Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT)

Program RMT ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid
yang terlibat agar golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain daripada itu, program ini diharap dapat
memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah
bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang.
Laporan 2018 :
Kekuatan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT)
a) Murid-murid yang miskin berpeluang mendapat makanan yang sempurna
dan seimbang.
Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) yang dijalankan di
sekolah saya telah banyak memberi manfaat kepada murid-murid di sekolah terutamanya
bagi murid-murid yang berasal dari keluarga yang miskin. Pelaksanaan program RMT
tersebut membolehkan murid-murid yang miskin mendapat makanan yang sempurna dan
seimbang. Dengan ini, murid-murid tersebut dapat menumpukan perhatian dengan
sepenuhnya dalam pelajaran mereka. Selain daripada itu, program RMT di sekolah saya
dapat dijalankan dengan baik dan berkesan kerana guru yang berpengalaman selama 8
tahun dalam pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah
(RMT) tersebut telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk mengendalikan program
tersebut.

b)Pemilihan murid dalam RMT secara adil dan saksama iaitu pemilihan mengikut
kriteria
Murid-murid yang terlibat dalam Rancangan Makanan Tambahan Sekolah
Rendah (RMT) di sekolah saya adalah dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu murid sekolah rendah dari keluarga yang
berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. Dengan ini, murid-
murid dari keluarga yang miskin di sekolah saya berpeluang untuk mendapat mendapat
makanan yang seimbang melalui Rancangan Makanan Tambahan Sekolah
Rendah(RMT) ini kerana taraf sosio ekonomi keluarga menjadi kriteria utama pemilihan
murid dalam RMT di sekolah saya.
4.1.2 Kelemahan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT)

a) Tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa


Sikap ibu bapa yang kurang cakna dalam memastikan anak-anak mereka datang awal
ke sekolah untuk mengambil makanan RMT telah menyebabkan anak-anak mereka yang
terlibat dalam RMT tersebut tidak dapat sampai awal ke sekolah untuk menikmati
hidangan RMT. Kadang-kala, makanan yang tidak sempat dihabiskan oleh murid-murid
tersebut telah menyebabkan pembaziran makanan.
b) Sikap murid yang cerewet
Murid-murid yang agak cerewet dalam memilih menu makanan menyebabkan menu
makanan susah disediakan. Hal ini adalah kerana murid yang cerewet tersebut selalu
membazirkan makanan dan menyebabkan guru yang bertanggungjawab dalam
menentukan menu makanan RMT sukar untuk memilih jenis makanan yang diminati oleh
murid-murid dalam tersebut.

4.1.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan


a) Sokongan dan galakan dari pihak PIBG
Pihak sekolah haruslah bekerjasama dengan pihak PIBG dalam melaksanakan
Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMT).Contohnya melibatkan
melibatkan ibu bapa dalam pemilihan menu makanan RMT . Dengan ini ,
ibu bapa akan lebih mengambil perhatian terhadap kesihatan anak-anak mereka dan
mereka akan menyokong secara sepenuhnya terhadap Rancangan Makanan Tambahan
Sekolah Rendah(RMT) yang dijalankan di sekolah .

b) Mengadakan ceramah tentang kepentingan makanan seimbang


Untuk mengatasi masalah memilih makan oleh murid-murid yang terlibat dalam
program RMT, pihak sekolah haruslah mengadakan ceramah tentang kepentingan
makanan seimbang kepada murid-murid supaya murid-murid tersebut menyedari dan
memahami tentang kepentingan makanan seimbang kepada mereka. Jika murid-murid
tersebut sentiasa digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang, masalah
pembaziran makanan RMT akan dapat diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai