Anda di halaman 1dari 17

Berpasang-Pasang

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam Al-Quran mempunyai
persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebutkan pula
sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan Al-Quran. Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga
didapati berjumlah yang sama :-
 Perkataan Dunia 115 kali manakala Akhirat 115 kali
 Perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan 88 kali
 Perkataan Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali
 Perkataan Zakat 32 kali manakala Barakah 32 kali
 Perkataan Berfikir 49 kali dan Nur 49 kali
 Perkataan Penderitaan 114 manakala Kesabaran 114 kali

Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak 5 kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365
kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia. Orang
yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada
perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha
Berkuasa dalam menetapkan semua itu.

Tidak mungkin Rasulullah S.A.W melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya
semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah S.W.T. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-
Nya?

4 Prinsip Asas Kehidupan - 1


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
“Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga
melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.” (Ar-Ra’d : 3)

Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya
tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya. Rahsia al-
Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-
rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari
dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar
selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan
mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa,
174)

Pada suatu masa Rasulullah S.A.W ditanya, "Apakah Nur itu?". Baginda menjawab, "Apabila Nur itu memasuki hati
maka lega dan lapanglah hati itu." Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, "Hati itu tidak
lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan
keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian
sebelum tibanya kematian itu."

4 Prinsip Asas Kehidupan - 2


Abdullah bin Masud berkata, "Ilmu itu diperolehi bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi
diperolehi dengan nur yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati seseorang." Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati
perlu didekatkan selalu kepada Tuhan dan Al-Quran merupakan penghubungnya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai
sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang)
laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya,
(iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi
ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya
bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah
sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal
perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Nur hidayat petunjuk Allah
itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya
dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan
memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (An Nur : 35-36)

Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan
kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilangan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari
Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin. Oleh itu wahai penghuni global
ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari Al-Quran.

Dalam inilah telah berlakunya perubahan dasar ilmu yang berpaksikan Wahyu yang mutlak kepada hanya akal pemikiran
semata-mata, yang dinamakan sebagai sains moden. Bermula disinilah ilmu-ilmu Islam yang lengkap dirobek dan ditukar

4 Prinsip Asas Kehidupan - 3


ganti dengan pengistilahan atau terminalogi yang susah dan menyulitkan. Ilmu-ilmu mula dipecahkan kepada bahagian-
bahagian yang kecil dan merumitkan, ilmu akidah dan akhlak diperkecilkan manakala ilmu sains moden diperbesarkan
sehingga tiada lagi nampaknya kepentingan dalam hal-hal akidah dan akhlak. Kedua-duanya dianggap sebagai hak individu
masing-masing, tidak boleh dibicarakan secara terbuka, kononnya atas dasar hak asasi manusia dan sebagainya. Hasilnya
pada hari ini semua kita hanya mampu melihat kehidupan ini hanya terdiri daripada satu bahagian sahaja, makna kita diajar
bahawa kalaulah kita sakit maka lihatlah sakit itu sahaja, kalau kita gagal lihatlah kegagalan itu sahaja dan sebagainya. Cara
hidup inilah yang menjerumuskan kita semua kepada jalan putus asa malah lebih teruk lagi menyalahkan takdir. Sedangkan
semua ciptaan Allah S.W.T dalam dunia ini adalah berpasang-pasangan, cuba anda renungi senarai dibawah :-

Adam Hawa
Sedih Gembira
Tinggi Rendah
Elektrik Kimia
Proton Elektron
Asidik Alkali
Bumi Bulan
Siang Malam
Sakit Sihat

4 Prinsip Asas Kehidupan - 4


Ya, semuanya Allah S.W.T menciptanya secara berpasang-pasang, tiada satu pun yan tidak berpasang-pasang, disaat kita
sedih sebenarnya ada gembira, disebalik sakit sebenarnya adanya sihat, disebalik kaya sebenarnya adanya miskin. Semua
ketetapan ini berlakunya serentak dalam satu-satu masa, cuma pada kebiasaaan setelah kita memilih perjalanan hidup ini
satu dimensi yang nyata sahaja, maka ditutup pintu hati kita (akal dan jiwa) oleh Allah S.W.T tentang khazanah pasangan
anugerahNya, sehingga kita tidak nampak lagi sebarang kebaikan diatas segala ketentuanNya terhadap diri kita ini.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan
oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. Dan lagi dalil yang terang untuk
mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam
gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan
baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar
melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya
(berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. Dengan ketentuan yang demikian, matahari tidak mudah
baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-
apung di tempat edarannya masing-masing. (Yaasin : 36-40)

Jadi marilah kita semua memahaminya bahawa apabila berlaku sesuatu pada kita samada ianya menyenangkan kita atau
sebaliknya, lihatlah dengan mata hati yang hidup bahawa semua itu adalah ketetapan yang terbaik untuk kita pada masa
itu, dan telah tersedia pasangan keberkatannya disisi Allah S.W.T, bila ianya akan menghampiri kita, hanyalah dalam
pengetahuanNya dan ketetapaNya, namum kita mestilah mengekalkan sifat-sifat kehambaan kita kepada Allah S.W.T secara
istiqamah demi membuktikan kita berkehendakkan keberkatan terhadap sebarang ketetapanNya.

4 Prinsip Asas Kehidupan - 5


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan)
dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba
mereka berputus asa. (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati
mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu
bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau
tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan
Allah) bagi orang-orang yang beriman”. (Ar-Rum : 36-37)

Alam, Manusia dan Penciptaan


Manusia hari ini dilihat sebagai satu konsep yang terpisah. Aspek biologi dan fizikal tidak lagi selari dengan kerohanian dan
kejiwaan, malah terpisah dari konteks keseluruhan kehidupan. Kerana itu maka terlahir insan dan manusia yang tidak punya
nilai yang konsisten. Percanggahan identiti dan krisis nilai yang berlaku menjadikan keadaan semakin tidak terkawal dan
mengundang pelbagai konflik.

Allah S.W.T menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Hal yang membezakan manusia dengan ciptaan yang lain ialah kerana
penciptaan nya yang begitu lengkap dan komprehensif mencakupi aspek Jiwa, Emosi, Akal dan Fizikal. Rangkuman
penciptaan seumpama ini tidak berlaku pada penciptaan lain, selain daripada manusia. Manusia ialah kombinasi/kemuncak
penciptaan Allah S.W.T, yang mana apa sahaja yang ada pada penciptaan NYA yang lain semuanya ada pada manusia.

Alam adalah kita, kita adalah alam. Ungkapan ini bukan sekadar kata-kata kosong. Satu ayat ringkas yang padat makna,
samada tersirat mahupun tersurat. Femonena alam yang terjadi di luar sana tidak terlepas berlaku di dalam tubuh kita. Bila

4 Prinsip Asas Kehidupan - 6


dikatakan di luar sana terjadinya kilat, tubuh kita juga ada proses itu, begitu juga dengan hujan dan sebagainya. Pendek kata
setiap apa yang berlaku di alam sekeliling, femonena yang sama wujud dalam sistem tubuh kita.

Perbezaannya kita alam yang kecil jika dibandingkan dengan alam semesta ini. Setiap ciptaan Allah ialah manifestasi
kekuasaan dan kebesaranNya. Namun begitu, manusia sebaik-baik kejadian atau ciptaan Allah S.W.T. Bagi menelusuri
kehebatan ciptaan manusia yang begitu kompleks ini, mari kita perhatikan struktur binaan dari sudut sainsnya.

Struktur asas tubuh manusia ialah sel, dimana berbilin/bertrilion sel berganbung membentuk tisu, manakala berbilion tisu-
tisu membentuk satu-satu organ dan akhirnya organ-organ ini membentuk sistem tubuh yang zahir kita nampak pada hari
ini.

Gabungan dari satu tahap ke satu tahap ini begitu unik dan teratur. Setiap sistem bekerja mengikut peranan masing-masing.
Apa yang kita perolehi sudah lengkap dan sempurna untuk melakukan tugasnya sehingga saat dan ketika kita sendiri yang
merosakkan perjalanannya. Faktor tenaga sekitaran/dalaman, persekitaran, pemakanan dan amalan mengakibatkan sistem
yang elok tadi tidak lagi berfungsi sebaiknya.

4 Prinsip Asas Kehidupan - 7


Sel

Tisu Sistem Tubuh

Organ

Semua sel ini adalah terdiri daripada binaan unsur/atom tertentu, sehingga hari ini kesemua ahli sains bersependapat
bahawa unsur yang paling kecil wujud di alam maya ini adalah atom/unsur. Dunia sains telah menemui sebanyak 114 unsur
kimia terdapat di muka bumi ini dan diklasifikasikan kepada jenis logam, bukan logam dan separa logam.

4 Prinsip Asas Kehidupan - 8


Jadual Berkala Unsur – 114 Unsur

Menariknya melalui kajian saintifik menunjukkan kesemua 114 unsur itu terdapat pada sistem tubuh manusia mengikut
komposisi yang sempurna. Penemuan ini telah menyingkap rahsia penciptaan yang menyatakan bahawa manusia ialah
sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T, dimana hanya manusia sahaja yang mempunyai jumlah unsur yang sempurna lengkap 114
unsur berbanding dengan ciptaan Allah S.W.T yang lain. Kalau saintis barat seperti Darwin mendakwa manusia berasal dari
beruk, maka amatlah tidak benar kerana beruk hanya mempunyai 67 unsur sahaja bebanding manusia yang lengkap
unsurnya 114 unsur. Begitu juga pengkelasan manusia dalam kelas mamalia oleh sains moden yang bersamaan dengan
haiwan-haiwan tertentu seperti tikus, kuda, lembu dan sebagainya adalah satu perkara yang perlu difikirkan kembali oleh
saintis Islam. Saya amat tidak bersetuju dengan pengkelasan ini, sebagai contohnya kita ambil tikus, haiwan mamalia yang
dikatakan saintis moden mempunyai banyak persamaan dengan manusia sehingga bahan-bahan ubatan banyak di uji pada
tikus, jika ubatan itu memberikan kesan yang positif pada tikus, maka mereka menjustifikasikan bahawa bahan itu juga
sesuai bagi manusia kerana tikus mamalia dan manusia adalah mamalia. Persoalannya tikus hanya mempunyai 17 jenis

4 Prinsip Asas Kehidupan - 9


unsur/sel, berbanding manusia yang mempunyai 114 jenis unsur/sel sahaja, jadi tikus hanya mempunyai 17 matriks kimia,
manakala manusia mempunyai 114 matriks tindakbalas kimia. Sebenarnya darjat tikus dengan manusia amat jauh dan
berbeza, manusia adalah sebaik-baik penciptaan kerana unsur cukup sempurna dan lengkap.

1400 lebih tahun lepas, Al-Quran telah menjelas perkara ini yang menunjukkan bahawa sememangnya ianya datang
daripada Maha Berilmu iaitu Allah S.W.T yang telah mencipta jagatraya ini. Yang menariknya sehingga hari ini saintis masih
belum menemui satu makhluk pun selain manusia yang mempunyai susunan unsur/atom yang selengkap manusia. Jadi
amat adil nya Allah S.W.T menyuruh Iblis lakanatullah menyembah Nabi Adam A.S, manusia pertama ciptaan Allah S.W.T
kerana ianya dicipta penuh dengan kesempurnaan, dimana ianya adalah gabungan 114 unsur/atom logam, bukan logam
dan separa logam secara susunan molekul yang paling hebat dan terbaik diantara ciptaan-ciptaan yang lain. Sedangkan di
sini Iblis laknatullah hanyalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang hanya diciptakan daripada satu unsur sahaja iaitu api,
namum kerana keangkuhannya Iblis laknatullah tetap angkuh dan sombong.

Sedarlah wahai kaum muslimin, penciptaan kita sebagai manusia ini yang terbaik ini perlu dijagai dengan peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh Pencipta Yang Maha Agong, iaitu Allah S.W.T. Dialah yang mencipta, Dialah yang
mengetahui keperluan dan tujuan sebenar penciptaan Nya itu.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh para saintis, pelbagai unsur kimia ada dalam tubuh badan manusia mengikut komposisi
yang diperlukan. Walaubagaimanapun empat unsur kimia yang paling dominan nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon.

4 Prinsip Asas Kehidupan - 10


Keempat-empat unsur ini sangat mempengaruhi keseimbangan sistem tubuh berbanding unsur kimia yang lain. Jadual di
bawah menerangkan komposisi empat unsur tersebut:
Unsur Komposisi (%)
Nitrogen 3%
Oksigen 65%
Hidrogen 10%
Karbon 18%
Jumlah 96%

Unsur surihan berbaki 4 % meliputi unsur-unsur kimia yang lain. Sebagai contoh kalsium hanya 1.14% diperlukan oleh tubuh
manusia. Ini bererti unsur yang mendominasi tubuh badan manusia adalah unsur yang empat itu. Dominasinya perlu
dikekalkan agar keseimbangan tubuh berada pada tahap yang baik. Manakala, Jika berlebihan unsur mineral surihan 4%
akan menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan sistem yang bakal menimbulkan penyakit.

Teori Atom Dalam Rahsia Penciptaan Manusia


Secara asasnya, binaan atom itu terdiri daripada proton pada nukleus sel dan elektron yang mengelilingi orbit atom tersebut.
Konsep asas yang perlu difahami ialah elektron yang wujud sekadar tenaga kepada atom itu, elektron itu tidak
mempengaruhi berat atom. Elektron adalah manifestasi tenaga bagi sesebuah atom. Jadi yang bertahan kekal di dalam
sebuah binaan atom itu adalah proton. Tahap kestabilan sesuatu atom itu relatif kepada jumlah elektron yang dipunyainya.

4 Prinsip Asas Kehidupan - 11


Model Atom/Unsur

Di sinilah, peranan elektron mempengaruhi kestabilan atom. Atom yang stabil, yang kukuh mempunyai bilangan elektron
yang menyamai bilangan protonnya. Namun apabila bilangan elektron itu kurang, atom menjadi ion positif dan sebaliknya
apabila bilangan elektron itu melebihi proton, atom tersebut dinamakan ion negatif.

Pernyataan di atas diringkaskan seperti berikut:


Atom stabil ∑ elektron = ∑ proton
Ion positif ∑ elektron < ∑ proton
Ion negatif ∑ elektron > ∑ proton

Sebagai contoh,
C6 - 1 elektron  C+
Cl17 + 1 elektron  Cl-

4 Prinsip Asas Kehidupan - 12


Maknanya apabila satu atom itu tidak seimbang, jumlah proton melebihi ataupun kurang daripada jumlah elektronnya,
atom berkenaan tidak stabil, tidak kukuh, tidak berada dalam keadaan keseimbangan. Sebaik sahaja perkara asas ini
difahami maka konsep atom yang seterusnya pasti lebih mudah untuk diperhalusi.

Elektron mengelilingi atom pada orbitnya dengan pusingan melawan arah jam. Di samping elektron berpusing berpusatkan
atom, ia juga berputar pada paksinya sendiri. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T kalau kita renung dan kaji secara mendalam.

Mari kita bandingkan ciptaan yang halus ini dengan ciptaan Allah S.W.T yang lebih besar. Sesungguhnya mengkaji setiap
sesuatu sambil berfikir dan mengaitkan dengan kebesaran Allah satu cara yang dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi
keimanan kita kepada Allah S.W.T. Melalui gambarajah di bawah kita boleh menghubungkaitkan persamaan di antara
keduanya.

Bumi

Bulan
Gambarajah Model Bumi-Bulan

4 Prinsip Asas Kehidupan - 13


Melihat kepada gambaran rajah model sistem bumi dan bulan serta model atom, kita dapat ungkapkan bahawa alam maya
yang diciptakan Allah S.W.T ini seumpama satu struktur binaan atom yang diperbesarkan saiznya.

Elektron memberi pengaruh kepada struktur atomnya sebagaimana bulan mempengaruhi keadaan di bumi. Bulan
berperanan menjadi faktor empat musim dalam setahun, pasang surutnya air laut, graviti bumi, perkiraan kalendar tahunan
Qamariah dan menentukan jatuhnya hari-hari penting dalam Islam seperti permulaan bulan Ramadhan, hari raya Puasa dan
banyak lagi contoh yang menunjukkan pengaruh bulan terhadap Bumi.

Ciptaan Allah S.W.T sangat menakjubkan kerana kesemua benda yang ada di langit dan di bumi memiliki struktur yang sama,
berada dalam ruang lingkup yang serupa dan yang hanya membezakan antara satu ciptaan dengan yang lain adalah saiznya
sahaja, samada kecil atau besar, panjang atau lebar. Kesemuanya masih berada dalam peraturan alam (sunnatullah-sifat
fizikal) dan peraturan syariat (syariatullah-sifat tenaga). Bermula dari sinilah RK-i cuba menghubungkaitkan dengan rahsia
penciptaan manusia.

Dalam hal penciptaan manusia boleh ditakrifkan bahawa manusia ialah gabungan unsur-unsur logam, separa logam dan
bukan logam dalam teori molekul yang paling sempurna. Jadi secara asasnya keseimbangan pada sistem kehidupan manusia
adalah saling berkait rapat dengan keseimbangan sistem tubuh berasaskan kepada Teori Atom dalam rahsia keseimbangan
molekul.

4 Prinsip Asas Kehidupan - 14


Dua elemen penting dalam kestabilan atom ialah elektron dan proton, dimana proton adalah elemen fizikal sesuatu
unsur/atom manakala elektron adalah elemen tenaga, keseimbangan kedua-dua ini adalah merupakan keseimbangan
keseluruhan atom. Namum begitu faktor keseimbangan tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada elektron, jika
menyusut atau menambahnya nilai elektron sesuatu atom itu sebagaimana yang diterangkan sebelum ini maka bertukarlah
nilai atom itu. Inilah gambaran yang mana nilai kehidupan manusia akan runtuh apabila sifat tenaganya menyusut atau
pincang. Bermula nya kelemahan sesuatu sel yang terdiri daripada binaan atom adalah berpunca daripada kelemahan sifat
tenaganya yang boleh diukur nilai melalui sifat bunyi, cahaya dan warna. Namum secara umumnya sifat ini juga boleh
dinisbahkan kepada kehidupan manusia kepada nilai sifat keyakinan, kesabaran, keikhlasan dan keredhaan. Bermula
sesuatu penyakit atau ketidakseimbangan seseorang itu apabila sifat tenaganya yang susut dahulu barulah diikuti dengan
ketidakseimbangan fizikal.

Bedasarkan kepada teori atom inilah RK-i membuat pemerhatian kepada sifat alam dan perkaitannya. Amat benarlah
bahawa kerelatifan masa amat berkait rapat dengan tenaga sesuatu kehidupan itu. Berubahnya dari satu waktu ke satu
waktu lain dalam solat merupakan satu sempadan pertukaran tenaga alam yang dikawal selia oleh Maha Pencipta, Allah
S.W.T. Malanglah seseorang itu yang telah ketinggalan untuk mendapat manafaat keseiringan ketetapan keberkatan
kehidupan ini yang sentiasa tidak mengambil berat tentang waktu solat. Berlalu nya satu waktu…maknanya berlalu satu
ketetapan dalam rantaian kehidupan. Semuanya ini adalah hukum peraturan yang diikat dengan Hukum
Tekanan/Tarikan(Graviti) dalam rahsia Kebesaran Pencipta, Allah S.W.T yang mutlak. Bagi mereka yang telah kehilangan
keimanan akibat daripada kesilapan kehidupan dengan melakukan perkara yang syirik, maka sudah tententuk tidak lagi di

4 Prinsip Asas Kehidupan - 15


ikat dengan Hukum ini. Daripada Kajian dan penelitian inilah terhasil model Pengurusan Kesihatan Islam dalam teori Seni
Sains Insaniah yang akhirnya merevolusikan Model Gaya Hidup Sihat Insaniah(GHSi) sebagai aplikasinya.

Kesimpulannya
Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan
Qadhiyyah IIahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan
hidup ciptaan manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-
mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.

Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah S.W.T. untuk manusia sejagat. Mereka
perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia.
Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah S.W.T. dalam
Firman-Nya yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat
kelak dari golongan mereka yang rugi.”(Al-Imran:85)

Oleh yang demikian tiada pilihan lain lagi bagi semua umat manusia, melainkan memilih Islam sebagai cara hidup, namun
begitu kerana usaha menghidupkan agama telah lama ditinggalkan, maka setiap amal agama mula dirasakan janggal dan
rumit, ayuh bangkitlah dan kembali menghidupkan agama dalam diri, keluarga dan seluruh masyarakat. Dalam kesibukan

4 Prinsip Asas Kehidupan - 16


masyarakat kini, kami di Institut Pengurusan Kesihatan Islam (IPKIM) cuba memperkenalkan model Gaya Hidup Sihat
Insaniah (GHS-i) yang berteras kepada lima komponen utama iaitu :-
 Meningkatkan Motivasi yang Tulen (Rahsia Ketenangan)
 Membina Akhlak yang Murni (Rahsia Kesabaran)
 Mengembang Akal yang Seimbang (Rahsia Keikhlasan)
 Memperbetulkan Amalan Harian(Rahsia Keredhaan)
 Mengambil Rawatan/Ubatan jika keperluan (Rahsia Kesempurnaan)

4 Prinsip Asas Kehidupan - 17

Anda mungkin juga menyukai