Anda di halaman 1dari 1

FAKTOR GAJI SEBAGAI PENDORONG EKSTRINSIK DAN HUBUNGANNYA

DENGAN KEPUASAN KERJA (HIDAYAH)

Menurut (Locke dan Latham (1990), kepuasan kerja ialah cara seseorang melihat
dan menghargai kerja yang beliau lakukan. Manakala menurut Balzar et al. (1997),
kepuasan kerja ialah sikap seseorang terhadap persekitaran kerja serta nilai-nilai
dan jangkaan yang dipegang seseorang terhadap kerja tersebut. Herzberg et al.
(1957) telah mencipta Teori Dua-faktor atau Two-factor Theory yang terdiri daripada
dua konstruk motivasi iaitu Faktor intrinsik yang dipanggil motivator dan Faktor
ekstrinsik yang dipanggil hygiene. Faktor gaji merupakan faktor ekstrinsik yang
dipanggil hygiene. Namun berdasarkan teori ini, faktor gaji berkait rapat dengan
motivasi sebagai pemangkin kepada kepuasan kerja mempunyai limitasi dalam
kajian tersebut. Antara limitasi teori ini ialah faktor yang sama mungkin tidak
menggerakkan pekerja kepada tindak balas yang sama kerana kepuasan dan
ketidakpuasan kerja tidak berada pada satu kontinum.

Manakala melalui Teori Ekuiti Adam (1963), tahap kepuasan kerja mempunyai
hubungan dengan persepsi pekerja. Persepsi yang dimaksudkan ialah ganjaran yang
diterimanya adalah sepadan dengan pekerja jawatan yang sama juga melaksanakan
kerja yang sama. Jika hasilnya adalah sama, maka kepuasan kerja dan motivasi
untuk bekerja adalah tinggi. Mereka juga membandingkan sama ada ganjaran
setimpal dengan usaha yang dihulurkan. Jika pekerja mempunyai persepsi bahawa
gajinya cukup tinggi, dia akan bermotivasi untuk berusaha dengan lebih kuat dan
memperoleh kepuasan kerja yang tinggi.

Oleh itu, faktor gaji merupakan pendorong ekstrinsik sebagai penggerak kepada
motivasi untuk guru menghasilkan sesuatu kerja apabila jangkaan terhadap
tindakannya akan menghasilkan ganjaran yang memberi kepuasan kepadanya. Guru
akan melaksanakan tugas dengan sempurna apabila jangkaan ganjaran yang
diterimanya adalah sepadan dengan usaha yang dihulurkan. Penting untuk meneliti
dapatan penyelidikan dan penulisan pakar supaya isu kepuasan dan ketidakpuasan
kerja guru difahami dan seterusnya dirungkai dengan sebaiknya. Maka jelaslah
faktor gaji merupakan salah satu faktor dalam kepuasan kerja guru. Hal ini kerana,
kepuasan dan ketidakpuasan guru bergantung pada kebolehan guru menangani dan
menyesuaikan diri terhadap faktor-faktor berikut tugas pengajaran, amalan taulan
sekerja (collegiality), peluang untuk pembangunan profesional, keadaan tempat kerja
dan gaji.

Anda mungkin juga menyukai