

B) Zaman Kegemilangan Sains Islam


(Kurun 10-13M)
1) Muhammad bin Zakariyya al-Razi (m
925M) – kitab al-Hawi fi al-tib –
memberikan penjelasan tentang small
pox & measles
2) al-Majusi (m 994M) – kitab Kamil al-sina’
al-tibbiyah (The complete book of the
medical art)
3) Abu al-Qasim Khalaf bin al-Abbas al-
Zahrawi (m 1013M) – kitab Tasrif –
mendetilkan kaedah pembedahan
TOKOH PERUBATAN ISLAM
B) Zaman Kegemilangan Sains Islam
(Kurun 10-13M)
4) Ibn Sina (m 1037M) – menulis lebih 100
buku ketika berumur 30 tahun; 16 buku
perubatan – kitab Qanun fi al-tib (The
canon of medicine) – umur 10 tahun hafal
al-Quran, 16 tahun menguasai ilmu sains,
18 tahun mula menceburi bidang
perubatan, 21 tahun menerbitkan buku
pertama, mengembangkan penulisan al-
Razi dan al-Majusi
5) Ibn Nafis (m 1288M)
4 CABARAN PERUBATAN ZAMAN MODEN

1) Sains perubatan dikuasai oleh Perubatan


Moden yang berteraskan sekularisme
2) Perebutan ‘kuasa autonomi’ perubatan
3) Kemunduran pemikiran umat Islam kini,
khususnya pakar perubatan; hanya
‘copy&paste’ ilmu perubatan yang
dipelajari daripada Barat
4) Perubatan moden ‘disease-oriented’
bukan ‘health-oriented’

Sumber: Prof Dr Omar Kasule


4 CABARAN PERUBATAN ZAMAN MODEN

5) Perubatan Moden menimbulkan kesan


sampingan yang lebih merbahaya
6) Perubatan moden dijadikan sumber
pendapatan berasaskan kapitalisme.
Dualisme dalam memberikan
perkhidmatan perubatan
7) Produk kesihatan moden lebih bersifat
keuntungan, berbanding penyelidikan
saintifik
8) Perubatan moden bersifat fragmentasi,
kepakaran terlalu sempit dan tidak
holistic
Sumber: Prof Dr Omar Kasule
4 CABARAN PERUBATAN ZAMAN MODEN

9) Cabaran utama ‘Perubatan Islam’


di zaman kini bukan melibatkan
amali, terapeutik, atau aplikasi,
namun bagaimana diadaptasi
dalam keperluan dunia moden
kini
10) Kekecamukan & konflik dalam
definisi ‘Perubatan Islam’

Sumber: Prof Dr Omar Kasule


5 KEPERLUAN PERUBATAN ISLAM DI
ALAM MELAYU

1) Membebaskan masyarakat dan ilmu


daripada sekularisme
2) Menyelesaikan isu kesihatan dan
keselamatan hidup di zaman kini.
Menjadikan pemeliharaan kesihatan
sebagai objektif utama perubatan, bukan
merawat penyakit
3) Menyediakan gagasan kesihatan yang
holistic & seimbang; fizikal dan rohani,
individu dan masyarakat – berteraskan
tauhid
5 KEPERLUAN PERUBATAN ISLAM DI
ALAM MELAYU

4) Melakukan tajdid ilmu sains &


teknologi; tajdid = idea + tindakan

5) Falsafah Perubatan Islam,


memelihara kesihatan, manakala
merawat penyakit adalah jalan
terakhir
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

1) Konsep tauhid
 semua makhluk adalah ciptaan
Allah dan bertanggungjawab untuk
mengabdikan diri kepada Allah

 bertugas sebagai Doktor adalah


ibadah
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

2) Konsep fikir & zikir


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda
(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang yang berakal. (Iaitu) orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan
semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci
Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.“
-Al-Quran; Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191-
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

2) Konsep fikir & zikir

ZIKIR
- Ingat
Alah

ORANG
BERAKAL
“ULUL ALBAB”
KAJIAN FIKIR
SAINTIFIK - Fikir
penciptaan
langit bumi
dan seisinya
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

3) Konsep iqra’

KITAB
WAHYU IJTIHAD
IQRA’ PERUBATAN
KITAB ISLAM
KOSMOS
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

• WAHYU; AL-QURAN & SUNNAH


• ILHAM
• INTUISI
• AKAL
• PANCAINDERA
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

HUKUM
SYARAK

HUKUM

HUKUM HUKUM
AKAL ADAT
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

HUKUM SYARAK
HUKUM TAKLIFI HUKUM WAD’I
Wajib Syarat
Sunat Rukun
Makruh Sebab
Haram Halangan
Harus Sah & Batal
‘Azimah & Rukhsah
6 PRINSIP PERUBATAN ALAM MELAYU

 Ijtihad ‘Perubatan Islam’ alam Melayu


Kontemporari
1) Berteraskan sumber perundangan Islam
2) Memenuhi maqasid Syari’ah; memelihara
kepercayaan, nyawa, keturunan, akal, &
harta
3) Aplikasi dan amali berdasarkan qawa’id
fiqh yang berasaskan lima elemen: niat,
keyakinan, kemudaratan, kesulitan, dan
adat
4) Mengambil kira keperluan zaman dan
tempat
7 GAGASAN PERUBATAN ALAM
MELAYU

1) Melahirkan Pengamal Perubatan Melayu


mujahid murabbi

POSITIF

PROAKTIF OPTIMIS

JIWA
IKHLAS MUJAHID BERSINERGI
MURABBI
7 GAGASAN PERUBATAN ALAM
MELAYU

2) Mengumpul manuskrip & buku;


Perubatan Islam, Perubatan Melayu &
Perubatan Moden

3) Menterjemah semua manuskrip &


buku tersebut ke dalam bahasa
Melayu

4) Mensinergi bidang keupayaan;


Syariah, Perubatan Alopati & Pengamal
Tradisi dll
7 GAGASAN PERUBATAN ALAM
MELAYU

5) Melakukan penyelidikan saintifik &


pascasiswazah; Sarjana & PhD

6) Menulis bahan penerbitan Perubatan


Islam Alam Melayu; buku, artikel
jurnal

7) Membangunkan pengkalan data


Perubatan Melayu

8) Membina kurikulum Pengajian Tinggi


Perubatan Islam Alam Melayu
RUJUKAN
1) Athar, Shahid (edt.) Islamic Medicine.
2) Harun Mat Piah. (2015). Ilmu Perubatan Melayu
Tradisional dari Naskhah-Naskhah Lama. International
Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(3): 3-
17.
3) Kasule, Omar H. Crisis of Knowledge.
4) Kasule, Omar H. Islamic Medicine.
5) Khan, Muhammad Salim. (1986). Islamic Medicine.
London: Routledge.
6) Nagamia, Husain F. (2003). Islamic Medicine History and
Current Practice. Journal of the International Society for the
History of Islamic Medicine, 2(4): 19-30.
7) Syed, Ibrahim B. (2003). Spiritual Medicine in the History
of Islamic Medicine. Journal of the International Society for
the History of Islamic Medicine, 2(4): 45-49.

Anda mungkin juga menyukai