DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR / 30 JULY 2018
SYABAS diucapkan kepada Superintenden Mohd Said Ibrahim dan seluruh
anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang terlibat dalam
Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman pada 26 Julai yang lalu.
Pendekatan yang terbaru diambil oleh pihak polis bahagian ini dalam menangani
dan membanteras gejala rempit ini adalah pendekatan yang sangat baik dan
wajar dipuji. Seramai 79 orang mat motor yang ditahan dibawa untuk Solat
Subuh berjemaah, mengadakan bacaan Yasin dan juga sedikit peringatan dari
imam yang bertugas.
Dalam usaha mencegah budaya rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu
diambilkira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda
kita yang terjebak dengan budaya yang tidak sihat ini.
Syabas sekali lagi diucapkan.
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
30 Julai 2018 ‑ HARAKAHDAILY 30/7/2018