Anda di halaman 1dari 16

Ulangkaji - Latihan 1

Soalan 1:

 Budaya terdiri daripada pelbagai komponen. Senaraikan lima komponen budaya (5M).
o Peralatan dan kelengkaan
o Agama dan kepercayaan
o Sistem ekonomi
o Sistem kemasyarakatan
o Bahasa
o Ilmu pengetahuan
 Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan. Nyatakan
faktor-faktor penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia (5M).
o Ketidakstabilan politik
o Peluang kerja
o Kesukaran hidup
 Semua kelompok etnik mempunyai pantang larang mereka sendiri. Senaraikan empat
tujuan pantang larang diamalkan (4M).
o Memupuk nilai murni
o Menjga tingkah laku
o Kesinambungan tradisi
o Elak kecelakaan
 Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru yang mengajar dalam kelas yang
terdiri daripada pelbagai sosio-budaya (6M).
o Pilih kaedah pengajaran yang sesuai
o Jaga disiplin murid
o Persefahaman antara murid
o Pelaksanaan aktiviti melibatkan pelbagai kumpulan etnik

Soalan 2:

Menurut James Coleman, memberikan pendidikan percuma merupakan salah satu ciri yang
terdapat dalam konsep persamaan peluang.

 Berikan lima faktor penting yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di


negara kita (5M).
o Kelas sosial
o Jantina
o Masyarakat minoriti
o Murid bekeperluan khas
o Infrastruktur
 Nyatakan lima usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan
peluang pendidikan di Malaysia (5M).
o RMT
o KWAPM
o SBT
o SPBT
o BANTUAN MAKANAN ASRAMA
o
Soalan 3:

Cikgu Adibah merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang untuk merancang satu pelan tindakan yang mampu
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.

 Nyatakan lima kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk mewujudkan


persekitaran yang mesra budaya (5M).
o Bilik darjah yang lengkap
o Kemudahan elektrik 24 jam
o Bekalan air yang berterusan
o Asrama untuk murid di pedalaman
 Nyatakan lima program yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Adibah bagi
mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya (5M).
o Dapur kita
o Perkhemhn
o RIMUP
o Program kolaborasi SK, SJKC, SJKT
o Hari koku
o Petunjukan seni budaya

Soalan 4:

Murid membawa budaya mereka yang tersendiri dan yang berbeza daripada budaya formal
sekolah di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai kaum.

 Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan tiada murid
daripada pelbagai kaum yang berasa terpinggir semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (10M).
o Pendekatan kolaboratif
o Berpusatkan murid pelbagai etnik dan budaya
o Perbincangan dalam kalangan berza kumpulan etnik
o koperatif
 Cadangkan lima cara bagaimana sekolah dapat memastikan murid daripada pelbagai
kaum dapat menerima antara satu sama lain (10M).

 Kurikulum
- m/p sejarah
- menyemai kesedaran
- menghayati semangat patriotisme
- perpaduan
 Aktiviti kokurikulum
- Persatuan
- Kelab
- Permainan
- Unit beruniform
 Kegiatan kemasyarakatan
- gotong – royong
- kerja amal
 Pemupukan kesedaran sivik
- Belajar menghormati hak orang lain
- Mewujudkan semangat kekitaan
- Sikap bertanggungjawab murid terhadap diri, sekolah dan masyarakat
 Program bahasa selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan bahasa
kebangsaan sebagai alat perpaduan etnik

o Disiplin diri

Soalan 5:

Kelas bercantum merupakan salah satu strategi untuk memberi peluang kepada murid-murid
mendapat pendidikan asas selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

 Huraikan empat aspek fizikal yang perlu diambil kira oleh guru semasa
mengendalikan kelas bercantum (8M).
o Susunan perabot
o Papan kenyataan libatkan pelbagai kaum
o Sudut budaya dan sejarah
o Lukisan mural
 Anda ditugaskan untuk mengajar kelas bercantum Tahun 2 dan Tahun 3 mengikut
Kumpulan Tahun Persekolahan. Sediakan satu rancangan pengajaran harian bagi
tempoh 1 jam mengikut pengkhususan anda (12M).

Soalan 6:

Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi terutama dalam kalangan murid pelbagai kaum
agar memudahkan mereka memperoleh ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran.

 Bincangkan lima cara guru dapat mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik
darjah (10M).
o Gaya pembelajran y fleksibel
o Pengajaran berpusatkan murid
o Komunikasi 2 hala
o Menjadi pendengar yang baik
o Menghormati pendangan murid
 Jelaskan lima tingkah-laku guru yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi
dalam bilik darjah (10M).
o Label murid
o Salah tafsir
o Autokratik
o Bias
o Kritik pendapat murid

Ulangkaji - Latihan 2
Soalan 1:

Kelompok merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang
ahlinya. Terdapat dua jenis kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder.

 Nyatakan ciri-ciri yang terkandung di dalam kelompok asas? (5M)


o Interaksi bersemuka berterusan
o Mengenali dengan lebih dekat
o Hbng mesra yang erat
o Hbng lbh kenalan
o Hbngn pelbagai bentuk
 Masyarakat yang bertamadun akan dapat meninggalkan pelbagai bukti kepada
masyarakat yang akan datang. Kesemua bukti ketamadunan manusia memerlukan
unsur-unsur yang terdapat dalam penciptaan tamadun dan budaya. Nyatakan lima
unsur masyarakat yang berbudaya dan bertamadun. (5M)
o Kelengkapan dan peralatan
o Agama dan kepercayaan
o Sistem ekonomi
o Bahasa
o Masyarakat
o pengetahuan

Soalan 2:

Bahasa juga mengalami perubahan. Perubahan dalam bahasa berlaku kerana perlukan
penyesuaian yang berlaku dalam organisasi sosial dan pola-pola peranan sosial dalam
masyarakat.

 Berikan enam sebab-sebab lain berlakunya perubahan bahasa. (6M)


o Penjajahan
o Pertembungan budaya
o Perubahan populasi
o Perubahan sosiabudaya
o [endidikan
o Kelas sosial
o
 Berikan lima fungsi bahasa dalam masyarakat. (4M)
o Alat perhubungan
o Alat mengungkap perasaan
o Menyampaikan maklumat
o Menyelesaikan masalah
o Menjaga warisan pusakan

Soalan 3:

Dalam usaha memberi peluang pendidikan agar dinikmati oleh murid seringkali mengalami
pelbagai halangan

 Nyatakan lima situasi yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan dalam


kalangan murid. (5M)
o Kelas sosial
o Jantina
o Kumpulan minoroti
o Pertumbuhan pusat urban yang lembab
o Jurang digital
o Jurang sosioekonimi
o Jurang pendidikan
 Sebagai seorang guru di sebuah sekolah di luar bandar, nyatakan lima usaha
anda agar murid tersebut dapat bersaing dengan murid dalam kawasan bandar.
(5M)
o Tanamkan budaya membaca
o

Soalan 4:

Cikgu Idham merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Dalam usahanya untuk merancang pelan tindakan yang mampu
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya, beliau berhadapan dengan sikap negatif Orang
Asli terhadap pelajaran.

 Nyatakan empat sikap negatif Orang Asli yang perlu diubah supaya pelan tindakan
untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dapat dilaksanakan dengan
berkesan. (4M)
o Kurang sifat persaingan dalam kalangan mereka yang berprestasi tinggi
o Tidak suka bersaing secara individu dan lebih suka bekerja secara
berkumpulan
o Tidak berminat ke sekolah
o Satu keluarga bekerja mencari hasil hutan untuk menyara keluarga
o Sukar menerima perubahan
o Berpegang teguh kepada budaya hidup tradisional
o Tidak memperjuangkan hak mereka
 Nyatakan tiga tindakan yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Idham bagi mewujudkan
persekitaran sekolah yang mesra budaya. (6M)
o Libatkan murid dalam aktiviti
o Susun atur murid mengikut kaum berbeza
o Pastikan bilik darjah membawa imej positif kepada pelbagai etnik
o Beeri peluang murid bersosial
o Beri pujian dan galakan
o Denda yang tidak menjejaskan emosi murid

Soalan 5:

Guru harus peka dan bersedia untuk menangani kepelbagaian sosio-budaya yang wujud dalam
bilik darjah dan sekolah supaya memberikan kesan yang positif kepada murid, sekolah dan
kurikulum tersirat.

 Bagaimanakah guru dapat memastikan murid-muridnya yang datang dari kelas sosial
yang berbeza mendapat pendidikan yang seimbang. (10M)
o Guna kaedah direktif
o Mediatif
o Koperatif
o Kolaboratif
o Kajian masa depan
o metakognitif
 Pada pandangan anda, apakah implikasi yang akan terjadi dalam kelas pelbagai etnik
sekiranya guru gagal menyesuaikan diri dengan budaya setempat. (10M)
o Kawalan kelas kurang memuaskan
o Objektif pembelajaran tidak tercapai
o Berlaku diskriminasi ketika pembelajaran
o

Soalan 6:

Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik yang memerlukan kesedaran guru dalam


menguruskan pengajaran dan pembelajaran.

 Perincikan lima tindakan yang perlu diambil oleh guru dalam melaksanakan pedagogi
relevan budaya. (10M)
o Menerima kepelbagaian latar belakang murid y berbeza
o Luangkan masa untuk hadir majlis komuniti
o Bersedia mengenalpasti pendekatan yang sesuai
o Menggunakan kekuatan yang ada pada murid
o Galak penglibatan ibubapa
o Lawatan dikawasan sesuatu etnik
 Rangkakan lima aktiviti pengajaran yang menggunakan elemen dalam pedagogi
relevan budaya. (10M)
o 1. Aktiviti perbincangan kumpulan yang melibatkan ahli-ahli kumpulan
pebagai budaya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam
suasana hormat-menghormati. Setiap ahli bebas menyarakan idea dan
pandangan dalam menyelesaikan masalah.
o 2. Aktiviti yang melibatkan kaedah penemuan seperti membuat buku skrap
berkenaan budaya kaum lain. Contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat
majmuk, Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng
dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi
tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar
meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya
orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat
perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi
maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing.
o 3. Guru memberikan projek yang perlu disiapkan dalam kumpulan yang terdiri
daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Contohnya projek membina model
pakaian tradisional masyarakat- masyarakat di Malaysia. Melalui aktiviti
seperti ini, murid akan berkongsi kreativiti dan pengetahuan tentang budaya
masyarakat – masyarakat di Negara kita.
o 4. Aktiviti lakonan . Contohnya pelajar Cina akan melakonkan watak
kehidupan masyarakat Melayu, pelajar Melayu melakonkan watak kehidupan
masyarakat India dan masyarakat India melakonkan watak kehidupan
masyarakat Cina. Mereka boleh melakonkan cara hidup, pantang larang, adat
resam kaum yang mereka lakonkan. Jadi, pelajar akan lebih memahami dan
menghormati masyarakat dari kaum yang lain.
o 5. Menggalakkan penggunaan bahan bacaan untuk mengetahui tentang budaya
kaum lain. Guru meminta pelajar membaca artikel, buku, jurnal, dan
sebagainya tentang budaya kaum lain yang terdapat di Negara kita. Guru
meminta pelajar melihat perbezaan budaya tentang kaum yang dibaca dengan
kaum pelajar tersebut. Guru perlu memberi kefahaman kepada pelajar untuk
melihat perbezaan budaya tersebut dari sudut yang positif. Guru meminta
pelajar membuat catatan dan kemudian bentangkan hasil pembacaan di
hadapan kelas.

Soalan 7:

"...... Kurikulum tersirat atau tersembunyi, secara umumnya dapat dideskripsikan sebagai
hasil (sampingan) dari pendidikan dalam latar sekolah atau luar sekolah, khususnya hasil yang
dipelajari tetapi tidak secara tersurat dicantumkan sebagai tujuan."

 Sebagai guru di kelas yang terdiri daripada murid-murid berbagai kaum dan latar
belakang, bagaimanakah elemen-elemen dalam kurikulum tersirat boleh digunakan
untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. (10M)
o Berbeza bergantung pada tahap pendidikan
o Merangkumi nilai2 yang dibentuk bersama
o Kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum melalui aktiviti
kokurikulum - badan beruniform, persatuan, kelab serta permainan.
o wujud peluang untuk pelajar-pelajar yang datang dari persatuan serta kaum
yang berlainan untuk berinteraksi antara satu sama lain.
o Pertandingan permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai
kaum
o murid-murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan
secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.
o aktiviti kelas secara berkumpulan, guru membahagikan kumpulan berdasarkan
prinsip menggalakkan interaksi antara murid yang berlainan kaum.
o dapat berinteraksi dan berkongsi idea antara satu sama lain. hubungan antara
murid yang berlainan kaum akan dapat dieratkan dan semangat kesepaduan
dapat dipupukkan.
o Murid - menyemaikan perasaan menerima dan menghormati bahasa ibunda
dan dialek kaum lain melalui aktiviti yang pelajar ambil bahagian.
o dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum pelajar malah dapat
meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar dalam pelbagai dialek.
o kementerian membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan
budaya antara kaum.
o menerapkan pelbagai unsur budaya yang terdiri
 Nilaikan keberkesanan kurikulum tersirat dalam merealisasikan kepelbagaian sosio-
budaya dalam pendidikan di Malaysia. (10M)
o Galak interaksi antara murid secara meluas
o Membangun pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif
o Pembelajaran ceria dan menyeronokkan
o Rancang intuisi murid
o Penerapan nilai afektif

Ulangkaji - Latihan 3
Soalan 1:Integrasi antara kaum bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat
tanpa menghilangkan perbezaan identiti.

 Apakah halangan-halangan yang menjadi pemisah kepada integrasi kaum? (5M)


o Etnosentrisme
o Rasisme
o Diskriminasi
o Prejudis
o etniksiti
 Pembinaan negara bangsa melibatkab proses yang panjang. Bagaimanakah setiap
anggota masyarakat dapat merealisasikan pembinaan negara bangsa? (5M)
o Integrasi=proses mewujudkan integrasi nasional dalam kalangna kmpulan
yang tepisah dari segi budaya , sosial dalam lokasi unit politik
o Akomodasi=kesedaran dan menghormati budaya kaum lain
o Akultursai=terima unsur budaya orang lain
o Asimilasi=cantum dan penyatuan antara kump etnik yang berlainan budaya
o Amalgamasi= ras dan budaya baru bercampur membentuk ras dan budaya baru

Soalan 2:

 Mengapakah adat resam penting dalam kehidupan masyarakat tidak kira apa bangsa
sekalipun? (5M)
 Nilai dan kepercayaan saling berkait. Kepercayaan memberi halatuju manusia tentang
kehidupan. Terangkan perbezaan nilai-nilai berikut: (a) Nilai Etnosentrisme (b) Nilai
Xenosentrisme. (5M)
Soalan 3:
"Sehingga tahun 2005, terdapat 28 sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK), dua sekolah
menengah pendidikan khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV) dan
973 Program Pendidikan Khas Integrasi" (Rujukan: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010; ms. 95-96)

 Nyatakan lima kategori pelajar bermasalah pembelajaran. (5M)


o Kerencatan mental
o Kecelaruan tingkah laku
o Cacat penglihatan
o Cacat pendengaran
o Bermasalah pembelajaran
o Pintar cerdas
 Bagi pelajar berkeperluan khas, Kementarian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan
program seperti berikut (nyatakan). (5M)
o Program pendidikan khas
o Kelas inklusif
o Protim
o Kia2m
o Program pendidikan pemulihan dan pengayaan
o Rancangan pendidikan individu
o

Soalan 4:

Jurang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah
pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan
pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia,
keharmonian dan kemajuan negara (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010; ms.
99)

 Apakah pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan bilangan guru terlatih dan
mengikut opsyen di kawasan pedalaman? (5M)
o
 Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan bagi merapatkan jurang
pendidikan. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kadar
penyertaan dan mengurangkan risiko, keciciran, terutama murid-murid dari
pedalaman? (5M)
o membuat perubahan dan pembetulan ke atas undang – undang
o mengubahsuai projek, program dan tindakan di peringkat tempatan
o menggalakkan pihak berkaitan menjalankan kajian tindakan
o latihan perguruan dipertingkatkan
o proses reformasi dalam sistem pendidikan

Soalan 5:

" ..... Selepas hampir 49 tahun negara kita merdeka, soal perpaduan tidak sepatutnya
menimbulkan sebarang masalah. Namun secara realitinya, apa yang berlaku ialah masih ada
jurang rakyat yang lebih suka bergaul dengan kelompok masing-masing. Keadaan begini
terus berlaku secara tidak sengaja sama ada peringkat remaja mahu pun dewasa. Walaupun
pahit untuk kita mengakuinya, namun ia tetap berlaku dan kita dapati kelompok tertentu akan
duduk berbual dan berbincang sesama kelompok meraka sahaja. Ia dapat dilihat di tempat
kerja, gerai makan, restoran malah di sekolah sekali pun dan ia berlaku kerana negara ini
mempunyai pola penduduk yang unik dan bersifat majmuk serta berlatarbelakangkan agama
dan budaya berlainan ..." Sumber: Berita Harian (1 Mei 2006; ms. 10)

 Berdasarkan petikan akhbar di atas, jelaskan usaha-usaha yang patut dibuat oleh pihak
sekolah agar situasi tersebut dapat diselesaikan. (10M)
o Kurikulum
o Kokurikulum
o Akviti kemasyarakatan
o Pemupukan kesedran sivik
o Program bahasa
 Berdasarkan implikasi terhadap bidang pendidikan di Malaysia jika situasi tersebut
berterusan. (10M)

Soalan 6:

Lambert (1994) menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal bilik darjah seperti dengan
siapa dan di mana pelajar duduk, dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar
belakang linguistik dan kebudayaan yang berbeza.

 Mengapakah susun atur tempat duduk murid penting untuk mewujudkan persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya? Berikan contoh yang sesuai. (10M)
o Kesemerataan taburan di antara murid dari pelbagai etnik
o Boleh diubahsuai mengikut keperluan aktiviti
o Keselesaan murid
o Kebersihan
o Mudah di perhatikan, dikawal
 Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi murid, terutamanya bagi
sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar
belakang. Apakah kesan sekiranya guru gagal menguruskan sosio-emosi murid
dengan berkesan? Huraikan. (10M)

a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.

b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap
prestasi kesuluruhan

c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru

d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa

e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran


Soalan 7:

Apabila guru bercakap dalam bahasa tertentu dia menggunakan komunikasi jenis lisan, iaitu
menggunakan bahasa sebagai simbol komunikasi. Jika dia tidak berbahasa tetapi
menggunakan tangan, ekspresi muka, 'gesture' dan lain-lain secara isyarat maka guru tersebut
telah menggunakan komunikasi bukan lisan (Robiah, 1998)

 Apakah prinsip-prinsip yang perlu difahami oleh guru semasa berkomunikasi secara
bukan lisan dengan muridnya? Huraikan. (10M)
o Kualiti perhubungan di antara ahli kumpulan dibentuk & dikekalkan menerusi
komunikasi bukan lisan
o Jika komunikasi lisan bercanggah dengan komunikasi bukan lisan, mesej
bukan lisan adalah lebih dipercayai
o Isyarat bukan lisan hanya bermakna apabila ada yang mentafsirnya
o Tafsiran kita tentang perlakuan seseorang perlu mengambil kira konteks dan
pertalian kuasa
o Tingkahlaku anggota kumpulan mestilah selaras dengan budaya di mana
kumpulan itu wujud
o Kepekaan terhadap komunikasi bukan lisan berbeza dari seseorang ke
seseorang lain
 Huraikan sejauh manakah kemahiran berkomunikasi dapat membantu murid
memahami kepelbagaian kelompok sosio-budaya di dalam bilik darjah? (10M)
o Penggunaan istilah bahasa yang betul dari kaum atau etnik tertentu yang
sensitif dapat dijelaskan dengan betul
o Aktiviti yang menjurus kepasa pemupukan kesedsaran tnggungjawab sosial
o

Ulangkaji - Latihan 4
Soalan 1:

Budaya adalah cara hidup yang boleh diterima oleh komuniti setempat. Ia meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

 Jelaskan tiga ciri budaya. (6M)


o Dipalajari
o Diwarisi
o Bersifat sejagat
o Berubah
o Unsur simbolik
 Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun
dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah
hidup bersama (Roucek & Warren, 1979). Jelaskan dua ciri utama masyarakat. (4M)
o Hidup berkelompok
o Mempunyai budaya
o Mengalami perubahan
o Berinteraksi antara satu sama lain
Soalan 2:

(a) Semua kelompok etnik masyarakat tradisional mempunyai kelas sosial mereka sendiri.

 Senaraikan empat kelas sosial masyarakat Melayu tradisional. (4M)


o Sultan
o Bangsawan
o Pembesar
o Rakyat

(b) Terdapat pelbagai pantang larang dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga
kini. Pantang larang yang diamalkan ini masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakat
umum.

 Senaraikan enam pantang larang yang terdapat dalam kaum-kaum di Malaysia. (6M)
o Melenggang perut
o Meminang
o Cukur jambul
o Valaikappu
o Bersunat
o Kenduri selepas kelahiran

Soalan 3:

(a) Menurut Max Weber, ada lima kelas sosial dalam masyarakat yang menyebabkan
wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan.

 Nyatakan enam faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang


pendidikan di Malaysia
o Kelas sosial
o Jantina
o Kumpulan minoriti
o Murid berkeperluan khas
o Kemudahan infrastruktur
o Lokasi sekolah

(b) Isu ketaksamaan peluang pendidikan merupakan antara cabaran utama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM)

 Huraikan dua usaha yang telah dilakukan oleh KPM untuk mengurangkan jurang
ketaksamaan pendidikan dalam kalangan penduduk pedalaman. (4M)
o Kia2m
o Rmt
o Spbt
Soalan 4:

(a) Jurang pendidikan anraea bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah
pembangunan pendidikan yang tidak ketara antara lokasi

 Nyatakan lima pelan tindakan dari segi penyediaan kemudahan fizikal untuk
membantu meningkatkan pendidikan luar bandar. (5M)
o Bilik darjah
o Asrama
o Rumah guru
o Bekalan elektrik 24 jam (64 sekolah rendah)
o Bekalan air ( 163 buah sekolah)

(b) Penubuhan Sekolah Wawasan adalah satu daripada usaha kerajaan Malaysia untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum.

 Senaraikan lima kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan. (5M)


o Kos pembinaan infrastruktur jimat
o Semangat nasionalisme
o Kerjasama antara guru dan pentadbir
o Murid bekerjasama bersatupadu

Soalan 5:

(a) Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk banyak memberi kesan
secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan serta suasana pembelajaran. Salah
satu daripadanya ialah kurikulum tersirat.

 Jelaskan lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam sistem pendidikan di
Malaysia kini. (10M)
o Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid
o Hasil pembelajaran bersifat relatif dan sukar diukur secara kuantitatif
o Merangkumi nilai2 yang di bentuk bersama guru
o Kewujudan berbeza mengikut tahap pendidikan , pelaksana kurikulum
o Tidak terkandung dalam kurikulum tetapi tetap dipelajari melalui teladan dan
amalan
 Bincangkan implikasi-implikasi kurikulum tersirat di sekolah terhadap masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai sosio budaya. (10M)
o Galak interaksi antara murid
o Membangun pencapaian murid bagi mengurangkn TL negatif
o Pembelajaran ceria dan menyeronokkan
o Ransang intuisi murid
o Menyerap nilai afektif
Soalan 6:

Murid yang datang daripada pelbagai kaum akan membawa keunikan budaya mereka yang
berbeza ke dalam bilik darjah.

 Huraikan lima pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan


oleh guru dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. (10M)
o
 Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengelakkan proses
pembelajaran dimonopoli oleh pelajar dari kaum tertentu sahaja. (10M)
o menggunakan bahan atau contoh berdasarkan pelbagai budaya
o guru bersifat adil dan demokrasi tanpa mengira agama, etnik, dan latar
belakang
o memastikan murid duduk dalam pelbagai kaum
o merancang pnp dengan memberi peluang kepada murid bekerjasama dan
berinteraksi di antara pelbagai etnik
o menjadi role model yg bai kepada murid pelbagai etnik
o menjadi agen pemupuk kesefahaman antara pelbagai etnik melalui penerapan
nilai murni dalam pnp

Soalan 7:

Komunikasi sama ada lisan dan bukan lisan merupakan kunci kejayaan dalam setiap
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

 Bincangkan lima cara komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika
melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. (10M)
o Senyuman
o Bahasa badan
o Renungan mata
o Pergerakan kecil tubuh badan
o Tangan
o Sentuhan
 Jelaskan lima implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan
komunikasi dengan berkesan dalam bilik darjah. (10M)
o Murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas
o ii. Objektif pengajaran tidak tercapai
o iii. Murid tidak dapat mendengar dengan jelas
o iv. Kawalan kelas kurang berkesan
o v. Murid tidak berseronok utk belajar
Ulangkaji - Latihan 5
Soalan 1:

Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok manusia.

 Jelaskan dua pola budaya tersebut. (4M)


o Wajib= satu cara sahaja untuk melakukan budaya tersebut
o Preferred= lebih digemari/ ada bebrapa cara tetapi satu drpdnya digemari
o Alternatif=
o Tipikal=
o Terhad=

Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling pergantungan sesama insan.

 Bincangkan tiga sebab individu saling bergantungan dan bergabung dalam kelompok.
(6M)
o Keamanam-berasa kuat
o Status-diri dipandang tinggi
o Harga diri-perasaan dihargai kelompok
o Affilisasi- memenuhi keperluan sosial

Soalan 2:

Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat bermaksud manusia yang hidup secara
berkumpulan dan mengamalkan satu budaya yang sama.

 Nyatakan empat ciri utama masyarakat (4M)


o Hidup berkelompok
o Mempunyai budaya
o Berkepimpinan
o Mengalami perubahan
o Berperaturan sosial
 Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa beserta contoh yang sering berlaku dalam
masyarakat. (6M)
o Pertembungan masyarakat
o Penjajahan
o Pendidikan
o Penghijrahan
o Status ekonomi

Soalan 3:

Murid berkeperluan khas merupakan kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek,
jasmani, rohani dan emosi.

 Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan


Khas. (4M)
o Kecacatan mental
o Cacat pengdengaran
o Cacat penglihatan
o Pintar cerdas
o Kecelaruan indentiti
o Cacat fizikal
 Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan
di Malaysia. (6M)
o Kelas sosial
o Jantina
o Kumpulan minoriti

Soalan 4:

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan kemudahan infrastruktur pendidikan


untuk masyarakat luar bandar.

 Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di kawasan pedalaman. (4M)
o Bilik darjah
o
 Antara objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang Asli adalah untuk
menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan
mereka. Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam kalangan
masyarakat Orang Asli di pinggir bandar. (6M)
o Pra sekolah
o Pendidikan rendah
o Pendidikan menengah

Soalan 5:

Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan membentuk bangsa yang bersatu
dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut telah
menunjukkan kesan mesra budaya dalam kalangan murid.

 Tunjukkan lima cara bagaimana kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai
kaum. (10M)
 Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam pendidikan
kini. (10M)

Soalan 6:

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana pembelajaran lebih
kondusif. Suasana tersebut akan menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.

 Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah untuk
menggalakkan suasana mesra budaya. (10M)
 Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang releven budaya untuk menggalakkan
murid berinteraksi antara pelbagai kaum. (10M)

Anda mungkin juga menyukai