Anda di halaman 1dari 4

HIDAYAHTUL HASANAH BINTI BAHARUDIN ( PPISMP BA SEM 2 )

1. Bincangkan sejauh mana perubahan dalam polisi pengambilan pelatih guru


PISMP pada tahun 2012 dapat memacu prestasi pencapaian murid.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara maju yang
semakin membangun pada masa kini. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan
dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah bermula
sebelum negara menggapai kemerdekaan lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi
pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan
banyak lagi. Antaranya, langkah dan usaha ke arah kemajuan dan pembangunan Negara
yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan
Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan ke arah
pembangunan dalam bidang pendidikan. Hal ini mengakibatkan bidang pendidikan telah
diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat perubahan polisi


pengambilan guru pelatih PISMP pada tahun 2012 dari aspek akademik dengan hanya
memilih pelajar-pelajar berprestasi akademik cemerlang diambil sebagai calon guru pelatih.
Perubahan polisi ini adalah bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berprestasi yang
diharapkan dapat memacu prestasi pencapaian pelajar di sekolah. Hal ini kerana, pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
adalah berpotensi untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti dalam membantu sekolah
memacu prestasi pencapaian murid. Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu
menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada
pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Oleh itu, bakal-bakal guru yang berkualiti dari segi pencapaian akademik adalah
merupakan aset yang penting kepada sesebuah sekolah dan menjadi aspirasi ke arah
melahirkan pelajar mempunyai pencapaian yang cemerlang.

Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Atan Long (1976) dalam
kajian kes melibatkan mahasiswa Politeknik Unku Omar menyatakan bahawa siswazah yang
mempunyai prestasi akademik yang cemerlang akan mempamerkan budaya kerja yang
berkualiti berbanding siswazah yang mempunyai prestasi akademik yang kurang cemerlang.
Hal ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kualiti kerja dan prestasi akademik,
maka ia membuktikan bahawa guru pelatih yang berprestasi akademik cemerlang akan
mampu menjadi seorang guru yang berkualiti. Hal ini turut disokong oleh Noryati ismail (2006)
dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor guru merupakan penyumbang penting bagi
menentukan kualiti Pendidikan dan sesebuah sekolah tidak boleh meningkatkan pencapaian
pelajar tanpa memperbaiki kualiti guru. Selain itu, satu lagi kajian yang dijalankan oleh Rohani
Ibrahim pada tahun 2010 tentang hubungan guru dan pelajar menunjukkan bahawa wujudnya
hubungan positif antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen belajar pelajar. Ini
bermakna ciri kualiti yang ada pada guru mempengaruhi komitmen belajar pelajar. Dapatan
ini adalah selari dengan kajian Salleh (2003) dan Hattie (2003) yang juga menyatakan guru
sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum. Guru yang
berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka
serta menggalakkan penglibatan intelektual pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Hal ini jelas membuktikan bahawa kualiti prestasi
akedemik pelatih guru mempengaruhi peningkatan prestasi murid di sekolah.

Bukti yang dinyatakan di atas juga diperkuatkan lagi dengan sebuah kajian yang
dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990 -an tentang
perhubungan antara prestasi guru dan pencapaian pelajar. Kajian menunjukkan bahawa
apabila dua orang murid berumur lapan tahun dengan prestasi sederhana diajar oleh guru
yang berlainan iaitu seorang guru berprestasi tinggi, dan seorang lagi guru berprestasi rendah.
Hasil kajian menunjukkan murid yang di ajar oleh guru yang mempunyai prestasi tinggi
menunjukkan pencapaian murid meningkat sebanyak 90 persentil manakala murid yang diajar
oleh guru yang mempunyai prestasi rendah menunjukkan pencapaian murid menurun
sebanyak -37 persentil. Hasil prestasi pencapaian akademik murid tersebut berbeza
sebanyak lebih daripada 50 poin persentil dalam tempoh tiga tahun. Dapatan yang sama juga
ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan di Dallas dan di Boston, Amerika Syarikat, serta di
England. Melalui kajian ini dapat menunjukkan bahawa guru yang berkualiti merupakan faktor
kepada pencapaian murid. Oleh itu, polisi pengambilan pelajar lepasan SPM yang
berakademik cemerlang adalah mampu menjadi guru berprestasi dalam meningkatkan
pencapaian guru.

Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk para pelatih guru sebelum diberi kelulusan untuk mengajar di
sekolah. Antara syarat tersebut adalah kementerian pelajaran mengetatkan syarat
pengijazahan dengan menetapkan standard yang lebih ketat untuk bergraduat daripada
latihan perguruan sebelum diambil bertugas sebagai guru permulaan bawah Kementerian.
Contohnya, mengetatkan syarat mendapat ijazah kelas pertama dan meletakan syarat
minimum purata gred 3.0 keatas sebagai syarat penganugerahan ijazah perguruan serta
kepujian. Hal ini bertujuan, memastikan guru pelatih yang berkualiti sahaja yang layak
mendapat anugerah kelas pertama. Selain itu, guru permulaan akan dipilih hanya apabila
mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka perolehi melalui praktikum dan
kerja kursus semasa latihan perguruan. Syarat ini bertujuan untuk memastikan guru pelatih
yang menguasai bidang pedagogi dan bidang yang diajar sahaja yang diambil sebagai guru.
Selain itu, Untuk merealisasikan guru yang mampu meningkatkan prestasi pelajar
kementerian pendidikan malaysia hendaklah Meningkatkan keberkesanan latihan.
Memantapkan profesionalisme guru pelatih dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi.
Hal ini kerana, aspek pedagogi adalah elemen yang paling penting persekolahan yang
mempunyai pengaruh ke atas hasil pembelajaran pelajar. Dalam kon teks Malaysia,
penyelidikan mendapati bahawa amalan pedagogi guru di dalam bilik darjah adalah salah
satu faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar (Aminah, Hazri, Halim, Maznah dan Farouk,
2004). Oleh itu, guru pelatih yang mahir dalam aspek pedagogi mampu melaksnakan
pengajaran yang menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian murid di dalam
kelas. Seterusnya, dalam merealisasikan guru pelatih yang mampu meningkatkan prestasi
pelajar Institut Pendidikan Guru hendaklah mempereratkan kerjasama dengan pihak
universiti yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan
kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan
negara. Melalui kerjasama ini pihak institut pendidikan guru boleh berkerjasama dengan pihak
universiti bagi menjalankan penyelidikan tentang dasar-dasar kurikulum yang sesuai
digunakan seiring dengan perubahan arus pendidikan masa kini. Contohnya, perubahan
kurikulum bersepadu kepada kurikulum standard memerlukan kerjasama daripada pihak
universiti bagi menentukan keperluan akedemik guru pelatih seiring dengan arus semasa
pendidikan negara.

Namun pemilihan guru pelatih dari aspek prestasi kecemerlangan dalam akademik
sahaja masih tidak memadai untuk meningkatkan prestasi pelajar. Hal ini kerana, aspek
akedemik sahaja tidak mengukur dari segi aspek fizikal, jasmani dan rohani seseorang calon
guru pelatih. Hal ini turut dinyatakan, di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dinyatakan
kecemerlangan pendidikan adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Hal ini bermaksud pemilihan guru pelatih dari aspek akedemik
sahaja tidak mencukupi kerana seseorang guru pelatih hendaklah melengkapkan dirinya
dengan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Contohnya, selain faktor
akedemik seseorang calon guru pelatih juga perlu mempunyai tingkah laku yang baik supaya
guru pelatih berupaya menjadi role model kepada pelajarnya. Guru pelatih yang mempunyai
tingkah laku yang baik akan menyebabkan murid-murid akan berasa hormat terhadapnya
seterusnya ia akan memudahkan pelaksanaan pengajaran dan meningkatkan prestasi pelajar.

Anda mungkin juga menyukai