Anda di halaman 1dari 5

Setiap masyarakat dalam kehidupan social pastinya akan selalu mengalami perubahan sosial

yang baik sama ada masyarakat tradisional mahupun masyarakat komtempori.perubahan sosial
merujuk kepada perubahan yang terjadi pada struktur masyarakat baik perubahan pada norma
sosial, ciri-ciri pranata sosial, system lapisan sosial mahupun kelompok-kelompok sosial.
Terdapat banyak tokoh-tokoh ilmuan dunia yang memberi teori tentang perubahan sosial dalam
masyarakat antaranya yang tokoh yang terkenal seperti Karl Marx, Emile Durkhein, Ibn
Khaldun dan banyak lagi tokoh yang menyumbang dalam mentarifkan pengertian perubahan
sosial. Namun begitu, berdasarkan teori perubahan sosial sesuatu masyarakat dan hubungnya
dalam membagunkan modal insan kita boleh melihat teori yang diperkenalkan oleh Ibnu
Khaldun(Toto Suharto 2003) iaitu teori yang menegaskan masyarakat sebagai sesuatu organisma
yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya
perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan.

Dalam konteks perubahan sosial khususnya perubahan sosial di alam melayu boleh kita melihat
dari aspek kehidupan orang melayu dari zaman tradisional iaitu semasa abad ke – 18 semasa
zaman kolokial masyarakat di nusantara pada masa itu digelar oleh penjajah british dan belanda
sebagai bangsa melayu kerana keadaan kulit dan profil tubuhnya yang hampir sama. Kehidupan
masyarakat melayu pada masa itu lebih bercirikan kehidupan secara tradisonal yang cara
ekonominya secara sara diri dan tanaman secara kecil-kecilan untuk dimakan pada hari itu
sahaja. Namun begitu, orang melayu tradisional pada masa dianggap bangsa yang mulia kerana
cara kehidupan mereka yang begitu kreatif iaitu menggunakan persekitaran untuk
membangunkan negeri walaupun pada masa itu ketiadaan teknologi moden. Seorang warga
belanda bernama vallentijn (1712M) menyatakan bahawa orang melayu sangat cerdik, pintar dan
manusia sangta sopan di seluruh asia dan juaga mempunyai sifat pembersih dalam kehidupan.
Selain itu, vallentijn menyatakan orang melayu ini juga berusaha memperluaskan pengetahuan
mereka dengan memperluas pegajian bahasa arab iaitu mempelajarinya. Orang melayu
tradisional juga dikatakan sebagai seorang lebih suka cara-cara lasak dalam pegembangan tanah
jajahan dan ilmu kelautan serta ilmu agama. Menurut C. Lekkerkerker(1919) menyebutkan
bahawa orang melayu dikenali sebagai bangsa yang paling suka mengembara dan agresif dalam
dunia kerana sikap masyarakat melayu yang sukan berpindah radah serta suka menetap di mana
saja tempat yang dingini atas sebab perkahwinan atau pun kerana penyebaran agama islam.
Namun sejak kedatangan penjajah membuatkan orang melayu mulai berubah dari sifat-sifat
agresif dalam kehidupan mereka akibat ditekan dan ditindas oleh kolonial. Walaupun
bagaimanapun, kesan daripada penjajahan oleh kolonial kita dapat melihat bahawa dari segi
pembangunan struktur bandar mula berkembang pesat dari seusuatu masa ke masa yang
kotempori yang dilihat sebagai satu kelebihan kepada msyarakat di tanah melayu pada masa
itu.Ekoran daripada kegiatan perlombongan di sekitar kuala lumpur sejak penghujung tahun
1850-an, pekan yang dibagunkan di persimpangan sungai Gombak dan sungai klang di kuala
Lumpur mula berkembang menjadi sebuah bandar yang bukan sahaja berfungsi memungut hasil
bijih timah dari kawasan persekitaranya, tetapi juga mula menjadi pusat penyebar barang
keperluan kepada para pelombong dan beberapa deret kedai rumah telah dibina sebagai satu
tempat orang Melayu dan Cina menjalankan perniagaan(Lim Heng Kow1978:81). Pada masa
inilah corak kehidupan orang melayu khususnya mula berubah menjadi modern dengan
tertubuhnya pusat pegajian tinggi dan pembukaan banyak indusri akibat ledakan teknologi
membolehkan orang melayu berubah dari masa ke masa dengan langkah yang lebih baik selepas
tamatnya perang dunia kedua serta mendapat hak memerintah Negara dengan sendiri disebabkan
tuntutkan oleh rakyat di Negara Malaysia(Artikelcore.blogspot.my 2014). Perubahan ini berubah
begitu pesat akibat keadaan dunia yang mendesak ke hadapan membolehkan bangsa melayu
mengambil tempat dalam perubahan ini yang telah meningkatkan martabat pribumi yang
sebelum ini yang sering ditindas oleh colonial dan bangsa asing.

Pontensi orang melayu merupakan antara aspek perubahan sosial boleh kita lihat dari tradisional
hingga ke kotemporari. Kebudayaan melayu merupakan salah satu kewajiban bagi masyarakat
melayu untuk mempamerkan identiti orang melayu itu sendiri dengan kepelbagaian budaya.
Pontesi budaya melayu dalam berbagai unsurnya dari sejak dulu terutama bahasa melayu dalam
berbagai unsurnya dari sejak dulu terutama bahasa melayu telah menunjukan penyebarannya dari
barat ke timur (pulau pas ke madagaskar) dan utara ke selatan (Formosa ke selandia baru). Budi
bahasa mengandungi makna yang mendalam dan makna itu ialah orang melayu yang memiliki
nilai-nilai luhur yang telah memberikan kebolehan, keyakinan sentiasa dalam hidup rukun damai
dengan orang lain(Isjoni, 2007). Walaupun di zaman serba moden namun kini identiti melayu itu
masih ternanam di dada masyarakat melayu sekarang sebagai contoh, kepesatan ekonomi yang
telah dilaksanakan di zaman penjajah dan lebih- lebih pada masa kini telah mencorak Negara
Malaysia ke arah serba moden namun identiti melayu masih dikekalkan dengan menjalankan
program yang berdasarkan menghijaukan Kuala Lumpur sekaligus, mengambarkan nilai luhur
orang melayu masih tersemai di dada masyarakat melayu modern( Hairi Abdullah, 1995).

Perubahan seterusnya yang kita boleh melihat adalah dari segi ekonomi masyarakat melayu itu
sendiri. Majoriti masyarakat melayu pada zaman tradisional dahulu merupakan masyarakat
miskin, tertinggal terbelakang, dan hampir semua tidak berpelajaran. Walaupun begitu, ada
gologan minoriti melayu pada masa itu mempunyai ilmu berkaitan agama, persenjataan, serta
ilmu kententeraan untuk menlidungi negeri daripada di ceroboh oleh musuh(Isjoni 2007).
Keadaan mula bertambah baik dari peringkat kepada peringkat yang lebih baik hingga apa yang
telah dikecapi pada dunia moden pada masa kini contohnya perkembangan golongan miskin dan
setinggan pada awal pembukaan kuala lumpur pada suatu ketika masa dahulu golongan ini
adalah golongan majority yang menetap di sekitar kawasan pekerjaan di kuala lumpur
disebabkan keadaan pekerjaan dan gaji yang rendah pada masa itu. Namun perubahan tersebut
bergerak seiring dengan kehendak globalisasi yang kian pesat dengan pembukaan industry
perkilangan dan gaji yang agak tinggi membolehkan masyarakat miskin dapat dibasmi dengan
secara spontan(Hairi Abdullah, 1995).

Perubahan paling ketara dalam perubahan sosial masyarakat melayu adalah mengenai agama.
Pada zaman melayu tradisional iaitu sebelum kedatangan islam, budaya melayu adalah budaya
tempatan yang berteraskan kepercayaan tempatan dan hindu. Pada masa itu telah banyak pun
kerajaan- kerajaan melayu contohnya kerajaan melayu Palembang dan kerajaan melayu
singapura namun, pada pengaruh agama hindu budha sangat menebal di kalangan masyarakat
tempatan pada masa itu. Budaya melayu-islam mula diasaskan oleh kerajaan Melaka walaupun
Melaka pada masa itu sebuah kerajaan kecil akhirnya menjadi kerajaan besar yang menguasai
selat Melaka dan menjadi pusat perdagangan dunia iaitu pertembungan timur dan barat.
Tambahan pula, kedatangan ulama dari Persia india dan arab telah menjadi faktor utama dalam
mengembangkan islam di istana. Pengislaman ini bermula apabila para mubaligh islam datang
berdakwah di Melaka. Kedatangan mereka disambut dengan baik oleh pihak istana dan
menerima islam tanpa pertumpahan darah dan kemudiannya rakyat jelata turut serta memeluk
islam secara rasmi. Salah satu ciri budaya melayu-islam ini adalah berfikiran rasional kerana
kebanyakan orang melayu sebelum ini berfikiran secara mistos dan perkembangan cara berfikir
adalah sangat terhad. Kesan berfikiran secara rasional membolehkan orang melayu mula ada
daya fikiran sehingga perkembangan intelektual terbuka luas(isjoni 2007). Inilah budaya yang
telah muncul di Melaka dan menggerakan Melaka menjadi sebuah Negara islam dan kuasa besar
dengan jajahan takluknya bertambah dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan sultan dan
penasihat ulama pada ketika itu. Walaupun tidak ada kitab-kitab besar yang dihasilkan di Melaka
tetapi budaya mengarang telah pun wujud sebagai contohnya surat utusan yang dihantar ke
Negara luar seperti cina parsi dan pasai membawa kepada hubungan diplomatik dan keilmuan
antara Negara terlibat. Sultan dan pembesar Negara seperti bendahara juga mempunyai
kemahiran dalam bidang mengarang sekaligus secara automatic pembesar menjadi jurutulis
sultan. Kerajaan Melaka juga sanggup menghantar utusan semata-mata untuk mendapatkan
ulama daripada luar yang berkebolehan dalam mentafsirkan kitab-kitab yang sukar difahami.
Pendidikan kebiasanya tertumpu kepada anak-anak raja dan pembesar mereka diajar menulis dan
membaca al-quran manakala sultan dan pembesar digalakan menambah ilmu supaya memjadi
kebudayaan dalam pengajian ilmu. Golongan ulama dan alim diberikan tempatkan tinggi di
dalam struktur sosial dalam istana kerana mereka juga berfungsi dalam menasihati sultan dalam
memutuskan sesuatu perintah. Oleh yang demikian, walaupun sultan tidak bertaraf ulama tetapi
sultan mempuyai asas pendidikan agama. Pada zaman awal kotemporari iaitu pada zaman
tercipta teknologi canggih seperti meriam dan senapang bila mana portugis datang dan
menguasai Melaka mereka membawa sekali kebudayaan serta ajaran kristien mereka ke bumi
Melaka. Namun nilai-nilai kebudayaan melayu-islam tidak mampu dirobek oleh sesiapapun
kerana masyarakat ketika itu berpenggang teguh dengan ajaran islam yang disampaikan
sebelumnya. Begitu juga, kita dapat lihat walaupun di tanah melayu dijajah oleh kolonial begitu
banyak namun tidak sedikit pun menjejaskan kebudayaan melayu-islam. Pada hakikatnya islam
berperanan besar dalam membentuk pemikiran melayu. Islam juga berperanan untuk membentuk
pribadi orang melayu agar lebih matang, dewasa, dan tinggi kualiti ilmu dan pengetahuan. Meski
pun penguasaan islam orang melayu secara benar dan baik merupakan faktor kekuatan untuk
membaiki kehidupan yang lebih baik dari kertinggalan dari pelbagai aspek.
Contoh rujukan

Toto Suharto.2003.Epistemologi sejarah kritis Ibnu Khaldun.Yogyakarta:Fajar pustaka baru.

Hairi Abdullah.1995. Titian warna: sejarah pembangunan dan perubahan citra. Kuala
Lumpur.penerbian sejarah.

Lim heng kow(1978:81).Dlm. Isjoni.2008.orang melayu dizaman yang berubah.jakarta. pustaka


pelajar.

Raynaidi s.kumar.2014.Masyarakat tradisional dan modern. Artikelcore.blogspot.my.

Hairi Abdullah.1995. Titian warna: sejarah pembangunan dan perubahan citra.kuala


lumpur.penerbitan sejarah.

Isjoni.2008.orang melayu di zaman yang berubah.jakarta.pustaka pelajar.

C. Lekkerkerker(1919).Dlm. Isjoni.2008.orang melayu dizaman yang berubah.jakarta. pustaka


pelajar.

Anda mungkin juga menyukai