Anda di halaman 1dari 5

MATLAMAT PERNIAGAAN

STRATEGI PRODUK /
HIDAYAH
PERNIAGAAN PERKHIDMATAN

KEFAHAMAN PERNIAGAAN
MATLAMAT PERNIAGAAN (VISI)
 Redha Allah
 Semata-mata kerana Allah.
 Sunnah Nabi Muhammad SAW
 Memahami bahawa berniaga adalah satu Sunnah Nabi, dan kita melakukan
nya adalah kerana ingin beramal dengan Sunnah Nabi SAW, di mana
berniaga adalah alat dan Dakwah adalah matlamat.
 Tuntutan Kefardhuan
 Memenuhi keperluan ummat, sesetengah nya menjadi Fardhu Kifayyah dan
pada sesetengah situasi ianya menjadi fardhu ain.
 9/10 Sumber Rezeki
 Berkelansungan menjalankan aktiviti perniagaan walau dalam apapun
situasi dan keadaan kerana meyakini 90% sumber rezeki adalah melalui
aktiviti perniagaan yang di lakukan selagi ianya tidak berlawanan dengan
kehendak syariat dan undang-undang semasa.
STRATEGI PERNIAGAAN (MISI)
 Ibadah (Hamba Allah)
 Kesempurnaan Ibadah akan mendatangkan Keberkatan, berkat ini akan
menyelesaikan masalah diri sendiri, sikit mencukup, banyak memanafaatkan.
Prasyarat untuk kesempurnaan Perniagaan sebagai satu Ibadah adalah dengan
menyempurnakan menyempurnakan tuntutan Ibadah Khusus yang di syariat
kepada setiap indvidu muslim.
 Ukhuwah (Imam)
 Perniagaan adalah proses membina jaringan sesama muslim dan masyarakat
sebagai medium/alat untuk menyampaikan mesej Islam. Sekurang-kurangnya
berupaya membina kelompok peluang di dalam organisasi perniagaan yang di
bina dan menjadikan diri sebagai “Leader” tanpa mengabaikan tanggungjawab
kepada diri dan keluarga.
 Mahabbah (Murabbi)
 Menjadi pembimbing dan suri tauladan kepada keseluruhan aktiviti perniagaan
yang d jalankan bukan setakat perniagaan sendiri malah menjadi “Jurulatih”
kepada rakan-rakan lama dan baru dalam bidang perniagaan yang sama untuk
bersama-sama terus maju ke hadapan.
 Musyawwarah (Khalifah)
 Menjadi “Role Model” kepada keseluruhan organisasi, mempunyai visi/misi yang
melangkaui masa dan berupaya mengaplikasikan nya kepada keseluruhan
organisasi malah berupaya mengubah keseluruhan organisasi dan yang berkaitan
dengan organisasi kepada peringkat yang terbaik.
KEFAHAMAN PERNIAGAAN (PIAGAM)
 Fiqh Muamalah/Undang-Undang Semasa
 Mengetahui secara asas kaedah Muamalah sekurang-kurangnya memahami
konsep asas Murabahah, Wadi’ah, Bai’ussalam, Al-Ijarah, Ar-Rahnu, Al-Wakalah,
Al-Mudharabah, Al-Qardh Al-Hasan dan Al-Bai Bithaman Ajil. Juga memahami
Fiqh semasa berkaitan dengan segala urusan niaga termasuk urusniaga melalui
atas talian dan bersifat teknikal dan teknologi terkini.
 Strategi Penguasaan Pasaran
 Memahami bahawa pemasaran dalam Islam adalah usaha menyampaikan mesej
dan hasrat perniagaan agar dapat memenuhi keperluan dan menyelesaikan
masalah ummat semasa bukannya sekadar untuk mencapai matlamat
keuntungan semata-mata.
 Pengurusan Kewangan
 Mempunyai kefahaman asas berkaitan dengan pengurusan kewangan, bukan
sekadar mencatat urusniaga sebalik mampu merangka satu perancangan
kewangan yang bersifat menyeluruh serta mengimbangi antara keperluan semasa
dan masa depan dalam mengurus keperluan perbelanjaan operasi(OPEX) dan
perbelanjaan modal(CAPEX).
 Undang-Undang/Peraturan Semasa
 Mempunyai pengetahuan semasa berkaitan dengan undang-undang/peraturan
semasa yang di keluarkan oleh pihak yang bertanggung jawab.
PRODUK/PERKHIDMATAN (SOP)
 Modal/Sumber
 Merealisasikan dan bijak menggunakan sumber yang sedia ada untuk memulakan
usaha pertama dan berikut nya dan bukannya menunggu semata-mata sumber
baru atau pun yang belum pasti serta amat optimis dengan konsep apa sahaja
yang ada di sekeliling adalah modal/sumber yang amat berpotensi.
 Kreatif dan Inovatif
 Bukan semata-mata mengikut ‘trend’ semasa, tetapi memberikan penumpuan
kepada penambahbaikan, bukan semata-mata membekalkan
barangan/perkhidmatan sebaliknya menyediakan penyelesaian secara total
kepada pelanggan.
 Nilai
 Memahami perniagaan adalah bukannya semata-mata rantaian dalam konteks
pembekal-pelanggan, sebalik ianya adalah proses memberikan nilai sebenar
kepada pelanggan termasuklah elemen mendidik pelanggan agar mempunyai
kefahaman yang tinggi terhadap produk/perkhidmatan yang di tawarkan.
 Sasaran
 Mempunyai keupayaan mengenalpasti sasaran sebenar produk/perkhidmatan
yang di tawarkan, malah bukan sekadar mencari pelanggan tetapi mampu
membina kelompok pelanggan baru yang setia dan memahami inspirasi
urusniaga.

Anda mungkin juga menyukai