Anda di halaman 1dari 1

Jika mengaitkan bidang ekonomi maka tidak dapat di elakan fakta yang biasa di gunakan iaitu

pengeluaran. Hal ini sebabkan kerana setiap pengkaryaan pasti akan terselit dalam lubuk hatinya
untuk kormesialkan hasilnya pada harga yang tinggi bagi memberikan pendapatan kepada
seseorang pengkarya untuk menampung kehidupan mereka. Kreativiti yang ada pada seorang
pengkarya sangatlah tinggi harganya, termasuklah hasil yang di buatnya Jika kita melihat
konteks pengeluaran ini , akan mendapati bahawa kebanyakan hasil karya terhasil mempunyai
cita rasa masyarakat, fungsi tersendiri dan mutu yang tinggi yang sering di komersial dalam
acara pameran hasil karya kesenian. Mendapati hal itu tidak boleh di nafikan pengeluaran
merupakan satu elemen yang penting dalam pelajaran tentang seni lukis kerana akan membantu
pengkarya menghasilkan lebih banyak hasil seni yang menarik dan berkualiti. Dari segi harganya
yang dapat di terima oleh golongan pengumpul hasil seni lukisan merupakan salah satu strategi
pemasaran yang diguna pakai oleh seseorang pengkarya seni. Sebagai contoh corak batik yang
dilukis dengan halus dan teliti akan membuka ruang bharu kepada pengusaha kain batik untuk
membeli corak tersebut untuk menghasilkan satu output yang berkualiti bagi menarik lebih ramai
untuk membeli kain batiknya. Maka dengan ini berlakunya hubung kait atau hubungan saling
memerlukan antara pelukis seni batik dengan pengusaha batik.

Kesimpulanya, seni lukis ini sangat penting untuk dipertahankan pada masa kini. Hal ini, kerana
kewujudan teknologi di hujung jari banyak menghasilkan lukisan berbentuk grafik dalam papan
skrin komputer yang menjadi persaingan kepada kepada pengkarya seni masa kini. Walaupun
begitu seni lukis tetap menjadi pilihan masyarakat kerana hasil yang di hasilkan lebih rumit dan
mempunyai nilai perasaan seorang penukis yang tinggi harganya. Berikutan itu seni lukis perlu
ada satu rujukan baharu bagi menempoh revolusi akan datang agar hasil yang terindah ini terus
mendapat tempat di hati masyarakat. Malah pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan bagi
memberi dorongan kepada para pengkarya supaya Negara Malaysia mampu menjadi Negara
yang dikenali sebagai pengeluar seni lukis yang terhebat di dunia.

Anda mungkin juga menyukai