Anda di halaman 1dari 8

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T RONA SUKAN

Total Solution package for the


Request an manufacture of light gauge
Info Pack steel frames & trusses. See
more

MALAYSIA KITA › RENCANA BERITA AKTIVITI VIDEO

UMNO perlu tetapkan hala tuju


sebagai pembangkang
Khaidirah Abu Zahar
20 Julai 2018 9:47 PM

83

KITA labuhkan tirai kisah sedih UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Kisahnya terlalu perit untuk didengar apatah lagi untuk sejarah hitam itu di ulangtayang
semula. Bagai menyaksikan rakaman CCTV sebuah insiden yang meragut nyawa insan
tercinta kita. Mampukah kita melihatnya berulang kali? Pastinya tidak.
Kini, episod persoalan siapakah yang akan memacu UMNO baharu juga sudah
terjawab. Akar umbi UMNO telah membuat pilihan dengan memilih Presiden baharu
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Walaupun terdapat suara-suara sumbang dalam
tempoh terdekat ini, namun keputusan telah dibuat.
 
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya antara yang menantikan pelan
pembangunan lebih baik daripada kerajaan baharu hari ini.
 
Begitu juga sebagai salah seorang penyokong tegar UMNO yang turut berada dalam
sistem pentadbiran UMNO, saya juga mahu melihat UMNO dipandu dalam satu
landasan yang lebih kukuh dan bersepadu demi melangsungkan perjuangan parti
kesayangan kita ini.
 
Kini, Dewan Rakyat telah mula bersidang dan ini adalah persidangan pertama dalam
sejarah Malaysia - menyaksikan kepimpinan Barisan Nasional berada di barisan kerusi
pembangkang, bukan lagi kerajaan.
 
Dalam beberapa hari pertama persidangan ini, rakyat dihidangkan dengan pelbagai isu
dan kontroversi.  Daripada hal pelantikan Speaker Dewan Rakyat, kepada isu kelulusan
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh Kementerian Pendidikan dan terkini
membabitkan isu paling sensitif bagi  rakyat Malaysia iaitu perdebatan mengenai SST
dan GST.
 
Rakyat memerhati dengan serius apa yang berlaku di Dewan Rakyat terutama
membabitkan cara Kerajaan Baharu melaksanakan tugas, bagaimana Barisan Nasional
bertindak sebagai pembangkang dan paling penting proses perdebatan
dalam kalangan ahli Parlimen. Ini antara topik perbualan paling hangat dalam kalangan
rakyat sekarang.
 
Persembahan setiap ahli Parlimen menyuarakan pendapat dan berdebat juga menjadi
perhatian. Daripada yang penuh hemah dan penuh adab serta sopan santun, sehingga
kepada mereka yang menjerit, terpekik terlolong dalam menegakkan poin perbahasan
yang sedang dibincangkan.
 
Jika melihat dari perspektif yang berbeza, kedua-dua pihak bahagian - baik kerajaan,
mahupun pembangkang -  masih kelihatan kekok untuk menjalankan tugas masing-
masing.  
 
Pembangkang masih baharu dan kerajaan pula masih hijau.  Ini adalah kesimpulan
yang boleh dibuat masa ini.
 
Saya tidak mahu mengambil kira bagaimana atau berapa lamakah kerajaan hari ini
perlu mengambil masa untuk melatih diri agar menzahirkan kepimpinan sebagai
sebuah parti kerajaan yang lebih baik pada masa akan datang.
 
Tetapi apa yang saya ingin lihat adalah bagaimana UMNO sebagai pembangkang mahu
menyesuaikan diri dengan laungan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa itu
mampu direalisasikan.
 
Kedua–dua pihak perlu memainkan peranan lebih baik. PRU sudah berlalu hampir tiga
bulan. Masih banyak perkara yang perlu dilihat dan diperhalusi dengan lebih mendalam.
 
 Rakyat kini menilai taraf kepimpinan kedua-dua pihak. Apa yang penting bagi rakyat
ialah memastikan kelangsungan Kerajaan Baharu yang perlu membuktikan mereka
mampu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju dan
berdaya saing.
 
Wahai Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri,
 
Sejujurnya, anda semua perlu menyingkap dengan lebih mendalam dan lebih tertumpu
kepada isu yang ingin dibahaskan. Rakyat bukan mahu melihat siapa yang mampu
menghentam siapa di dalam Dewan. Rakyat bukan mahu melihat parti politik mana
yang paling bersih atau tidak mengamalkan politik korup.
 
Tetapi rakyat mahu melihat hujah Ahli Dewan yang paling gemilang untuk memastikan
taraf kehidupan dan pembangunan yang dirancang adalah seiring. Jangan hanya
berlumba-lumba membina bangunan mencakar langit, sedangkan rakyat hidup
bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
PENULIS ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Tag Berkaitan

Politik (am) Pendapat

ARTIKEL BERKAITAN
Isu-isu Akhbar Cina /
ISU-ISU AKHBAR CINA

UMNO-PAS 

DEMI ISLAM
Zulkifli Jalil

Tanggungjawab besar tiga sayap


Muzdalifah Mustapha

Orang Melayu jadi ‘hamba’?

‘MESTI PANDAI BAWA ISU’

Realisasikan perpaduan ummah di Sungai Kandis

DARI SELURUH LAMAN WEB Sponsored Links  by Taboola    

Look in her eyes and defeat all rivals for her!
Throne Free online games
Malaysians Sell Their Cars At The Highest Price Here [Free Valuation]
Carsome

Can you invest in commodities on your own? See how to get started here!
24option

Gamers Around the World Have Been Waiting for this Game! Already 35 Million
Players
Grepolis ­ Free Online Game

Now test the latest German technology in hearing aids in Jalan Cempedak
Hear.com

BBazaar exclusive offer ­ Free gifts worth RM300 on Credit Card Approval. Apply
Now
BBazaar.my

Malaysians Born Before 1981 Are Eligible For This Second Income
Survey Compare

People from Malaysia cannot believe these flight prices
Trips Shop

VIDEO TERKINI
Tahu apa itu Skim Thohir?

Kelantan tolak UEC

Semua letak jawatan


Berzakat melalui Skim Thohir

LTTE: Mohd. Asri jumpa Ramasamy

RUU kahwin bawah umur

VIDEO PILIHAN

DuPont sasar pertumbuhan KAPSUL BERITA: Kelantan


Nomex IIIA meningkat 15 tolak UEC
peratus

      

ARTIKEL LAIN
Sukan Asia 2018 / Azizulhasni raih tonik menjelang Sukan Asia

Patuh kehendak rakyat, tempoh bila Anwar jadi PM tak penting - Dr.
Mahathir

MPKR medium perkukuh integrasi nasional

HFMD di P. Pinang makin serius, 96 kes baharu dilaporkan semalam

Mayat lelaki ditemukan dipercayai ditetak


Sukan Asia 2018 / Harap Khairul Hafiz tidak tercicir

Ferrari musnah 100 peratus terbakar

[VIDEO] DuPont sasar pertumbuhan Nomex IIIA meningkat 15 peratus

Iklan

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum
Berita Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah
Utama Cuit Kelantan Muzik Lumba Usahawan Kampus
Utusan Selak KL & Filem & Kereta Automotif Sastra
Live Kolumnis Putrajaya Drama Lumba Hartanah Agama
Nasional Forum Melaka Rancangan Motorsikal Teknologi  
Politik Agama Negeri TV Basikal Saham & Sains &
Parlimen Blog Sembilan Seni & Golf Wang Teknologi
Jenayah Sukan Pahang Budaya Hoki Sains
Mahkamah Perak   lain-Lain Teknologi
  Perlis Gaya Rencana Inovasi
Luar Pulau Hidup Sukan Gedjet
Negara Pinang Rekreasi Pertanian
Asean Sabah Permotoran Alam
  Sarawak Pelancongan Sekitar
Selangor Keluarga Video
Terengganu Kesihatan Terkini
Fesyen Isu
Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya
Hidup
Hiburan
Agama
Politik

Kumpulan Utusan
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Job House |
 Utusan Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat Policy
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai