Anda di halaman 1dari 4

CARA BERKESAN GUNA KANSAI THRU PASS (KTP) DAN OSAKA AMAZING PASS

(OAP). SUPAYA BERBALOI DENGAN WANG YANG ANDA BAYAR. JUGA TIPS
MELANCONG KE JEPUN.

Part 2

Osaka Amazing Pass (OAP) - 1 day dan 2 days


1 day ¥2300 (RM92.00) & 2 days ¥3300 (RM152.00)

OAP adalah pass paling popular di kalangan pelancong ke Jepun terutama rakyat Malaysia. Mat
saleh kurang skit guna pass ni sbb kemudahan yg di offer hampir sama dgn apa yg ada di negara
mereka.
Pelancong dr China, Korea pula tak guna pass ni. Mereka ni biasanya naik bas persiaran, so,
bayar satu persatu kemudahan lebih mudah dan murah.
Memahami OAP
OAP adalah pass di mana ianya merangkumi transport+bayaran masuk (bbrp
kemudahan)+bayaran penggunaan (bbrp kemudahan). Transport ni pula terdiri dr SUBWAY,
TRAM dan BUS.
Namun anda harus berhati2 kerana hanya pada hari PERTAMA-untuk 1 day pass, (jika anda beli
2 days PASS x valid), anda boleh gunakan hampir semua LINE keretapi di Osaka (dan sekitar
spt Amagasaki, Tenjimbashi, Nanakoshima, Nakamozu dll). Secara mudah, LINE adalah laluan
train dr mana ke mana dan merujuk juga kepada SYKT pemilik LINE tersebut.
CONTOHNYA BEGINI. Contoh utk pemahaman SAHAJA.
ABC Line : Puduraya ke Bukit Bintang. ABC line ni akan melalui MASJID JAMEK, Bukit
Nenas, Pavilion, KLCC dan Star Hill.
DEF Line : Sentul ke Ampang. DEF Line ni akan melalui Jalan Pekeliling, Chow Kit, KLCC dan
Jalan Ampang.
GHI Line : Keramat ke Puduraya. GHI line ni akan melalui Jalan Gurney, Jalan Maktab, KLCC,
MASJID JAMEK, Maybank
Katakan anda dari ABC line (Bukit Nenas la katakan), anda nak ke Keramat (GHI line), so anda
kena interchange di KLCC atau Puduraya.
Atau anda dr Keramat nak ke Sentul, anda kena interchange di KLCC.
Biasanya, train2 di Jepun akan letak nama STATION TERAKHIR di kepala keretapi. Contoh :
KERAMAT / MAYBANK / PUDURAYA. Sbb itu penting untuk anda memahami LINE mana
anda nak naik. Supaya anda x salah naik train, x buang masa dan x terlajak jauh.
Satu lagi FAKTA, walaupun STATION SAMA IAITU KLCC STATION, jangan pula anda fikir
platform dan train pertukaran tu sebelah menyebelah. Sbb line (sykt) berbeza, paltformnya juga
berbeza. Ianya di panggil ABC KLCC Station, DEF KLCC station dan GHI KLCC station.
Jaraknya (ANTARA PLATFORM LINE BERBEZA) boleh di antara 100 meter hingga 1 km
walaupun di dalam STATION YG SAMA.
Contoh : PUTRA LRT KL Sentral dan Monorail KL Sentral.
FAHAM?
So, hanya pada hari pertama (utk 1 days pass) anda boleh gunakan Hankyu Line, Kintetsu Line,
Subway, Keihan Line, Hanshin Line dan Nankai Line. Tetapi laluan LINE ni adalah terhad untuk
Osaka sahaja. Termasuk bus.
Manakala untuk 2 days pass, hanya subway, tram dan bus SAHAJA. LAIN2 dah x valid.
Secara dasarnya, sy lebih galakkan korang beli OAP 1 DAY PASS. Sbb kebanyakkan kes,
pembelian OAP 2 days adalah merugikan. Sbb apa? Sbb anda tak mungkin nak guna semua
kemudahan free, sbb niat anda ke Jepun adalah melancong berjalan2 bukan buang masa nak
main permainan PERCUMA.
Di katakan jika anda maksimumkan penggunaan OAP 2 days pass, anda berjimat lebih dari
RM400.00. Tetapi secara purata, dgn 1 day pass tu pun anda dah boleh jimat hampir
RM200.00++.
Bila anda beli OAP, anda akan dpt guide book mana yg blh guna atau masuk free. Juga kupon yg
di beri nama TOKU. Kupon ni blh di gunakan untuk tambahan diskaun beli barang, makan di
restoran atau utk byrn masuk sesuatu tempat.
Katakan harga masuk, makan, barang ialah ¥1000, bila guna 2x TOKu kupon ni beserta OAP,
anda boleh dpt 10% diskaun. Faham kan!
Seperti sy pernah explain, Osaka ni tempat menarik selain istana dan taman2 ialah bangunan2,
lorong2 shopping, kedai preloved, taman tema, museum2 dan shopping complex, atau plg tidak
pun Abeno Harukas (bangunan tertinggi). Nature more di Kyoto. History more di Nara. Art more
di Himeji. Kalau nak mcm Cameron Highland ada di Kobe (Mt Rokko). Tetapi tempat2 ni x
valid dgn OAP.

HOW TO MAXIMISED 1 DAY OAP PASS


Anda kena bermula seawal pagi. Sebaiknya jam 7 pagi. Anggaran masa sudah termasuk masa
perjalanan dr point A ke point B. Cth jika anda stay di Namba.
7.00-10.00 pg
Osaka Castle dan Park. Tempat wajib pergi jika di Osaka. Istana di buka jam 9 pg. Pagar istana
jam 8 dh buka. Anda akan tiba jam 8.00 pg. Amik masa breakfast dulu di sini, blh beli air panas
dari vending machine dan hayati kawasan sekitar. Baca catatan sejarah yg ada di tampal. Jika
nak masuk, beratur seawal jam 8.30 pg.
Masuk : Free guna OAP (kalau x pakai pass, ¥600 (dulu ¥500). Total perbelanjaan tanpa pass di
sini ialah ¥600+¥500 (transport dr Namba)=¥1100 (RM 44.00).
10.30-12.00 tghari
Tsutenkaku Tower dan Shinsekai Area (lambang utama Osaka)
Tsutenkaku Tower adalah menara lambang utama di Osaka. Dr atas menara, anda boleh
menikmati 360° pemandangan sekitar Osaka. Manakala Shinsekai adalah tempat di mana menara
ini terletak. Shinsekai sgt cantik pada waktu malam tetapi agak merbahaya sedikit (msh ada
pengaruh gangster). Tetapi siang hari pun cantik dgn bangunan lama dan signboard kedai yg
beraneka.
Tak perlu berlama atas menara ni. 20-30 minit cukup untuk menikmati pemandangan dr atas
tower ni. Selebihnya merondalah kawasan sekitar Shinsekai. Boleh lunch dan solat Zuhur di area
sini.
Masuk : Free pakai OAP. Tanpa pass, bayaran masuk ialah ¥600+¥500 (transport dr Osaka
Castle)=¥1100 (RM 44.00)
12.30-2.30 petang
Osaka Museum Of Housing and Living.
Museum ni memaparkan sejarah ringkas kehidupan dan ada model pekan lama Osaka satu ketika
dulu. Rata2 yg dtg museum ni bukan sbb nak belajar history tp di sini korang boleh sewa kimono
dgn harga murah ¥500 berbanding tempat lain ada yang cecah ¥5000. Tetapi hny blh pakai dlm
bangunan ni saja.
Museum ni terletak di tingkat 8 station Tenjimbashi-suji 6 chome. Masa yg di cadangkan di sini
ialah 45 minit ke 1 jam (standard).
Setelah setel museum ni, amik masa sejam berjalan di pasar (lorong) Tenjimbashisuji 6 chome.
Sini brg souvenir spt baju kelawar (kain kimono biasa), brg2 preloved dan makanan prepack
adalah murah berbanding tempat lain di Osaka.
Bolehla solat dan makan lg di sini.
Masuk : Free guna OAP. Tanpa pass, byrn masuk ialah ¥600. So, tanpa pass, masuk+transport
(¥500)=¥1100 (RM44.00).
3.00-5.00 petang
Osaka Bay Area.
Osaka bay area adalah tempat di mana terletaknya Tempozan ferris wheel (antara terbesar di
dunia), Kaiyukan (aquarium antara terbesar dan terbaik di dunia), pelayaran Captain Hook boat
transfer (Osaka Bay-USJ city. Free guna OAP), pelayaran Santa Maria Cruise (mengelilingi
Osaka Bay), Santa Maria Twillight Cruise (weekend sahaja tgk matahari terbenam), Osaka
Legoland dan beberapa tarikan lain.
So, di sini, kita akan guna 2 kemudahan. Yg pertama ialah Santa Maria Cruise (tutup jam 5 ptg,
45 minit pelayaran) dan Tempozan Ferris Wheel (sgt cantik pd waktu malam sbnrnya. Lbh
kurang 15 minit 1 pusingan)
Masa selebihnya gunakan untuk merayau Tempozan Shopping dan kedai2 sekitar. Ramai yg
suggest kedai atap hijau sbb diaorg kata murah, pandai berbahasa indonesia dan lain2. Tetapi bg
sy personally, tidak semurah di Tenjimbashisuji 6 chome kecuali anda nak beli brg2 vintage dan
1-2 rare item.
Masuk : Kedua2 Tempozan dan Santa Maria adalah free guna OAP. Tanpa pass bayaran
masuk/guna ialah ¥800 (ferris wheel), ¥1600 (cruise), ¥500 (transport train). Total ialah ¥2900
(RM116.00).
Berehat 1 jam untuk solat dan makan malam. Rehatkan kaki.
7.00 ptg - 10.00 mlm
Umeda Area.
Di umeda area, anda boleh guna kemudahan pass untuk menaiki HEP5 (ferris wheel merah atas
bangunan) dan menaiki pelantar pemandangan (open air) Umeda Floating Obersavatory (Umeda
Sky Building. Tempat bus station Willer).
Umeda Station juga menarik untuk di terokai. Begitu juga kawasan sekitar Umeda. Atau bolehla
window shopping di HEP5 tu. Tp brg sini mahal.
Masuk : Umeda Sky Building dan HEP5 Ferris Wheel, free guna OAP. Tanpa pass, ¥1000
(umeda sky building), ¥500 (red ferris wheel) + ¥500 (transport) = ¥2000 (RM80.00).

So, total penggunaan atau kos anda untuk seharian ni ialah ¥8,200 (RM328.00). Tetapi sebab
anda guna OAP 1 day yg beharga cuma ¥2300 (RM92.00), anda jimat RM236.00!!!!

Off course ada banyak lagi kemudahan yg anda boleh guna dgn OAP secara percuma. Especially
jika anda beli yang 2 days pass. Tetapi igt, OBJEKTIF anda ke Jepun ialah untuk MENEROKA,
so, jangan buang masa pergi/guna kemudahan yg x berapa nak berbaloi dgn percutian anda ke
Jepun.
Untuk tarikan lain seperti Kurumon market, Denden Town, Namba dan lain2, secara kasarnya,
kawasan2 ni semua bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain. Which is anda boleh
berjalan kaki sahaja antara 10 ke 15 minit. So, penggunaan pass mahupun single pass tdk di
galakkan. Sbb anda hanya perlu turun 1 station dan selebihnya blh di teroka dgn berjalan kaki.
So, cost di sini cuma ¥500. Jika anda stay Namba, free sbb x pyh guna train pun.
Untuk 3 tempat ni seperti Denden Town, Kurumon market dan Namba (3-4 lorong utama
shopping) mmg akan guna masa anda 1 hari. Terlalu banyak tarikan dan kedai untuk di singgah,
di belek dan di teroka.
Sbb lorong2 utama spt Shinshaibashi atau Dotonburi, berselirat dgn lorong2 kecil yg menarik
untuk di teroka.

Be a SMART traveller. Bersambung part 3. TIPS di Kansai (tp x tau la bila nak postnya). Maaf
jika ada maklumat yg kurang tepat. Sy dh tua. Mudah lupa.

Anda mungkin juga menyukai